TIGA BELAS.

Kisah Geng Sekolah.

Dua bulan kemudian, keputusan PT3 sudah keluar. Para pelajar Tingkatan 3 datang untuk mengambil slip keputusan PT3 di dewan.

“Hyuk-ah, kau dapat berapa A?” tanya V.

“Aku punye dapat 7A,” balas Hyuk dengan menunjukkan slip keputusan PT3 kepada V.

“Aku cuma dapat 6A 1B,” celah Jungkook. “Okeylah tu Kookie,” kata Hyuk.

“Nak tahu tak aku dapat berapa A?” tanya V.

“Berapa A yang kau dapat?” Hyuk ingin tahu.

“7A!!” balas V dengan gembiranya.

“Wow, chukahae!” kata Jungkook sambil bertepuk tangan.

“Wow, samalah dengan aku,” celah Hyuk.

“Eh, korang semua dapat 7A ke?” Yulhee datang tiba-tiba ke arah mereka.

“Awak pun sama ke?” tanya V.

“Ya. Saya juga dapat 7A. Tak sangka betul!” jawab Yulhee dengan gembira.

“Taklah, bukan semua. Jungkook je dapat 6A 1B,” balas V.

“Yulhee!!” satu suara lembut memanggil dia.

Yulhee berpaling ke belakang. Kawan-kawannya turut terkejut. Ternyata itu Leo. Dia datang dengan membawa sejambak bunga. Tetapi bunga itu disorokkan di belakang badannya.

“Leo oppa! Tak sangka awak datang yer,” Yulhee terkejut.

“Eh, bila masa kau datang ni?” V menyoal.

“Aku datang nak bagi dia hadiah,” kata Leo.

“Hadiah apa?” soal Yulhee. “Nah,” Leo menghulurkan sejambak bunga yang telah disorokkan kepada Yulhee. V, Hyuk dan Jungkook menjerit kegembiraan. Air mata Yulhee mengalir.

“Tahniah sebab awak dapat straight A,” ucap Leo.

“Wah! Terima kasih, Leo oppa!” terus Yulhee memeluk Leo. V, Hyuk dan Jungkook berasa terharu. Lepas tu, pelukan Yulhee dan Leo terhenti.

“Oppa! Kalau tahun depan oppa dapat result bagus dalam SPM, saya nak oppa lamar saya,” kata Yulhee.

“Apa? Biar betul awak ni. Awal sangat nak kahwin. Kalau lamar awak untuk jadi yeoja chingu bolehlah,” balas Leo bercampur kejutan yang mendadak.

“Awak ni, nak jadi suami mesti lepas umur 20 tahun. Cun 20 tahun pun takpe. Buat masa ni, Leo hyung baru je 16 tahun. Dah lepas hari jadinya ke-16 pada 10 November bulan lepas. Takkanlah Leo terus lamar awak jadi bakal isteri? Untuk yeoja chingu bolehlah, sebab nak tunggu sampai usianya cun 20 tahun,” terang Hyuk dengan panjang lebar.

“Ye ke. Kalau begitu masih ada masa untuk terus bercinta kan, tak gitu?” kata Yulhee sambil memeluk sejambak bunga. Leo terus mengangguk.

“Ye. Semestinya, sayang,” balas Leo sambil tersenyum. Pada pukul 3 petang, mereka terus pulang ke rumah masing-masing.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3