TIGA PULUH LIMA.

Kisah Geng Sekolah.

Geng TWICE sangat marah apabila geng Laboum masih hidup. Jihyo sangat marah kerana rancangannya selalu gagal. Dia ingin membuat perhitungan kepada geng Laboum. Kalau tidak, sampai bila mereka hidup sihat seperti biasa?

“Hish,… budak miskin tu makin kurang ajar ya!” gerutu Jihyo dengan geramnya.

“Yelah! Mereka tu makin lama makin selamat macam biasa,” celah Jeongyeon.

“Buat apa mereka memekik mintak tolong! Ini tak boleh jadi ni!” rungut Mina dengan marahnya.

“Yelah – mereka takut dengan api, sebab tu mereka mintak tolong,” ujar Sana.

“Apa kata kalau kita ‘musnahkan’ kegembiraan mereka?” satu cadangan keluar dari mulut Momo.

“Macam mana?” soal Dahyun.

“Kita rampas hadiah mereka kalau mereka menang dalam kuiz Matematik nie… amacam?” jawab Momo.

“Ha? Macam tu pulak?” ujar Jihyo.

“Yelah. Itu lagilah bagus. Kita bakar je hadiah mereka, ape pendapat korang?” cadang Chaeyoung.

“Bolehlah,” jawab Nayeon.

“Kalau mereka dapat jawab semua dalam kuiz Matematik dan dapat hadiah, kita kene rasuah Cikgu Hyoyeon,” timbul lagi satu cadangan baru dari mulut Dahyun.

“Maksud kau?” Momo menyoal.

“Ala, kita cuma buat budak Laboum tu kalah. Kita beri duit kepada Cikgu Hyoyeon untuk membatalkan markah budak Laboum menjadi sifar ‘0’. So, kitalah menang, dan hadiah besar tu milik kita,” terang Dahyun dengan panjang lebar.

“Oh, betul jugak. Aku tak terfikir pulak,” ujar Jihyo.

“Yelah kan. Rasuah kat cikgu tu satu cadangan bernas!” ujar Mina.

“Bila ada kuiz Matematik?” soal Sana.

“14hb Mei kalau tak silap,” ujar Nayeon.

“Selepas kuiz, aku kena jumpa Cikgu Hyoyeon terus. Bagi dia banyak duit supaya dia ‘tutup mulut’ dan buat tugasnya membatalkan markah budak Laboum tu,” ujar Chaeyoung.

“OK!” sahut yang lain.

Di kelas 5A. (Welcome back, N!!)

“Apesal semua meja macam style kena tsunami nie. Susun pun tak ikut susunan dalam pelan kelas,” rungut Kihyun sambil mengangkat kerusi dan meja yang merata-rata tempat.

“Hoi Kihyun! Ape kau buat? Susun meja ke? Aku boleh tolong tak?” kata Shownu tiba-tiba.

“Hah! Kau tolonglah! Bersepah semua meja. Macam sudah dilanda tsunami jer,” jawab Kihyun sambil menyusun mejanya.

“Aku pulak sapu lantai,” Ken juga datang dan memegang penyapu.

“Ok ok. Kita susun meja sekaligus Ken sapu lantai,” kata Kihyun.

Selepas 20 minit,…

“Wah, kemas semua meja. Aduhai, berpeluh ketiak susun semua meja nanti kalau tak,...” ayat Kihyun terputus separuh jalan.

“Wah, dah kemas kelas kita ni,” kata Haein sebaik saja tiba dalam kelasnya.

“Yelah. Kami datang tadi, kena susun mejalah nampaknya. Kalau tak, ‘dia’ datang untuk berleter…” ayat Ken tergantung.

“Aku berleter pasal kelas tak kemas ke?” satu suara mengganggu Ken.

“Yelah. Memang kau berleter…” tiba-tiba Ken ternampak seseorang. Dia terkejut apabila pemilik suara tu adalah N!

“Wahh, N-ssi!!” jerit Kihyun dan Shownu sambil menghampiri N. Ken dan Haein juga tersentak. Mereka memeluk N.

“Welcome back, N-ssi! Kami rindu sangat dengan kau,” ujar Kihyun.

“Baguslah kau kembali,” celah Shownu.

“Panjang umur. Awak sihat?” soal Haein. N mengangguk laju.

“Kami rindu dengan kau, suara kau, dan apa-apalah,” Ken turut bersuara.

“Kan bagus kalau kau kembali bergaul dengan kami,” ujar Chanyeol dan geng-gengnya. Mereka datang ke kelas.

“Yelah. Aku pun nak bergaul dengan korang. Dan aku ‘limitkan’ bermain sudoku nie. Kan lama lagi,” ujar N dengan senyuman yang manis sangat.

“Yelah tu,” ujar Ken dengan berageyo.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3