Episod 30

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Sungyeol Oppa?!”

“Eoh? Hmm.” Sungyeol mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Apa yang Oppa buat kat sini?”

“Obviously… teman Min lah…”

“J-jadi…” bagi Minji, memang Sungyeol lah yang menemaninya. Tanpa disedari, Minji mengeluh kecil, kecewa. Kenapa Sungyeol? Kenapa bukan Myungsoo? Tetapi, suku daripada dirinya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga yang menjaganya sepanjang malam. Perkara tersebut membuatkan dirinya berfikir, ‘Myungsoo tak hiraukan diri ni ke? Entah-entah, memang tak ada perasaan langsung pada Min. Min je yang bertepuk sebelah tangan. Dan mungkin-…’ fikirannya tergantung apabila melihat Sungyeol yang sedang menggeliat, terlalu jelas yang dia sedang sakit belakangnya. ‘Mungkin… Sungyeol Oppa adalah yang terbaik untuk Min…’

“Hmm… Min nak makan?”

“Eoh… Erm, Oppa…” panggilannya membuatkan pergerakan Sungyeol terhenti daripada mengambil makanan yang hospital sediakan untuk Minji.

“Eoh?”

“O-Oppa ke yang peluk Min… malam tadi?” wajah Sungyeol sepertinya ingin mengelak daripada menjawab persoalan tersebut. Hanya senyuman yang menjawab soalan tersebut.

“Oppa amikkan makanan Min sekejap, eoh?” dengan itu, Sungyeol bangun dari tempat duduknya dan menuju ke meja dimana sarapan pagi Minji disediakan. Minji hanya memerhatikan pergerakan Sungyeol.

“Gomawoyo.” Sebaik makanannya di tempatkan di hadapannya. “Untuk malam tadi.” Minji yakin yang memeluknya dan menemaninya sepanjang malam tadi adalah Sungyeol. Dengan itu, dia ingin berterima kasih pada Sungyeol yang kelihatannya bersalah.

“E-eoh…” balas Sungyeol, gagap. “Makanlah… eoh…?” Minji senyum dan makan, seperti mana Sungyeol inginkan. Sungyeol hanya menumpukan perhatiannya pada Minji dengan riak wajah yang penuh dengan rasa bersalah. ‘Mian, Min-ah… Oppa tak dapat beritahu yang sebenarnya.’ Fikirnya.

“Oppa, kenapa tak pergi sekolah?” Tanya Minji, sambil menyuap sesudu sup ke dalam mulutnya. Menunggu jawapan Sungyeol.

“Oppa nak jaga Minji. Kami dah rancang, nak jaga Min secara bergilir-gilir.” Minji mengangguk-angguk, faham.

Sepanjang mereka berdua berada di dalam bilik wad tersebut, mereka berborak dan bergelak ketawa bersama. Lama-kelamaan, mereka berasa selesa dengan perbualan mereka. Sepanjang itu juga, Minji fikir yang Sungyeol adalah satu-satunya namja yang baik dan baginya, mungkin dia perlu membuka hati pada Sungyeol dan lupakan perasaannya terhadap Myungsoo.

* * *

Ketika di sekolah, kehidupan sehari-hari pelajar di sekolah berjalan seperti biasa, tetapi tidak bagi Jaekyung. Apabila dia tiba di sekolah pagi tadi, dia mendapat pandangan mata yang menggerunkan daripada para pelajar yeoja di sekolah. Baekhyun menyedari perkara tersebut namun, setiap kali Baekhyun mencuba untuk membuat tatapan mata pada Jaekyung dari jauh, Jaekyung akan senyum dan mengatakan yang dia ok dan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan melalui gerakan mulutnya pada Baekhyun. Baekhyun tetap tidak mempercayainya dan terus-menerus memerhatikan Jaekyung dari jauh, kecuali ketika waktu sesi pembelajaran bermula.

Kini, tiba waktu makan tengah hari. Semua pelajar telah keluar dari kelas untuk ke cafeteria dan mengisi perut mereka yang mungkin sudah kelaparan tetapi, Jaekyung masih berada di dalam kelasnya, sedang mengemas buku di mejanya setelah menyuruh INFINITE pergi dahulu sebelumnya. Apabila hampir selesai, Jaekyung terasa yang bahunya ditolak dan menyebabkan dirinya jatuh terduduk di atas kerusinya sendiri. Dia mengerang kesakitan di pinggulnya dalam senyap. ‘Mula lagi…’ fikirnya sambil bersedia menerima apa sahaja yang ingin mereka katakan.

“Yah.” Jaekyung hanya berdiam diri. Melalui suaranya, Jaekyung sedar yang yeoja tersebut adalah yeoja yang menganggunya semalam. “Kalau ada orang tengah bercakap dengan awak, awak kena tengok muka orang tu, kan?!” sedikit sebanyak, yeoja tersebut terasa menjengkelkan. Dihadapan Jaekyung ada dua orang yeoja yang kelihatannya kurang berpuas hati.

“Tch… Entah-entah dia bisu agaknya.” Seorang lagi yeoja berkata.

“Minjung-ah, apa yang perlu kita buat pada yeoja miskin tak sedar diri ni?” yeoja pertama tadi bersuara lagi.

“Yuri-ah, mungkin kita perlu ajar sikit yeoja ni?” yeoja yang dipanggil Minjung tadi pula bersuara. Jaekyung hanya berdiam diri dan masih tidak melihat kedua-dua yeoja yang berada di hadapannya. Untuk apa? Tch… lagi menyakitkan hati adalah. Apa yang Jaekyung tidak sedar, ada sebaldi air bersama mereka. Dalam sekelip mata, Jaekyung sudah kebasahan bersama dengan barang-barangnya termasuklah buku sekolahnya. Tanpa Jaekyung inginkan, air mata mengalir bersama dengan air yang mengalir di wajahnya. Walau macam mana pun, dia perlu kuat. Dirinya perlu kuat menghadapi segalanya dan meyakinkan Baekhyun yang dia hanya baik-baik saja.

“Omo! Mianhe. Tapi, memandangkan awak dah kebasahan, awak tak ada peluang untuk dekat dengan Baek Oppa, kan? Baguslah. Bukan setakat Baekhyun Oppa dengan EXO malah, dengan INFINITE pun awak tak dapat nak rapatkan diri. Apatah lagi nak munculkan diri, kan?” Yuri dan Minjung mentertawakan Jaekyung. Memang benar, siapa yang ingin munculkan diri dan menunjukkan diri yang kebasahan di hadapan orang lain? Setelah Yuri dan Minjung hilang dari pandangan Jaekyung, dia melihat dirinya dan sekelilingnya. Jaekyung mengetap bibirnya. Sampai bila dia akan bertahan dengan pembulian ni hanya kerana dirinya rapat dengan Baekhyun? Salah ke rapat dengan suami sendiri? Oh… Lupa…

Tiada seorang pun tahu, selain EXO dan INFINITE serta para tenaga sekolah, yang Jaekyung adalah isteri Baekhyun.

Jaekyung mengeluh kecil lalu bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi ke loker sebelum ada yang melihatnya dalam keadaan basah tersebut. Nasibnya baik apabila hallway menuju ke lokernya kosong, tiada seorang pun yang berada di hallway tersebut. Semua pelajar telah ke cafeteria. Jaekyung mengambil barangnya dan meletakkan barang yang tidak diperlukannya di loker. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Jaekyung berancang untuk pulang ke rumah. Hanya dengan menunjukkan kad ID sekolahnya pada pengawal di pintu pagar, dengan mudah, dia dibiarkan pulang tanpa banyak pertanyaan daripada pengawal itu.

* * *

Berbalik di kelas Jaekyung tadi, ada seorang namja berdiri di tempat Jaekyung yang basah di sekelilingnya.

“Jae… sampai bila…?” Baekhyun mengeluh sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya untuk bertanya Jaekyung tentang keberadaan Jaekyung, jelasnya risau.

TO: JAE SWEETY

Jae, kat mana?

-~~-

FROM: JAE SWEETY

Rumah.

-~~-

TO: JAE SWEETY

MWOH?!! Kena lagi?

-~~-

FROM: JAE SWEETY

Eoh… Gwenchana. Baek belajar dulu. Nanti kita jumpa, eoh?

-~~-

TO: JAE SWEETY

Gurae…

-~~-

Baekhyun mengeluh, berat. Sesungguhnya, Baekhyun sudah tidak dapat menahan dirinya daripada menjerit di setiap sudut dan penjuru sekolah, hanya untuk memberitahu semua pelajar yang Seo Jaekyung ialah isterinya tetapi, dengan permintaan Jaekyung, Baekhyun hanya perlu bersabar.

* * *

Di hospital, Minji dan Sungyeol masih berbual dengan topik yang dipilih secara rawak. Walau apapun, Minji tetap seronok. Mereka tidak sedar yang jam telah menunjukkan jam 3.00 petang. Perbualan mereka tehenti apabila ada ketukan pintu di sebalik pintu bilik wad tersebut.

“Masuk.” Suara Minji membenarkan sesiapa sahaja yang mengetuk pintu tersebut. Sebaik pintu itu terbuka, menampakkan Jaekyung yang masuk dengan senyuman yang ditunjukkannya. “Unnie?!”

“Annyeong, Min-ah, Sungyeol Oppa.”

“Annyeong. Erm, Jae, bukan ke sekarang masih belum waktu habis sekolah?” kata Sungyeol sambil melihat jam di tangannya. Jaekyung tersengih. Ketika tiba di rumah tadi, dia membersihkan bajunya dan menjemurnya lalu duduk di ruang tamu, tanpa berbuat apa-apa. Kemudian, berkeputusan untuk melawat Minji dan Sungyeol yang menjaganya, memandangkan tiada apa yang boleh dilakukannya di rumah.

“Just… Erm… forget it. So, Min, macam mana? Ok?” Minji mengangguk, masih berasa bersalah. “Oppa…” Jaekyung memanggil Sungyeol.

“Eoh?”

“Oppa baliklah dulu. Biar Jae pulak yang jaga Min, eoh?” Sungyeol mengangguk sebelum keluar dari bilik wad tersebut.

“Oppa datang lagi, eoh?!” Minji menjerit kecil pada Sungyeol dan Sungyeol mengangguk sekali lagi dan terus hilang dari pandangan Minji dan Jaekyung.

“Min?”

“Ne, Unnie?” Jaekyung senyum kecil.

“Min… Janganlah rasa tertekan sangat. Min tak susahkan orang pun.”

“Tapi Min memang susahkan orang, kan?” Minji menundukkan kepalanya.

“Anniya… Min. Aigoo… Min sayang Unnie tak?” Minji mengangguk-anggukkan kepalanya. “Unnie pun. Disebabkan kami sayangkan Min, kami tolong Min. Bukannya Min yang nak susahkan orang. Eoh? Arraso?” Minji mengangkat kepalanya dan tersenyum.

“Unnie, gomawoyo. Tapi Unnie, kenapa Unnie balik awal?” Minji menyatakan rasa ingin tahunya.

“E-eoh? Hmm… Macam mana Unnie nak cakap…”

“Waeyo?”

“Erm… Kalau Unnie cakap, Min janji, ni rahsia kita berdua?” Minji menganggukkan kepalanya. “Unnie kena buli.” Jaekyung berkata selamba, bagaikan perkara tersebut bukanlah sesuatu yang besar. Mata Minji membulat.

“MWOH?!”

“Gwenchana~ Unnie ok. Gokjonghajima…”

“Geunde… Wae?”

“Min ingat tak, Unnie kena tolak? Baekhyun tolong Unnie, kan? Ramai yang tak puas hati.”

“Ah~ Unnie, bila Unnie nak ubah penampilan Unnie?” Jaekyung hanya tersenyum.

“Unnie akan… tapi bukan sekarang, eoh? Mian.” Minji mengangguk.

Mereka berdua berbual-bual sehinggalah jam menunjukkan tepat pukul 5.00 petang. Pintu bilik wad Minji diketuk dan Minji mengarah mereka masuk lalu 18 orang namja kacak masuk ke dalam.

“Omo! EXO! INFINITE!”

“Eoh… Min-ah, nampak lebih bersemangat daripada semalam! Macam mana? Ok, tak?” Tanya Baekhyun sambil memberikan senyumannya pada Jaekyung secara rahsia.

“Eoh! Mianhe. Semalam Min moody…”

“Anniya. Gwenchana. So, minggu depan ada lawatan ke Jeju-do. Pastikan Min ok then, kita pergi sama-sama, eoh?” Sunggyu bersuara. Minji menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba, sesuatu menganggunya. Ada seseorang yang hilang. Minji melihat setiap wajah yang ada di dalam bilik wadnya. Namun, wajah Myungsoo tidak dapat di kesan.

“Mian. L tak dapat datang.” Sungyeol berkata, bagaikan dia tahu apakah yang Minji fikirkan. ‘Ah~ Dia tak kisah pun fasal Min. Apa lagi nak jaga sepanjang malam, kan?’ fikir Minji. Tanpa mereka sedar, Minji mengeluh kecil tetapi Sungyeol mengetahuinya. ‘Mian, Min-ah. Oppa tak beritahu yang sebenar sebab ini permintaan dia jugak.’ Sungyeol pun mengeluh kecil.

* * *

Apabila malam menjelma, mereka berancang untuk memilih sesiapa yang ingin menjaga Minji pada malam itu. Sungyeol menawarkan dirinya sendiri untuk menjaga Minji tetapi Minji menolak.

“Oppa, malam tadi Oppa dah jaga Min, janganlah terus menerus jaga Min. Nanti Oppa penat.”

“Anni. Oppa tetap jugak nak jaga Min. Boleh?”

“Gurae. Sungyeol-ah, jaga Min. Jangan sampai dia mengigau, eoh?” Dongwoo pula berkata. ‘Aish! Jangan cakap pada Sungyeol! Cakaplah pada L!’ Sungyeol menjerit di dalam fikirannya. Namun begitu, Sungyeol hanya memendam perasaannya. Dia perlu menyimpan rahsia yang dijanjikannya bersama Myungsoo. Apabila kesemuanya telah keluar dari bilik wad milik Minji, Sungyeol mengambil tempat duduk di sebelah katil Minji.

“Oppa… Waeyo?” Sungyeol hanya menjawab pertanyaan Minji dengan senyuman menawannya.

“Minji tidur dulu, Oppa nak pergi tandas sekejap. Eoh?” Minji mengangguk dan menukar posisi duduknya ke posisi baring. Sungyeol memberikan senyuman kecil sebelum keluar dari bilik wad tersebut. Sebaik sahaja Sungyeol menapak keluar dan menutup pintu dibelakangnya, dia mengeluarkan keluhan yang berat. ‘Yah… L-ah… kenapa tak terus terang je?’ fikir Sungyeol sebelum mengatur langkah ke tandas untuk menghubungi Myungsoo.

“Yobosaeyo? L-ah… Boleh datang sekarang.”

“Eoh? Hmm… Sekejap lagi L sampai.” Myungsoo bersuara di hujung talian.

“Eoh… Gurae…” dengan itu, talian diputuskan.

Sungyeol mengatur langkahnya ke bilik wad Minji semula untuk memastikan yang Minji sudah pun tidur sebelum Myungsoo tiba. Apabila Sungyeol menapak masuk ke dalam bilik wad, dirinya disambut dnegan tubuh Minji di atas katil. Sungyeol tersenyum sebelum duduk di sebelah katil. Dia hanya mampu memerhatikan wajah Minji yang sedang nyenyak tidur. Selang beberapa minit, ada seseorang yang mengetuk pintu secara lembut. Sungyeol bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu. Sebaik Sungyeol membuka pintu, Sungyeol menyambut seseorang itu dengan senyuman kecil.

“L-ah, wae…?”

“Hyung, just don’t ask me. I don’t even know myself, why…” Sungyeol mengeluh.

“Gurae. Hyung balik dulu, eoh?” Sungyeol menepuk lembut bahu Myungsoo sebelum berlalu pergi. Myungsoo menutup pintu dan duduk di mana Sungyeol duduk sebentar tadi. Myungsoo lakukan apa yang Sungyeol lakukan, memerhatikan wajah Minji. Senyuman terukir di bibir Myungsoo. Namun, senyumannya berubah menjadi risau apabila kening Minji berkerut. Kemungkinan mimpi perkara yang buruk. Myungsoo bangun dan menghampiri tubuh Minji lalu memeluknya.

“Shhh… Oppa ada.” Sebaik Minji dipeluk, Minji menghidu bau minyak wangi Myungsoo tanpa membuka matanya.

“Sungyeol Oppa… Oppa guna minyak wangi lavender lagi? Hmmm… Joha.” Tidak lama kemudian, Minji tidur lena lagi. Myungsoo menghembus nafas lega dan meleraikan pelukannya lalu duduk semula.

“Mianhe, Minji-ssi… Mian…” Myungsoo membongkokkan badannya dan meletakkan kepalanya di atas katil sambil berbantalkan tangan kirinya. Tangan kanannya mencapai tangan Minji dan membelainya. Selang beberapa minit kemudian, Myungsoo masuk ke alam mimpi bersama.

* * *

Keesokan paginya, jam 4.30 pagi, Myungsoo dikejutkan oleh Sungyeol dengan menggoyang-goyangkan badan Myungsoo. Myungsoo yang sedang mamai, tersedar sepenuhnya apabila melihat wajah Sungyeol yang kelihatannya bengang.

“E-eoh?! Aish… Hyung! Kkamjagiya!” katanya namun, menggunakan nada suara yang rendah.

“Tch… tengok jam.” Myungsoo melihat jam di tangannya.

“Empat setengah? Wae?”

“Semalam, L suruh Hyung datang pukul empat, kan?” suara Sungyeol jelas mengatakan yang dia rasa menjengkelkan.

“A-ah~” Myungsoo teringat perjanjiannya.

“Hyung dah kejut setengah jam. Tak bangun-bangun jugak.” Myungsoo tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Dah, pergilah sekolah. Hyung boleh jaga Min.” Myungsoo mengangguk. Tanpa mereka berdua sedar, Minji sudahpun tersedar tetapi tidak dengar perbualan mereka yang berbisik. Minji membuka matanya sedikit untuk melihat kelibat mereka berdua tetapi, suasana masih gelap, jadi Minji hanya nampak dua kelibat hitam yang kelihatannya sedang berbisik-bisik antara satu sama lain. Sebaik salah satu kelibat itu mengangguk dan mengatur langkahnya ke pintu, Minji memejamkan matanya semula. Satu lagi kelibat tersebut duduk dan tidur sepertimana dia tidur semalam.

Selang beberapa minit, Minji yang masih tersedar, membuka matanya dan melihat sekeliling. Hanya ada Sungyeol yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. ‘Nugunde?’ fikir Minji, soalannya di ajukan kepada satu kelibat sebentar tadi selain Sungyeol. Tanpa berfikir panjang, Minji sekali lagi, masuk ke alam mimpi.

* * *

Ketika waktu makan tengah hari tiba, Jaekyung cepat-cepat mengemas mejanya, agar dapat pergi ke cafeteria bersama-sama dengan INFINITE, sekali gus mengelak dari berjumpa dengan Minjung dan Yuri.

“Jae-ah, kami pergi-…”

“Jamkkan! Jae nak ikut!” Jaekyung memotong kata-kata Woohyun.

“E-eoh…” INFINITE menunggu sebentar sementara Jaekyung mengemas mejanya. Mereka berasa pelik, kebiasaannya Jaekyung akan membiarkan mereka pergi dahulu tetapi tidak hari ni. Sebaik Jaekyung siap, mereka bertolak bersama tetapi, Jaekyung sedikit sebanyak tidak selesa. Dia sentiasa berjaga-jaga sambil melihat ke kiri dan ke kanan, mungkin Minjung dan Yuri akan muncul secara tiba-tiba. Apabila tiba di cafeteria, tiada tanda-tanda mereka berdua akan muncul tetapi, Jaekyung tetap berjaga-jaga dengan langkahnya. Myungsoo sedar akan ketidak selesaan Jaekyung tetapi, perasaan ingin tahunya dibiarkan tergantung.

Apabila mereka semua telah membeli makanan dan duduk sambil makan serta berbual-bual, Jaekyung terasa yang dia perlu ke tandas. Jaekyung mengeluh kecil lalu meminta diri untuk ke tandas. Tanpa dia sedari, ada salah seorang dari INFINITE mengekorinya. Ketika menaiki anak tangga untuk ke tandas di tingkat atas memandangkan tandas di tingkat cafeteria sedang dibersihkan, Jaekyung rasakan ada yang sedang memerhatikannya. Ketika Jaekyung ingin melihat kebelakang, ada yang sedang menolaknya dari arah depan dan menyebabkan Jaekyung hilang imbangan badan lalu kakinya terseliuh serta dirinya tumbang ke belakang. Jaekyung bernasib baik kerana ada yang menangkapnya dari belakang sebelum dia terhempas ke bumi.

“YAH!!! Michyeoso?!!”

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!!!

New chap updated!

Sorry, bagi yang tak faham citer ni, pm sye.

Sye sendiri tak paham... XD

keke~ btw, thanks to;

Subscribers (360+)

Upvoters (27)

Readers

Viewers

Commenters!!!

Bila saya bce balik komen2 citer ni kan, macam2!

Ketawa ter bahak2! XD

Terbaiklah awak sume! :3

Love yah~ <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe