EMPAT.

Kisah Geng Sekolah.

Kelas tambahan Matematik Tambahan oleh Cikgu Siwon. Kelas ini bermula selepas pukul 1:30 petang. Cikgu Siwon mengajar anak murid kelas 4A tentang Index Number. Beliau yang berpakaian kasual (kemeja lengan panjang dengan bertali leher dan berseluar slack hitam) sedang mengajar anak muridnya hingga kering tekak pula. Mana taknya, anak muridnya anak muridnya tu rajin bertanya soalan itu dan ini. Mereka asyik bertanya kepada Cikgu Siwon hingga dia hampir pecah kepala.

“Korang buat semua soalan dekat buku teks muka surat 119, dari pecahan bab 12.1 sehingga 12.4 . Esok-esok ajelah hantar,” arah Cikgu Siwon.

“Cikgu!”

“Nak apa Haein?”

“Esok mane ade Add Math,” kata Haein.

“Oh, lupa pulak. Maklumlah, cikgu macam pelupa sikit. Rabu depan hantar ye,” Cikgu Siwon tergagap-gagap sebab dia terlupa hari esok tiada subjek Matematik Tambahan.

Cikgu Siwon duduk di kerusinya setelah agak lama dia berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir mengajar anak muridnya. Baru saja Cikgu Siwon meneguk air mineral, dia didatangi oleh Mina dan Hyeyeon. Mereka siap membawa buku teks dan buku latihan.

“Cikgu, soalan ni macam mana?” tanya Mina. Dia menunjuk ke arah soalan yang sukar sikit untuk diselesaikan. Apalagi, Cikgu Siwon punajar Mina soalan itu.

Hyeyeon juga serupa. Dia minta Cikgu Siwon terangkan itu dan ini pula. Beliau yang leka mengajar anak muridnya tiba-tiba kelas mereka didatangi oleh Jimin, Rapmon dan Suga yang menyerang N, Leo dan Ken di kelas 4A. Mereka datang dengan membawa kayu besball (baseball bat) menyerang N, Leo dan Ken.

3 sahabat duduk di belakang, jadi Rapmon dan 2 gengnya menyerang mereka bertiga di belakang kelas.

“Cikgu! Ada orang bergaduh. Cepat!” gesa Hana. Cikgu Siwon segera pergi ke tempat N.

“Hei! Hentikan perbuatan korang!” tempik Cikgu Siwon dengan bercekak pinggang.

Pelajar lain pun menoleh juga. Suga menarik rambut N juga tersentak.

“Boleh tak korang jangan ceroboh kelas ini? Baik korang keluar dari kelas!” arh Cikgu Siwon. Mukanya merah padam.

“Tidak sebelum mereka mati dibelasah,” Rapmon menjawab dengan biadap.

“Cikgu, mereka serang kami. Saya nak lawan, tapi Jimin pukul saya,” Ken mengadu.

“Ooh, biadap betul korang dengan cikgu ya. Takpe, pakat besok kamu bertiga jumpa pengetua. Sekarang keluar dari kelas! Cepat!” marah Cikgu Siwon.

Jimin, Rapmon dan Suga beredar dari kelas. Para pelajar memandang hairan 3 samseng itu. “Okay, korang sambung buat homework. Jangan kisahkan pasal tadi,” Cikgu Siwon menutup pintu belakang kelas.

“Korang bertiga okay ke? Ada cedera?” soal Cikgu Siwon kepada 3 pelajar terbabit.

“Belakang saya sakit, cikgu,” Leo mengadu.

“Lengan kanan saya sakit, cikgu. Suga tarik rambut saya dengan kuat,” N juga buat aduan.

“Saya tak tahu mereka datang sini, cikgu. Saya hampir kena serang,” Ken turut mengadu.

“Okay. Macam ni, kamu buat report dekat guru kelas korang. Kalau masih sakit, beritahu dia,” saran Cikgu Siwon.

Esoknya.

Cikgu Taeyeon menerima aduan dari N, Leo dan Ken. Dia mengetahui kejadian kelmarin dan tidak gembira mendengarnya apabila aduan keluar dari mulut Yujeong. Dia sangat marah apabila anak didiknya cedera akibat dipukul.

“Ini yang cikgu tak suka. Kenapa mereka datang untuk buat kacau?” Cikgu sidah sakit kepala bila fikirkan perkara macam ni. Takpe. Cikgu Siwon sedah memberitahu kejadian semalam,” kata Cikgu Taeyeon. Beliau keluar dari kelas mereka selepas mengambil kehadiran pelajar.

Selepas itu, guru Bahasa Inggeris, Cikgu Sorn datang ke kelas mereka.

“Good morning, teacher!” sahut mereka.

“Good morning, please sit at your place,” Cikgu Sorn menyahut pelajarnya.

“Did your finish your essay last week?” tanya Cikgu Sorn.

“Yes!!” semua pelajar menjawab serentak.

“Okay, Good. Now submit,” arah Cikgu Sorn. Berpusu-pusu para pelajar menghantar karangan mereka. Apabila N tiba di meja guru, Cikgu Sorn ternampak lengan kanan N yang berbalut itu. Dia segera menegur N.

“What happen to your right arm?” soal Cikgu Sorn.

“Teacher, yesterday Rapmon and 2 gangs attacked us while having Add Math additional class at evening. Luckily Teacher Siwon chase them away,” jawab N.

“Are you sure?” Cikgu Sorn mendapatkan kepastian.

“Yes, teacher. Leo and I also attacked by them,” sampuk Ken.

“Oh, my. I also heard the conversation between Teacher Siwon and your class teacher just now. But I don’t understand why BTS gangs so cruel. I see, have you three inform to your class teacher?”

“Yes, we did,” jawab Leo.

“Okay, back to your place,” arah Cikgu Sorn selepas berpuas hati.

Tak lama kemudian, sesi pembelajaran telah bermula.

Di bilik pengetua.

Rapmon, Suga dan Jimin dirotan oleh pengetua, Mr. Lee Kwang Soo selepas Cikgu Siwon membuat aduan. Dia sangat marah apabila mendengar aduannya.

“Berapa kali kamu bertiga membuat masalah dekat kelas pelajar lain hah? Ditegur pun, masih tak serik. Cikgu tak fahamlah perangai korang ni. Apa dah jadi dengan korang?” leter Mr. Kwang Soo.

3 pelajar diam seribu bahasa.

“Kalau korang masih berdegil, nescaya korang keluar dari sekolah ni selama-lamanya. Faham!”

Laungan Kwang Soo selaku pengetua sekolah didengari sampai ke bilik guru.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3