EMPAT PULUH DUA.

Kisah Geng Sekolah.

Para member TWICE membakar surat amaran yang baru saja dicuri. Mereka tidak mahu kegiatan haram mereka diketahui orang. Mereka sangat marah.

“Kenapa ada saja cikgu yang menghalang perbuatan kita hah!!!” jerit Jihyo dengan geramnya. Mereka membakar surat amaran di belakang asrama lelaki. Lepas surat itu tinggal abu sahaja, mereka tanam abu itu supaya tidak diketahui orang.

“Apa kata kita hancurkan budak Laboum ni!! Kita tidak boleh membiarkan mereka selamat dan selesa. Apa-apapun mereka kena terima sengsara. Inilah dunia neraka kepada budak Laboum tu!” seru Sana dengan geramnya.

“Ya! Aku setuju! Mereka perlu diberi perhitungan secepat mungkin!” kata Dahyun.

“Kalau begitu, apa kata kita masukkan kala jengking, ular tedung sela dan haiwan lain di tempat mereka?” cadang Momo.

“Ya. Setuju tak?” soal Chaeyoung.

“Kitaorang on jer!!!”

Leo dan Yulhee berdating setelah sekian lama. Mereka berjalan-jalan di Fantasia Shopping Mall dengan berpegang tangan. Ini peluang yang tidak harus dilepaskan lebih-lebih lagi musim cuti sekolah.

“Awak nak aiskrim tak?” tawar Leo. Mereka kebetulan lalu di kedai aiskrim yang sangat popular.

“Saya nak! Lama tak makan aiskrim nie. Jomlah, kita makan aiskrim,” ajak Yulhee sambil menarik tangan Leo ke kedai aiskrim itu. Setelah membeli, mereka duduk di bangku yang disediakan.

Kebetulan N dan Tzuyu turut bersiar-siar di tempat yang sama. “Oppa, tengok tu,” Tzuyu menundingkan jarinya ke arah Leo dan Yulhee yang tengah memakan aiskrim.

“Eh, itu Taekwoonie! Dan Yulhee! Mereka makan aiskrim ke?” kata N sambil terkejut melihat Leo dan Yulhee makan aiskrim di bangku yang paling hujung.

Leo ternampak N. “Sini! Sini!” panggil Leo. Apalagi, N dan Tzuyu datang menghampiri mereka.

“Wah, korang ade kat sini jugak?” tanya Yulhee.

“Yelah. Kebetulan Tzuyu ajak saya jalan-jalan. Tak sangka bertemu lagi,” balas N.

“Hakyeonnie dan Tzuyu jalan-jalan ke?” soal Leo.

“Yelah, Taekwoonie. Kami berdua jalan-jalan. Lame tak berjalan bersama,” jelas N.

“Jom, kita pergi bersama-sama,” ajak Yulhee.

“Kita jalan-jalan ke sekitar tempat ni,” kata Tzuyu.

Mereka berjalan ke tingkat 4. Tiba-tiba N terasa pening kepala. Dia rebah secara tiba-tiba.

“Hakyeonnie!!!” jerit Leo sambil menyambut badan N yang menghampiri pagar beli-belah. (Nasib baik tak jatuh!)

“Apa jadi? Apa jadi?” tanya Tzuyu, terkejut.

“Bawa dia kat bangku panjang tu,” Yulhee menunjukkan bangku yang sangat panjang bersebelahan dengan kedai mainan kanak-kanak.

Leo menggendong N sehingga sampai ke bangku panjang lalu dibaringkan di situ juga. Yulhee membeli ubat untuk meredakan sakit kepala.

10 minit kemudian…

“Taekwoonie…” perlahan N bersuara. Kepalanya diletakkan di paha Leo.

“Awak okey? Saya risau tadi bah,” Tzuyu meluahkan kerisauannya. (Memang pun dia risau tentang namchinnya)

“Takpe. Saya okey. Pening sikit. Saya rasa letih,” jawab N sambil memegang tangan Tzuyu. (Sebenarnya Tzuyu duduk bersimpuh di lantai sebab dia pakai skirt)

“Kau rehat dululah. Mungkin sebab kau macam dah letih nie,” sampuk Leo sambil mengurut dahi N.

“Awak makan ubat panadol nie. Nah,” terus Yulhee hulurkan ubat panadol dan N ambil dari tangan Yulhee. Kemudian air mineral dari tangan Yulhee juga diteguknya.

“Kalau awak masih tak selesa, baik kita balik jelah,” kata Tzuyu.

“Betul cakap Tzuyu. Kau kan letih sangat. Dari pagi tadi jalan-jalan. Rehat sekejap pun tak,” celah Leo sambil tangannya mengusap dada N.

“Yelah. Aku dah letih ni. Aku rasa pening sikit. Macam dah lama tak bersiar-siar,” jawab N dengan senyuman sinis.

“Yelah tu. Bukan selalu kita jalan-jalan kan. Dahlah sibuk dengan aktiviti sekolah. Dah tu, kita kenalah relax time cuti nie,” jawab Yulhee.

Di rumah N (balik dari shopping mall)

“N oppa, omma awak takde kat rumah ke?” tanya Tzuyu.

“Dia ade kat kedai jahitnya. Takpe. Awak duduk kat rumah saya dulu,” balas N sambil membuka pintu rumahnya dengan kunci. Kemudian, mereka berdua masuk ke rumah.

“Awak duduk dulu, saya pergi dapur sekejap,” kata N dengan langkahnya ke dapur.

“Awak tak pening lagi ke?” tanya Tzuyu.

“Dah okey sikit,” balas N.

“N oppa, boleh saya baring kat sofa?” pinta Tzuyu.

“Boleh! Kan awak pun penat,” balas N sambil mengangguk. Lepas itu N menghidangkan teh kepada Tzuyu.

Semasa Tzuyu berehat, deringan ringtone TWICE kedengaran. Dia segera mencapai handphonenya.

Panggilan telefon.

Tzuyu: Hello?

Yulhee: Tzuyu, awak berdua dah balik ke?

Tzuyu: Ya, tapi saya singgah kat rumah N oppa dulu. Nanti baru saya balik ke rumah.

Yulhee: Oh, begitu rupanya. Saje jer nak tanya. He he he~

Tzuyu: Awak dan Leo dah balik ke?

Yulhee: Kami berdua dalam perjalanan balik ke rumah.

Tzuyu: Hati-hati tau. (panggilan diputuskan.)

“Siapa tu, Tzuyu?” soal N sambil memegang menatang secawan teh dan biskut di ruang tamu.

“Yulhee. Dia tanya kita sama ada kita dah balik ke rumah atau belum,” jawab Tzuyu sambil menyimpan handphone ke dalam beg tangannya.

“Ye ke. Mereka dah balik rumah ke belum?” tanya N. Dulang diletakkan pada meja, menghidang secawan teh dan biskut.

“Mereka masih dalam perjalanan, oppa,” balas Tzuyu. “Ermm… oppa, Tzuyu nak tanya sesuatu boleh?” kata Tzuyu sambil meneguk secawan teh.

“Tanyalah,” kata N.

“Omma awak kerja sebagai tukang jahit ke?” tanya Tzuyu.

“Ye. Omma saya dah lame jadi tukang jahit. Dia sangat hebat dalam bab jahitan. Sebab tu dia memiliki permit untuk membuka kedai jahit,” balas N dengan ‘cute smile’.

“Wah. Bagus juga. Kalau saya ada baju yang koyak rabak tu, nanti saya suruh omma awak jahitkan untuk saya tau. Omma saya tak berapa pandai menjahit,” kata Tzuyu.

“Ye. Awak bagi saya dulu, nanti saya sampaikan kat omma saya untuk jahit,” balas N sambil tersenyum.

“Omma awak pandai buat skirt tak?” soal Tzuyu sambil menggigit biskut.

“Semua jenis pakaian pun omma saya reti jahit. Skirt, blaus, seluar, dan banyaklah,” jawab N sambil meneguk secawan teh.

“Tapi, masa jahit tu bergantung kepada jenis pakaian lah nie?” soal Tzuyu.

“Ye. Memang bergantung kepada jenis pakaian. Kalau skirt tu, ambil masa sampai 2 hari jer. Paling lama sampai 3 hari.”

“Wah, best jugak tu. Eh, dah pukul 4:00 petang,” kata Tzuyu sambil melihat jam tangannya.

“Awak nak balik ke?” tanya N pula.

“Yelah. Saya kena balik. Terima kasih kerana benarkan saya singgah,” ucap Tzuyu sambil membawa beg tangan untuk balik ke rumah.

“Saya hantar awak,” tawar N. “Oh, takpe. Saya boleh balik sendiri,” balas Tzuyu dengan menolak tawaran N.

“Awak pasti ke?” soal N. Mukanya macam kecil hati jer. (Alololo)

“Ye. Saya pasti akan balik dengan selamat. Annyeong~”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3