DUA PULUH DUA.

Kisah Geng Sekolah.

Kelas 5C – Kelas Matematik.

“Hari ini kita belajar tentang ‘Plans & Elevations’. Bab ini paling simple nak buat. Langsung tiada pengiraan. Hanya lukis bentuk je,” kata Cikgu Joy, guru Matematik.

Semua pelajar bersorak riang apabila mendengar perkataan ‘tiada pengiraan’. “Yeeaaayyy!!! Tiada pengiraan!!!” Cikgu Joy tersenyum sinis.

“Amboi, mentang-mentang cikgu cakap tiada pengiraan, kamu semua bergembira macam pergi ke parti. Adeh!! Attention BOYS AND GIRLS!!” jerit Cikgu Joy untuk membuatkan semua pelajar menumpukan perhatian. Semua pelajar terdiam seketika.

“Ok. Siapa tahu tentang bab ni?” tanya Cikgu Joy.

Ravi angkat tangan. “Cikgu, ni Kim Wonshik nak tanya ni,” Ravi siap berdiri.

“Ya. Apa kamu faham tentang ‘Plans & Elevations’?” tanya Cikgu Joy.

“Cikgu, bab ni perlu lukis bentuk macam budak darjah 1 ke?” kata Ravi. Kawan-kawannya ketawa terbahak-bahak mendengar soalan Ravi yang macam ‘unmatured’.

“Yelah, ni bab yang lukis bentuk. Tapi yang kamu tanya tentang bentuk style macam budak darjah 1 tu bentuk yang berasingan. Nanti kita belajar tentang bentuk yang bersambung dengan bentuk yang berlainan,” jelas Cikgu Joy. Ravi pun duduk dengan mukanya yang tebal.

“Cikgu, saya nak jadi arkitek. Bab ni sepadan dengan karier saya ke?” Jackson juga menyoal.

“Ya! Memang tepat sekali. Nak jadi arkitek pun bukan mudah. Harus belajar bab ni tau!” kata Cikgu Joy dengan mengukir senyuman.

“Cikgu, kita boleh buat rumah besar ke dengan belajar bab ni?” tanya Mimi. Dia memasang angan-angan untuk membina rumah yang besar.

“Ya. Tapi pasal rumah tu Mimi, agak ‘complicated’ sangat. Tu kerja arkitek. Kita hanya belajar basic saje,” jelas Cikgu Joy. Jackson tersenyum.

“Cikgu, soalan ade keluar tak bab ni? Berapa markah?” tanya Soyee.

“Ade. 10 markah paling maksimum,” terus Cikgu Joy menjawab.

“WHAT!!” satu kelas terjerit.

“Heh, apelah korang ni. Cukup 10 markah je. Yang ni pula terjerit-jerit, adeh,” kata Cikgu Joy.

“Cikgu, best ke belajar bab ni?” Jooheon pula bertanya.

“Yelah. Bab ni paling senang yang korang boleh buat. Nampak gayanya bab ni kacang jer,” jawab Cikgu Joy.

“Cikgu, bentuk 3D kena lukis sebijik-sebijik ke?” tanya Sally.

“Taklah, Sally. Bentuk 3D tak akan lukis sebijik sama. Cuma bentuk 3D hanya tukar dengan bentuk 2D,” jawab Cikgu Joy.

Di kantin. Waktu rehat.

“Tzuyu, Yulhee, mari makan sama. Sini, sini,” ajak Sowon. Mereka mengundang Tzuyu dan Yulhee ke tempat yang selalu mereka duduk untuk menjamu selera.

“Awak tak kisah ke kami selalu tumpang makan dengan korang?” soal Yulhee sambil mengaul mi goreng kicap berkuah dengan chopsticknya.

“Ye. Kamu berdua adalah kawan kami jugak. Kan best kalau kita berlapan sentiasa makan di sini? Iye tak girls?” Sowon menoleh geng-gengnya juga.

“Lagi best dan meriah sikit kalau kita berlapan berkumpul macam keluarga,” ujar Eunha sambil tangannya memegang seketul ayam goreng. Sedang mereka menjamah makanan, tiba-tiba ada insiden yang berlaku.

Para member TWICE yang seramai 8 orang melakukan ‘jenayah’ di luar kantin. Mereka memukul 5 geng Laboum tanpa belas kasihan. Dan mereka kerap membuat perkara yang tidak bermoral.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3