DUA PULUH.

Kisah Geng Sekolah.

“Aku geram dengan si Tzuyu ni. Berapa kali aku call dia, langsung tak diangkat. Kononnya dia tengah sibuk,” rungut Jihyo. Kawan-kawannya pun tidak gembira. Mina nampak sesuatu. Dia nampak geng Laboum duduk di pondok sekolahnya tidak jauh dari asrama.

“Itu budak Laboum. Jihyo, apa kita buat? Buli mereka macam biase?” soal Mina kepada Jihyo.

“Yelah. Alang-alang nampak mereka, jom kenakan mereka!” seru Jihyo dengan membuat langkah macam orang jahat.

“Ya! JOM!!” balas geng-gengnya yang lain. Tak cukup member pun takpe! Biarlah!

8 budak TWICE (kecuali Tzuyu) sedang memgambil tanah dan pasir lalu dimasukkan ke dalam pongkes (bakul untuk mengumpul tanah) serta batu-batu kecil. Selepas semuanya selesai, geng TWICE melangkah ke pondok sekolah dimana geng Laboum bersembang di situ.

“Hei budak kampung dan miskin! Aku bagi amaran dengan korang berlima. Jangan sesekali bagitahu cikgu tentang kegiatan kami. Kalau ingkar, korang tak akan selamat buat seumur hidup! Arasseo!!!” tengking Jihyo kepada 5 geng Laboum.

Geng Laboum hanya mendiamkan diri sahaja.

“Serang mereka!!” seru Momo lalu secara rasminya mereka mula menaburkan tanah dan pasir kepada mereka berlima. Geng Laboum tidak berani melawan. Biar macam tu je dibuli oleh budak TWICE. (Inilah nasib kumpulan yang ‘underated’)

“Hyung!!” jerit Jungkook berlari mendapatkan hyungs.

“Kookie,” Jin menoleh.

“Korang pergi mana?” tanya Jungkook.

“Pergi ke bilik guru. Cikgu Kyuhyun minta tolong,” balas Jimin. Geng BTS baru melangkah ke lobi pentadbiran.

“Tolong apa?” soal Jungkook.

“Tolong…”

Flashback # Cikgu Kyuhyun di bilik guru.

“Jimin, mari sini sekejap,” panggil Cikgu Kyuhyun.

Jimin menghentikan langkahnya dan pergi menghampiri tempat Cikgu Kyuhyun. Dia baru sahaja menghantar buku latihan Matematik untuk kelas 3A setelah dikumpulkan dari setiap pelajar.

“Cikgu minta tolong ke?” kata Jimin.

“Ya. Boleh tak ajak geng awak datang ke sini. Cikgu minta tolong awak semua untuk stapler semua kertas soalan Geografi Tingkatan 3. Nanti saya bagitahu selanjutnya,” balas Cikgu Kyuhyun.

“Baiklah, saya akan bawak geng BTS sekaligus, termasuk Kookie,” jawab Jimin.

“Bawak mereka ke sini. Cikgu tunggu,” ujar Cikgu Kyuhyun.

Flashback ends.

“Cikgu Kyuhyun minta tolong kita semua stapler semua kertas soalan Geografi Tingkatan 3. Jomlah, tolong sekali,” ajak Rapmon.

Mereka sampai ke tempat Cikgu Kyuhyun. “Baguslah awak datang. Sekarang cikgu nak nak kamu angkut kotak A4 ke tempat kamu. Satu kotak angkut 2 orang. Jangan lupa stapler dan dawai kokot di dalam bekas transparent. Kamu stapler ikut muka surat 1 – 15, termasuk bahagian muka depan soalan. Setelah selesai, simpan elok-elok dalam kotak. Kotak itu mesti dikembalikan ke meja cikgu semula,” terang Cikgu Kyuhyun.

“Baiklah, cikgu,” balas Rapmon lalu dia mula mengangkut kotak A4.

“Ada lagi tak cikgu?” soal J-Hope.

“Dalam kereta cikgu. Jom,” ajak Cikgu Kyuhyun. J-Hope, Jungkook dan V mengikut Cikgu Kyuhyun mengambil 4 buah kotak A4 selebihnya di dalam kereta Cikgu Kyuhyun.

“Cikgu, kalau kami ajak 6 geng VIXX boleh tak?” kata J-Hope. Mereka dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan guru. “Boleh. Lagi cepat kerja korang. Panggil mereka nanti,” balas Cikgu Kyuhyun.

Selepas 10 minit, 6 buah kotak A4 serta beberapa kotak dawai kokot serta 11 stapler diletakkan ke atas meja kantin. Serta merta geng VIXX datang ke tempat mereka.

“Aigoo~ banyak betul kotak ni. Apa korang buat dengan kotak-kotak ni?” tegur Hongbin.

“Ha!! Tepat pada masanya. Cikgu Kyuhyun minta tolong untuk stapler semua muka surat kertas soalan Geografi,” kata Suga.

“Jadi?” sampuk Hyuk.

“Alang-alang korang datang, korang tolonglah sekali. Tak larat kami bertujuh buat kerja macam ni. Kalau kami buat semuanya, sampai kelusa pun tak habis!” mohon Jungkook.

“Yelah. Apa pendapat wahai anak buahku?” N menoleh geng-gengnya yang lain.

“Kitaorang on je, Hakyeonnie!” balas Leo.

“Kalau begitu, kita mulakan tugas sekarang!” kata Ravi sambil membuka ikatan kotak A4. Dia dibantu oleh V. Selepas itu, mereka mengeluarkan kertas soalan yang sudah dicetak dan diletakkan pada meja. Kotak A4 diletakkan ke bawah meja dan disusun kemas.

“Kesian betul Cikgu Kyuhyun handle semua kertas soalan sendirian. Stapler kertas soalan pun tak mampu buat sorang-sorang,” kata Jin sambil menyusun kertas soalan muka surat 3, 4 dan 5 pada meja.

“Yelah kan. Tu sebab dia minta tolong kita semua,” ujar Rapmon sambil tangannya menyusun kertas soalan 6, 7 dan 8.

“Eh, kita kene susun ikut urutan lah. Mana boleh terbalik,” ujar Leo sambil tangannya menyusun muka surat kertas soalan dari nombor 1 hingga 15 dengan teratur. (Pandai main vokal nie!)

“Ye tak ye jugak Leo-ssi,” balas N sambil tangannya menyusun muka surat 10, 11 dan 12 dengan urutan. Habis 3 buah meja kantin dipenuhi dengan setiap muka surat kertas soalan.

“Macam ni: Kita susun setiap helai kertas soalan. Bermula dari muka depan, hingga muka surat yang terakhir. Check dulu: Kalau ada muka surat tercicir ke, cari muka surat yang ‘miss’ tu. Dah tu baru masuk ke dalam kertas soalan. Kalau muka surat yang sama tu, keluarkan satu muka surat. Dan letak ke tempat muka surat tadi,” terang Rapmon.

“Tapi mana ade muka surat 1, hyung,” kata V. Rapmon mengeluh. (Ada-ada saja)

“Kau ni. Muka depan kertas soalan tu yang muka surat 1, Kim Taehyung-ssi,” balas Rapmon sambil menunjukkan muka depan kertas soalan dengan jari telunjuk.

“Yelah. Patutlah no. 1 takde ditaip pun,” balas V.

“Memang macam ni pun. Adeh kau ni. Macam tak pernah tengok kertas soalan pulak,” sindir Ken sambil mengisi dawai kokot pada stapler.

“Dah, jom kita buat!” gesa Jin sambil mengambil stapler dari bekas. Bermulalah tugas berat para namja dari dua buah geng. (BTIXX)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3