EMPAT PULUH EMPAT.

Kisah Geng Sekolah.

“Aik? N-ssi tak masuk ke?” soal Ken kepada Leo.

“Dia tengah tolong cikgu settle budak pembuli tu,” jawab Leo sambil membelek buku teks Matematik.

“Biar betul?” Chen hairan.  “Yelah. Dia kan anak kesayangan Cikgu Taeyeon. Arahan yang dikeluarkan tu langsung tidak membantah,” jawab Ken sambil mengeluarkan buku Matematik.

“Harap-harap Hakyeonnie kembali dalam keadaan yang baik,” kata Leo.

“Yelah kan,” balas Chen.

Sebentar kemudian Cikgu Joy datang. Mereka bingkas berdiri.

“Selamat pagi Cikgu Joy!!!” ucap para pelajar kelas 5A secara beramai-ramai.

“Selamat pagi. Duduk.”

Semua pelajar duduk seperti diarahkan. Cikgu Joy mengeluarkan kertas soalan yang ditandakan dan disemak.

“Cikgu akan kembalikan kertas soalan. Sesiapa saja boleh pass kat kawan-kawan,” kata Cikgu Joy. “Saya, cikgu,” balas Baekhyun sambil menghampiri meja guru dan memgambil kertas soalan.

5 minit kemudian…

“Eh, mana N? Tak masuk kelas ke?” soal Cikgu Joy apabila menyedari anak murid kurang seorang.

“Cikgu, N tolong settle budak pembuli bersama dengan Cikgu Taeyeon,” jawab Ken.

“Apa?” Cikgu Joy terkejut. Serta-merta Cikgu Taeyeon datang ke kelas 5A dengan tergesa-gesa. Dia membawa tali leher, tag nama, dompet dan Iphone 6 berkulit keras hitam milik N di hadapan kelas.

“Maaf cikgu. Saya ada benda nak bagitahu ni. Ini pasal N,” kata Cikgu Taeyeon sebaik sahaja Cikgu Joy baru mengajar.

“Cakaplah,” kata Cikgu Joy. Dia terperanjat apabila melihat barang yang dibawa oleh Cikgu Taeyeon.

“Begini, Dahyun menghunus belakang badan N dengan pisau selepas saya, Cikgu Wendy dan Cikgu Seulgi buat sesuatu. Dan N sekarang dibawa ke hospital. Ini barang berharga dia,” kata Cikgu Taeyeon.

Satu kelas terkejut mendengar kata Cikgu Taeyeon. Leo tersentak. Tangan Leo yang memegang kertas soalan Matematik milik N terjatuh ke lantai. Hati Leo remuk-redam.

“Kemudian, Cikgu Wendy tangkap Dahyun seorang dan Cikgu Seulgi telefon ambulans. N terus dibawa ke hospital. Nanti saya inform dekat ibu kepada N untuk berita ini,” sambung Cikgu Taeyeon.

Flashback # Luar kantin. (N hampir ditikam mati)

“Lepaskan anak murid cikgu!!” bentak Cikgu Taeyeon. Dia tidak mahu kehilangan N yang ibarat macam anak kandung.

“Tidak! Kalau cikgu terus lapor kat pengetua, aku bunuh namja hodoh ni!!

Dahyun berdegil. Kawan-kawannya pun cuba nak lari.

“Jom, Cikgu Wendy. Kita lapor. Pedulikan,” ajak Cikgu Seulgi. Mereka melangkah ke lobi pentadbiran. (Dia tak mahu kejahatan diteruskan)

Baru sahaja perkataan ‘lapor’ keluar dari mulut Cikgu Seulgi, Dahyun menikam belakang badan N.

“Ahhhh!!!!” jerit N. Dengan kesakitan yang sangat teruk, 3 orang guru terus menerpa ke tempat N. “Dahyun! Sampai hati awak ya!!” marah Cikgu Taeyeon. Cikgu Wendy segera menangkap Dahyun dan dibawanya ke pejabat pengetua. (Pisau berdarah juga dibawa oleh Cikgu Wendy)

“Cikgu, call ambulans!!” desak Cikgu Taeyeon. Segera Cikgu Seulgi mengambil handphonenya untuk hubungi ambulans. Cikgu Taeyeon duduk mencangkung untuk merapatkan anak muridnya.

“N, bangunlah… Sakit ke? Tahanlah,… Awak mesti bertahan,…” Cikgu Taeyeon menampar pipi N bertalu-talu. Darah merah pekat banyak mengalir dari dadanya. Cikgu Seulgi turut duduk mencangkung. Jari kiri Cikgu Seulgi tersentuh darah.

“Dah saya call ambulans. Nanti tak sampai 10 minit pihak ambulans datang,” kata Cikgu Seulgi. Disentuhnya kepala N. Dia juga merasakan denyutan nadi di bawah dagu N masih berdenyut sedikit.

“Saya tanggalkan tali leher, tag nama, ambil dompet dan handphone N kat poket seluarnya,” kata Cikgu Taeyeon sambil mencari dompet dan handphone di dalam poket seluarnya. Dan dikeluarkannya.

“Dia masih hidup, cikgu,” kata Cikgu Seulgi ketika Cikgu Taeyeon menanggalkan tali leher dan tag nama anak muridnya.

“Baguslah. Nanti saya inform kat anak murid saya yang lain. Kalau tak, risaulah mereka,” balas Cikgu Taeyeon sambil berdiri dengan membawa barang berharga N ke kelasnya.

Flashback ends. – Kelas 5A

“Cikgu, betul ke N-ssi masuk hospital?” Ken menyoal. Dia hampir tidak percaya.

“Ya. Balik sekolah nanti korang lawatlah dia. Nanti cikgu akan menyusul kemudian. Sekarang, cikgu pergi dulu. Leo, tolong simpan barang N. Cikgu tahu kamu paling rapat dengan dia,” terus Cikgu Taeyeon menghulurkan barangan N kepada Leo. Kemudian, dia pun pergi meninggalkan kelas mereka.

Leo kembali ke tempat duduknya dengan membawa barangan N. “Sabar sunbae, sabar,…” pujuk Shownu menenangkan Leo yang sedih kerana N ditikam Dahyun.

“Okey, kamu semua. Kita teruskan pembelajaran,” kata Cikgu Joy selepas melihat Cikgu Taeyeon pergi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3