DUA PULUH SATU.

Kisah Geng Sekolah.

Di bilik guru. Meja Cikgu Kyuhyun.

“Cikgu, kami dah siap,” ujar Hongbin dengan mengangkut kotak A4 ke tempat Cikgu Kyuhyun. “Letak kat bawah jer. Susun elok-elok,” ujar Cikgu Kyuhyun sambil berdiri dan menarik kerusinya ke tepi. Dia membenarkan para pelajarnya menyusun kotak A4 ke bawah mejanya.

Mereka mengangkut kotak A4 secara berpasangan, Hongbin – Ken; Hyuk – N; Ravi – Leo; J-Hope – V; Rapmon – Jungkook; Jimin – Jin. Hanya Suga mengembalikan bekas stapler.

Mereka selesai menyusun. “Terima kasih banyak-banyak kerana tolong cikgu,” ujar Cikgu Kyuhyun.

“Sama-sama,” sahut 13 orang pelajar.

“Cikgu Kyuhyun, apesal ramai sangat pelajar ni?” tanya Cikgu Seulgi. Dia hairan melihat 13 orang pelajar berkumpul di meja Cikgu Kyuhyun. Dia menghampiri tempat Cikgu Kyuhyun.

“Ni, cikgu minta tolong budak-budak semua ni. Minta tolong stapler semua muka surat kertas soalan Geografi. Tu yang budak BTIXX tolong,” jelas Cikgu Kyuhyun.

“Oh, baru saya tahu,” kata Cikgu Seulgi sambil tersenyum.

“Cikgu, kalau Cikgu Kyuhyun sorang-sorang buat semua ni, sampai seminggu tak habis,” celah Ken.

“Kertas soalan bukan main tebal lagi,” sampuk Jin.

“Yelah tu,” kata Cikgu Seulgi.

Kelas Taekwondo.

6 geng GFRIEND sedang membuat latihan serangan musuh dan juga daya menangkis serangan musuh. Kelas itu dimulakan selepas waktu sekolah. Kelas bermula pada pukul 2:00 petang dan rehat pada pukul 3:00 petang. Selepas 15 minit rehat, mereka sambung berlatih.

Kebetulan Kelas 4A ada kelas tambahan Fizik. Selepas habis kelas tambahan pada pukul 3:25 petang, Yulhee dan Tzuyu berkunjung ke kelas Taekwondo di hujung Blok B.

“Tzuyu, jom kita tengok budak GFRIEND berlatih Taekwondo,” ajak Yulhee.

“Betul. Jom,” kata Tzuyu.

Geng GFRIEND khusyuk berlatih hingga tidak menyedari Tzuyu dan Yulhee duduk di bangku yang disediakan.

Bunyi wisel dibunyikan pada pukul 3:40 petang. “Berhenti berlatih. Setakat ini sahaja latihan hari ni. Sila bersurai. Terima kasih,” ucap Cikgu Irene, selaku jurulatih Taekwondo.

“Eh, bila masa awak berdua datang?” ujar Sowon dengan terperanjat.

“Kami singgah kat sini selepas habis kelas tambahan Fizik,” kata Tzuyu.

“Tak perasan pulak kamu berdua datang,” ujar SinB sambil mengelap peluhnya di muka dan lehernya dengan tuala.

Eunha meminum air mineralnya. “Jadi awak berdua tengok kami berlatih ke,” ujar Yuju sambil minum air mineral yang masih berbaki separuh.

“Ya. Nampak sangat korang rajin berlatih. Kami masuk senyap-senyap, taklah kacau korang berlatih,” ujar Yulhee.

“Ingatkan awak berdua jadi spy kat sini,” celah Umji.

“Awak berdua masih tinggal asrama?” tanya SinB.

“Kami sekarang tinggal bersama parents,” jawab Yulhee.

“Saya tak ingin tinggal di asrama. Asyik bertembung dengan budak TWICE tu. Kalau saya nak tinggal di rumah, ayah saya tak menghalang. Sekurang-kurangnya yuran sekolah je yang kena bayar. Barulah berjimat,” jelas Tzuyu.

“Walaupun awak orang kaya, tapi awak tidak suka membazir. Saya kagum sangat,” ujar Yerin sambil menyimpan tali pinggang ke dalam begnya.

“Jom kita pergi,” ajak Sowon sambil mengalas begnya. Mereka pun keluar dari kelas Taekwondo.

Seminggu kemudian… di rumah N.

“Apa yang kamu senyum-senyum sorang ni? Kena sampuk apa?” soal Mrs. Cha sambil melihat gelagat anaknya yang berbaring di sofa dengan senyum hingga jelas ‘chubby cheeks’ kelihatan di pipi N.

“Omma, kalau N bagitahu ni, omma jangan terkejut tau,” ujar N sambil duduk di sofanya selepas puas berbaring.

“Pediaa?” soal Mrs. Cha. Ketika itu, Mrs. Cha menjahit baju panas dengan tangan.

“Omma, N terpikat dengan si Tzuyu,…” Baru saja N meluahkan isi hatinya, tiba-tiba je ommanya terkejut. “Eh, bila mase N pandai bermain cinta ni?” kata ommanya. Jahitannya terhenti di situ sahaja.

“Biasanya kamu macam tak pernah sukakan seseorang,” ujar Mrs. Cha.

“Itu dulu, omma. Sekarang lain,” balas N sambil menghampiri omma kesayangannya.

“Ye ke. Yeoja tu asal dari mana? Orang sini?” soal Mrs. Cha.

“Taklah. Dia bukan orang sini, omma. Dia berasal dari Taiwan. Keluarganya berpindah dari Taiwan ke sini, omma,” jelas N.

“Betul ke? Ke kamu ni pandai buat cerita?”

“Tak. Mana ade N buat cerita. Tzuyu sendiri yang cerita kat N hari tu,…”

Flashback # First date with Cha Hakyeon & Chou Tzuyu.

Mereka berdating pada hari Jumaat selepas watu sekolah. Kebetulan semua pelajar sudah balik. Hanya N dan Tzuyu berada di kelas 5A. Secara rasmi bermulanya ‘date’ pertama N dan Tzuyu berlangsung.

“Tzuyu, awak berasal dari mana? Sorry sebab tanya soalan macam tu. Mana tahu keluarga saya boleh berbesan dengan keluarga awak kelak,” N memulakan soalan kepada Tzuyu.

“Awak betul-betul nak tahu ke? Baiklah saya cerita asal-usul saya,” balas Tzuyu.

“Ok. Cerita jelah,” kata N. Dia memasang telinga untuk mendengar cerita tentang asal-usul Tzuyu.

“Begini ceritanya,” Tzuyu menghembuskan nafasnya.

“Saya dilahirkan di negara Taiwan. Keluarga saya mengusahakan perniagaan wain di negara Taiwan. Kami juga berniaga arak asli dari Taiwan. Semasa saya berusia 7 tahun, perniagaan kami sekeluarga mula berkembang ke mana-mana negara seperti Jepun, England, Korea Selatan dan Hong Kong. Kami sekeluarga sering berhijrah demi mengusahakan perniagaan turun temurun. Oleh itu, saya sering bertukar sekolah. Saya sudah terbiasa dengan bisnes ayah saya. Selepas saya berusia 13 tahun sehinggalah sekarang, barulah saya bersekolah di sini sejak 3 tahun yang lalu. Kami sekeluarga sudah memajukan perniagaan di sini sejak tahun 1996. Pendapatan kami hasil jualan arak dan wain itulah yang menyara kami sekeluarga. Ayah saya tidak mempunyai anak lelaki. Sayalah satu-satunya anak perempuan yang bakal menjadi pewaris Chou’s Wine di masa depan. Apabila ayah saya tidak  mengusahakan perniagaan yang menjadi tradisi kami sekeluarga kerana sakit, ibu saya juga boleh mengantikan tempat dia. Walaupun saya suka bertukar sekolah dengan kehendak parents saya, tapi saya pandai membawa diri. Saya pandai berkawan dengan orang. Tapi, saya tak pandai sangat memilih kawan yang baik. Ini termasuk juga akhlak yang baik. Sejak saya mula berkawan dengan unnie TWICE, saya menyangka mereka adalah kawan yang baik. Tetapi sangkaan saya meleset. Saya tak sedar diri yang saya mula terjebak dengan gejala buli. Rupa-rupanya unnie TWICE adalah geng buli. Saya tahu kalau parents saya lama-kelamaan akan mengetahui kelakuan tidak baik di sekolah ni, pasti saya akan dimarahi. Oleh sebab itu, saya mahu berubah dan fikirkan masa depan dan maruah keluarga. Saya juga harus fikirkan tentang ayah saya yang kuat bekerja siang dan malam demi menyekolahkan saya. Saya perlu sedar dan harus berhati-hati dalam soal berkawan. Saya tak mahu imej keluarga Chou tercemar disebabkan saya. Itu sahaja cerita saya. Dari asal-usul hinggalah soal kawan. Dan macam mana saya boleh terjebak secara langsung melalui berkawan dengan orang yang tidak baik akhlaknya.”

Barulah N dapat mengetahui bagaimana Tzuyu boleh terlibat secara langsung dalam kegiatan buli. Dia juga tahu bukan senang ayah Tzuyu mencari rezeki untuk keluarganya. Sekaligus dia tahu asal-usul Tzuyu yang agak ‘istimewa’ sikit.

Samalah seperti N. Ommanya memiliki kedai jahit. Setiap hari ommanya berkerja keras untuk menjahit pakaian kepada pelanggan yang datang ke kedainya. Dengan pendapatan yang diperoleh, sedikit sebanyak dapat menyara mereka sekeluarga. Appanya meninggal dunia ketika N berusia 5 tahun. Appanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selepas itu, ommanya berkerja keras untuk mencari sesuap nasi. N sangat menghargai pengorbanan ommanya terhadap dirinya.

“Saya sangka awak berkawan dengan kakak-kakak TWICE tetapi tidak sedar bahawa mereka adalah pembuli. Syukurlah awak kembali di jalan yang betul sebelum apa-apa berlaku,” balas N dengan menatap tepat wajah cantik Tzuyu.

“Yelah, oppa. Tapi Yulhee juga kawan karib saya. Dia baik akhlaknya,” ujar Tzuyu dengan mengukir senyuman di bibirnya.

Flashback ends… di rumah N.

“Macam nilah sejarah hidup Tzuyu. Keluarga mereka ada memajukan perniagaan wain secara turun temurun,” jelas N kepada ommanya. Walaupun ceritanya agak panjang, tetapi Mrs. Cha tidak mudah bosan. Dia masih teruskan menjahit.

“Wah, memang besar perniagaan keluarga Tzuyu. Omma pun ade kedai jahit. Cara omma ni lebih kurang macam perkidmatan, tak sama dengan keluarga Tzuyu,” balas Mrs. Cha sambil menggunting benangnya selepas menjahit.

“Ok, baju panas kamu dah siap jahit, honey,” kata Mrs. Cha sambil melipat baju panas dan dihulurkan kepada anaknya. “Thanks, omma. N sayang omma,” balas N sambil mengambil baju panas di tangan ommanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3