LAPAN BELAS.

Kisah Geng Sekolah.

“Jom, kita ke perpustakaan,” ajak Leo kepada Yulhee. “Jom!” kata Yulhee, menerima ajakan namchin dia. “Wait!” Tzuyu juga kemari.

“Sorrylah lambat,” kata Tzuyu, keletihan. “Takpe. Jom pergi,” ajak Leo. Ketiga-tiga orang itu pergi ke perpustakaan awam yang tidak jauh dari Fantasia Shopping Mall.

Utopia Library. Pukul 10:00 a.m.

“Tak rugi awak datang, Tzuyu. Banyak namja di situ,” ujar Leo sambil mengeluarkan buku-buku dan alat tulis.

“Berapa orang?” Tzuyu ingin tahu.

“Empat!” Leo dan Yulhee jawab serentak.

“Empat? Macam tak banyak jer. Bukannya nak bolot semua namja pun. Nak sorang mamat je,” balas Tzuyu sambil mengeluarkan buku-bukunya juga. Pencil case tidak terlupa ambil.

“Yelah, pilihlah mana satu yang awak berkenan,” celah Yulhee.

“Yulhee, saya nebesss~” kata Tzuyu.

“Ala~ relaxlah. Mereka tu baik. Tanya Leo oppa kalau tak caya,” balas Yulhee.

“Mereka sangat hensem dan ‘giant’ kat sekolah kita ni. Bila berhimpun, kami nampak macam ‘gergasi’ je. Tapi mereka juga manusia macam kita. Bukannya raksasa, ataupun gergasi betul-betul,” jelas Leo.

“Sama macam awaklah oppa – eh,” Tzuyu menutup mulutnya dengan tapak tangan. Tersalah cakap ke? Leo dan Yulhee hairan.

“Alamak! Saya sebut apa tadi? Oppa? Tzuyu, kenapa awak terpanggil oppa?” bisik Tzuyu.

“Oppa?” Leo terkejut. Mereka saling berpandangan.

“Mian, saya tersalah cakap,…” muka Tzuyu kemerahan.

“Takpe. Tak semestinya Yulhee sorang je yang panggil oppa. Gadis lain macam awak pun boleh,” pujuk Leo menenangkan Tzuyu.

“Betul ke ni?” Tzuyu memandang Leo. “Betul la. Saya tak kesah. Awak ni bukan girlfriend Leo, tapi masih boleh panggil oppa. Iye tak Leo oppa?” Yulhee juga memandang muka poker Leo.

“Hmm… tak salah awak panggil oppa walaupun bukan girlfriend saya,” balas Leo.

“Okey…” Tzuyu pun tersenyum.

“Apalagi, simpanlah beg kita kat loker sana tu. Barulah kita boleh masuk,” ajak Yulhee sambil mengambil begnya untuk disimpan di loker yang berhampiran dengan pintu masuk perpustakaan. Yang tinggal hanyalah buku-buku dan alat tulis. Mereka mencapai buku dan alat tulis masing-masing dan melangkah ke dalam perpustakaan.

“Huish… sejuknya perpustakaan ni. Nasib baik pakai jaket tebal,” kata Tzuyu sendirian.

“Ikut saya,” arah Leo. Yulhee dan Tzuyu mengekori Leo.

Mereka bertiga melangkah ke tingkat dua perpustakaan itu. Mujur ada tangga di sebelah timur perpustakaan. Mereka menjejaki sehingga terjumpa sekumpulan namja yang duduk di meja yang sebesar macam meja persidangan.

“Annyeonghaseyo,” sahut Leo.

“Annyeonghaseyo. Kau bawak Yulhee ke?” tanya Ken. “Bukan Yulhee jer. Tu sorang lagi,” Leo menundingkan jarinya ke arah Tzuyu.

“Awak rupanya?” tanya Ravi terkejut.

“An..yyeeoonng,” balas Tzuyu sedikit gugup.

“Awak jangan gugup, kami bukan makan orang, hehehe~” balas N dengan senyumannya mencairkan hati Tzuyu.

“Betul kata N hyung. Tiap-tiap hari kami makan nasi tau,” celah Hyuk. Tzuyu terkejut mendapati 5 namja yang duduk di meja itu. Bukan empat orang.

“Lima orang? Bukan Leo oppa cakap empat orang? Mana satu ni? Apesal ada extra?” tanya Tzuyu.

“Ooh… yang extra tu si Hongbin. Dia aje yang ada girlfriend. Yang lain; N, Hyuk, Ken dan Ravi je yang takde partner,” jelas Yulhee.

“Oh, cakap awal-awal. Saya tak tahu mamat rambut biru terang tu ade girlfriend,” kata Tzuyu memandang Yulhee. “Sorry. Saya lupa bagitahu tadi,” Yulhee tersenyum sinis.

“Yelah, takut awak sambar terus si Hongbinie tu,” celah N sambl menyiku lengan Hongbin di sebelahnya.

“Duduklah, tak kejang kaki ke berdiri lama-lama?” pelawa Leo sambil menarik kerusi untuk Yulhee duduk. Tzuyu terus menarik kerusinya untuk duduk. Barang mereka pun diletakkan di atas meja. Perbuatan Leo tadi mengejutkan para namja di depannya.

“Amboi, tarik kerusi untuk Yulhee supaya dia boleh duduk? Macam kat restoran je,” balas Ken. Leo juga tarik kerusinya untuk duduk.

“Kenapa tersengih macam kera busuk je Ken-ssi? Ada hati ke?” perli Ravi.

“Kat siapa? Yulhee? No way! Dia tu dah diambil oleh Leo-ssilah!” balas Ken sambil menarik muka masam.

“Dahlah tu. Korang berdebat tapi tak kena tempat. Sini bukan persidangan parlimen,” sindir Hongbin.

“Yelah yelah, Mr. Lee Hongbin,” balas Ken sambil membuat muka 10 sen.

Mereka berbincang sambil membuat kerja sekolah. “Hongbinie, kau ade bawak kalkulator tak? Aku punye tertinggal kat rumah,” pinta N sambil membuat ‘puppy eyes’.

“Mana boleh tak pinjam kalau muka hyung macam ni? Nah,” terus Hongbin letakkan kalkulator di atas buku N.

“Ooi, korang tau tak soalan ni macam mana?” soal Hyuk.

“Yang mana tu? Bak sini!” kata Ken sambil tangannya ralit menulis. Hyuk menunjukkan soalan dari subjek Sejarah kepada Ken. “Soalan tamadun ke?” soal Ken lagi.

“Yelah. Soalan tamadun ni tau tak hyung?” soal Hyuk lagi.

“Ni, kau tulislah senang-senang sikit. Tak payahlah meleret-leret macam dalam buku teks tu. Kau ambil fakta sebijik dalam buku teks tu, tapi kau tulislah dengan ayat sendiri. Fakta tu tak boleh lari dari soalan tau,” jelas Ken.

“Ye ke?” Hyuk siap mengangguk.

“Cikgu kami pernah ajar macam tu. Takkanlah kau copy and paste semuanya dalam buku teks? Gile ke ape?”

“Betul jugak. Thanks sebab bagi tips menjawab,” ujar Hyuk.

“Eh, Hongbin-ah! Mana girlfriend kau? Tak nampak batang hidung pun,” tanya Ravi.

“Sejeong ke? Ooh, dia pergi outing dengan geng-geng Gugudan,” jawab Hongbin sambil membuka buku rujukan Geografi.

“Sejeong tu nama girlfriend awak ke?” Tzuyu mencelah tatkala nama Sejeong muncul di mulut Hongbin.

“Ya. Kami berdua sentiasa bersama. Tidaklah kerap sangat,” balas Hongbin.

“Nasib baik Yulhee cakap yang awak ade girlfriend. Kalau tak, dah lama saya pikat (filrt) awak terus,” kata Tzuyu.

Pukul 12:00 p.m.

“Kita makan kat restoran mana?” tanya Ken.

“Tempat biasa,” jawab Ravi sambil mengemas buku-buku dan alat tulis.

“Apa pendapat awak, Tzuyu?” tanya Ken kepada Tzuyu.

“Saya ikut saje,” balas Tzuyu.

“Ok! Jom! Aku lapar ni,” kata Hyuk.

Mereka keluar dari perpustakaan dan mengambil beg masing-masing dari loker. Kemudian, mereka menyimpan barang-barang ke dalam beg masing-masing.

Pinewood Restaurant.

“Kalian mau pesan apa?” tanya pelayan dari Indonesia.

“Emm…. Spageti tomato – 2, blackpeper steak – 3, spicy chicken rice – 3, kopi capuccino – 2, jus tomato – 2, lemon barley – 4,” Ravi membuat pesanan. Selepas pelayan mendapat pesanan, dia terus berlalu.

“Ini tempat biasa yang Ravi cakap tadi ke?” soal Tzuyu. “Ye. Kami sentiasa makan kat sini kalau ada masa lapang. Harganya munasabah sikit,” jelas Ken.

“Oh, begitu. Macam best je tempat ni,” celah Yulhee.

Kurang 20 minit, hidangan yang telah dipesan sudah sampai. Mereka menjamu selera. Sedang mereka menjamu selera, tiba-tiba deringan lagu TWICE - Brand New Girl kedengaran di handphone Tzuyu. Dia segera menjawab panggilan itu.

Panggilan telefon.

Tzuyu: Hello?

Jihyo: Tzuyu! Kau kat mana?

Tzuyu: Kat restoran. Apehal?

Jihyo: Restoran? Kau pergi outing tanpa kami ke?

Tzuyu: Laa, takkan aku pergi sorang. Aku diundang oleh kawan-kawan aku sekali.

Jihyo: Kau kenapa asyik mengelak daripada kami? Kan kita ni kawan?

Tzuyu: Kawan? Geng pembuli adelah. Aku malas nak layan kau! Kacau betul! Hilang selera makan aku pulak! (panggilan diputuskan.)

Tzuyu menutup handphone dan simpan ke dalam poket jaketnya. “Siapa tu?” tanya Leo sambil tergigit chopsticknya.

“Jihyo. Dia marah sebab saya asyik jauhkan diri dari geng TWICE yang pembuli tu,” terang Tzuyu.

“Kacau daun betul si Jihyo tu,” kata Hongbin.

“Orang dah berubah, tapi ada rintangan wahai Bean,” sampuk Yulhee.

“Dahlah tu. Sambung makan,” kata Hyuk.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3