Episod 7

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

‘Tch… selama ni… dia berlakon sebagai pelajar normal rupanya…’ Baekhyun memandu dengan pantas, meninggalkan Jaekyung yang berjalan kaki ke sekolah. Jaekyung tersedar dari lamunan setelah mendengar bunyi enjin dari kereta Baekhyun. Jaekyung mengeluh kecil namun, menyambung langkahnya ke sekolah.

Sepanjang hari, berjalan seperti ‘biasa’ kecuali waktu lunch, Jaekyung akan lepak bersama dengan EXO, dan yang paling tidak ‘biasa’, mereka lepak bersama dengan Baekhyun. Walau macam manapun, Jaekyung tidak membenarkan EXO untuk menyelak rambutnya yang menutupi sebahagian wajahnya. Baekhyun langsung tidak menumpukan perhatian ketika EXO dan Jaekyung berborak. Dia terlalu memikirkan cara untuk menghancurkan hidup Jaekyung. Kadang kala, Baekhyun akan memerhatikan gerak geri Jaekyung yang sedang berborak dengan EXO.

* * *

Ketika waktu persekolahan tamat, Jaekyung mengemas mejanya dengan sepantas kilat. Sebelum sempat Jaekyung ingin keluar dari kelas tanpa diketahui EXO, Sehun tersedar akan kepantasan Jaekyung.

“Jae Noona! Cepatnya! Noona tak nak lepak keluar dengan kami ke?”

“E-eoh? Na? A-anni… Noona perlu pulang cepat. Annyeong!” Dengan itu, Jaekyung melangkah keluar dari kelas.

“Yah! Awak semua dah terlalu beri perhatian pada budak si Loner tu. Sampai saya sendiri awak semua lupakan.”

“Eoh? Anniya~ Baek-ah! Awak cemburu dengan perhatian yang kami berikan pada Jae ke? Keke~”

“Anni! Buat apa saya cemburu dengan budak penipu tu?” kata Baekhyun, menafikan kata-kata Xiumin hyungnya.

“Eoh?! Penipu? Kenapa pula?” Luhan bertanya kehairanan.

“Ya lah… Awak semua tahu yang dia tu kaya… pandai… cantik… and so on~ But, kenapa nak sembunyikan segalanya kat sekolah ni? Bukan ke namanya ‘PENIPU’ tu?” Baekhyun membuat muka annoyed.

“Ish ish ish… Hyung… Memang Hyung langsung tak berikan perhatian pada Jae Noona, kan? Noona dah glamour satu dunia. Kalau identiti Noona terbongkar, hidup Noona mesti berserabut. Dengan paparazzi, wartawan akhbar and magazine, photographer tak bergaji dan macam-macam cabaran hidup orang kaya. Hyung tak pernah terfikir ke?” Sehun menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Eoh! Satu lagi, saya ada dengar yang Jae tukar attitude disebabkan kenangan lama.” Lay berkata. Semua mata EXO tertumpu padanya.

“Eh? Saya fikir yang Lay Hyung ni pelupa? Macam mana yang Hyung boleh ingat fasal berita tu?” EXO ketawa bersama setelah mendengar pertanyaan dari Tao, kecuali Baekhyun yang masih terasa menjengkelkan.

“Tch… whatever! By the way, hari ni, awak semua ada nak pergi mana-mana tak? Saya nak ikut!” Baekhyun cuba untuk menukar topik.

“Eoh? Hari ni awak free ke? Biasanya awaklah orang pertama yang balik sebelum kami. Kan?” Chanyeol memandang ahli EXO satu per satu dan mereka mengangguk-angguk tanda setuju.

“Hmm… Hari ni, saya nak balik lewat. Saya tak ada masalah hari ni.” Jawab Baekhun dengan selamba. Tanpa EXO sedari, Baekhyun tersenyum puas apabila mendapat tahu yang rancangannya berjalan dengan lancar.

“Ok then! Jom kita pergi arcade!” ajak Suho.

“Kaja!!” kesemua mereka besorak keriangan.

* * *

Jaekyung berada di rumah, keseorangan. Sunyi sepi. Jaekyung balik dengan berjalan kaki dari sekolah sebaik sahaja waktu persekolahan tamat sebentar tadi. Kini, Jaekyung duduk di meja makan. Menghadap makanan yang telah siap dimasak. Tersedia untuk Baekhyun sekali. Jaekyung mengeluh berat, hanya memerhatikan kimchi stew yang dimasaknya.

‘Bila Baekhyun nak balik?’ fikir Jaekyung sambil mengerling ke arah jam dinding di ruang makan, 11.30 malam. Sudah tujuh jam selepas waktu persekolahan tamat. Baekhyun masih tidak pulang ke rumah. ‘Kenapa tak beritahu kalau nak balik lewat?’ Jaekyung memuncungkan bibir sambil sambung memerhatikan kimchi stew yang berada di atas meja makan milik ‘mereka berdua’.

‘Aigoo… Jae-ah, jangan menaruh harapan yang tinggi sangat pada Baekhyun. Bukan ke dia cakap perkahwinan ni hanya berakhir selepas lapan bulan? Apa yang awak harapkan, Jae? Harap yang dia akan jatuh sayang pada awak dan cerita awak akan berakhir dengan happy ending? Harapan awak terlalu tinggilah, Jae. Perkahwinan ni hanya bermakna untuk syarikat kita dan tidak bermakna langsung untuk kehidupan kita. Tak membawa apa-apa kebaikan pun. Jadi, lupakan niat untuk berbaik dengan Baekhyun, eoh?’ Jaekyung mengangguk sendirian seolah-olah bercakap sendirian.

Jaekyung bangun dari tempat duduknya lalu menutup lampu seluruh rumahnya dan menuju ke sofa berhadapan dengan televisyen di ruang tamu rumahnya. Dia mencapai alat kawalan jauh di atas meja kecil di hadapan sofa dan merapatkan lututnya di dada selepas duduk di atas sofa tersebut. Jaekyung memeluk kakinya, merapatkan kakinya ke dada dan merehatkan dagunya di atas lutut. Jaekyung membelek-belek siaran di televisyen sehinggalah ada siaran yang menarik perhatiannya dan berhenti daripada menekan-nekan butang di alat kawalan jauh tersebut. Perhatian Jaekyung melekat pada kaca televisyen apabila satu drama bertajuk ‘Personal Taste’ di siarkan. Walau bagaimanapun, sebelum cerita tersebut tiba penamatnya, Jaekyung sudah pun melelapkan matanya dalam posisi yang sama.

* * *

Pada jam 12.00 malam, pintu utama rumah milik bakal keluarga Byun yang baru, dibuka dan ditutup semula menandakan salah seorang penghuninya sudah pulang. Baekhyun fikir yang Jaekyung sudah tidur kerana kesemua lampu ditutup. Namun, televisyen di ruang tamu rumah mereka terbuka dan ada tubuh yang berada di atas sofa berhadapan dengan televisyen yang masih hidup. Sinaran cahaya daripada televisyen menyinari tubuh tersebut.

‘Tch… Dah tahu yang saya akan balik lambat, masih lagi berjaga sehingga lewat malam. Tak ada orang suruh untuk tunggu sehingga saya pulang, kan?’ fikir Baekhyun sendirian sambil berjalan manuju ke ruang dapur. Parhatian Baekhyun di alih ke atas meja makan yang berada di ruang makan bersambung dengan ruang dapur dan ruang tamu. Ada semangkuk besar kimchi stew yang masih tidak disentuh. Baekhyun menjeling ke tubuh di atas sofa dan bercadang untuk tidak menghiraukan apa-apa pun. Baekhyun meminum segelas air sejuk dan mengabaikan segalanya lalu menuju ke tingkat atas, ke bilik tidur miliknya. Baekhyun lakukan segalanya seperti biasa dan terus tertidur tanpa berfikir apa-apa.

* * *

Pada keesokan paginya, jam 5.30 pagi, Jaekyung terbangun dari tidur. Badannya terasa kejang akibat tertidur dalam keadaan membongkok. Jaekyung berdiri dan menggeliat lalu membuka lampu rumah. Dia mengerling ke arah jam dinding. Kemudian, Jaekyung berlari ke ruang makan dan mendapati, kimchi stew tersebut masih tidak disentuh dan Jaekyung terlihat satu gelas kaca yang berada di atas sinki. Jaekyung mengeluh kecil. Jaekyung melangkah naik ke tingkat atas dan terus bersiap untuk ke sekolah.

Selepas bersiap, Jaekyung keluar dari bilik tidurnya dan terserempak dengan Baekhyun.

Jaekyung menundukkan mukanya, tidak mahu merenung mata Baekhyun. Baekhyun yang masih memerhatikan Jaekyung, berdengus kecil.

“Kenapa malam tadi tidur kat tingkat bawah?”

“…”

“Awak jangan nak berlagak baik terhadap saya, eoh? Saya tak ada niat nak beri muka pada awak. Ingat tu!” Baekhyun menjelingkan matanya pada Jaekyung dan menuruni anak tangga, terus ke ruang dapur. Jaekyung menuruni anak tangga dengan perlahan, masih menundukkan kepalanya. Jaekyung berasa takut untuk berhadapan dengan Baekhyun ketika ini jadi, dia menuju ke sofa dan duduk. Sunyi menyelubungi ruang di rumah kecuali bunyi gelas kaca yang di isi air. Baekhyun memandang sekilas pada tubuh di atas sofa, terasa serba salah namun, dia hanya menepis perasaannya itu dan berlalu keluar dari rumah, menghempas pintu utama, meninggalkan Jaekyung keseorangan. Baekhyun memandu ke café berhampiran untuk mengisi perutnya sebelum ke sekolah memandangkan dia keluar terlalu awal daripada waktu yang sepatutnya.

* * *

Jaekyung melangkah ke dapur, makan sarapan sebelum ke sekolah.

‘Jae-ah… Ingat apa yang Baekhyun cakapkan. Jangan buat baik pada dia. Dia takkan beri muka pada awak. Tak mungkin awak dapat tahan.’ Air mata Jaekyung mengalir ke pipi ketika sesudu bijirin disuap ke mulut. Matanya ditenung ke tempat yang dia sendiri tak tahu.

‘Baekhyun… Walau macam manapun, hati saya tetap tak dapat menafikan perasaan saya terhadap awak. Saya tak tahu untuk berbuat apa lagi. Sebelum perkahwinan berlangsung… keadaan kita sudah tidak sehaluan, apa lagi selepas? Apa yang patut kita buat? Baekhyun… Saya tak tahu kalau-kalau saya dapat tahan atau tidak.’ Jaekyung mengesat kesan air matanya dan bersedia untuk berjalan kaki ke sekolah.

-skip waktu sekolah sebab keadaannya sama, Baekhyun langsung tak menghiraukan kehadiran Jaekyung walau di mana sahaja-

* * *

‘Jae-ah, palli! Palli!’ jerit Jaekyung di dalam fikirannya untuk mempercepatkan langkahnya keluar kelas sebelum diketahui EXO, namun…

“Jae-ah!” panggil Suho. Jaekyung berhenti di hadapan muka pintu kelas dan memandang Suho, rambutnya masih menyembunyikan wajahnya sambil mengeluh kecil.

“N-nae?”

“Cepatnya! Awak tergesa-gesa ni nak ke mana?” Pandangan EXO tertumpu pada Jaekyung, kecuali Baekhyun yang sedang sibuk mengemas mejanya.

“Eoh? Erm… Somewhere.” Jaekyung senyum sambil menampakkan giginya walaupun EXO tak dapat melihatnya.

“Is it secret?” Kris bertanya.

“Hmm.” Jaekyung mengangguk.

“Sorry to ask but… where?”

“Tak perlu risau. Saya pergi ke tempat yang selamat. Saya pergi dulu ya? Annyeong!” Jaekyung melambaikan tangannya dan keluar dari kelas dengan secepat yang mungkin sebelum sempat EXO bertanya dengan lebih lanjut. Jaekyung berada di luar pagar utama XOXO Art Highschool. Dia berasa lega setelah dapat lari dari kumpulan EXO selepas seharian bersama-sama dengan mereka semua. It’s not ‘all’, besides Baekhyun… Jaekyung terasa yang dirinya diekori seseorang namun, dia fikir itu hanyalah khayalannya. Jaekyung memulakannya langkahnya ke suatu tempat yang dia amat rindui. Tempat tersebut adalah tempat rahsia Jaekyung dan merupakan tempat kegemarannya. Eomma dan Appa pun tidak mngetahuinya. Dulu, dia selalu pergi ke sana namun, sekarang, Jaekyung terlalu sibuk dengan sekolah dan syarikat Appa. Hal ini menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk ke sana. Inilah masanya untuk meluangkan masa di sana tanpa pengetahuan sesiapa pun.

* * *

“Hyung, Jae Noona dah ada namjachinggu ke?” pertanyaan Kai pada Suho membuatkan ahli yang lain terkejut.

“Ehhh!!? Kenapa pulak? Tiba-tiba tanya macam tu.” Suho menjawab soalan dengan soalan. Baekhyun terasa tertarik dengan tajuk yang dibuka lalu, dia memasang telinga dalam senyap, tanpa disedari EXO.

“Entahlah… perasaan saya mengatakan yang Jae Noona dah ada namjachinggu? Kalau tidak, kenapa Noona selalu nak balik cepat?” soal Kai lagi. Kris bangun dari kerusinya.

“Err… Saya balik dulu.” Kris berkata.

“Eoh? Hyung! Bukan kita dah janji nak lepak kat Bubble Tea Shop, kedai bubble tea yang maju milik keluarga Oh, keluarga maknae kita?” Chen menghalang Kris dari berjalan ke pintu kelas.

“Hyung teringat yang Eomma Hyung minta tolong kat rumah. Annyeong!” Kris menolak lembut badan Chen ke tepi dan dengan senang, keluar dari kelas secepatnya. Semua wajah EXO berubah, pelik.

“Eomma?” Lay memecahkan kesunyian.

“Bukan ke…”

“Eomma Kris Hyung kat Canada?” Kata-kata Tao dipotong oleh Chanyeol.

“Right but… is he got new Eomma??” tanya Luhan. Ahli EXO semakin pelik dengan perangai Kris.

* * *

Jaekyung telah tiba di suatu tempat yang rahsia tersebut. Terdapat sebuah bangunan yang tidak terlalu kecil dan tidak telalu besar. Cukup untuk tiga puluh orang penghuni. (well, it’s quite big, right?)

Di sisi pagar besar milik bangunan tersebut terdapat papan tanda yang bertulis ‘Jay’s Heaven House’. Jaekyung menghampiri pagar besar bangunan tersebut dan menekan loceng yang terdapat di sebelah papan tanda. Selang beberapa minit, ada seorang yeoja keluar dari pintu utama bangunan tersebut.

“Omo! Jaekyung-ah!” yeoja tersebut membuka pagar cepat dan menyambut tetamu yang datang itu dengan mesra. Yeoja itu memeluk Jaekyung dan dibalasnya.

“Jaekyung-ah! Budak-budak dalam rumah ni semuanya rindu pada kamu.” Yeoja itu meleraikan pelukannya dan memberikan senyuman yang ikhlas.

“Jaemi Unnie, Jae rindu sangat dengan Unnie. Maafkan Jae sebab dah lama tak datang ke sini. Budak-budak macam mana? Sihat?”

“Hmm. Sihat. Diaorang selalu tanya fasal kamu. Erm… Kamu datang sini dengan namjachinggu kamu ke?” mata Lee Jaemi, 30, melihat ke arah seseorang di belakang Jaekyung.

“Eoh? Aigoo… Unnie, Jae mana ada namjachinggu lagi. Unnie ni merepeklah.” Jaekyung berketawa kecil.

“Then, siapa pulak yang kacak kat belakang kamu tu?”

“Hmm? Saya datang sorang-soranglah. Mana ada orang lain.”

“Serious… Ada seseorang yang kacak kat belakang kamu.”

“Unnie, Unnie ni tengah berimaginasi kot. Jom, saya nak masuk. Saya rindu kat budak-budak tu. Eoh? Jomlah!” Jaekyung menggoncangkan lengan Jaemi Unnie namun, Jaemi Unnie masih melihat seseorang tersebut.

“Jae, please… Cuba kamu tengok di belakang kamu.” Jaekyung mengeluh kecil dan mengalah. Jaekyung memusingkan badannya dan mengangkat kepalanya bagi melihat dengan jelas seseorang itu.

“Mind to explain?” seseorang tersebut sememangnya seorang namja yang kacak. Tetapi, namja tersebut amat dikenali Jaekyung.

“Awak?!!”

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong~!!

Thanks for reading this chap!! :3

Sorry for late and short chap. 

Thanks to the viewers, subscribers (130+), readers, commenters, and upvoters (7)!

Please... Jebal... Tolonglah... 

Don't be a silent readers. T^T

If I didn't have any feedbacks, I'll think that this story is not interesting anymore.

By the way, thanks. That's all.

Annyeong!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe