EMPAT PULUH SATU.

Kisah Geng Sekolah.

“Honey, mana kamu dapat buku sudoku ni?” soal Cikgu Kyuhyun, suaminya. Dia terkejut melihat buku sudoku isterinya dipegang.

“N bagi, anak murid kegemaran saya, oppa,” balas Cikgu Taeyeon sambil memegang beg tangan berjenama Lous sevilé.

“Ye ke? Patutlah kamu asyik tenung buku nie jer,” ujar CIkgu Kyuhyun.

“Hari tu, dia pengsan sebab ketagih main sudoku ni. Sampaikan sepupu dia mengamuk dan rampas buku dia. Mujurlah dia dah sedar,” balas CIkgu Taeyeon sambil duduk di kerusinya.

“Owh, begitu. Dia suke main sudoku nie. Bagi oppa, benda ni juga mengingatkan oppa tentang masa sekolah tinggi dulu. Oppa suka main sudoku nie dulu. Tapi, jadual kerja agak padatlah, so oppa jarang main lagi dah,” ujar Cikgu Kyuhyun.

“Cikgu Hyoyeon unnie,” panggil Cikgu Seulgi. Perbualan Cikgu Kyuhyun dan isterinya tergantung. Mereka terdengar suara Cikgu Seulgi memanggil Cikgu Hyoyeon.

“Kenapa ni?” tanya Cikgu Taeyeon. Sepasang suami isteri datang ke tempat Cikgu Hyoyeon di tempat kenderaan guru.

“Dia menangis,” balas Cikgu Seulgi. Dia tengah memujuk Cikgu Hyoyeon.

“Pasal apa?” soal Cikgu Kyuhyun.

“Ada orang yang merosakkan kereta Cikgu Hyoyeon tu,” balas Cikgu Seulgi sambil menunjuk ke arah kereta Cikgu Hyoyeon. Mereka terperanjat.

“Kereta Larborgini berwarna jingga tu ke?” teka Cikgu Taeyeon.

“Ya. Kereta tu diconteng dengan pelbagai tulisan. Cermin depannya turut pecah habis. Kereta tu juga dicalar dan digores teruk,” jelas Cikgu Irene yang menutup pintu keretanya. Kebetulan kereta Irene ‘parking’ bersebelahan dengan kereta Cikgu Hyoyeon.

“Bila ni berlaku?” tanya Cikgu Kyuhyun.

“Lepas upacara penutupan tadi,” balas Cikgu Seulgi.

“Aduh, siapa punya kerja ni?” soal Cikgu Taeyeon.

“Ini mesti kerja budak TWICE tu. Mereka marah, terutamanya Chaeyoung kerana markah kuiz dimansuhkan,” terang Cikgu Siwon yang datang tiba-tiba bersama dengan Cikgu Seohyun.

“Ya. Kami nampak bunyi benda pecah, dah tu ada bunyi gores-gores dan bunyi spray pun ada,” jelas Cikgu Kyuhyun.

“Dahlah orang cakap perbuatan rasuah tu salah, masih jugak mereka buat hal,” ujar Cikgu Irene.

“Yelah. Habis air liur saja tegur mereka. Langsung tak serik. Mereka ni kepala batu. Apa kita buat sekarang?” tanya Cikgu Siwon.

“Apalagi, kena panggil ibu bapa merekalah. Nanti kita buat surat amaran keras kepada mereka,” cadang Cikgu Taeyeon.

“Betul! Nanti kita bagitahu Cikgu Wendy tentang ni. Biar Cikgu Wendy je buat surat itu,” kata Cikgu Seulgi.

Sejak hari itu, Cikgu Hyoyeon tidak lagi bersemangat untuk mengajar. Dia banyak duduk di meja guru. Dia tidak bersemangat mengajar subjek Sains. Hal ini membimbangkan pelajar kelas 5D, terutamanya Hongbin.

“Cikgu, kenapa macam muram je? Biasanya cikgu selalunya bersemangat. Kali ni lain jer. Cikgu ada masalah ke? Kami tak sepatutnya masuk campur urusan cikgu, tapi kami risau tentang cikgu. Cikgu kan guru kelas kami,” dengan beraninya Hongbin menghampiri guru kelasnya. Pelajar lain enak bersembang. Langsung tidak endahkan sama ada guru mengajar atau tidak.

“Kereta cikgu diconteng dan digores,” luah Cikgu Hyoyeon. Dia akhirnya menatap tepat wajah anak muridnya yang paling kacak dalam aliran sastera.

“Siapa yang buat? Wae?” tanya Hongbin.

“Semua cikgu cakap yang budak TWICE punya angkara. Dan cikgu harap Cikgu Wendy akan ambil tindakan,” jawab Cikgu Hyoyeon.

“Baguslah. Kereta cikgu macam mana? Dihantar ke bengkel untuk dibaiki ke?” tanya Hongbin lagi.

“Ya. Kena spray dengan warna yang sama dan baiki cermin depan. Bahagian yang digores tu dibetulkan juga. Sejak itu, cikgu tumpang kereta Cikgu Seulgi,” kata Cikgu Hyoyeon.

“Guys, Cikgu Hyoyeon sedih sebab keretanya dijahanamkan oleh budak TWICE yang durjana tu,” Hongbin memulakan bicaranya. Ketika itu geng-geng VIXX duduk di dalam perpustakaan untuk mengulang kaji dan membuat homework. Terlopong mereka.

“Betul ke ni, Hongbinie?” soal N dengan tangannya memegang pen.

“Yelah. Aku sempat tengok cikgu duduk je. Lepas masuk, dia duduk kat meja guru. Classmate dan aku risau tentang dia,” kata Hongbin sambil mengemaskan helaian kertas kajang untuk menulis.

“Gila betulla mereka tu. Dahlah buat rasuah, lepas tu rosakkan kereta cikgu pulak. Ingat murah ke kereta Cikgu Hyoyeon tu? Harganya sampai mencecah jutaan ribu won tau!” kutuk Leo sambil menutup buku kamusnya.

“Aku sokong Leo-ssi! Kereta tu mahal tau. Bukannya buatan orang Korea. Tapi diimport dari USA tau! Jangan terkejut! Cikgu yang bergaji besar tu mampu beli tau!” balas N dengan mengaitkan pasal kereta Cikgu Hyoyeon.

“Yelah. Jenama bukan calang-calang!” sampuk Ken.

“Makin melampau mereka tu. Dahlah tak habis-habis buat masalah. Buang mereka kat sekolah sajelah! Takde gunanya. Tengok budak GFRIEND tu, mereka popular tapi perangai tak macam budak TWICE tu!” kata Hyuk.

“Yelah. Itu kuasa pengetua, Hyuk-ssi. Biarlah pengetua handle dengan mereka tu. Kita tengok apa yang akan terjadi suatu hari,” celah Ravi.

“Betul!!!” sahut yang lain.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Selepas bab 46, saya akan masukkan forum 'geng by geng'. Jangan lupa baca! Annyeong~~

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Perhhhh.. Panjang tapi padat. Dah baca sekali dengan Sequel. Tapi menyayat hati la part N tu. Kipidap! Donggibab! :3