TUJUH BELAS.

Kisah Geng Sekolah.

“Hoi, Tzuyu! Sini!” teriak Momo melihat Tzuyu dan Yulhee dari jauh. Mereka selesai membeli makanan di kantin.

“Dia panggil awak, macam mana?” kata Yulhee sambil menarik sedikit baju Tzuyu. Tzuyu mengeluh, kemudian memandang Yulhee dengan riak wajahnya berubah.

“Ah, buat tak tahu jelah. Macam dia tak suka kalau saya tidak jadi geng buli. Jomlah, cari tempat lain,” ajak Tzuyu sambil menarik pergelangan tangan Yulhee ke tempat lain.

Tzuyu dan Yulhee sampai ke tempat geng GFRIEND. “Excuse me, boleh kami tumpang makan kat sini?” pinta Tzuyu dengan sopan santun.

“Boleh, duduklah. Sini takde orang,” ujar Sowon, ketua geng GFRIEND. Dia menunjukkan dua buah tempat yang kosong di sebelahnya.

“Terima kasih, korang sangat baiklah,” ucap Yulhee. “Ye. Kami sangat ‘hot’ tapi merendah diri je lebih,” ujar Yuju sambil menyudu sesuap bubur kacang. “Makan, makan,” sampuk Umji sambil melihat Yulhee dan Tzuyu mengambil tempat untuk makan.

Selepas menjamu selera, mereka berlapan turut berbual sementara menunggu bunyi loceng berbunyi. “Korang ni popular ke?” tanya Yulhee.

“Ya. Kami berenam sangat popular sebab kami hebat dalam taekwondo,” ujar Eunha.

“Wah, korang hebat dalam taekwondo ke? Daebak!!” Yulhee memuji sambil bertepuk tangan.

“Kamu semua pernah mewakili sekolah ke?” soal Tzuyu.

“Ya. Sowon unnie dan saya pernah wakil sekolah dua tahun lepas,” jawab Yuju.

“Betul. Mereka hebat dalam taekwondo, dan sekarang mereka memakai tali pinggang hitam,” balas Umji.

“Walaupun popular, tapi pandai jugak rendah diri, sungguk tak percaya juga,” kata Tzuyu.

“Tzuyu, Yulhee, saya nak tanya sikit boleh?” Sowon juga bersuara.

“Ada apa? Tanyalah,” tanya Yulhee.

“Awak tak lagi geng dengan member TWICE ke? Sudah taubat nasuha ke?” tanya Sowon kepada Tzuyu.

“Ya. Sejak kejadian beberapa bulan yang lalu, saya serik membuli ahli Laboum sebab saya takut dimarahi oleh ayah saya. Parents saya susah payah mendidik saya jadi insan yang berguna, oleh itu saya tak lagi mengulangi kesilapan lalu. Saya tak mahu membuli geng Laboum lagi. Sekarang saya berkawan dengan Yulhee,” terang Tzuyu.

“Baguslah awak dah sedar dan belajar dari kesilapan,” sampuk Umji.

“Yulhee, saya selalu tengok awak dan Leo bermesra. Tapi awak jarang bersama dengan geng Laboum. Apa yang berlaku? Ke awak dah diabaikan?” soal Sowon.

“Panjang cerita, unnie. Geng unnie Laboum dah bencikan saya. Yelah, mereka tu ‘selfish’. Dan saya tidak lagi tinggal di asrama. Itu saja,” kata Yulhee. SinB terkejut.

“Patutlah saya tidak lagi nampak batang hidung awak semasa kat pendaftaran asrama hari tu,” celah SinB.

“Yelah. Saya tidak memohon. Tu sebab korang tak nampak,” balas Yulhee.

 

 

Di kelas 5C.

“Sekarang cikgu nak kamu tulis jawapan beserta huraian dekat papan tulis,” kata Cikgu Seulgi, guru Pendidikan Moral.

“Tulis no. soalan mana?” soal Soyee.

“Tulis dekat no. soalan 1 dan 2. Soalan 3 dan 4 kemudian,” balas Cikgu Seulgi. “Siapa volunteer tulis kat depan. Untuk soalan 1,” tawar Cikgu Seulgi.

“Saya!” terus Ravi berdiri untuk menulis kat papan tulis dengan tidak takut. Salah takpe!

“Kim Ravi, dah okey ke?” tanya Cikgu Seulgi. “Cikgu jangan risau. Saya akan tulis dengan baik. Tak macam hari tu,…”

Flashback # Kelas 4C.

“Ravi, tolong tuliskan nilai dari bidang hak asasi manusia,” arah Cikgu Seulgi. “Baik, cikgu,” terus Ravi berdiri dan menghampiri papan hitam.

Baru sahaja Ravi menulis nilai yang ketiga dalam bidang hak asasi manusia, bunyi letupan kedengaran. Baru bunyi ‘BOOM!!’ kedengaran, Ravi jatuh terjelopok. “Ahh!! RAVI!!!” jerit classmate mereka.

“Apa jadi? Ravi kenapa? Apa jadi?” tanya Cikgu Seulgi bertubi-tubi. Jooheon dan Mimi segera menghampiri Ravi. “Ravi oppa, awak tak pa-pe ke?” tanya Mimi dengan panik. Muka Ravi agak pucat.

Mereka terdengar pengumuman pengetua. “Baik! Boys and girls, sila berkumpul dekat lokasi kecemasan!” arah Cikgu Seulgi dengan panik.

“Awak boleh berdiri ke Ravi?” soal Mimi. Pelajar yang lain keluar dari kelas. “Saya… tak… boleh….” Ravi menjawab dengan perlahan.

“Takpe. Jackson dan Jooheon boleh papah awak,” kata Mimi.

“Biar kami papah awak, jom,” kata Jackson sambil membantu Jooheon mengangkat lengan Ravi. “Hati-hati tau,” pesan Cikgu Seulgi. Mimi turut keluar dari kelas.

Flashback ends…

“Cikgu baru tahu kamu takut bunyi letupan. Tapi ini kisah tahun lepas. Sampai sekarang masih takde sebarang bukti yang sahih. Benda dah jadi,” kata Cikgu Seulgi sambil menghulurkan sebatang whiteboard marker kepada Ravi.

Ravi pun menulis jawapan untuk soalan 1.

“Cikgu, betul ke jawapan saya?” tanya Ravi apabila dia selesai menulis.

“Bagus! Tepat sekali!” jawab Cikgu Seulgi dengan menunjukkan muka puas hati.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3