Episod 9

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

Pada keesokan paginya, selepas Jaekyung bersiap untuk ke sekolah,

Dia terserempak dengan Baekhyun di ruang dapur.

Jaekyung hanya menganggap tiada apa yang berlaku dan jalani kehidupan seperti biasa. Bagi Baekhyun, Jaekyung menganggap dirinya tidak wujud di ruang dapur tersebut. Jaekyung melangkah untuk mendapatkan dirinya jus oren di dalam peti sejuk. Jaekyung menganggap yang Baekhyun tiada dalam pandangan matanya walaupun Baekhyun sedang berdiri di sebelah peti sejuk. Kelakuan Jaekyung sedikit sebanyak membuatkan Baekhyun berasa tidak berpuas hati. Selepas meminum jus oren tersebut, Jaekyung lalu di hadapan Baekhyun untuk meletakkan gelas kaca yang digunakannya di atas sinki. Kemudian, Jaekyung melangkah ke ruang tamu dan terus ke pintu utama, keluar dari rumah tanpa sebarang patah perkataan pun.

‘Tch… Macamlah ada orang kisah kalau dia ucap selamat pagi?’ Baekhyun kemudiannya hanya termenung. Mungkin dirinya telah terlalu berkasar terhadap Jaekyung? Tetapi Baekhyun tidak mahu melibatkan dirinya dalam percintaan. Dia tidak mahu kenangan pahitnya, ditinggal yeojachinggu, berlaku kembali. Dia memberikan kasih sayang yang penuh kepada ex-yeojachinggunya dulu namun, apa yang dibalasnya adalah ‘curang’ terhadapnya. Apakah kesalahan yang telas dibuat sehingga dia perlu disakiti begitu? Baekhyun menggenggam baju dibahagian dadanya. Menahan diri daripada menangis. Ini membuatkan dirinya teringat kenangan yang tidak mahu diingatinya iaitu, kenangan di mana dia terserempak dengan yeojachinggunya bersama-sama dengan namja lain di pasar raya.

*FLASHBACK*

“M-Minji…?” Baekhyun memanggil nama yeojachinggunya dari belakang dua kelibat dihadapannya. Yeoja tersebut sedang memeluk lengan namja yang ada bersamanya. Yeoja tersebut memusingkan badannya untuk melihat gerangan yang memanggil namanya. Selepas mendapat tahu yang memanggilnya adalah Baekhyun, dia terus melepaskan tangannya dari memeluk lengan namja tersebut.

“B-Baek Oppa. Apa y-yang Oppa buat kat s-sini? Hehe…” Minji tersenyum, tidak bersalah.

“Siapa namja ni?” Baekhyun melihat namja tersebut dengan perasaan tidak puas hati.

“Honey, who is he?” Namja tersebut pula bertanya.

“I’m her namjachinggu. And who are you to call her honey?!”

“Oh! You must be Byun Baekhyun, right? Tch… Now Min, I think you can break up with him now. I can cherish you more than him. I think, the money you got from him were enough for now. I’ll own the money myself next time, eoh?” Baekhyun rasa yang jantungnya dipanah dengan beribu-ribu anak panah.

“Minji,…”

“Baek Oppa, were done. I’m sorry. I’m now with Jin Oppa. Thank you for everything before. Kaja, Jin Oppa.” Minji memeluk semula lengan Jin dan berlalu pergi, meninggalkan Baekhyun sendirian. Ketika itu, Baekhyun tidak tahu ingin menunjukkan perasaan yang bagaimana. Marah? Sedih? Kecewa? Sakit hati? Selepas Minji dan namja yang bernama Jin tu hilang dari pandangan Baekhyun, Baekhyun pergi meninggalkan tempat yang ditinggalkan tadi, pulang ke rumah tanpa berfikir apa-apa pun. Kosong. Apa yang patut di fikirkan? Sejak itu, Baekhyun tidak mahu mempercayai mana-mana yeoja pun. Baekhyun menjadi dingin apabila berdepan dengan yeoja dan hanya akan menunjukkan perangai sebenarnya di hadapan kumpulan EXO. Hanya EXO yang mengetahui kejadian tersebut.

*END OF FLASHBACK*

Perkara tersebut telah berlalu sejak 2 tahun lalu namun, Baekhyun masih tidak mahu mempercayai yeoja-yeoja lain, termasuklah Seo Jaekyung, bakal isteri kepada dirinya. Dalam tidak sedar, Baekhyun mengalirkan air matanya. Perlu ke dirinya memberikan peluang kepada Jaekyung? Ataupun… tidak? Baekhyun mengesat air matanya dan bersedia untuk ke sekolah.

* * *

Sejak Jaekyung keluar dari rumah, Jaekyung masih berada di halaman rumah. Hatinya terasa sakit. Baginya, ia amat menyakitkan hanya untuk menganggap yang dia tidak menyedari kehadiran Baekhyun. Entah kenapa, hadirnya Baekhyun dalam dirinya membuatkan hatinya berasa tenang. Tetapi, apa yang boleh dibuat? Baekhyun langsung tidak menerima kehadiran dirinya di dalam hidupnya. Kenapa? Jaekyung mengeluh kecil. Walau bagaimanapun, kini, Jaekyung sudah memiliki Kris. Mungkin Kris dapat menenangkan dirinya? Jaekyung tersenyum sambil mengeluarkan telefon bimbitnya, mandail nombor telefon milik Kris dan menyuruh Kris menjemputnya ke sekolah.

Selang beberapa minit, Kris tiba di hadapan rumah bakal keluarga Byun.

Jaekyung tersenyum kecil di sebalik rambutnya dan berlari ke arah Kris lalu memeluknya. Kris membalas pelukan tersebut dengan mesra. Dalam masa yang sama, Baekhyun membuka pintu utama dan terlihat sesuatu yang membuatkan hatinya berubah fikiran.

‘Tch… mungkin, saya tak patut buat keputusan untuk beri dia peluang dengan segera. Lagipun, dia telah memungkiri janji dia. Kenapa dia beritahu Kris Hyung? Memang tak boleh diharap langsung!’ tindakan Baekhyun membiarkan Jaekyung dan Kris bertolak ke sekolah bersama-sama… walaupun, hatinya berfikiran sebaliknya.

* * *

Sepanjang pembelajaran berlalu, Jaekyung dan Kris sentiasa bersama-sama. Sesiapa yang melihat mereka berdua, pasti akan berfikir yang mereka adalah pasangan kekasih tetapi, bagi Jaekyung, Kris ialah abang yang memberikan perhatian yang penuh kepada adik kesayangannya namun, bagi Kris adalah sebaliknya. Ahli EXO semuanya berasa pelik dengan kelakuan mereka berdua.

“Oppa, boleh hantar saya balik?” tanya Jaekyung pada Kris sebaik sahaja dia siap mengemas mejanya. Perbualan tersebut menarik perhatian Baekhyun. Selama ini, Jaekyung tidak mesra dengan EXO tetapi, apa yang berlaku padanya hari ni??

“Eoh? Tak nak lepak dengan kami semua ke?”

“Hmm…” Jaekyung memandang sekilas pada Baekhyun yang sedang bersandar di kerusinya sambil mendengar lagu melalui MP3nya yang disambungkan pada earphone.

“Tak kot…”

“Alah~~ Noona! Jomlah! Noona jarang lepak dengan kami… Bolehlah~” Tao meminta.

“E-eoh? Err…” Jaekyung memandang sekali lagi pada Baekhyun lalu Kris menghalang pandangan Jaekyung. Kris mendekatkan wajahnya di telinga Jaekyung.

“Don’t worry. I’ll be with you, eoh?” bisik Kris. Kemudian, Kris mengenyitkan mata kanannya tanda jangan risau. Semua ahli EXO semakin hairan dengan perbuatan yang intim antara Kris dan Jaekyung, termasuk Baekhyun.

‘What’s wrong with them? Tch… kalau dah gatal tu… semua namja nak digodanya.’ fikir Baekhyun.

“A-arraso…” jawab Jaekyung.

“Alright! Let’s go somewhere interesting!” ajak Suho. Sedang mereka semua mengemas meja mereka dengan gembira, ada seseorang yang amat curiga. Namja tersebut mendekati Baekhyun.

“Hyung… I smell something…” D.O berbisik di telinga Baekhyun membuatkan Baekhyun terkejut.

“Omo! Yah! Kkamjjagiya!” jerit Baekhyun namun, tiada seorang pun yang perasan akan jeritan kecil Baekhyun.

“Shhh…”

“Yah. Waeyo, Soo?” bisik Baekhyun.

“I smell something suspicious.”

“What is it?”

“About Kris Hyung, Jaekyung and…”

“Hmm?”

“And you.”

“Eoh? Wae?”

“Whenever Jaekyung was asked to be together with us, she always take a look at you first before answering. Is there anything you didn’t tell us, Hyung?”

“N-Nothing.” Baekhyun mengalih pandangannya di MP3nya semula.

“You’re stuttering, Hyung. Are there any secret that we all didn’t know?”

“N-no… really.” D.O masih meragui kelakuan Hyungnya namun, tidak mengendahkannya lagi. Baekhyun mengeluh apabila tiada seorang yang melihatnya.

Mereka semua bercadang untuk ke Lotte World. Masing-masing memandu kereta sendiri dan Jaekyung menaiki kereta milik Kris. Kereta Baekhyun dipandu di belakang kereta Kris yang bumbungnya terbuka jadi, Baekhyun boleh melihat segala yang berlaku di antara Jaekyung dan Kris. Baekhyun melihat kelibat di dalam kereta di hadapannya, Jaekyung menyuap sesudu ais-krim ke dalam mulut Kris yang baru dibelinya ketika berhenti seketika di stesen minyak. Mereka berdua bergelak ketawa. Baekhyun boleh melihatnya dengan jelas. “Tch…” Baekhyun hanya menjeling ke tempat lain kecuali pemandangan di hadapannya. Terasa menjengkelkan.

Setelah 20 minit di atas jalanraya, akhirnya mereka telah tiba di Lotte World. Jaekyung sentiasa bersama-sama dengan setiap ahli EXO, lebihkan masa bersama Kris dan mengurangkan pandangan mata pada Baekhyun. Walau bagaimanapun, setiap kali Jaekyung mencuba untuk membuat tatapan mata pada Baekhyun, Baekhyun akan mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Hati Jaekyung dirasakan bagai ditusuk dengan sesuatu yang tajam. Dia rasa dirinya tidak diendahkan oleh Baekhyun, bakal suaminya. Jaekyung selalu mendampingi Kris dan mengelakkan diri daripada berdua-duaan bersama Baekhyun. Kris juga akan memainkan peranannya seperti namjachinggu yang penyayang.

Selepas bergembira di Lotte World, mereka semua pulang dan Kris memberitahu yang dia akan menghantar Jaekyung pulang dahulu. Kereta Kris dan Baekhyun melalui jalan yang berbeza daripada ahli yang lain, berhenti di satu lorong dan Jaekyung menukar kenderaan yang dinaikinya. Kris turun daripada kereta dan menuju ke arah kereta Baekhyun, terus ke pemandunya lalu mengetuk tingkapnya. Baekhyun menurunkan tingkap keretanya.

“Waeyo?” Baekhyun bertanya dengan menggunakan pocker facenya.

“I want you to take care of Jaekyung. If something bad happens to her, you’ll know what will you face later. Hyung balik dulu.” Kris menaiki keretanya semula dan mula memandu, meninggalkan pasangan tersebut di dalam kereta. Sunyi.

‘Aish!! Kenapa selalu rasa awkward bila berdua dengan Baekhyun?! Spell apa yang Baekhyun guna untuk meng’awkward’kan keadaan??’ bebel Jaekyung di dalam mindanya.

“Awak buat apa sampai semua kawan-kawan saya sukakan awak, eoh?” tanya Baekhyun.

“E-eoh? M-maksud awak?” gagap Jaekyung, terlalu takut untuk bertutur dengan Baekhyun, bakal suami slash crushnya sendiri.

“Yelah… Saya tengok awak ni, tak ada yang special pun. Saya just tertanya-tanya.”

“E-entahlah…” Selepas itu, Baekhyun mahupun Jaekyung, kedua-duanya tidak mengeluarkan suara dan mereka terus balik ke rumah, rehat selepas penat berseronok.

* * *

Sejak itu, Jaekyung dan Kris menjadi semakin rapat, lebih rapat daripada ahli EXO yang lain. Namun begitu, hubungan Jaekyung dan Baekhyun masih tiada perubahan. Setiap pagi sebelum ke sekolah, Baekhyun akan terus ke sekolah tanpa ke ruang makan mahupun ruang tamu. Jaekyung tidak sempat untuk melihat wajahnya di awal pagi. Jaekyung akan berjumpa dengannya hanya di sekolah kerana Baekhyun akan pulang pada jam 10 malam selepas pulang dari tempat yang Jaekyung sendiri tidak pasti. Jaekyung telah pun mengembara kealam mimpi pada waktu itu. Ketepikan fasal Baekhyun, Jaekyung kini amat gembira apabila Kris berada di sisinya sentiasa walaupun mendapat pandangan ngeri daripada fangirl di sekolah dan pandangan pelik daripada EXO.

* * *

Kini sudah sebulan keadaan tersebut berlaku. Walaupun Jaekyung gembira, namun, perasaannya tidak lama apabila majlis perkahwinannya bersama Baekhyun semakin hampir. Tambahan lagi, Kris tidak dapat untuk bersamanya.

“Sorry Jay. Oppa perlu ke Canada untuk empat bulan. Oppa kena jaga syarikat Appa Oppa kat sana. Sekarang, Appa Oppa sedang sakit dan tak mampu untuk bekerja. Maafkan Oppa, eoh?”

“Apa ni, Oppa? Oppa kata nak bersama dengan Jay. Oppa janji. Mana janji manis Oppa?” Jaekyung masih tidak dapat menerima kebenaran yang Kris perlu meninggalkannya di Korea sementara Kris di Canada. Jaekyung menghentakkan kakinya dan memalingkan mukanya ke tempat lain sambil menyilangkan tangannya di dada. Angin yang meniup di atas bumbung sekolah itu mendinginkan lagi keadaan.

“Jay, please. Forgive me?” Jaekyung berfikir untuk sebentar.

“What if… I follow you there?”

“Andwae! How about your wedding with Baekhyun?”

“I’ll cancel it! Wae, Oppa? You want me to marry him? You like it?!” Kris mengeluh.

“Jay, Oppa takut untuk berkata ni tapi… Oppa tahu yang Jay sayangkan Baekhyun, kan? Setiap kali kita lunch kat cafeteria, mata awak akan melihat Baekhyun. Memang tak syak lagi yang awak sukakan malah cintakan Baekhyun. Am I right, Jay?”

“O-Oppa… W-what are you t-talking about?”

“You’re even stuttering. That means, I’m right. By the way, Oppa percayakan Baekhyun. Baekhyun akan bahagiakan awak. Oppa pernah sakitkan hati awak dan Oppa tidak berhak untuk bersama dengan awak. Oppa telah, sedang, dan akan sedar, siapa diri Oppa sebenarnya. Oppa mengaku yang Oppa pernah berharap supaya perkahwinan awak dan Baekhyun akan batal namun, siapa Oppa untuk lakukan semua tu? Jadi, lepaskan Oppa, eoh? Tolong senyum pada hari perkahwinan awak, eoh? Maafkan Oppa sebab Oppa tak dapat hadir pada hari tersebut sebab penerbangan Oppa berlepas sehari sebelum hari perkahwinan awak.” Jaekyung menangis. Kris menghampiri Jaekyung dan memeluk untuk menenangkannya.

“T-tapi… kalau saya tak bahagia deng-…” Kris meletakkan jari telunjuk tangan kanannya di bibir Jaekyung.

“Shh… don’t say that. I know Baekhyun so well. By the way, reveal yourself! Don’t hide yourself behind that long hair of yours. I knew, Baekhyun will like it! I’ll support you two to be together eoh?” Jaekyung mengangguk.

“And one more, jangan lewat-lewatkan berita ni pada EXO. Kalau diaorang tahu secara tidak sengaja, mereka akan marah.” Kris mengusap kepala Jaekyung. Jaekyung berhenti menangis lalu senyum pada Kris.

“Berita apa yang awak semua ni sorokkan?”

“O’oh.”

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong~!

I'm back~ :3 Thanks to you guys! I love reading your comments! Any mistake, please do let me know, eoh?

Anyway, thanks to you all!

Sorry for late and short. >.<

Seeyah!

Annyeong~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe