DUA BELAS.

Kisah Geng Sekolah.

Geng TWICE dan Laboum terkaku apabila terdengar suara Cikgu Tiffany yang sangat kuat. Semua pelajar tidak berani membuat bising.

“Hah, apa alasan kamu semua! Cakap!” sergah Cikgu Sooyoung.

“Cikgu, Momo tumbuk dada saya,…” ZN mengadu dengan perlahan.

“Betul ke?” Cikgu Tiffany mahukan kepastian.

“ZN betul, cikgu. Momo sengaja menyiram air kat seluar saya. Dia marahkan dekat Momo,” kata Solbin.

Mereka terkejut apabila melihat 5 geng Laboum dalam keadaan yang teruk. Rambut mereka kusut masai dan baju mereka kotor. Ketika itu Leo pergi mendapatkan Yulhee.

“Aduhai, kamu semua ni degil betul. Sanggup korang belasah geng Laboum sehingga tahap macam ni? Sekarang, ikut cikgu ke bilik penyelia. Cepat!!” arah Cikgu Tiffany.

Dorm tingkat 3 (A1-3)

“Wah, tak sangka kau pulang!” jerit JB dengan riang.

“I miss you, Kim Ravi-ssi,” jerit Chamgmin sambil memeluk Ravi. Geng dormnya turut memeluk Ravi.

“Baguslah kau dah balik,” ujar Kihyun, ketua dorm A1-3.

“Kau dah sihat?” tanya Jooheon.

“Nae, aku dah okey sikit. Demam biase je. Bukannya demam denggi,” Ravi tersenyum sinis.

“Yelah tu. Kau bukannya kena gigit nyamuk masa tu,” balas Jooheon sambil tersengih.

Kawan-kawannya pun ketawa terbahak-bahak.

Keesokan harinya, di kelas 4C.

            Semua classmate rindukan Ravi. Mereka beramai-ramai menyambut kedatangan Ravi.

“Wah, baguslah awak kembali,” ujar Mimi, ketua kelas 4C.

“Semua orang rindukan sunbae,” kata Youngjae. Ravi pun duduk di tempatnya.

“Yelah, saya banyak ketinggalan dalam pelajaran. Sayang sekali,” kata Ravi.

“Betul jugak. Takpe, kami akan ajarkan beberapa subjek,” kata Jackson.

“Subjek apa yang ada tugasan?” tanya Ravi.

“Add math, Sejarah, Add Science, Bahasa Inggeris (English), Ekonomi Asas,..” sampuk Jooheon. “Ay, banyak betul,” terkejut Ravi.

“Tugasan je yang banyak bergantung kepada subjek,” celah Jackson.

“Kami akan ajar kau subjek yang tertentu je, kecuali Add Math dan Matematik. Yang tu boleh tanya kat Mimi, Soyee dan Sally. Mereka tu expert kat Matematik,” kata Jooheon.

“Yang tu saya mahu, he he he…,” Ravi ketawa kecil.

“Cikgu datang!!” seru Kai lalu dia masuk kelas dan duduk di tempatnya.

Sebentar lagi cikgu mereka sampai.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3