TIGA PULUH EMPAT.

Kisah Geng Sekolah.

Di rumah Leo. (Balik bermalam)

“Omma dan appa kamu pergi ke dinner malam ni,” ujar Mrs. Jung kepada Leo yang duduk di biliknya.

“Dinner kahwin ke?” kata Leo.

“Ya. Dinner kahwin. Anak majikan appa kamu berkahwin hari ni. So, mereka mengundang omma dan appa kamu untuk dinner malam ni. Takpe ke kalau kamu tinggal di rumah ni sorang-sorang?” jelas Mrs. Jung.

“Takpe, omma. Leo dah biase duduk sorang-sorang. Lagipun kalau Leo terasa sunyi, Leo boleh main piano,” balas Leo.

“Hmm,… kalau begitu, baiklah. Omma dah masak makan malam untuk kamu sorang. Sebaik saja omma dan appa keluar dari rumah, kamu kunci pintu dan pagar rumah,” pesan Mrs. Jung sebelum meninggalkan rumah.

Selepas ibu bapanya keluar meninggalkan rumah, Leo segera kunci pintu rumah dan pagar seperti dipesan oleh ommanya.

Selepas makan malam, Leo pun bermain piano untuk mengubat kesunyian yang amat sangat. Selepas itu, Leo duduk di ruang tamu tetapi dia tidak menonton televisyen. Dia masih teringat akan N.

“Apa yang Hakyeonnie buat kat rumah? Dia dah sembuh ke?” tanya Leo sendirian. Lantas dia mencapai Iphone 6 yang telah dicas penuh di soket sebelah TV. Lalu dia memulakan untuk ‘chat’ dengan N. Itu salah satu cara untuk melunaskan rindu setelah beberapa hari dia tidak bercakap dengan N.

Leo:

Hakyeonnie! Kau dah okey?

N:

Taekwoonie! Aku okey sikit.

Leo:

Kau dah makan? Kau makan apa?

N:

Aku dah makan. Aku cuma makan bubur je.

Leo:

Ye Ke? Makan bubur je?

N:

Nae~ itu jer omma aku buat. Nanti bila aku sembuh sikit, aku makan nasi.

Leo:

Betul jugak. Oh ya, budak BTS, EXO, GOT7, TVXQ dan Monsta X kirim salam dekat kau.

N:

Okey. Taekwoonie, ade apa-apa yang berlaku tak mase aku takde?

Leo:

Hmm,… ade tragedi terbakar siang tadi, Hakyeonnie.

N:

Ha? Terbakar? Sekolah hangus ke? Makmal Bio hangus ke? Kelas terbakar ke? Asrama terbakar ke?

Leo:

Bukanlah, Hakyeon. Ni, stor sukan hampir hanguslah.

N:

Kenapa stor sukan hampir hangus?

Leo:

Ade orang yang bakar stor sukan tu. Aku baru keluar dari jamban dah tu aku terbau sesuatu hangus. Aku tanya kat Sowon dengan Eunha, tapi mereka tak tahu.

N:

Habis tu ape?

Leo:

Kami pun pergi ke stor sukan. Rupa-rupanya stor sukan pulak yang hangus. Ade orang yang berkurung di situ.

N:

Biar betul kau ni. Siapa yang terkurung?

Leo:

Budak Laboum yang terkurung kat situ.

N:

Macam mana boleh jadi macam ni? Siapa punya angkara?

Leo:

Tulah pasal. Budak TWICE tergamak betul mengurung mereka kat situ. Mereka yang bakar stor sukan tu. Tu yang kami rushing sangat nak padamkan api.

N:

Eeeee..… kejam sungguh mereka! Tak berhati perut langsung! Belachan betulla!!

Leo:

Yelah. Si Jackson dah menjerit-jerit cakap ada kebakaran. Dah tu Ravi dan geng-geng lain siap bawak pemadam api.  Semua pelajar namja tolong Cikgu Siwon dan Cikgu Kyuhyun padamkan api sebelum merebak.

N:

Dah tu, budak Laboum ade cedera tak? Ke nyawa-nyawa ikan?

Leo:

Mereka okey. Takde cedera sikit pun.

N:

Huh, baguslah kalau macam tu.

Leo:

Cikgu Siwon dan Cikgu Kyuhyun report hal ni kat pengetua. Nanti dia ambil tindakan.

N:

Betul ke? Baguslah! Kalau tak report, macam mana kalau pengetua nampak stor sukan hangus?

Leo:

Tulah pasal. Nanti tak pasal-pasal satu sekolah dia hukum. Mampus tau!

N:

Legalah kalau macam ni. Aku dah dapat jawab ‘puzzle’ sudoku tu. Tapi aku tak akan main selalu. Masa lapang je aku main. Aku berasa bersalah pulak. Tengok aku macam tak layan korang.

Leo:

Kalau begitu, baguslah. Kan cikgu cakap kene bahagikan masa dengan homework dan sudoku. Jangan risau, minggu depan ade pertandingan sudoku.

N:

Yelah kan. Tak sabarnya!

Leo:

Isnin nanti kau pergi sekolah tak?

N:

Ye. Aku rindu dengan korang. Aku hampir sembuh.

Leo:

Baguslah kalau begitu.

N:

Kejap! Sebelum aku lupak, korang ade diberi tugasan tak mase aku takde?

Leo:

Owh! Banyaklah! Sampai pecah kepala kami buat tugasan banyak sangat.

N:

Apedia tugasan tu?

Leo:

Matematik; buat latihan kat topik kebarangkalian (bhg 2) dalam buku teks muka surat 78 – 81 no. soalan 3 – 18.

N:

Tu je?

Leo:

Banyak lagilah. Add math pun sama. Buat latihan kat topik linear muka surat 56 – 57 no. soalan 1 – 3. Chemist pulak buat tajuk ester. Tapi aku simpan ‘handout’ lebih untuk kau. Besok aku pergi ke rumah kau siap dengan ‘handout’ kau. Dan aku pun nak belajar dengan kau sambil buat homework.

N:

Betul ke? Seriously?

Leo:

Yelah. Aku tolong kau supaya kau tak ketinggalan.

N:

Subjek lain macam mana?

Leo:

Hmm,… Bio pula ade ‘handout’. English pulak Cikgu Sorn ade edarkan kertas soalan tahun-tahun lepas. Yang tu pun aku simpan untuk kau. Yang Pendidikan Moral tu lain sikitlah. Cikgu Seulgi suruh kita cari novel atau cerpen yang mengandungi banyak pengajaran. Dia suruh kita ulaskan novel atau cerpen dengan mengaitkan dengan nilai-nilai dari bidang 1 – 7.

N:

Huish,… banyak giler! Berapa banyak novel atau cerpen yang kita suruh cari?

Leo:

Satu je dah cukup. Cikgu Seulgi yang cakap macam tu. Dah tu dia suruh kita bentangkan kat kelas.

N:

Ye ke. Buat persentation lah nie? Pakai powerpoint tak?

Leo:

Eh – mane ade pakai powerpoint! Cikgu suruh baca ulasan novel tu. Bukannya presentation! Gila ke ape?

N:

Macam tu pulak.

Leo:

Fizik pulak ade jugak ‘handout’. Yang tu aku bawak jugak untuk kau.

N:

Aduhai! Buat susah-susah jer Taekwoonie.

Leo:

Ape susahnye, Hakyeonnie. Kan kita ni kawan & sepupu. Kau sedarah dengan aku. Kau dah makan ubat?

N:

Nae~ aku dah makan ubat, tapi aku rase mengantuk. Omma aku cakap ubat nie ade kesan sampingan.

Leo:

Heh, okeylah tu. Kau bukannya buat kerja berat pun. Just baring kat katil macam dekat hospital pulak. Omma kau pulak jadi nurse.

N:

Oh ya, omma aku kirim salam kat kau.

Leo:

Okey.

N:

Pasti omma aku gembira kalau dia tahu kau datang ke rumah aku.

Leo:

Yelah tu. Dah, aku nak tidur ni, bebeh. Jumpa besok!

N:

Aku pun sama. Annyeong~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3