Episod 17

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Aish!” kedengaran Baekhyun mengeluh dan dengan segera, Baekhyun bangun dan bergegas ke tandas milik yeoja.

‘Harap Minji tak buat apa-apa pada Jae.’ Fikir Baekhyun.

Sementara itu, Jaekyung sedang mengalirkan air matanya. Dia melihat dirinya pada pantulan cermin. Dengan perlahan, dia mengesat air matanya sendiri.

“Tch… Tak perlu nak bersedih dan menunjukkan diri awak yang kesian tu. Saya bersimpati tapi saya tak boleh nak lepaskan Baek Oppa. Baek Oppa sentiasa milik saya.” Jaekyung terdengar satu sumber suara di muka pintu tandas tersebut. “Saya nak beritahu awak yang Baek Oppa milik saya walaupun saya tahu yang awak ni isteri dia. Jangan fikir pangkat awak lebih tinggi daripada saya, saya tak sanggup nak berbuat apa-apa pada awak? Penampilan awak ke sekolah membuatkan pelajar lain tak kenal awak, kan? Jadi, saya tak teragak-agak untuk berbuat sesuatu pada awak walaupun awak sekarang adalah Byun Jaekyung.” Jaekyung melihat Minji. Wajahnya penuh dengan kebencian.

“Apa salah saya?”

“Awak… memang tak sedar diri! Awak tak akan gunakan nama Byun lagi sebab tak lama lagi, saya yang akan gunakan nama tu. Lagi satu, saya tengok, awak langsung tak kisah fasal saya, kan? So, saya akan berlembut sedikit pada awak.” Minji senyum kecil secara kejam.

“Saya tak faham dengan apa yang awak katakan.Walau apa yang terjadi, saya tetap isteri Byun Baekhyun. Awak tak ada hak nak pisahkan kami berdua melainkan… kami yang buat keputusan… untuk berpisah.” Perkataan terakhir, Jaekyung sebutnya dengan nada suara yang perlahan. Dia tahu, perkahwinannya akan berakhir tak lama lagi.

“Berani awak melawan?!” Minji bersedia untuk menampar Jaekyung. Jakyung menutup rapat matanya. Minji mengangkat tangannya dan sebelum tamparannya tiba di pipi Jaekyung, ada satu ketukan di pintu.

“Minji, Jae-ah.” Suara Baekhyun muncul di sebalik pintu tersebut. Jaekyung terkejut kerana Baekhyun memanggilnya dengan nama manjanya. Minji menurunkan tangannya semula.

“Kalau awak cakap apa-apa pada Baek Oppa tentang saya, tahulah apa yang awak akan hadapi nanti.” Minji berbisik tetapi cukup kuat untuk Jaekyung mendengarnya dan tersedar dari kejutannya. Minji keluar dari tandas dan nada suaranya berubah menjadi ceria dan mesra. “Omo! Baek Oppa~! Kenapa datang sini?”

“Mana Jae?” Tanya Baekhyun, mengabaikan pertanyaan Minji.

“Aish Oppa ni… dia ada kat dalam.” Minji memuncungkan bibirnya, tidak puas hati kerana Baekhyun tidak menghiraukan dirinya. Jaekyung menapak keluar dari tandas selpas membasuh mukanya dan mengeringkan mukanya menggunakan tisu. Jaekyung menundukkan mukanya, tidak mahu membalas pandangan mata Baekhyun.

“Kaja.” Baekhyun berkata sebelum menapak pergi. Minji memantaskan pergerakannya lalu memeluk lengan Baekhyun.

Mereka bertiga tiba di meja EXO tadi dan mendapat pandangan mata yang tidak puas hati daripada EXO. Kenapa Minji masih bergantung pada Baekhyun?!! Seriously, wayar mana yang tak disambungkan dalam kepala Baekhyun?! Kenapa tak Jaekyung yang bersamanya? Kenapa Minji?!! Tch… walau apapun, EXO tidak mahu rancangan mereka gagal kerana Minji. Mereka akan pastikan segalanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan Minji. Ketika makan, hanya pandangan mata yang menemani kesunyian di meja itu kecuali suara Minji yang kuat, sedang bercerita pada Baekhyun. Namun Baekhyun, hanya mengabaikan segalanya dan fikirannya dipenuhi dengan wajah Jaekyung selepas keluar dari tandas tadi. Riak wajah Jaekyung menunjukkan yang dia sedang bersedih tadi. Selepas makan, Kai bersuara.

“Minji Noona! Jom naik tu dengan saya, eoh?” Kai mendapat pandangan mata yang pelik daripada EXO namun, selepas mengetahui tujuan sebenar Kai, mereka juga ingin menyertai permainan yang dimainkan oleh Kai tersebut. Minji melihat arah di mana Kai tunjukkan dan kemudian, matanya terbeliak.

“Roller coaster?!! Anni. Sirheoyo! Kita naik yang kurang menakutkan, eoh?” pujuk Minji tetapi Kai tetap tidak mahu.

“Alah~~~ Jomlah!!” Kai bangun dari tempat duduknya dan datang ke arah Minji lalu menarik tangannya. “Jomlah! Jomlah! Jomlah!”

‘Aish! Kalau tolak pelawaan Kai, nanti dia orang ni lagi tak nak terima saya tapi kalau terima, takkan saya nak bahayakan diri saya sendiri dengan naik roller coaster tu?!!’ fikir Minji sebelum mengalah dengan aegyo milik Kai. “Aish… Arraso!” Minji melepaskan lengan Baekhyun dan membiarkan dirinya ditarik Kai.

“Saya pun nak ikut!” Sehun berkata sambil bangun lalu mengekori Kai dan Minji.

“Nado!” Chen juga. Lalu, satu per satu meninggalkan meja makan tersebut. Kini, hanya tinggal Baekhyun, Suho, Kris dan Jaekyung.

“Kris Hyung, jom kita bayar semua ni.” Ajak Suho, tujuannya untuk meninggalkan Baekhyun dan Jaekyung. Kris juga memahami niat Suho lalu bangun.

“Aish… Dia orang ni! Makan bukannya nak bayar sendiri!” omel Kris sebelum mengekori Suho ke kaunter pembayaran. Selepas membayar, Kris dan Suho berlalu pergi mengikuti yang lain. Jaekyung berasa janggal apabila ditinggalkan berdua dengan Baekhyun lalu dia bangun dari kerusinya. Baekhyun juga bangun, serentak dengan Jaekyung. Pandangan mata mereka bertentangan namun, Jaekyung yang mengalihkan pandangannya dahulu. Jaekyung ingin berlalu pergi namun, Baekhyun mengekori Jaekyung sebelum mencapai tangan Jaekyung.

“Kita pergi sini…” Baekhyun menarik tangan Jaekyung ke arah bertentangan dari arah ke roller coaster.

“K-kenapa? EXO ada kat sebelah sana.”

“Geunyang ttarawa…” Baekhyun masih memegang tangan Jaekyung. Sepanjang mereka berjalan, ada seseorang dari sebalik semak sedang mengambil gambar pasangan tersebut. Langkah pasangan tersebut membawa mereka berdua ke ferris wheel, tempat paling romantik dan menyeronokkan.

Baekhyun masih memegang tangan Jaekyung sehingga ke dalam salah sebuah gondola tersebut. Ketika mereka duduk bertentangan, barulah Baekhyun melepaskan tangan Jaekyung. Ferris wheel tersebut mula bergerak. Dua pusingan akan dinikmati namun, pada pusingan pertama, tiada seorang pun yang bersuara.

“Apa yang Minji cakap tadi?” Baekhyun berkata setelah sekian lama berdiam diri sambil melihat wajah Jaekyung yang berseri, melihat pemandangan di luar.

“A-anni.” Jaekyung terkejut apabila terdengar suara Baekhyun.

“Dia ada cakap apa-apa fasal saya?” Jaekyung menggeleng-gelengkan kepalanya. Selang beberapa saat, mereka berdiam diri lagi. Hanya pemandangan yang menemani mereka berdua.

“S-saya… nak cakap fasal… kita.” Sebaik sahaja Baekhyun berkata, gondola tersebut berhenti dan giliran mereka untuk turun. Baekhyun bergaduh dengan dirinya sendiri di dalam kepalanya tanpa sesiapa yang mengetahuinya. Jaekyung menapak keluar dan kemudian Baekhyun mengikutinya. Jaekyung melangkah dengan perlahan, Baekhyun mengekorinya dengan jarak tiga kaki di belakang. Baekhyun hanya melihat Jaekyung dari belakang. Tiba-tiba mata Jaekyung tertarik dengan satu permainan; menagkap itik mainan dengan jaring kecil dari dalam kolam yang besar, melihat bahagian bawah itik tersebut dan mendapat hadiah berdasarkan perkataan di bawah itik mainan tersebut. Jaekyung tersenyum kecil sambil kakinya membawanya ke arah tapak permainan tersebut. Mata Jaekyung terlihat satu anak patung yang comel jadi, dia menetapkan tujuannya untuk mendapatkan anak patung tersebut.

“Saya nak main tiga pusingan.” Jaekyung berkata kepada penjaga di situ. Setiap pusingan, tiga kali cubaan jadi, Jaekyung telah meminta sembilan kali cubaan untuk mendapatkan anak patung tersebut. Baekhyun yang melihat gelagat Jaekyung dari belakang, tersenyum sendirian apabila melihat Jaekyung tersenyum lebar bersama matanya yang bersinar setelah melihat anak patung yang comel.

Jaekyung mula bermain. Pusingan pertama, Jaekyung mendapat sebatang gula-gula lollipop. Manakala, pusingan kedua, Jaekyung tidak mendapat apa-apa. Namun, semangat Jaekyung tidak putus dan dia mencubanya lagi. Selain mendapat gula-gula lollipop yang sama seperti pusingan pertama ketika pusingan ketiga, kelima, keenam dan ke sembilan, Jaekyung langsung tidak mendapat apa-apa. Kekecewaan dapat dirasai melalui riak wajah Jaekyung. Baekhyun tersenyum kecil melihat kecomelan isterinya. Setelah semangatnya hilang, Jaekyung ingin melangkah pergi tetapi tidak sebelum mendengar sesuatu yang tidak disangkanya.

“Tahniah Encik. Sila datang lagi.” Penjaga di situ berkata selepas membunyikan loceng, menandakan ada hadiah besar yang diterima oleh pelanggan. Jaekyung memusingkan badannya untuk melihat siapa yang bertuah tersebut tetapi dirinya dikejutkan dengan kemunculan anak patung yang serupa dengan yang dilihatnya tadi tetapi, bezanya adalah saiznya.

Yang dilihatnya tadi bersaiz kecil tetapi yang muncul tu bersaiz seorang manusia, seperti budak kecil. Jaekyung melihat siapa yang sedang memegangnya dan mendapati suaminya sedang menghulurkan kepadanya sambil menunjukkan muka pocker face. Jaekyung mengelipkan matanya berkali-kali sehingga dia memahami keadaan sebenarnya. Baekhyun mendapatkan anak patung tersebut untuk dirinya? Dengan senyuman yang lebar, Jaekyung menyambut huluran Baekhyun dan memeluknya dengan erat.

“Omo!! Gomawoyo, Baek-ah~~!!!” tanpa Jaekyung sedar, dia memeluk Baekhyun yang terkedu dengan perbuatan mengejut Jaekyung. Jaekyung meleraikan pelukannya bersama Baekhyun dan berlalu pergi dengan hati yang senang tanpa sedar dengan apa yang baru sahaja dilakukannya. Baekhyun hanya melihat Jaekyung yang semakin jauh. Selepas tersedar dari lamunan, dia mengejar Jaekyung untuk mengekorinya namun, masih mengekalkan jarak tiga kaki di belakang Jaekyung. Tangannya diseluk poketnya sambil mulutnya mengukir senyuman. Pengalaman pelukan pertama dari Jaekyung tidak akan dilupakan. Selama Baekhyun dan Jaekyung bersama, sepertinya mereka berdua sudah lupa akan kumpulan EXO dan Minji.

* * *

Sementara itu, selepas menaiki roller coaster, muka Minji menjadi pucat dan mungkin, bila-bila sahaja dia akan muntah namun, dia tidak mahu merosakkan imejnya dihadapan EXO lalu dia hanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kris yang tersedar akan kepucatan wajah Minji, menjadi seorang Oppa yang prihatin, dia menghampiri Minji yang berjalan berjarak jauh dari EXO agar dapat mengelakkan diri daripada EXO nampak pucat di wajahnya.

“Gwenchana?” Tanya Kris setelah dia menghampiri Minji.

“N-nae? Eoh…” Minji mengangguk dan menundukkan kepalanya.

“Mian. But we don’t want you to disturb Baek and Jay’s life.” Kris berkata dan Minji masih membisu. Kris tahu yang Minji mendengar apa yang dikatakannya lalu dia menyambung.

“As you see, they’re not happy… yet but we want them to be happy. We know, you still love him eventhough you’re the one who dump Baek but… please… stay away from him. He’s done with you and now, he found someone who can take care of him but the time is not now. They still have to know each other’s heart. They still have a long way to go to know each other’s feelings. You know… even you always cling on him and hope to be with him again… that will not happen. He will never ever see or feel your presence anymore. You have to open your eyes. There are many other man who will be perfect with you and you can see… Baek is not that ‘man’. Baek is someone’s husband now. He still has a wife who need his love. Can you see-…” belum sempat Kris melengkapkan ayatnya, Minji memotong kata-katanya.

“Oppa. Jebal… I still need him. I regretted when I dump him. I know, I’m the worst from the worst. After I let him go, I feel something that was not complete in my heart. I was so mean and I know that. Oppa… oppa tahu tak…? Betapa sakitnya hati saya bila saya dapat tahu yang Baek Oppa dah kahwin? Sejak Baek Oppa keluar dari hidup saya, saya pindah ke luar negara untuk menjadi seorang yeoja yang baik tetapi apa yang saya dapat tahu dan apa yang saya dapat setelah saya berkeputusan untuk berubah? Sakit yang tak dapat diubati. So, Oppa, please don’t stop me. I want him and I know…” memandangkan Kris dan Minji berjauhan dengan EXO, Minji berhenti melangkah dan memandang Kris sebelum menyambung “…he want me too!!”

“Min! Don’t be so selfish!! Can’t you just leave him?! It’s enough when you leave him and make him so cold! He does not trust in any yeoja! Min, please…”

“Oppa!!! Can’t you feel my heart crashed?!”

“Then, can’t you feel Baek’s heart crashed?!!” Minji terkedu. Kepalanya sedang menyerap segala kata-kata Kris. “Min, tolonglah. Lupakan Baek dan mulakan hidup baru. Kalau Min berterusan mementingkan diri, mungkin… orang yang ditakdirkan untuk bersama dengan Min… akan pergi tanpa Min tahu bila dia datang dan bila dia pergi. Tolonglah Min… fikirkan… apa yang Oppa katakan.” Minji mengubah riaksi wajah daripada sedih menjadi senyuman yang kejam.

“Oppa… Min tahu… Oppa sayangkan Jaekyung bukan seperti dongsaeng, kan?” kini giliran Kris terkedu.

“A-apa yang Min cakapkan… ni?” Kris bertanya, gagap.

“Why don’t… we combine our power against their marriage?”

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!!

Sorry late update and hope you guys enjoy eventhough you'll be irritated because of cliffhanger. keke~

Sorry kalau2 ada tersilap vocab english. :3

Thanks kepada pembaca baru yang subscribe dan komen~!!

Thanks lagi kepada subscribers(2), readers, upvoters(19), viewers, and also commenters!!

Saya selalu tersenyum sendiri bila baca komen yang kecewa lepas baca. saya harap awak semua masih enjoy cerita ni...

Walau apapun, hope awak semua masih menunggu apa yang bakal terjadi selepas ini~

Anyway, annyeong~!! <3 *throws heart*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe