Episod 29 & POLL

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Anni. Saya tak ada perasaan langsung pada B-yun Ba-Baekhyun-ssi.” Jawabnya sebelum menundukkan kepalanya. Rasa teruk selepas menipu. Tetapi, dia tidak mahu pelajar-pelajar di sekolah mengetahui yang dirinya ialah isteri Baekhyun. Apatah lagi, mereka masih tidak dapat menerimanya lagi walaupun sudah lima bulan perkara tersebut berlalu.

“Geuraeyo? Baek Oppa, Oppa dengar, kan apa yang yeoja ni cakap. Jadi, Oppa kena tinggalkan yeoja ni sebab dia hanya berpura-pura sayangkan Oppa je.” Disebabkan Jaekyung menundukkan kepalanya, rambutnya menutup pandangannya namun, apa yang dia tidak sangka, Baekhyun hadir secara tiba-tiba. Mata Jaekyung membulat sebelum dia mengangkat kepalanya dan matanya bertentang dengan mata Baekhyun.

“Eoh? Gurae? Tapi, Oppa tak kisah. Oppa lebih sayangkan Isteri Oppa.” Dengan itu, Jaekyung dapat melihat mata kanan Baekhyun dikenyitkan kepadanya secara rahsia, tanpa pengetahuan yeoja yang berada di tempat kejadian. Baekhyun sanggup menipu untuk dirinya. Kenapa Baekhyun tak memarahinya? Pelbagai persoalan yang bermain difikiran Jaekyung sebelum melihat langkah Baekhyun berlalu pergi meninggalkan kelas tersebut. Kemarahan yeoja itu membuak-buak apabila Baekhyun menyebelahi Jaekyung dan berlalu pergi, hilang dari pandangan mereka berdua yang berada di dalam kelas.

“Aish! Kenapa dengan Baek Oppa huh?!! Kenapa dia tak marahkan awak?! Awak ni siapa sebenarnya?! Euurrgghh!!” Dengan hati yang panas, dia menolak Jaekyung sehingga Jaekyung jatuh terduduk di atas lantai. Jaekyung mengerang kesakitan. Ketika kes Minji sebentar tadi, dia bernasib baik kerana Baekhyun ada pada masa itu namun, sekarang tidak setelah Baekhyun pergi, hilang dari pandangan. Mungkin, ianya karma baginya kerana menipu. “Awak ingat ni, eoh! Kalau saya nampak awak dengan Baekhyun Oppa lagi, tahulah apa yang akan jadi dengan hidup awak lepas ni!”

Dalam mereka berdua tidak sedar, Baekhyun masih berada di sebalik dinding kelas tersebut. Dia mendengar segalanya. Dia semakin tidak dapat menahan dirinya apabila terdengar isterinya mengerang kesakitan selepas ditolak tetapi, apa yang boleh dilakukan? Permintaan isterinya adalah tidak memberitahu seisi sekolah tentang mereka berdua. Apabila dia mendengar perkara yang yeoja itu katakan, dia menggenggam erat tangannya sehingga tapak tangannya bertukar warna putih. Dalam masa yang sama, ada seorang namja yang tak dikenali lalu di hadapan Baekhyun tetapi langkahnya terhenti apabila terasa yang tangannya dipegang Baekhyun, kingka sekolah mereka. Namja tersebut menggigil ketakutan apabila salah seorang bekas pembuli menahannya. Apa lagi, Baekhyun, salah seorang bekas pembuli yang pendiam dan penuh dengan misteri. Mata Baekhyun yang sedang menunjukkan kemarahannya langsung tidak meredakan keadaan.

“K-kenapa awak menggigil ni?” Tanya Baekhyun, risau. Riak wajahnya berubah menjadi keliru. Manakan tidak? Bukan ke kumpulan EXO terkenal dengan perkataan ‘pembuli’? Sejak mereka menukar kelas ke kelas Jaekyung, mereka berubah serta merta dan tiada lagi berita pembulian selepas mereka memulakan hubungan kawan mereka bersama Jaekyung namun, mereka masih lagi tidak mengenali siapakah Jaekyung sebenarnya. Apabila perkara tersebut terlintas di kepala Baekhyun, riak wajahnya berubah. “Ahhh~ Ok, macam ni. Jangan risau. Saya dah jadi orang yang paling baik dalam alam semesta ni. So, saya nak minta tolong awak.” Namja tersebut menjadi tenang.

“A-apa dia?”

“Erm… dalam kelas ni… ada seorang yeoja yang jahat. Dia buli yeoja lain. Disebabkan kita perlu tegakkan keadilan, saya nak awak tolong saya, boleh?” sebaik namja itu menganggukkan kepalanya, Baekhyun merapatkan dirinya dan membisikkan sesuatu pada telinga namja tersebut.

Selepas yeoja di dalam kelas tadi menghentakkan kakinya di hadapan Jaekyung, dia berlalu pergi untuk keluar dari kelas namun, apabila langkah pertamanya keluar kelas, dirinya di sambut oleh sebatang kaki yang menghalang langkahnya dan menyebabkan dirinya jatuh tersungkur ke hadapan. Tanpa meminta maaf, namja yang diminta tolong Baekhyun sebentar tadi berlalu pergi tanpa ada rasa bersalah kerana dia hanya membantu seorang kingka.

*FLASHBACK*

“Saya nak awak buat dia jatuh.”

“Huh?! M-macam mana?”

“Saya tak kisah.”

“T-tapikan, awak boleh buat sendiri?”

“Perkara ni boleh membuat berita hagat satu sekolah jadi, saya tak nak terlibat dalam kemunculan diri saya. Saya nak jadi side character je. Boleh?”

“Kalau dia marahkan saya?”

“Tak perlu risau. Saya ingat muka awak. Kalau dia ada ugut apa-apa pada awak, awak beritahu saya atau EXO yang lain.” Dengan itu, namja tersebut mengangguk, setuju. Bukan kerana dia berasa seronok untuk menjadi pembuli tetapi seronok menjadi salah seorang pembantu EXO.

*END OF THE FLASHBACK*

Apabila namja itu ternampak kelibat Baekhyun, dia hanya mendapat senyuman ikhlas daripada Baekhyun dan anggukan kecil tanda berterima kasih.

* * *

“Apa hubungan awak dengan L-ssi, eoh?!” yeoja yang bernama Kyungmi, yeoja yang disimbah air oleh Minji pada semalam, bersuara.

“Saya dah cakap, saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan langsung!” jawab Minji.

“Then, kenapa dia selalu sebelahkan awak?!!” Raena, salah seorang pengikut Kyungmi.

“Saya tak tahu! Awak tanyalah dia sendiri!!” bentak Minji.

“Awak ada perasaan pada dia?” Tanya Haera, seorang lagi pengikut Kyungmi. Hanya dia seorang yang kelihatan tenang berbanding yang lain.

“…” Minji kematian akal. Dia ada perasaan pada Myungsoo ke? Atau tidak? Tapi kenapa ada suatu perasaan yang pelik bila bersama dengan Myungsoo? Tapi, Myungsoo selalu sakitkan hati dia, kenapa? Kenapa? Macam-macam yang terlintas di fikirannya.

“Jawablah!”

“Tak!!! Kenapa awak semua nak soal siasat saya pulak?!!”

“Sebab awak, dah simbah air pada Kyungmi dan Myungsoo menyebelahi awak walaupun awak yang bersalah.” Haera bersuara lagi, menunjukkan ketenangannya.

“Dari awal, awak semua yang bersalah, kan?! GATAL!”

“MWOH?!!” Kyungmi meletus. Tahapnya sudah tiba di puncak. Dalam sekelip mata, rambut Minji sudah pun digenggam dan ditarik. Di situlah, bermulanya pertandingan menarik rambut antara Minji dan Kyungmi sebelum Raena turut sama. Kini satu lawan dua. Haera hanya menjeligkan matanya ke tempat lain sambil menggeleng-gelengkan kepalanya terhadap situasi kebudak-budakan itu. Para pelajar mula berkumpul di tempat kejadian, menyaksikan pertandingan yang sedikit menarik itu.

Pada mulanya, Minji hanya duduk di bangku, berseorangan di taman belakang sekolah selepas melarikan diri dari Jaekyung dan Baekhyun. Dia menangis dengan sepuas hati. Sejak Eomma dan Appanya meninggal, emosinya tidak tentu. Sentiasa menyalahkan dirinya sendiri walaupun di hadapan Baekhyun, lagaknya seperti biasa. Di rumah, dia akan mengurung dirinya sendiri tanpa berbuat apa sambil teringat akan keluarganya. Pelbagai kenangan menjelma di ingatannya. Kini, dia masih dalam keadaan yang sama walaupun wataknya seorang yang ceria.

Selepas beberapa minit, atau patut dikata ketika waktu makan tengah hari, tiba-tiba dia dapat rasakan yang bahunya ditolak secara kasar dari belakang. Dengan tindakan yang pantas, sebelum dirinya jatuh tersungkur ke hadapan, dia bangun dari bangku dan terus memandang ke belakang. Dan ketika itulah, drama tersebut bermula.

“Y-YAH!! Appo!!!” jerit Kyungmi.

“LEPASLAH!!” Minji membalas. Pertandingan tersebut menjadi semakin sengit. Mereka terus menerus menarik rambut antara satu sama lain tanpa berputus asa dan rasa malu terhadap diri sendiri apabila semakin ramai pelajar yang berkerumun di tempat kejadian. Tiba-tiba, Minji ada terasa sesuatu di tangan kanannya. Baru sahaja dia teringat bahawa tangannya baru sahaja lepas membuka balutan tangannya yang dijahit akibat kemalangan lepas. Dia mencuba untuk melihat tangannya yang sedang dicakar Kyungmi dan ada cecair merah pekat mengalir melalui jahitan tersebut. “B-berhenti….” Kata Minji, lemah. Kyungmi terasa ada suatu cecair dari tangannya. Dia melepaskan genggamannya pada tangan Minji dan melihat tangannya lalu wajahnya mengatakan yang dirinya terkejut. Seperti yang dipinta, dia melepaskan rambut Minji dan diikuti Raena sambil pandangan matanya tidak lepas dari tangannya yang berlumuran darah.

Genggaman tangan Minji pada rambut Kyungmi dan Raena yang dari tadinya lemah, dilepaskan. Keadaan menjadi tegang. Mereka berdiri tegak. Tiada seorang pun yang mengeluarkan suara. Haera yang berlagak tenang dari tadinya juga menjadi kaku. Cecair merah pekat terus menerus mengalir dari jahitan ditangan Minji. Mata Minji mula berair. Air mata bertakung di kelopak matanya. Matanya tidak lepas dari melihat mata Kyungmi yang juga sedang melihat ke arahnya, tidak menghiraukan rambut mereka bertiga yang sudah berserabut. Sekali sahaja Minji mengelipkan matanya, air mata mula mengalir ke pipi. Tangan kanannya diangkat dan dia menunduk bagi melihat jahitan yang terbuka. Tidak sampai lima saat, segalanya menjadi gelap bagi hidup Minji.

* * *

“Cik Minji kehilangan banyak darah merah. Nasibnya baik kerana bekalan kami banyak yang sama dengan jenis darahnya. Buat masa sekarang ni, Cik Minji perlu berehat dan tidak berfikir telalu banyak. Dia kelihatannya lemah dari segi fizikal dan mental. Fizikalnya, dia tidak boleh bergerak secara aktif dan melakukan aktiviti berat lagi dan mentalnya pula,-…” Dr. Taekwoon mengeluh seketika sebelum menyambung semula. “Cik Minji kelihatannya tertekan dengan apa yang sedang dihadapinya. Harap, kamu semua boleh membantu Minji dalam mengurangkan tekanannya dan mengurangkan kerja-kerja berat baginya. Jangan biarkan dia berfikir sendirian. Ia akan membuatkan dirinya mengalami stress.” Suara Dr. Taekwoon kedengarannya jelas di telinga Minji. Matanya cuba dibuka dan disambut dengan wajah Jaekyung.

“M-Min-ah… gwenchana?” Dr. Taekwoon memandang pesakitnya lalu memandang Sunggyu dan Suho yang berada di hadapannya semula. “Baiklah, saya tinggalkan Cik Minji pada awak semua. Harap awak semua dapat melayannya dengan baik. Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, panggillah saya, eoh?” Sunggyu dan Suho menundukkan badan mereka tanda hormat sebelum Dr. Taekwoon hilang di sebalik pintu bilik wad tersebut.

“J-Jae Unnie…”

“Shh… Min berehat dulu, eoh? Jangan risau. Kami semua ada kat sini.” Minji membuka mata dan melihat sekeliling. Bilik wadnya penuh dengan 19 orang namja kacak dan seorang yeoja yang cantik (Jaekyung mengikat rambutnya ke belakang). Tiba-tiba, Minji mengalirkan air matanya lagi.

“M-Min susahkan orang lain lagi… M-Min… Min tak dapat nak jaga diri Min sendiri.” Minji berterusan mengalirkan air matanya sambil memejamkan matanya. Malu dengan dirinya sendiri. Seorang yeoja yang lemah, kehilangan segala-galanya dan tidak bersopan santun (fikirnya terhadap Myungsoo).

“Min… jangan cakap macam tu.” Jaekyung cuba untuk memujuk Minji namun, pujukannya tidak dihiraukan apabila mInji memusingkan badannya bertentangan dari Jaekyung.

“Unnie, Oppa… pergilah. Min tak nak susahkan semua orang. Terima kasih.” Dengan itu, Minji menarik naik selimut dan menyembunyikan dirinya di sebalik kain tersebut. Jaekyung melihat dua kumpulan namja dan mengangguk tanda Minji memerlukan masa untuk bersendirian. Mereka semua keluar dari bilik wad tersebut tetapi tidak bagi salah seorang namja dari kumpulan INFINITE.

Sebaik semua orang telah keluar, namja tersebut menutup pintu dan membiarkan yang lain meninggalkannya berdua di dalam bilik wad tersebut. Hari telah melabuhkan tirainya dan jam menunjukkan jam 9.00 malam. Dia membuat laluannya ke kerusi bersebelahan katil hospital tersebut lalu duduk. Bardiam diri. Selang beberapa minit, tangisan Minji semakin menjadi-jadi. Namja yang hanya mendiamkan diri tadi teragak-agak. Apa yang perlu dibuat? Tegur? Redakan Minji? Confuse dibuatnya! Dengan perasaan ragu-ragunya, dia mencapai tangannya ke bahu Minji. Minji terkejut. Tanpa berfikir panjang, memandangkan ada yang sedang menemaninya, Minji keluar dari selimut dan terus memeluk sesiapa sahaja yang berada bersamanya.

“M-mian… tolong duduk diam sekejap je…” pinta Minji. Namja tadi pun hanya berdiam diri sambil mengusap belakang Minji, dengan niat meredakannya.

Dalam Minji sedang menangis, dia juga menghidu bau minyak wangi namja itu. Baginya, bau tersebut dapat menenangkan dirinya. Bau lavender. Senyuman kecil terukir di bibir Minji. Bau tersebut mengingatinya pada Appanya kerana bau itu memang serupa dengan bau Appanya. Kepala Minji direhatkan di dada namja itu. Telinganya berada tepat di mana jantung namja tersebut berdetak. Detakan jantung tersebut menjadi melodi yang indah bagi Minji. Bagaikan dirinya sedang memeluk Appanya. Apabila fikiran itu terlintas di kepalanya, dia menangis lagi. Kini, tanpa ragu-ragu, namja itu memeluk erat Minji, begiu juga dengan minji. Mereka hanya diam dan tenang dengan kehadiran antara satu sama lain. Tidak lama kemudian, Minji telahpun tertidur di dalam dakapan namja itu. Namja tersebut membaringkan tubuh Minji dengan betul dan tersenyum sendirian.

Tanpa disedari, ada seorang lagi namja yang berdiri di sebalik pintu bilik wad tersebut. Menjadi saksi kejadian tersebut.

* * *

 

-TBC 'JK'-

 

\\(^0^)//

Annyeong!

New and 'short' chap!

Mian. >.<

Thanks untuk sume orang!!! :3

POLL ada kat bawah...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Awak semua faham,kan maksudnya 'JK'?

Just Kidding...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ok... bergurau... Ni sambungannya. XD

 

“Eoh?! Mana L?” Tanya Sunggyu, leader kumpulan INFINITE.

“Ye lah… Sungyeol Hyung pun hilang. Dia orang pergi mana?” Sungjeong pula menyuarakan persoalannya. Mereka semua sedang duduk di cafeteria hospital.

Mereka menjadi sebuah kumpulan besar dengan menggabungkan EXO dan INFINITE. Semua pasang mata yang ada di cafeteria tersebut mencuci mata dengan namja-namja kacak di situ. Memang tidak di sangkal lagi, sememangnya mereka semua menjadi buah mulut setiap orang yang melihat mereka. Apa yang mengejutkan bagi mereka semua ialah, Jaekyung dan Baekhyun tidak duduk bersama mahupun bersebelahan seperti pasangan suami isteri yang biasa. Mereka berdua duduk berdepan. Jaekyung ditengah-tengah antara Kris dan Hoya manakala, Baekhyun pula bersama Chen dan Woohyun. Memang tiada siapa yang mengetahui tentang hubungan intim mereka di rumah termasuklah EXO dan INFINITE. Mereka berdua, atau patut dikata, Jaekyung masih tidak bersedia lagi untuk mengatakan yang sebenarnya.

“Entah-entah, dia orang pergi tandas?” Dongwoon menyuarakan pendapatnya.

“Hmm…” mereka semua mengangguk-angguk, setuju.

Selepas mereka berbual-bual, mereka berancang untuk pulang dan melawat Minji pada esok hari.

* * *

Dalam perjalanan pulang, Jaekyung dan Baekhyun hanya berdiam diri. Perkara yang terjadi di sekolah tadi menghantui fikiran Jaekyung. Bagaimana nak terangkannya? Baekhyun faham ke? Kenapa dia mengenyitkan mata pada Jaekyung tadi? Nak cakap? Biarkan? Dalam kesunyian, Jakeyung mengeluh kecil. Baekhyun sedar yang isterinya kurang senang. Dirinya merancang sesuatu, ingin mengenakan serta menguji isterinya. Dia terus membuat riak wajah yang sedang marah dan kecewa.

“Hmm… Jadi,… Awak tak ada perasaan pada saya?” Baekhyun bersuara, intonasi suaranya jelas mengatakan yang dia sedang kecewa.

“A-Anni!! B-bukan macam t-tu…” Jaekyung menafikannya, gagap. Sedikit sahaja Baekhyun ingin ketawa namun, ditahan sahaja.

“Then, kenapa awak cakap macam tu?”

“… mian…”

“Awak fikir, dengan cakap yang awak minta maaf, boleh terangkan segalanya?”

“…”

“Jadi, betullah awak tak sayangkan saya?”

“…”

“Selama ni, awak hanya berpura-pur-…” kata-kata Baekhyun terhenti apabila dia terdengar yang Jaekyung sedang menangis. “W-wae…?”

“A-awak tak p-percayakan saya…”

“A-anni…” Kini, siapa yang kenakan siapa? Baekhyun pula yang sedang menggelabah. “B-bukan macam tu!” semakin lama, tangisan Jaekyung semakin menjadi. “Aish!!” Baekhyun mengeluh kecil. “Saya percayakan awak! Saya faham yang awak tak nak orang tahu hubungan kita. Saya faham semua tu tapi saya cuma nak tahu perasaan sebenar awak je… Saya sayang awak, eoh…?”

“G-gurae…? Tapi, kenapa awak ada kat kelas saya tadi?”

“E-eoh?” wajah Baekhyun merah, menahan malu setelah menyuarakan perasaannya. “Hmm… Masa saya nak pergi cafeteria tadi, saya terdengar orang cakap fasal saya pegang tangan awak and so on. Saya risau kalau ada orang cari and sakitkan awak. Sebab tu saya datang kelas awak and apa yang saya rasa, betul.”

“… saya pun…”

“Hmm?”

“Saya pun sayangkan awak.” Sunyi menyelubungi ruang di dalam kereta sehinggalah mereka tiba di halaman rumah.

Dalam keadaan sunyi sepi, mereka berdua masuk ke dalam rumah, hanya melayan hati mereka yang sedang berdetak laju. Memandangkan mereka telah makan di cafeteria hospital tadi, mereka menapak naik ke tingkat atas selepas mengunci pintu dan menutup suis lampu di tingkat bawah. Setelah tiba di tingkat dua, Jaekyung belok ke kiri manakala Baekhyun belok ke kanan ke arah bilik masing-masing dan masuk lalu menutup pintu bilik mereka. Selang beberapa saat, pintu bilik mereka berdua terbuka secara serentak dan kedua-duanya keluar dari bilik, melihat antara satu sama lain. Jaekyung keluar dari biliknya sebab segala barang-barangnya telah hilang manakala, bilik Baekhyun pula penuh dengan barang-barang Jaekyung. Mereka ketawa bersama-sama. Jaekyung telah lupa perjanjiannya yang dibuat dengan Baekhyun yang dia akan berpindah masuk ke dalam bilik Baekhyun mulai hari ini begitu juga dengan Baekhyun. Baekhyun menggaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal lalu beralih sedikit, memberi laluan untuk Jakeyung masuk ke dalam biliknya.

Jaekyung masuk semula ke dalam biliknya untuk mengambil sesuatu dan keluar bersama anak patung yang besar, diberi Baekhyun pada suatu masa dulu. Dengan wajah yang merah, Jaekyung berjalan masuk ke dalam bilik Baekhyun.

“Kenapa bawa anak patung tu?” Tanya Baekhyun.

“Eoh? Hmm… Saya selalu peluk anak patung ni setiap malam. Erm, Baek-ah, saya nak mandi dulu, eoh? Lepas balik sekolah tadi kita terus pergi hospital, kan? Saya tak selesalah…” Baekhyun mengangguk-anggukkan kepalanya sambil menunjukkan arah bilik mandinya. Jaekyung meletakkan anak patung tersebut di atas katil Baek-… ‘mereka’ dan mengambil keperluannya sebelum menapak masuk ke dalam bilik mandi Baek-… ‘mereka’. Selepas Jaekyung hilang dari pandangan Baekhyun, Baekhyun menghampiri katil lalu duduk sambil melihat anak patung tersebut dan mencapainya.

‘Kenapa ada kat sini?!! Potong line betullah! Tak boleh ke tinggalkan kat dalam bilik sana je?!! Aish! Ingatkan Jae nak peluk Baek malam ni!’ omel Baekhyun sendirian sambil menumbuk-numbuk lembut anak patung tersebut. Selang beberapa minit, Baekhyun masih tidak berpuas hati dengan kehadiran anak patung tersebut di atas katilnya sehinggalah tidak sedar kemunculan Jaekyung.

“Baek? Awak buat apa tu?”

“Eoh?!!” dengan serta merta, anak patung itu dipeluknya lalu tersengih. “Saya baru perasan. Anak patung ni comel macam saya! Kan?” Jakeyung mengerutkan keningnya, pelik.

“Mengarutlah, awak ni.” Jaekyung ketawa kecil dan menuju ke katil lalu baring di sebelah kanan katil. Baekhyun hanya melihat Jaekyung yang sudah bersedia untuk tidur namun, dirinya masih tidak membersihkan badannya yang dirasakan melekit. “Kalau awak tak nak mandi then, tidur, saya takkan lepaskan anak patung tu untuk malam ni. Bagi saya anak patung tu.” Arah Jaekyung tetapi Baekhyun membawa lari anak patung tersebut dan membalingnya ke dalam bilik mandi. “Baek!”

“Oops! Anak patung tu dah basah… Erm, awak tunggu kejap, saya mandi dulu, baru awak boleh peluk saya, eoh?” dalam sekelip mata, Baekhyun telah pun masuk ke dalam bilik mandi dan bersiap untuk tidur. Jaekyung ketawa kecil dengan perangai kebudak-budakkan Baekhyun dan berkeputusan untuk menunggu suaminya dan tidur bersama.

* * *

Pada keesokan paginya, pada waktu di mana semua pelajar sudah ke sekolah dan memulakan pembelajaran, Minji yang berada di dalam bilik wadnya baru membuka matanya. Dia mencuba untuk menggerakkan badannya tetapi terasa ada seseorang yang sedang tidur duduk sambil merehatkan kepalanya di atas katil Minji berbantalakan lengannya sendiri. Dari pandangan Minji, rambut pendek, menunjukkan yang orang itu ialah seorang namja. Senyuman terukir dibibirnya lagi apabila teringat perkara yang terjadi pada malam tadi tetapi sedikit malu dengan dirinya sendiri kerana menangis dan tertidur di dalam dakapan namja tersebut. Entah kenapa, sepenuh hatinya berharap, namja yang menemaninya sepanjang malam tadi ialah Myungsoo. Apabila namja tersebut juga tersedar dari tidur, dia mengangkat kepalanya dan memandang Minji.

“Sungyeol Oppa?!"

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!! Untuk kali ke dua! XD

By the way, nak tanya nie...

Nak cerita ni panjang lagi ke...

lagi beberapa chap je?

ok! tu je...

Annyeong! Love yah! <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe