TIGA PULUH DUA.

Kisah Geng Sekolah.

Di bilik kesihatan. (Leo, Ken dan Cikgu Taeyeon)

Kelas 5A tiada guru mengajar, disebabkan Cikgu Taeyeon terpaksa pergi ke bilik kesihatan untuk melihat keadaan N. Sementara itu, di bilik kesihatan hanya ada Leo dan Ken. Geng lain pun masuk ke kelas mereka masing-masing.

“Leo, doktor dah periksa keadaan N ke?” tanya Cikgu Taeyeon kepada Leo.

“Sudah, cikgu. Doktor cakap N demam dan badannya panas. Suhu badannya pun tinggi sangat. Dia langsung tak menjamah apa-apa makanan. Saya sangat risau dengan dia sebab kami berdua adalah sepupu. Saya hilang sabar kerana N langsung tidak respon ketika kami pujuk dia. Sampai berbuih air liur pujuk N supaya hentikan bermain sudoku. Lalu saya rampas buku dia sebab saya tak tahan tengok dia tu. Lepas rampas, dia buat bodoh je. Dah tu dia jatuh dari kerusi lalu pengsan,” cerita Leo. Buat kecut perut Cikgu Taeyeon mendengarnya.

“Aigoo~ gian betul N main sudoku sampai tak makan pa-pa. Tapi, masa cikgu lain mengajar, dia ade main sudoku tak?” kali ini Cikgu Taeyeon pula menyoal.

“Tidak, cikgu. Awal-awal pagi je dia sibuk main sudoku. Kami sapa dia tapi buat tak tahu je. Bila cikgu masuk, dia simpan buku tu kat laci meja,” jawab Ken.

“Hmm… kalau begitu, takpe. Ken, tolong ambilkan lembaran kerja (handout) kat bilik guru dan bawa ke kelas. Edarkan setiap seorang. Cakap dengan mereka yang cikgu jengok N bersama dengan Leo. Pesan kepada mereka supaya hantar sebelum kelas Bio tamat. Seorang kena kumpul ‘handout’ dan hantar ke bilik guru terus,” pesan Cikgu Taeyeon.

“Baiklah, cikgu. Akan saya usahakan,” jawab Ken sebelum meninggalkan bilik kesihatan.

Di kelas 5A – Kelas Biologi.

“Yoo hoo!!! Bbuing, bbuing!!!” jeritan Ken memecahkan suasana santai kelas 5A. Ken datang dengan membawa tugasan yang disuruh oleh Cikgu Taeyeon.

“Wah, Ken-ssi, Cikgu Taeyeon takde ke? Ade cari cikgu sit-in tak?” tanya Baekhyun selaku ketua kelas.

“Banyaklah kau punya cikgu sit-in. Aku datang ni nak bagi korang something,” ujar Ken sambil menayangkan tugasan bercetak (handout) kepada classmatenya. Dia duduk di meja guru.

“Lah, Cikgu Taeyeon tak masuk kelas ke? Dia sakit apa?” soal Mina.

“Kau biar betul Ken. Takde cikgu sit-in kah hari nie?” Hyeyeon pula menyampuk.

“Annyeonghaseyo, Cikgu Ken. Cikgu baru ke?” perli Chanyeol sambil ketawa.

“Wah, Cikgu Ken. Bestnyer!!” sambung Chen.

“Cikgu Ken nak ajar apa hari nie?” soal Hana dengan geli hati.

“Cikgu Ken menjadi cikgu pelatih ke? Kacaknya….” ujar Yujeong.

“Cikgu Ken ni cikgu pelatih ke?” sampuk Sowon. Hampir nak bernanah telinga Ken apabila mendengar perkataan ‘cikgu’ dan ‘cikgu pelatih’.

“DIAM!!! BANYAKLAH KAU PUNYA CIKGU CIKGU!!! Ci!!!” Ken mengamuk sambil tangannya menghentak meja guru. Semua pelajar tergamam. Takut tengok muka Ken yang sangat MARAH itu!! Mujur tak terpelanting habis ‘handout’!

“Apehal korang ni. Janganlah buat Ken marah,” kata Xiumin sambil mengambil buku teks Biologi dalam begnya.

“Blom korang ni. Aku nak bagi sesuatu pun korang macam-macam. Untuk pengetahuan korang, Cikgu Taeyeon bukannya sakit. Kalau dia sakit, memanglah ada cikgu sit-in, wahai Byun Baekhyun-ssi!! Nama je ketua kelas, tapi pendek akal!” sindir Ken. Baekhyun hanya terdiam.

“Jadi, siapa yang sakit?” tanya Mina.

“Orang yang sepatutnya dikatakan sakit adalah N-ssi. Bukan Cikgu Taeyeon! Lain kali jangan nak potong percakapan orang! Ada faham?” tegur Ken sambil mengagihkan tugasan Cikgu Taeyeon kepada classmatenya.

Selepas itu, Ken menyambung pesanan Cikgu Taeyeon. “Kami jumpa N-ssi dekat library rehat tadi. Lepas Leo-ssi rampas buku sudoku, dia terus pengsan. Kami bawak dia kat bilik kesihatan, doktor cakap dia demam. Sejak beberapa hari yang lalu, selepas kami daftar nama kat Cikgu Joy, N-ssi dah lain sikit. Dia tidak hirau pasal kami. Tegur pun dia buat derk saje. Makan pun tak lalu, sampai Leo-ssi pun naik angin. Dia yang paling risau, so memang patut dia naik angin. Jadi Cikgu Taeyeon pun jenguk dia. Tapi dia suruh saya supaya korang siapkan dan hantar tugasan tu, dan seorang wakil hantar tugasan tu dekat bilik guru terus.”

Di bilik kesihatan – 1 jam kemudian.

            N mencelikkan matanya sedikit. Kemudian, dia terpandang Leo di bahagian kirinya dan Cikgu Taeyeon di kanan katil itu. “Cikgu,… Leo-ssi,…” ujarnya.

“Kamu dah okey?” tanya Cikgu Taeyeon.

“Badan saya masih panas, cikgu,” balas N dengan suara sedikit perlahan.

“Hmm… cikgu faham kamu suka main sudoku. Tapi, awak jangan ketagih sangat sampai kawan di sekeling awak tu langsung tidak ambil peduli. Sapa kawan pun tidak. Tapi nasib baik awak masih tumpukan perhatian dalam kelas. Kalau tak, entahlah,” luah Cikgu Taeyeon.

“Betul cakap cikgu. Aku sangat risau tengok keadaan kau,” sampuk Leo.

“Ni, Leo sanggup jaga kamu sampai kamu bangun. Dia tu sepupu kamu. Dia memang risaukan kamu. Dan kamu langsung tak jamah apa-apa makanan. Tengok keadaan kamu nie, macam orang sakit jer. Dahtu, gian sangat main sudoku. Tapi, jangan lupakan homework yang cikgu-cikgu bagi. At least, bahagikan masa. Bila lepas buat homework, bolehlah main sudoku. Masih sempat lagi dalam 2 minggu nie,” ujar Cikgu Taeyeon.

“Mianei, Hakyeonnie. Aku tak bermaksud nak merampas buku sudoku kau. Tapi aku terpaksa,…” ayat Leo terputus separuh jalan.

“Takpe, Taekwoonie. Aku faham,… ”potong N.

“Ni, aku bawak makanan untuk kau. Kau makanlah. Aku belanja,” ujar Leo sambil mengeluarkan makanan dari beg plastik.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3