SATU.

Kisah Geng Sekolah.

“N, sampai bila kamu terlajak tidur ni? Cepat bangun! Dah pukul 7:40 pagi!” bebel ommanya dari dapur. Lepas itu dia melangkah ke bilik tidur N.

“Haish, budak ni. Masih ‘dibungkus’ dengan selimut ni. Tak tau hari ke?” ujar ommanya sambil menggeleng-gelengkan kepala tatkala melihat anaknya masih tidur dengan lena. Dia terus masuk dan menarik selimut N.

“Bangun!” jerit ommanya. Tiba-tiba dia hairan. Bukan N yang dikejutnya, tetapi bantal peluk jelas kelihatan di atas tilamnya. Di atas bantal itu ada sekeping nota.

Omma! N pergi sekolah awal sikit. Nak bincang ‘serius matter’ dengan kawan-kawan. Sorrylah sebab N tak bagitahu awal-awal. He he he~

“Amboi, blah macam tu je budak ni. Breakfast pun tak sentuh langsung,” bebelnya lagi. Dia terus melipat selimut N yang ditariknya tadi. “Sabar jelah Mrs. Cha,” bisiknya. Dia mengemas katil anaknya seperti biasa. Lepas itu dia membuang nota anaknya ke dalam bakul sampahnya di penjuru biliknya itu.

Di sekolah, Hongbin tengah menyiapkan tugasan Matematiknya sehingga dia didatangi oleh Sejeong.

“Hai,” sapa Sejeong. Hongbin berhenti menulis. (Dia kidal - tulis dengan tangan kiri)

“Hai awak. Awalnya awak datang,” jawab Hongbin.

“Alah, biasa je saya datang, alang-alang saya sapa sekali. Anyway, mana geng awak?”

“Mereka bersembang dekat kantin je kerjanya. Malas saya nak layan,” jawab Hongbin dengan acuh tak acuh.

“Hongbinie!!” satu suara bergema di kelasnya. Yunho dan Changmin datang.

“Eh, buat aku terkejut je,” kata Hongbin.

“Dah siap homework? Boleh tiru tak?” Changmin tersengih. Mereka pun duduk di tempatnya.

“Ceh, suka-suka je tiru kerja orang,” Hongbin mencebik.

“Ala~ gurau jer. Tu pun tak boleh,” sampuk Yunho.

Hongbin mendengus kasar. Kalau nak bergurau, harus kena pada tempatnya!

Tak lama kemudian, guru mereka datang.

Habis waktu sekolah,…

“Eh, kenapa riuh rendah ni?” tanya Hana kepada Soyeon. Mereka ternampak beberapa orang pelajar lelaki bergaduh. “Entahlah. Apa hal mereka gaduh-gaduh?” Soyeon berasa hairan.

Mereka melihat geng VIXX dan BTS sedang ‘berperang’ tanpa senjata.

“Mereka gaduh hanya kerana berselisih,” kata Nayoung tiba-tiba.

“Aku sumpah akan membunuh suku-sakat kau,” ujar Rapmon sambil melayangkan penumbuknya kepada N. Mujur Leo dan Ravi menyerang Rapmon dari belakang. “Kalau berani, cubalah!” bentak Hyuk dengan geramnya.

“Sudah! Kenapa gaduh-gaduh? Adeh, perkara kecil pun nak cari gaduh ke? Balik!” marah Chanyeol.

“Ini belum berakhir!” Jimin memberi amaran.

N, Ken dan Hongbin dibantu oleh Chanyeol, Sehun dan Suho.

“Sabar hyung. Nanti mereka akan menyesal,” pujuk Sehun kepada 3 senior itu.

Balik ke rumah N.

N balik dengan mukanya penuh dengan lebam. Apabila sampai di rumahnya, ommanya terkejut besar.

“Aigoo~ kenapa dengan muka kamu ni? Cari gaduh ke?” soal Mrs. Cha. “Omma, N bukan cari gaduh, tapi kena belasah,” terus terang N beritahu.

“Dah, dah. Honey pergi mandi, lepas tu omma rawat muka kamu,” arah Mrs. Cha.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3