EMPAT PULUH LIMA.

Kisah Geng Sekolah.

Pukul 4:00 petang: Lawatan di hospital (VIXX + gugudan)

“Cikgu Taeyeon, apa kata doktor?” tanya Leo kepada Cikgu Taeyeon yang duduk di sebelah katil N.

“Luka tikaman tu taklah dalam sangat. Korang jangan risau. N pasti akan sembuh punyelah,” balas Cikgu Taeyeon.

“Huh, lega pulak rasanya,” kata Ken.

“Eh, mana budak gugudan? Biasanya korang rapat sangat dan tinggal berjiran kat asrama lagi tu,” tanya Cikgu Taeyeon.

“Nanti mereka sampai,” balas Ravi.

“Dia dah bangun ke belum?” tanya Hyuk.

“Belum. Cikgu lawat dia, tapi masih belum sedar,” kata Cikgu Taeyeon.

“Annyeonghaseyo, cikgu,” sapa Hana dan 8 gengnya.

“Sorrylah cikgu. Lambat sikit, kami kena tunggu geng-geng lain keluar dari bilik,” kata Sejeong.

“Oh, takpe. N masih belum bangun lagi,” kata Cikgu Taeyeon. Geng gugudan menarik nafas lega.

“Cikgu, kami bawak buah tangan untuk N oppa,” kata Hyeyeon dengan meletakkan buah tangan di atas loker sebelah katil N.

“Apa di dalam tu babe?” tanya Ravi sambil menjengok bungkusan merah.

“Oppa bukalah. Hehehe…” kata Haebin. “Ini buah tangan dari kami bersembilan tau!” sambung Haebin.

“Biskut dorayaki? N hyung ni macam doraemon jelah,… comelnya…” kata Hyuk dengan terkejut melihat bungkusan yang dibuka oleh Ravi.

“Yelah. Dia kan suka makan biskut ala dorayaki,” jelas Hongbin.

“Cikgu, kami dengar berita yang N oppa kena tikam oleh Dahyun lepas rehat. Apa yang terjadi?” tanya Nayoung.

“Panjang ceritanya,” kata Cikgu Taeyeon.

“Pendekkan,” celah Sally.

“Saya, Cikgu Wendy dan Cikgu Seulgi hendak lapor kegiatan kepada pengetua. Bila kami baru nak melangkah, belakang badan N ditusuk pisau oleh Dahyun. Cikgu Wendy segera bawak Dahyun dan Cikgu Seulgi telefon ambulan. Dan cikgu terus inform kat semua pelajar kelas dia bahawa N masuk hospital kerana ditikam oleh Dahyun yang kejam,” cerita Cikgu Taeyeon.

“Yelah. Kami terkejut mendengar berita buruk nie,” kata Hana.

“Tak sangka betul! Kejam pulak dia tu!” Mina marah.

“Ya! Sekolah ni rasa nak ‘runtuh’ je dengan perbuatan budak TWICE yang bengis! Mati kita dibaham mereka kalau kita berani buka mulut nak melapor,” sampuk Mimi.

“Buat malu je. Muka cantik tapi jahat! Bencilah diorang tu!” kutuk Soyee.

“Betul. Ini dah jadi kes bunuh tau!” sampuk Hyeyeon.

“Ini bukannya kelakuan baik untuk yeoja. Orang selalu cakap – walaupun kita cantik tapi berhati busuk dan menjahati orang, tiada gunanya tau!” celah Nayoung.

“Yelah. Betul cakap kamu. Cikgu rasa lebih baik pengetua kena ambil tindakan tegas,” balas Cikgu Taeyeon.

2 minit kemudian…

N sudah sedar. Dia terbangun apabila melihat geng VIXX dan gugudan serta guru kelasnya yang memenuhi bilik wadnya.

“Apa yang berlaku? Kenapa saya di sini?” tanya N. Budi bicaranya perlahan sikit.

“Cikgu cakap kau ditikam oleh Dahyun. Dah tu, masuk ke hospital,” kata Ken.

“Betul cakap Ken oppa. Kami semua terkejut mendengar berita buruk,” kata Soyee.

 “Hakyeonnie, ni barang kau. Dompet, handphone, tali leher dan tag nama kau dalam plastik nie,” kata Leo sambil menyimpan barangan N ke dalam almari kecil di tepi katil sebelah kanan.

 “Awak jangan risau, cikgu dah inform omma awak untuk datang ke sini. By the way, dia masih sibuk dengan kerjanya. Nanti dia datang,” kata Cikgu Taeyeon.

“Terima kasih. N sayang omma – eh, salah! Cikgu!” balas N sambil tersasul. Cikgu Taeyeon tersentak. (Boleh jadi Cikgu Taeyeon jadi omma kedua N!!)

Kawan-kawannya ketawa terbahak-bahak. “Aduhai!! Sorry, cikgu. N dah tersasul tadi…” kata N dengan mukanya merah.

“Takpe. Cikgu maafkan. Nampaknya cikgu jadi omma pulak…” balas Cikgu Taeyeon sambil mengukir senyuman di bibirnya. Akhirnya, dia turut serta ketawa bersama anak murid yang lain.

Keesokan harinya… waktu siang selepas balik dari sekolah.

“Tumpang tanya, dimanakah wad anak saya?” tanya Mrs. Cha.

“Nama?”

“Cha Hakyeon. Dia baru masuk sehari berlalu,” balas Mrs. Cha. Jururawat yang bertugas itu mengangguk dan mencari namanya dalam sistem. “Ni dia, puan. Bilik wad Cha Hakyeon bertempat di aras 7; no. wad 892,” kata jururawat itu.

“Terima kasih. Jom, Tzuyu,” ajak Mrs. Cha dengan menarik pergelangan tangan Tzuyu.

Mereka menaiki lif untuk ke aras 7. Selepas keluar dari lif, mereka pergi ke bilik wad N.

“Annyeonghaseyo!”

N terbangun dan duduk bersila di atas katil. Ommanya dan Tzuyu masuk ke bilik wadnya.

“Honey, dah okey ke?” tanya Mrs. Cha sambil meletakkan bakul buatan tangan di tepi katil. Dia dan Tzuyu menarik kerusi dan duduk di sebelah katil anaknya.

“Sakit belakang N, omma.”

“Omma dah dengar semuanya dari cikgu kamu. Tak sangka Dahyun tikam kamu macam tu. Omma hampir menangis apabila cikgu kamu luahkan segalanya. Dan omma bawa Tzuyu untuk honey,” kata Mrs. Cha. Tzuyu memegang tangan N.

“Oppa, Tzuyu juga dengar dari namchin Yulhee. Dahyun akhirnya ditangkap dan digantung sekolah.”

“Berapa lama?” N ingin tahu.

“Sampai akhir bulan Julai,” Tzuyu menjawab sambil memegang tangan keras N.

“Aduh! Kenapa tak buang terus! Kan menyusahkan?” N tidak setuju dengan jawapan Tzuyu.

“Ravi oppa cakap tak dapat buang terus pelajar begitu jer. Mr. Kwang Soo cakap yang tindakan tu memang berat. Tapi, Cikgu Wendy cakap yang dia tidak jumpa surat amaran tu. Sebenarnya dah dibakar oleh geng TWICE. Ravi dan Leo cerita kat saya. Masa tu mereka berdua baru keluar dari blok pentadbiran ternampak Jihyo menceroboh ofis Cikgu Wendy.”

“Kenapa boleh berlaku?”

“Oppa, surat amaran mereka sebenarnya tidak kesampaian. Sepatutnya, surat harus disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. Tapi, lepas waktu sekolah, si Jihyo mencari surat amaran untuk dibakar di belakang asrama lelaki. Leo oppa yang tengah sidai pakaian yang dicucinya ternampak geng Jihyo bakar surat tu. Tapi, dia sendiri tak akan tegur dalam keadaan macam nie. Kan dia pakai tuala? Gila ke?” jelas Tzuyu.

“Taekwoonie kan baru lepas mandi. Buat apa dia tegur? Pelik!” balas N.

“Nanti kena belasah, haa – nampak benda yang tak sepatutnya! Malu dia tu kang! Dahlah dalam keadaan ‘berkemban’ lagi tu,” jawab Tzuyu.

“Yelah tu. Takkanlah Taekwoonie tu bogel kalau dibelasah? Heee….”

“Jihyo dapat surat tu dari mana?” tanya Mrs. Cha tatkala melihat pasangan itu mempersoalkan surat amaran sekolah.

“Dekat ofis Cikgu Wendy,” kata Tzuyu.

“Boleh jadi surat tu dibakar macam tu je. Gila betul budak ni,” kutuk Mrs. Cha sambil menuangkan air suam untuk 2 orang itu.

“Yelah, mak cik. Saya terkejut mendengar Ravi oppa cerita kat saya pagi tadi masa rehat. Saya dan Yulhee segera berjumpa dengan geng VIXX. Mereka yang ceritakan segalanya,” kata Tzuyu sambil menghirup secawan air suam.

“Ye ke. Semua cikgu habis akal untuk menghukum budak TWICE yang kaki samseng tu. Susah betul pengetua mencari jalan untuk memastikan sekolah kembali selamat tanpa gangguan,” kata Mrs. Cha.

“Kuasa pengetua yang kuat, omma. Tapi macam sia-sia je nasihati budak TWICE sebab mereka tu masuk telinga kanan, keluar melalui telinga kiri,” balas N.

“Adeh, bila lagi mereka berubah?” tanya Mrs. Cha.

“N tak tahu. Omma, N nak share benda ni,” kata N sambil meminum air suamnya.

“Apedia?”

“Omma, budak Laboum nyawa-nyawa ikan lepas stor sukan dibakar oleh budak TWICE. Taekwoonie cerita kat N katakan yang budak TWICE yang mengunci mereka kat stor sukan. Nasib baik takde cedera apa-apa. Hampir hangus stor sukan tu,” N membuka ceritanya.

“Ha? Biar betul? Perangai mereka makin berleluasa pulak. Bunyi macam nak bunuh orang pulak,” balas Mrs. Cha sambil mengupas buah epal. Dia memotong kepada 2 bahagian. Dia memberikan satu bahagian kepada N dan satu lagi kepada Tzuyu.

“Tulah pasal, omma. Nasib baik tak terbakar habis,” kata N sambil mengigit epalnya.

“Yelah tu,” kata Mrs. Cha.

“Teruk tak keadaan stor sukan tu?” tanya Mrs. Cha.

“Taklah, omma. Bahagian luar je yang teruk dibakar. Di dalamnya, ada yang hangus dan separuh hangus. Makin teruk, budak TWICE masih lagi bertindak ganas walaupun diberi amaran,” balas N. Ketika itu dia baru menghabiskan epal.

“Kamu makan ubat, honey,” terus ommanya menghulurkan ubat kepada N.

“Mak cik, saya dulu pernah berkawan dengan budak TWICE. Tapi tak lagi. Saya biarkan mereka tak suka saya. Asalkan saya pandai pilih kawan,” kata Tzuyu.

“Mujur kamu tak terlibat,” jawab Mrs. Cha.

“Tzuyu, omma, N nak tidur ni. Lepas makan ubat, mata terasa mengantuk. Ubat nie memang nak suruh orang tidur aje…” balas N sambil meletakkan cawannya ke atas loker sebelah katilnya. Kemudian dia pun baring semula.

“Yelah. Baik juga untuk merehatkan honey,” ujar Mrs. Cha sambil menarik selimut untuk menyelimutkan anaknya.

“Oppa tidurlah. Tzuyu nak balik,” balas Tzuyu.

“Omma dan Tzuyu hendak balik. Honey tidurlah. Annyeong~” kata Mrs. Cha sambil berdiri untuk berangkat balik. Dia mencium dahi anaknya sebelum meninggalkan wad itu.

Selepas pintu ditutup, N bangun semula. Ommanya meninggalkan bakul coklat buatan sendiri untuknya. Dia tak boleh tidur tanpa ‘bantal busuk’. Jadi, dia mencari bantal busuknye dalam bakul itu.

“Dah jumpa pun. Ingatkan omma lupa masukkan kot,” katanya lalu diletakkan di tepinya. Kemudian, dia pun tidur.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3