Episod 3

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

 

“W-what? B-byun… Baekhyun?”

“Eoh. By the way, kami dengan The Byun’s dah kawan lama. Perkahwinan ini juga adalah salah satu perjanjian yang kami buat.” Appa menerangkan keadaan.

“B-but…”

“Jaekyung-ah…” pujuk Eomma.

“Aigoo… Arraso…” jawab Jaekyung, hatinya masih berbelah bahagi. 'Apakah reaksi Baekhyun?' menjadi tanda tanya di dalam kepala Jaekyung.

* * *

Sementara itu, di rumah keluarga Byun, Baekhyun yang sedang menonton rancangan kanak-kanak, Pororo, mengalih perhatiannya pada Eomma dan Appanya.

“Baekkie~ Thanks sebab jemput Eomma dengan Appa dari airport tadi.” Eomma Baekhyun memulakan perbualan setelah duduk bersebelahan dengan anaknya.

“Eoh. Lagipun, lepas Baek tahu yang Eomma dengan Appa nak balik, Baek terus nak jumpa. Baek rindu sangat Eomma dengan Appa.” Terang Baekhyun.

“Erm… Baek, Appa dengan Eomma ada sesuatu nak beritahu pada Baek.” Appa Baekhyun pula berkata.

“Hmm?” Baekhyun memandang muka Appanya. Baekhyun ada nampak sesuatu yang pelik melalui pandangan mata Appanya.

“Dulu, kami ada kawan. Sekarang, kami jumpa semula kawan lama kami tu. Dan ada satu perjanjian yang dibuat lama dulu. Perjanjian tersebut masih belum langsai. Kami ingin penuhi perjanjian itu serta ini juga untuk kebaikan syarikat kita.” Eomma Baekhyun pula menyambung.

“Hmm…? Apa perjanjiannya?” Tanya Baekhyun, tidak sabar.

“You have to-…” Appanya ingin menyambung tetapi...

*Malhaeyo MAMA. MAMA.* Telefon bimbit Baekhyun berdering menandakan ada satu panggilan masuk.

“Jamkanman.” Kata Baekhyun sebelum menerima panggilan tersebut. “Yeobosaeyo?”

-Baekhyun-ah! Kami berada di satu majlis hari jadi yang diadakan oleh queenka sekolah kita. Nak datang?- Suho berkata sebaik sahaja Baekhyun mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga.

“Eoh? Hmm… wait a minute.” Baekhyun menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga dan memandang Eomma dan Appanya. “Kawan-kawan Baek ajak keluar. Boleh tak kita sambung berborak esok, lepas Baek balik dari sekolah?” Eomma dan Appanya menunjukkan wajah yang kecewa.

“Eoh… Pergilah. Pastikan Baek tak ke mana-mana esok malam. Kita ada sesuatu yang perlu dibuat.” Eomma Baekhyun berkata.

“Eoh! Arraso! Baek pergi dulu!” Baekhyun mengatur langkah ke pintu utama rumah dan menapak keluar. “Annyeong!”

Dengan itu, Baekhyun terus menaiki kereta birunya

dan terus menuju ke tempat yang dinyatakan oleh Suho sebelum talian diputuskan.

“Yeobo, rasanya, Baek terima tak perkahwinan ni?” Eomma Baekhyun mula rasa tidak senang duduk.

“Tak perlu risau. Dulu kita pun kena kahwin paksa, kan? Sekarang, tengok, kita hidup bahagia. Kenapa mereka tak boleh laluinya dan hidup seperti kita?”

“Eoh… harap mereka boleh kekal sehingga kematian yang memisahkan mereka.” Appa Baekhyun senyum dan merapat pada Eomma Baekhyun lalu mencium dahi Eomma Baekhyun.

“Kaja…” Appa Baekhyun mengajak Eomma Baekhyun untuk masuk tidur.

* * *

Pada keesokkan paginya, Jaekyung bangun dari tidur dan ada kehitaman di bawah matanya. Dia langsung tidak dapat tidur sepanjang malam tadi hanya kerana berfikir tentang Baekhyun. Adakah Baekhyun sudah mengetahui tentang perkahwinan yang dirancang ni? Bagaimanakah akan dirinya lalui kehidupan selepas perkahwinan ni dilangsungkan? Apa reaksi Baekhyun selepas dapat tahu yang dia akan berkahwin dengannya? Tidak lama selepas itu, ada seseorang membuka pintu bilik tidur miliknya.

“Eoh! Cik Muda dah bangun? Erm, selepas bersiap, turunlah. Kami sudah sediakan sarapan.” Jaera Eonni berkata selepas membuka pintu.

“Eoh. Nanti saya turun. Gomawoyo, Eonni.” Jaekyung membalas dan mula mengatur langkah ke bilik mandi selepas mencapai tuala mandinya.

Selang beberapa minit, Jaekyung keluar dari bilik mandi dan terus menuju ke bilik persalinan untuk mencari bajunya. Dia mencapai salah satu baju kesayangannya sebab baju tersebut adalah baju yang dibeli oleh Eomma dan Appa ketika mereka di luar negara. Walau bagaimanapun, baju tersebut masih kelihatan normal.

Jaekyung tersenyum selepas menyikat rambutnya menutupi sebahagian wajahnya. Jaekyung mengeluh. Bagaimana dia nak berhadapan dengan Baekhyun? Baekhyun dah tahu atau belum? Kalau dia dah tahu, apa dia buat kalau berhadapan dengan dirinya? Apa rekasi dia? Jaekyung menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah dan melangkah ke ruang makan, di mana Eomma dan Appa berada.

“Eoh! Awalnya anak Eomma bangun~” Jaekyung hanya mampu senyum pada Eomma. Dia duduk dan Eomma mengisi sarapan, bijirin sarapn pagi, ke dalam mangkuknya.

“Jae-ah, malam ni, kita perlu bertemu dengan keluarga Byun jadi, batalkan segala perjanjian untuk malam ni kalau ada. Eoh?”

“Arraso, Appa. Erm… lagipun, anak Appa ni mana ada kawan and nak buat perjanjian dengan siapa?” Jaekyung ketawa kecil. Appa mengeluh.

“Tulah… Appa suruh berkawan supaya tidak kesunyian. Ni… langsung tak nak bertegur sapa dengan sesiapapun. Lupakanlah kenangan pahit kamu tu.”

“Appa… Bukan senang nak lupakan fasal tu.”

“Perkara tu dah lama berlalu. Tak perlulah difikirkan lagi. Appa tak nak anak Appa ni keseorangan setiap masa selepas kejadian kamu dengan Kevin tu.”

“Appa… Jae tak nak dengar nama tu lagi. Di sebabkan dialah anak Appa jadi macam ni. Tapi Appa jangan risau, Jae akan fikirkan tentang membuka minda untuk semua orang, eoh?”

“Arraso…” Mereka semua bersarapan dan berbual-bual seperti ahli keluarga yang normal namun, apa yang membezakan keluarga mereka dengan keluarga orang lain adalah… kekayaan.

Selepas bersarapan, seperti biasa, Jaekyung lebih berminat untuk diturunkan di taman selepas ditinggalkan oleh Yeojoong Oppa yang ditugaskan untuk menghantar Eomma dan Appa pula memandangkan Jaekyung masih ada banyak masa sebelum pembelajaran bermula. Dia juga ingin merehatkan minda sebelum berhadapan dengan Baekhyun yang mungkin sudah tahu tentang perancangan perkahwinan yang dirancang untuk mereka berdua. Jaekyung mengatur langkah ke buaian yang terdapat di taman tersebut. Jaekyung duduk dan hanya membiarkan mindanya melayang ke tempat lain. Tanpa disedari, matanya tertutup rapat dan dia dibuai mimpi oleh sebab kekurangan tidur.

* * *

Pada jam 7.30 pagi, Mrs. Jeong masuk ke kela dan seluruh kelas menyapa hormat padanya.

“Good morning, Mrs. Jeong.”

“Morning. Eoh! Saya terlupa! Ada 12 orang pelajar namja dari kelas istimewa tu dipindahkan ke kelas ni, kan?”

“…” Hanya kesunyian yang membalas pertanyaan Mrs. Jeong. Seluruh pelajar berasa gerun hanya untuk mengeluarkan suara untuk mereka. Namun, Suho bangun dan menjawab.

“Eoh! Kami ada dalam kelas ni.”

“Oh! Saya rasa kelas istimewa tu tak mengajar pelajar yang bisu? Hanya seorang daripada 12 orang tu yang boleh bercakap?” EXO tidak mengenali sekolah dengan teliti selain Suho. Mrs. Jeong adalah antara guru yang paling garang di sekolah. Selangkah mereka berkelakuan kurang ajar, mereka telah melangkah ke kesusahan yang akan dihadapi. Suho mengetuk kuat di mejanya dan menyebabkan ahli EXO lain juga terkejut dan melihat ke arah ketua mereka dengan pelik.

“Anni! Mereka ada mulut untuk bercakap, KAN?!” Suara Suho menyebabkan kesemua ahli EXO bangun dari tempat duduknya. Mereka tahu, pasti ada sesuatu yang tak kena jika ketua mereka berkelakuan seperti itu.

“N-nae!” Mereka menjawab serentak.

“Oh! Adapun kamu semua. Saya fikir yang kamu semua ni… bisu? Tak mungkinlah, kan?” Mrs. Jeong tersenyum. Setiap pelajar tahu, jika Mrs. Jeong senyum begitu, bermaksud Mrs. Jeong sudah naik darah namun Mrs. Jeong masih mengawal kemarahannya. “Kamu semua boleh duduk. Baiklah, sekarang saya akan semak kedatangan.”

EXO duduk semula dan melihat ketua mereka dengan pandangan yang hairan. ‘Nanti saya terangkan.’ Suho menggerakkan mulutnya pada member-membernya agar tidak dibiarkan soalan mereka tergantung. Kris yang duduk di sebelah tempat duduk Jaekyung memandang sekilas tempat duduknya. Dia fikir yang Jaekyung tidak hadir ke sekolah adalah kerana salahnya. Setelah beberapa minit, nama Jaekyung dipanggil.

“Seo Jaekyung?” Mrs. Jeong mengangkat kepalanya untuk melihat tempat duduk Jaekyung kerana dia tahu yang Jaekyung tidak akan menjawab melainkan mengangkat tangan. Namun begitu, hanya tempat kosong yang membalas panggilan Mrs. Jeong. Kris terkejut. Dia maish tidak mengetahui nama Jaekyung sehingga sekarang. Kini, dia sudah ada alasan untuk mendekatinya.

“Seo Jae-…”

“Saya!” Jaekyung menjawab setelah penat berlari dari taman untuk ke kelas. Pasti mereka di dalam kelas terkejut dengan kemunculannya yang secara tiba-tiba itu dan mengeluarkan suaranya. Jika pelajar sudah lewat sebegini (selepas 7.20 pagi, pagar besar sekolah akan ditutup dan menghalau pelajar yang lewat), pengawal akan menghalau pelajar lewat tersebut pulang namun, bagaimana dia lepas dari pengawal? Senang… Jaekyung hanya perlu menunjukkan kad ID pelajarnya dan pengawal tersebut memberikannya masuk. Seluruh para tenaga di sekolah mengenali Jaekyung, seorang anak pengurus syarikat nombor satu yang terkemuka di Korea, Seo Jisung. Di dalam kad ID pelajar milik Jaekyung, ada gambar dirinya yang tidak tersembunyi di sebalik rambut panjangnya. Senang untuk orang mengenali dirinya kerana wajah Jaekyung sentiasa muncul di akhbar dan majalah bisnes atas kebijaksanaannya dalam hal perniagaan.

“E-eoh… Kamu boleh duduk.” Mrs. Jeong sendiri takut untuk memanjangkan cerita tentang kelewatan Jaekyung. Dia juga tahu tentang diri Jaekyung. Seluruh pelajar di dalam kelas masih terkejut setelah mendengar suara miliknya. Mungkin pelajar lain fikir yang ‘Seo Jaekyung, anak pengurus syarikat terkemuka’ dan ‘Seo Jaekyung, pelajar normal yang diberi biasiswa di sekolah’ adalah Seo Jaekyung yang berbeza dan hanya nama yang serupa. Tidak pernah mereka terlintas difikiran yang ‘Seo Jaekyung. pelajar normal’ adalah ‘Seo Jaekyung, seorang yeoja yang cantik”.

‘Kenapa Mrs. Jeong takut untuk memarahi Seo Jaekyung ni? Apa yang istimewa dengan yeoja ni? Apa yang tak kena? Perlu siasat!’ Suho berfikir sendirian apabila dia perasan yang Mrs. Jeong yang garang, tidak memarahi Jaekyung yang sudah lewat masuk ke kelas. Suho dan Kris mengekori pandangan mereka ke arah Jaekyung yang melangkah ke tempat duduknya. Jaekyung duduk dan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa-… anni… seperti semalam. Kris masih memerhatikannya namun kini, Suho juga turut sama memerhatikannya. ‘Apa masalah mereka ni?!’ Jaekyung menjerit di dalam fikiran.

* * *

Apabila waktu makan tengah hari tiba, Jaekyung hanya terus mengemas buku dan memasukkan ke dalam beg. Dia tidak mahu berdepan dengan Baekhyun yang mungkin sedang geram dengannya… Kenapa? Sebab perkahwinan tu lah… Jaekyung mengeluh kecil tanpa disedari oleh kumpulan EXO yang masih berada di dalam kelas, dia mempercepatkan langkahnya keluar dari kelas lalu terus menuju ke cafeteria.

“Hyung, kenapa hyung tengok Seo Jaekyung?” Suho menghampiri Kris. Manakala, ahli EXO yang lain berbual, menunggu ketua mereka menamatkan perbualan.

“A-anni.” Kris terkejut.

“Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan yeoja tu. Hyung pernah dengar nama Seo Jaekyung?”

“Hmm?”

“Seo Jaekyung, anak tunggal President Seo Jisung. President Seo tu salah seorang pengurus yang berjaya memajukan syarikatnya ke dalam dunia perniagaan dan menjadi syarikat nombor satu yang terkenal di Korea. Ada juga yang kata, anak President Seo tu yeoja yang cantik. Hyung tahu?”

“Eoh? Hmm… Hyung rasa hyung kenal Seo Jaekyung yang tu… Mungkin Seo Jaekyung yang berada di dalam sekolah ni adalah Seo Jaekyung yang lain?”

“Anni… Saya rasa Seo Jaekyung yang kita baru jumpa tu ialah Seo Jaekyung yang terkenal tu.”

“Then, apa yang kita perlu buat?”

“Saya rasa kita patut siasat perkara ni, Hyung.”

“Siasat apa?” Baekhyun menyampuk.

“Anni. Erm.. Baek pernah dengar nama Seo Jaekyung?” Suho mengalih pandangan pada Baekhyun. Kris juga turut sama.

“Seo Jaekyung? Bukan yeoja yang datang lewat tadi ke?”

“Aish… Lain kali buka minda dalam dunia perniagaan Appa awak tu!”

“Hmm? Apa kena mengena dengan Appa saya?” Suho dan Kris menepuk dahi. Kadang-kadang mereka tertanya-tanya, macam mana mereka boleh sehaluan dengan ahli EXO yang perangainya kebudak-budakan, bertentangan dengan pandangan pelajar di sekolah terhadap mereka. Suho mengeluh.

“Lupakan. Dah! Jom ke cafeteria, yettera!” Kesemua ahli EXO gembira apabila ketuanya telah menamatkan perbualannya dan mereka dapat mengisi perut mereka dengan makanan di cafeteria.

”Kaja!” Mereka semua bersorak keriangan.

Apabila mereka tiba di cafeteria, mata Suho dan Kris terus mencari seseorang yang perlu disiasat. Mereka berdua terlihat Seo Jaekyung yang berada di penjuru ruang cafeteria.

“Erm, yettera, tunggu sekejap.” Suho berkata sebelum mengatur langkahnya ke arah Jaekyung yang sedang menjamu selera. EXO memerhati tindakan Suho.

Suho tiba di tempat Jaekyung namun, Jaekyung masih tidak menyedari kehadiran Suho akibat rambutnya menutupi pandangannya daripada melihat Suho. Suho melihat sekeliling untuk menarik perhatian Jaekyung. Pelajar-pelajar di cafeteria terkedu ketika melihat Suho. Suho mencapai beg sekolah Jaekyung yang berada di sebelahnya dan dengan sengaja, Suho menjatuhkannya. Jaekyung terasa yang ada sesuatu yang jatuh dan segera melihatnya. Dia terkejut apabila melihat Suho yang sedang menunduk untuk mengambil semula beg sekolah miliknya. Dengan tidak sengaja, Suho nampak wajah Jaekyung apabila rambutnya terselak dari wajahnya.

 

-To Be Continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!

New Update~ (Sorry, ceritanya tak menarik untuk episod ni)

SORRY, LAMBAT UPDATE T^T Jangan marah...

Menjanjikan untuk episod yang lebih menarik dan lebih panjang selepas ini.

Sesiapa yang request one-shot, hope awak semua boleh tunggu sebab saya mungkin akan post serentak, semua sekali.

Terima kasih kepada viewers, subscribers (80+), readers, upvoters dan commenters!

Saya akan offline sehingga hari selasa ni (nak balik kampung, Kelantan). >.< sorry again... u.u

I'll post next week! Please leave some comment before leave this story.

Annyeong.~.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe