SEMBILAN BELAS.

Kisah Geng Sekolah.

Kembali selepas lunch. Di Utopia Library. Pukul 1:30 p.m.

“N oppa, pinjam buku nota Sejarah,” pinta Tzuyu. “Nah,” terus N meletakkan buku notanya di sebelah kiri Tzuyu. Tzuyu ralit menulis pun menyentuh buku. Apa yang dicapainya adalah buku nota, tapi tangan N pula terpegang.

 

“Eh, kerasnya buku ni,” Tzuyu merasakan tangan N disentuhnya, bukannya buku. Sekali pun dia terpandang tangan N pula. “Opps!” terus Tzuyu tarik cepat tangannya dari tangan N. Apalagi, N pun hairan. Mulalah muka Tzuyu menjadi merah.

“Malunyer,…” balas Tzuyu. “Awak ni comellah,” sambung Tzuyu.

“Ye ke,…” balas N dengan menatap muka Tzuyu.

“Aigoo~” kata Tzuyu dengan mukanya masih merah. Tak tahan tengok kecomelan N!

“Ni apahal?” tegur Ravi, hairan melihat gelagat N dengan Tzuyu.

 

“Eh, takde pa-pe,” jawab N sambil mengelengkan kepalanya.

 

“Dah, pergi sambung buat homework,” balas Ravi. (Aneh)

Di rumah N. (balik dari perpustakaan - 11:00 p.m.)

N segera baring di katil. Kepalanya penuh dengan muka Tzuyu siang tadi. Dia teringat peristiwa Tzuyu menyentuh tangan N buat kali pertama. “Aigoo~ cantiknye dia… Sweetlah, macam bidadari jer,” kata N sambil memeluk bantal busuknye. Berguling-guling, tapi jangan sampai terjatuh dari katil! (N xkan jatuh dari katil punyelah)

 

“Kat sekolah nanti kena minta no. phone Tzuyu tu,” katanya lagi. Akhirnya N pun tertidur. Dia berharap wajah Tzuyu akan muncul dalam mimpinya.

 

Mrs. Cha datang ke bilik N selepas menutup kedainya. “Eh, tidur pulak dia nie. Pasti penat. Belajar kat library sampai balik larut malam,” kata Mrs. Cha sambil memegang selimut lalu menyelimutkan anaknya yang tidur lena. Lepas tu, dia mencium dahi anaknya. Kemudian dia menutup suis lampu bilik dan pintu ditutup dengan perlahan.

Di kelas 4A.

“Tzuyu!” panggil N dari belakang. “Nak apa N oppa?” tanya Tzuyu. Dia baru melangkah ke kelas 4A.

“Minta no. phone awak,” pinta N. “Tunggu sekejap,” kata Tzuyu sambil mengeluarkan handphone dari poket begnya. “Ni,” Tzuyu menghulurkan handphone kepada N. “Perlu key-in ke?” soal N.

“Yelah. Key-in no. phone awak dulu, nanti saya call,” kata Tzuyu. N terus ambil handphone Tzuyu dan key-in no. phonenya. “Nah, awak call,” N kembalikan handphone Tzuyu.

Tzuyu terus dial no. phone N. Serta merta lagu VIXX - Scentist  berdering di handphone milik N. Terus dia mengeluarkan dari poket seluarnya. “Ni no. phone saya,” balas Tzuyu.

“Terima kasih, Tzuyu! Saranghaeyo!!” ucap N lalu dia meninggalkan Tzuyu.

“Aneh, belum apa-apa lagi dah cakap saranghaeyo? Takpe. Asalkan saya dah dapat namchin baru. Tu yang penting,” kata Tzuyu sambil kakinya melangkah masuk ke dalam kelas.

Kemudian, Yulhee juga datang. Dia hairan melihat Tzuyu yang tersenyum sendirian. “Hah, apa yang awak fikirkan?” tegur Yulhee sambil duduk di kerusinya.

“Awak tau tak, N oppa datang untuk mintak no. phone saya. Lepas bagi, terus cakap saranghaeyo!” luah Tzuyu. Yulhee membulatkan matanya.

“Bo? Biar betul la. Baru kelmarin study sama-sama, dan awak asyik tenung muka N oppa. Memang nak sambar je Cha Hakyeon macam burung gagak kelaparan semata-mata nak jadi boyfriend terus,” kata Yulhee sambil mengeluarkan bukunya.

“Yelah. Saya tak tahan tengok muka N oppa yang SUPER CUTE macam budak 10 tahun,” Tzuyu membuka matanya besar-besar.

“Ye ke. Tapi dia bukan saje cute, malah kacak dan berbudi bahasa. Orang salah anggap N oppa yang yang berkulit hitam tu jahat. Tapi dia tu senapang bambu,” jelas Yulhee dengan panjang lebar.

“Yelah kan. Awak dan Leo oppa ada bergaduh tak?”

“Tak pernah kami bergaduh, Tzuyu. Tapi saya dimanjakan oleh Leo oppa, budi bicaranya lembut sangat. Dia layan saya ibarat macam adik sendiri.”

“So sweet hubungan korang ni.”

Di makmal biologi. (Kelas 5A)

“Buat kecut perut je cikgu suruh buat eksperimen tentang tumbuhan yang melibatkan sistem transpirasi,” rungut Ken sambil mencari alat-alat yang digunakan untuk membuat ujikaji. Mereka siap memakai jubah putih dari makmal. Jubah putih menutupi pakaian sekolahnya.

“Yang ni jangan lupa,” kata N sambil meletakkan tumbuhan berdaun di atas meja makmal. Hati-hati, jangan sampai pasu bunga tu pecah!

“Cikgu suruh pakai tumbuhan macam ni ke, N-ssi?” soal Chanyeol. Dia hairan tengok ketua kumpulannya berbuat demikian. (Gila-gila bahasa saja leader VIXX nie)

“Yeah. Ikut jelah apa yang cikgu cakap,” balas N. “Aku cabut pokoknya, tepi-tepi,” sambung N. Ternganga Chanyeol. Baekhyun membeliakkan mata. Biar betul leader N cabut pokok macam tu je. Dengan tangan? Eeee,… (Pasti cabut sampai tanahnya terburai! Ayoyo…)

Leo mengambil sebuah kaki retort, pembaris panjang, dan pisau yang digunakan untuk memotong sayur. “Wah, Leo-ssi, pisau jenis apa ni? Macam nak potong sayur je. Inikan kelas Bio, bukannya kelas memasak,” perli N sambil memegang pisau di dalam makmal Biologi.

“Sekolah sediakan pisau macam ni, aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Ni pisau sebijik dengan pisau yang selalu omma aku gunakan untuk cincang kubis,” balas Leo sambil menggaru kepalanya.

“Omma aku pun sama, pisau macam ni selalu dia gunakan,” kata N pula.

“Pakai jelah apa yang ada. Jangan nak samakan pisau makmal dengan pisau omma korang. Heh korang ni,…” balas Xiumin sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat N dan Leo (NEO) merungut pasal pisau.

“Nasib baik si Ravi tak ambik subjek Bio. Entah-entah Ravi dah terjerit histeria dek melihat serangga yang kecil,” sempat Leo mengutuk Ravi yang tidak memilih subjek Biologi.

“N-ssi, tumbuhan tu macam mana? Sumbat terus ke dalam bikar?” Chen menyoal.

“Sumbat jelah. Soalan pebenda kau ni. Dahlah aku penat-penat cabut tumbuhan ni,” balas N sambil tangannya menyumbatkan tumbuhan yang telah dicabutnya pada bikar yang diisikan air suling. (Hampir nak muntah tengok perbuatan ‘aneh’ Hakyeon nie…)

“Kita ade ikut prosedur ke, Cha Hakyeon? Main-main masuk je benda tu,” soal Leo sambil terpinga-pinga. Panas telinga N bila dengar soalan cepumas dari sepupunya.

“Perlu ke prosedur ni Taekwoonie? Tengok jelah! Jangan banyak soal! Haish!!” bentak N. Tergamam Leo. Tak berani nak buka mulut sudah. Nanti N mengamuk, semua benda tak jadi! Selepas menjalankan ujikaji, mereka merekod data daripada eksperimen itu. Setelah selesai, mereka perlu menghantar laporan eksperimen kepada cikgunya minggu depan.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3