TIGA PULUH SEMBILAN.

Kisah Geng Sekolah.

“So, macam mana, Chaeyoung?” tanya Jihyo. Mereka tengah bersembang di belakang dewan.

“Beres, unnie. Cikgu Hyoyeon ambik je duit tu. Aku buat-buat muka kesian depan dia tu. Amacam, girls!” balas Chaeyoung sambil menoleh geng-gengnya.

“Ye… Lepas ni kita tunggu markah. Kalau geng Laboum miskin tu dapat markah kosong, kitalah pemenangnya, hahahahaha!!!!” gelak Jihyo dengan galaknya.

“Ye… hadiah besar tu milik kita!! Hahahaha!!!” celah Sana sambil ketawa.

“Eh, kejap – kalau ade diumumkan kita adalah pemenang, barulah kita buat parti besar-besaran,” sampuk Dahyun dengan gembiranya.

“Aku setuju! Dan kitalah pemenangnya. Aku dah agak Cikgu Hyoyeon direct bagi markah sifar ‘0’ kepada geng Laboum!” kata Momo.

“YES!!! Pasti dia bagi markah penuh kat kita!!!” jerit Jeongyeon disertai dengan nada gembira geng-geng sekepalanya.

Di kantin. (VIXX’s table – with leader)

“Aku terdengar geng TWICE sogok duit kat Cikgu Hyoyeon untuk memansuhkan markah geng Laboum dalam kuiz Matematik. Aku curi dengar perbualan mereka dekat belakang dewan,” ujar N dengan meletakkan buku sudoku di atas meja.

“Kau pasti ke?” tanya Leo yang duduk di sebelah N. Terus N mengangguk.

“Yelah. Aku ikut N hyung curi dengar sekali,” sampuk Hyuk sambil memakan potato chips.

“Kenapa nak merasuah Cikgu Hyoyeon?” Ravi ingin tahu.

“Mereka nak menang, Kim Ravi-ssi,” balas N sambil membelek buku sudokunya.

“Ye ke? Gila betul. Cikgu Hyoyeon dibayar gaji untuk mengajar kita. Bukannya terima rasuah. Ingat Cikgu Hyoyeon tu senang dipujuk ke?” kata Hongbin.

“Cehh, rasuah pulak! Kita pernah tak beri duit sebanyak 10,000 ₩ kat Cikgu Taeyeon supaya kita lulus dalam ujian Biologi ke?” tanya Ken.

“Setahu aku tak pernah,” balas Leo sambil menghirup kopi latte yang dibelinya.

“Aku tak fahamlah mereka ni. Kenapa mereka nak menang kalau mereka menyogok CIkgu Hyoyeon tu?” tanya Ravi.

“Haish… tulah pasal. Perbuatan mereka tu terlampau sangat. Hari tu kena marah dek membakar budak Laboum dalam stor sukan. Lepas tu, rasuah. Makin gila-gilalah budak TWICE tu. Kalau Cikgu Hyoyeon tak nak bagi markah budak Laboum jadi sifar, jadi dia kembalikan duit kepada budak TWICE balik,” kata Hyuk.

“Harap-harap dia tak akan buat,” balas Hongbin.

“Aku pun rasa begitu,” ujar Ken.

“Ha – sembang apa tu? Boleh kami join?” tegur Suho. Geng EXO juga datang.

“Duduklah. N hyung nak share sesuatu, iye tak hyung?” Hyuk menoleh N.

“Ye. Aku ade benda nak share ni. Kalau aku bagitahu ni, korang jangan nak melompat-lompat macam beruk terlepas dari zoo nie,” ujar N sambil menutup buku sudokunya.

“Ye, apedia?” Chanyeol ingin tahu. Mereka duduk di bangku bersebelahan dengan geng VIXX.

“Aku dan Hyuk curi dengar perbualan budak TWICE nie. Mereka menyogok Cikgu Hyoyeon untuk membatalkan markah budak Laboum menjadi angka sifar ‘0’ dan membuatkan budak TWICE menang dalam kuiz Matematik nie,” N membuka ceritanya kepada geng EXO.

Geng-geng EXO tersentak. Suho selaku ketua geng turut terkejut.

“Kenapa, N-ssi?” Baekhyun membeliakkan matanya.

“Mereka nak buatkan budak Laboum menangis kerana kekalahan,” balas N.

“Biar betul mereka buat begini. Rasuah tu salahlah!” sampuk Xiumin.

“Semua cikgu dibayar gaji untuk mengajar kita, memberi markah dan mendidik kita. Rasuah umpama racun, tau,” kata Chen.

“Racun untuk merosakkan karier menjadi pendidik,” sampuk Ravi. Geng-geng bertepuk tangan.

“Lebih kurang macam tu jelah. Pandai Kim Ravi ni,” puji Chen. Ravi tersipu-sipu malu.

“Dia tahu nak takrifkan pasal rasuah tu,” kata Hongbin.

“Heh, ni Kim Wonshiklah. Aku tahu segalanya pasal rasuah nie. Appa aku yang ajar erti rasuah. Dia kan polis,” kata Ravi.

“Yelah tu,” sampuk Sehun.

17 Mei. Pertandingan Sudoku. (BTS, LABOUM, VIXX, TVXQ) – Cikgu Joy. Di bilik muzik. Pukul 11:00 pagi

“Kamu semua sila ambil tempat duduk. Pastikan tidak membawa beg masuk yer. Sila letakkan di luar. Hanya alat tulis dan barangan berharga (dompet, telefon pintar) dibenarkan untuk dibawa masuk sahaja,” arah Cikgu Joy.

Setelah para pelajarnya duduk di tempatnya, Cikgu Joy memberi arahan ringkas sebelum bermula.

“Cikgu akan menerangkan serba sedikit tentang sudoku. Ini permainan sudoku dikategorikan sebagai permainan logik. Isikan nombor 1 – 9 di petak kosong tanpa wujudnya nombor yang berganda di setiap baris (row), melintang (column), dan petak bersaiz 3x3. Kali ini, tiada had masa yang akan diberikan. Korang jawab ‘puzzle’ itu. Selepas itu, bila dah siap puzzle tu, korang hantar dan balik.”

Selepas itu, Cikgu Joy mengedarkan setiap seorang helai ‘puzzle’ sudoku. Selepas itu, para pelajar diarahkan untuk bermula.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3