ENAM.

Kisah Geng Sekolah.

Balik ke rumah, Leo pergi ke bilik air untuk mandi. Pada masa itu, ommanya, Mrs. Jung tiada di rumah sebab nak pergi jemput Mr. Jung balik dari lapangan terbang. Tepat pukul 7:00 p.m. , Leo segera memasak makan malam untuk menyambut kepulangan ayahnya.

Pukul 7:30 petang, pintu rumah Leo dibuka.

“Appa!!” Leo datang untuk memeluk ayahnya. “Saya rindu kat appa,” ujar Leo.

“Appa rindu dengan kamu, sweetie,” ujar Mr. Jung. Dia membelai rambut anaknya.

“Appa kamu rindu sangat,” ujar Mrs. Jung sambil mengangkut bagasi suaminya ke dalam rumah.

“Appa, mari makan! Leo ade masak makanan kesukaan appa,” Leo menjemput appanya makan.

“Amboi, banyaknya!” Mr. Jung terkejut melihat aneka makanan tersedia di atas meja.

Selepas makan malam, Mr. Jung pergi ke bilik air untuk mandi.

“Awak pasti penat. Berehatlah,” saran Mrs. Jung.

“Segalanya okey tak di sini?” Mr. Jung baring di katil yang empuk itu.

“Macam biasa bang. Cuma Leo ni terlalu rindu kat awak,” ujar isterinya.

“Biasalah, Leo rindu sangat,” kata Mr. Jung sambil tersenyum.

“Appa, Leo nak teman omma dan appa sekejap. Nanti Leo balik ke bilik,” tiba-tiba Leo muncul di pintu bilik.

“Ya, sinilah nak,” ujar Mrs. Jung. Leo duduk di sebelah appannya.

“Dah siap homework, sayang?” tanya Mr. Jung.

“Dah. Leo siap awal sebab nak temankan appa,” balas Leo sambil tersenyum.

“Bijaknye budak ni,” ujar Mr. Jung sambil membelai belakang Leo.

“Omma buatkan susu untuk kamu. Nak tak?” tawar Mrs. Jung.

Leo mengangguk. Selepas itu, ommanya turun ke dapur untuk buatkan susu untuk anak kesayangannya. Selepas itu, tinggalah Leo dan appanya.

“Macam mana sekolah? Okey tak?” kali ini Mr. Jung pula bertanya.

“Macam biasa, appa. Tapi Leo dah mula sukakan seseorang,” luah Leo.

“Hmm, siapa yang Leo suka? Cantik ke yeoja tu?”

“Cute sangat sampai teringin nak berkenalan dengan dia. Namanya Yulhee. Dia sangat cantik dan cute sangat. Leo teringin nak rapat dengan dia.”

“Amboi, anak bujang kita ni suka dengan seorang yeoja. Namanya pun sedap,” sampuk ommanya sambil memegang segelas susunya. Dia masuk ke bilik dan memberi segelas susu kepada Leo.

“Dah pandai jatuh cinta rupanya,” sampuk suaminya. Leo meneguk segelas susu.

“Salahke saya berpacaran dengan dia?” soal Leo.

“Hmm, rasanya tak salah kalau bercinta. Tapi ingat pelajaran. Jangan leka bercinta sehingga pelajaran diabaikan. Itu tak bagus,” nasihat Mr. Jung.

“Yelah. Betul kata appa kamu. Kalau bercinta sehingga lupa akan pelajaran, buruk padahnya,” sokong Mrs. Jung.

“Baiklah appa dan omma. Leo ingat pesan appa. Omma, appa, Leo nak tidur, nanti saya akan cuci gelas tu,” kata Leo.

“Tidurlah. Good night,” sempat Mr. Jung mencium dahi Leo. Selepas itu, Leo pun keluar dari bilik parentnya.

Keesokan harinya.

            Sekolah mereka kembali aman selepas geng BTS tidak bergaduh dengan geng VIXX. Malah mereka pun berbaik-baik selepas amaran pengetua. Mereka takut akan dibuang sekolah sekiranya berdegil. Suga yang pernah menarik rambut N dahulu, kini dia suka membelai rambut N dengan tidak disedari. Rapmon dan geng-gengnya insaf. Mereka mahu berkawan dengan N dan geng-gengnya.

            “Apasal belai rambut aku ni? Buang tebiat ke?” kata N apabila dia merasakan tangan Suga membelai rambut tebalnya.

“Aku pernah tarik rambut kau. Jadi aku gantikan dengan membelai rambut kau, hyung,” jelas Suga.

“Oh, ye ke…” N tertawa kecil.

“Hyung!!” Jungkook berlari mendapatkan gengnya.

“Apa Kookie?” Jimin membulatkan mata.

“Aku jumpa benda ni,” Jungkook menghulurkan notis berupa kertas A4.

“Notis? Apa tu?” Ravi menyoal.

“Sana dan Momo mengeluarkan notis dan edarkan kepada semua orang,” kata Jungkook lalu notis bertukar tangan kepada V. Apalagi, V pun membuka lipatan notis itu.

“Eh, itu macam nak peras ugut je,” Ken menoleh notis yang dipegang oleh V.

“Peras ugut?” Jin turut membaca.

“Ayoyo, notis apa macam ni?” Suga turut menoleh.

“Macam nak peras ugut,” V mengerutkan dahi.

Notis itu tertulis: “Kami mahu korang bayar cukai keselamatan kalau korang nak selamat. Cukai itu hendaklah wajib dibayar kalau korang lalu Blok A, B dan C. Faham!!”

Buat kecut perut mereka membaca notis itu. Yang lain mengerutkan dahi selepas membaca. Sangkaan geng BTS dah berubah. Ada lagi yang berniat jahat.

“Aduh, kenapa mereka peras ugut? Aku tak fahamlah. Cukai keselamatan wujud ke?” kata J-Hope sambil mengaru kepala.

“Entah. Mana ade cukai keselamatan. Cukai jalan adalah,” Jin bersuara.

“Yelah. Itu cukai jalan dekat opis JPJ,” sampuk Hongbin.

“Sekolah mana ade cukai jalan, hyung,” celah Hyuk.

“Banyaklah nama cukai. Kita belajar Sejarah ada sebut cukai. Mereka ingat kita ni bodoh ke?” sindir Leo pula.

“Betul tu. Mereka ingat diri mereka popular kat sekolah, mereka boleh buat ikut kepala mereka?” kutuk Rapmon dengan muka tak puas hati.

“Adeh korang ni. Cukai jalan, cukai keselamatan, itulah, inilah. Baik kita report terus,” Ravi mengusulkan cadangan.

“Aku setuju Kim Ravi!” N menyokong cadangan Ravi.

“Aku bawa notis ni jugak,” V pun mencelah.

“Boleh! At least ade bukti. Takkanlah nak bawa dengan tangan kosong?” sampuk Ken.

“Ye tak ye jugak. Apa lagi, jom report! Nanti parah jadinya,” ajak Rapmon.

Dua hari kemudian… di asrama perempuan.

Yujeong terkejut apabila katil Yulhee agak kosong.

“Mana pergi Yulhee? Dia tak masuk asrama ke?” tanya Yujeong. Mereka duduk di kantin tak jauh dari asrama.

“Entah, unnie. Sejak Yulhee berkenalan dengan Leo, Yulhee jarang tinggal di asrama. Dia tinggal di rumahnya. Kononnya, dia singgah kat rumah Leo pula,” ZN muncul dekat Yujeong.

“Ye ke. Biar betik?” Yujeong agak terkejut.

“Itulah yang aku rasa,” balas ZN.

“Haish, patutlah Yulhee tu asyik lesap ke mana-mana. Ingat tak tadi masa kat koperasi, Yulhee terjumpa Leo yang tengah beli aiskrim. So, dia tegurlah,” Haein pun bersuara.

“Hmm, macam tu rupanya. Kenapa dia dan Leo sering berjumpa di mana-mana? Kot-kot ada jodoh,” celah Soyeon.

“Barangkali ade jodoh kot,” sampuk Yujeong.

“Kalau dia tak nak tinggal asrama, cakap jelah dengan warden. Apa susah?” balas Solbin.

“Yelah tu. Makin lama makin aneh perangainya,” celah ZN lagi.

Sedang mereka berbual-bual, datang sekumpulan gadis gedik. Mereka siap membawa banya makanan. Mereka datang kepada geng Laboum.

“Oi budak kampung! Ni tempat kamilah. Berambus!” sergah Jihyo dengan muka meluat.

“Ish, korang ni. Banyak lagi tempat duduk yang kosong. Kenapa nak duduk sini jugak?” marah Yujeong.

“Amboi, suka-suka je nak suruh kami duduk kat tempat lain. Kami kata berambus!” sergah Dahyun dengan geramnya.

“Eleh, kau ni. Ni tempat kami punya. Bukan kau dan geng kau punya! Tepi-tepi!” Sana berkata dengan menyelitkan gaya menghalau orang lain.

“Pergi dari sini, kalau tidak, siap kau kami kerjakan,” kata Tzuyu dengan kasar.

“Hek-eleh, suka hati jer. Ni banyak lagi tempat kosong. Mentang-mentang tempat ni mak bapak kau punya. Dekat timur kantin ade tempat kosong, dekat barat kantin pun ade tempat kosong,” sergah Solbin pula.

“Ooh, korang nak kena ya!” Nayeon geram lalu dia menaburkan kerepek kentang kepada kepala Yujeong. Diikuti dengan Jihyo menuangkan air sirap di kepala mereka berlima. Sana, Tzuyu, Momo dan Dahyun menuangkan semangkuk sup dekat mereka. Nayeon, Jeongyeon, Mina dan Chaeyoung turut menuangkan kopi di kepala mereka. Perbuatan mereka dilihat oleh seorang warden, iaitu Cikgu Sooyoung.

“Berhenti!” tempik Cikgu Sooyoung.

Mereka terkejut. Cikgu Sooyoung datang dengan bercekak pinggang.

“Kenapa kamu buli mereka? Ikut cikgu ke bilik penyelia. Cepat!” arah Cikgu Sooyoung sambil menarik muka marah.

“Tak nak cikgu!” jerit Jihyo.

“Ikut cepat!!” Cikgu Sooyoung mendesak.

Di bilik penyelia asrama. (Perempuan)

“Cikgu, ni saya bawak 9 orang pelajar perempuan yang membuli Yujeong dan kawan-kawannya,” kata Cikgu Sooyoung sambil membawa pelajar bermasalah.

“Cikgu dah agak mesti korang buat hal,” Cikgu Tiffany menggelengkan kepalanya tatkala dia terbiasa dengan geng TWICE yang sangat liar dan jahat. “Saya nampak mereka dekat kantin,” ujar Cikgu Sooyoung.

“Kenapa korang membuli Yujeong dan ahli-ahlinya hah?!” marah Cikgu Tiffany.

Geng TWICE mendiamkan diri sahaja.

“Korang tahu ke tidak undang-undang dan peraturan asrama?” Cikgu Tiffany tidak menahan kemarahannya.

“Selagi korang tinggal di asrama, patuhi undang-undang di sini. Bukan nak tunjuk samseng di sini! Kalau korang ingkar peraturan asrama, tahun depan korang tidak lagi tinggal di asrama. Faham!!” Suara Cikgu Tiffany yang sangat kuat menyebabkan semua orang di bilik itu terkejut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3