DUA.

Kisah Geng Sekolah.

“Slow-slowlah omma, sakit,…” ujar N sambil menahan sakit. Mrs. Cha menekap seketul ais yang dibalut dengan kain bersih pada pipi N.

“Tulah, nak tunjuk lagak, kan dah kena belasah,” ujar ommanya. “Tak lama lagi, okeylah pipi kamu tu. Sabar jelah, honey,” pujuk Mrs. Cha.

“Yelah, yelah. Omma sayang N tak? Soal N bersuara manja.

“Apa pulak tak sayang. Mestilah sayang. Kamu anak omma,” balas Mrs. Cha sambil mencium dahi N.

Malam itu, sedang N tengah siapkan homeworknya, Mrs. Cha datang dengan membawa segelas jus oren. Jus oren itu diletakkan di atas meja tulis N. Baru saja N perasan ada jus oren di atas mejanya.

“Belajar, belajar,” ommanya menarik muka senyumnya.

“Thanks, omma. N sayang omma,” balas N dengan membalas senyuman ommanya. Selepas itu Mrs. Cha menutup pintu bilik anaknya.

1 jam kemudian, N kemaskan buku sekolahnya sekaligus menyimpan bukunya ke dalam beg sekolah. Kemudian dia mengemaskan alat tulisnya dan simpan ke dalam beg sekolah juga. Lepas itu dia ke bilik air untuk menggosok giginya. Selepas itu, dia masuk tidur.

Esoknya…

“Good morning, omma!” sapa N yang siap berpakaian sekolah. Dia terus ke dapur. Beg sekolah diletakkan di sofa dekat ruang tamu. “Good morning, anak omma yang comel,” jawab Mrs. Cha sambil tangannya mengacau the susu.

“Omma masak apa?” soal N sambil menarik kerusinya.

“Sandwich dan teh susu. Soalan pebenda kamu nie,” balas Mrs. Cha sambil menuangkan the susu pada cawan. N memakannya dengan lahap. “Omma, N balik lewatlah hari nie,” kata N. Dia baru habiskan sandwichnya dan teh susu. “Wae?” ommanya hairan. “Ade kelas tambahan. N tak tipu! Kalau omma tak percaya, omma pergi tanya Cikgu Siwon sendiri,” jawab N sambil mengangkat tangan kanannya. “Yelah, yelah. Tak perlulah buat ayat ‘bunga’ sangat. Setakat kelas tambahan tu, omma on jer. Bukan untuk omma, kamu sendiri kena belajar lebih,” panjang lebar Mrs. Cha bercakap.

“Omma! N pergi dulu, annyeong~” ucap N sambil mencium pipi ommanya.

“Hati-hati tau!” pesan ommanya. N terus ambil beg sekolahnya dan memakai kasut sekolah. Selepas itu, dia keluar dari rumah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3