Episod 12

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

‘Mianhe Jaekyung-ah… Baek yang bersalah.’ Fikirnya sendiri setelah melelapkan matanya semula.

* * *

Pada keesokan paginya,

“Baekhyun-shi, cakap AHHH”

“…”

“Kenapa dengan Baek-shi ni? Makanlah. Nanti perut masuk angin, Eoh?” tangan Jaekyung masih setia memegang sudu yang berisi bubur untuk dimasukkan ke dalam mulut Baekhyun. Baekhyun masih membisukan diri.

“…” Baekhyun mengelakkan pandangan matanya daripada bertentangan dengan Jaekyung.

“Aigoo… Baek-shi… Janganlah terlalu memikir. Nanti kesihatan awak terjejas lagi, eoh?” Inilah kali pertama Jaekyung mahu bercakap banyak pada Baekhyun tetapi, Baekhyun pula yang tidak membalas percakapannya. Jaekyung sudah putus asa untuk menyuap Baekhyun makan jadi, dia meminta diri untuk keluar dari bilik wad tersebut untuk bersarapan di cafeteria hospital.

Jaekyung mengeluh kecil apabila memandang sekilas pada Baekhyun sebelum menapak keluar dari bilik wad milik Baekhyun. Baekhyun yang dari tadinya menundukkan kepalanya, mengangkat kepala dan melihat Jaekyung yang sedang menapak keluar. Baekhyun tetap mendiamkan diri.

‘Kenapa perangai dia sentiasa berubah? Sebab saya ke?’ fikir Jaekyung sendirian sambil mengatur langkah ke cafeteria hospital untuk mengisi perutnya yang kekosongan kerana masih tidak bersarapan.

* * *

*MALHAEYO MAMA~ MAMA~*

Selang beberapa minit mengelamun bersendirian di dalam bilik wadnya, telefon bimbit Baekhyun bordering.

“Yoboseyo?” Tanya Baekhyun sebaik sahaja dia menerima panggilan tersebut.

“Yoboseyo, Baekhyun-ah.”

“Eoh… Suho Hyung. Waeyo?”

“Hyung tahu… Baek masih belum makan, kan? Makan! Kalau tidak, tahulah awak lepas tamat sesi sekolah nanti.” Baekhyun terkejut. Ahli EXO ni ada kuasa magic ke? Macam mana diaorang tahu? Baekhyun menggelengkan kepalanya agar tidak fikir yang pelik-pelik. Siapa ada kuasa magic?

“Baek?? Tak perlu tertanya-tanya. Kami semua dah masak dengan perangai awak.” Baekhyun tersenyum kecil. Sememangnya mereka ni kawan yang amat memahami dirinya.

“Arraso. Hyung tak perlu risau, eoh?” Baekhyun dapat bayangkan yang Suho mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Hmm… Lagi satu, Baek, jangan lepaskan Jaekyung walau apapun yang terjadi, eoh?” Baekhyun mengelamun seketika. Kali ni, dia tidak mahu mengabaikan segala nasihat yang diberikan oleh member-membernya.

“Eoh…”

“So, makan tu! By the way, nanti kami datang jenguk awak tau!”

“Arraso… Annyeong.”

“Nae.” Selepas talian diputuskan, Baekhyun melihat bubur yang tersedia di atas meja di sebelahnya. Ditatapnya. Bayangan Jaekyung yang sedang ingin menyuapnya makan, kembali merasuk pandangannya. Bagi dirinya, Jaekyung nampak sempurna. Semuanya… matanya, hidungnya, mulutnya,… tanpa disedari, Baekhyun mengangkat tangannya untuk mencapai bayang tersebut. Selepas apa yang dicapainya tidak tercapai, dia mula tersedar dari lamunan. Dia menjatuhkan semula tangannya ke atas katil. Terasa matanya kabur akibat air mata bertakung di kelopak matanya, mengugut dirinya untuk jatuh ke pipi. Baekhyun mengesat air matanya yang masih tidak mengalir turun. Bubur di atas meja dicapai dan mula makan tanpa sebarang patah kata dikeluarkan.

Sebelum Jaekyung menapak masuk ke dalam bilik wad milik Baekhyun, Jaekyung cuba mengintip dari pintu yang terbuka kecil. Dia dapat melihat yang Baekhyun sedang makan bubur yang dibelinya tadi. Senyuman terukir di wajahnya. Dia melihat Baekhyun dengan penuh kasih sayang.

‘Baek… awak dah dapat terima saya ke? Tapi… saya takut… takut untuk lepaskan awak selepas 8 bulan. Pelbagai kemungkinan yang merentasi kepala saya. Kemungkinan yang awak berlakon semata-mata ingin menjaga hati saya dan awak hanya terlalu memikirkan tentang apa yang saya katakan pada awak. Kemungkinan juga, awak ikhlas menyayangi saya namun, kalau betul, dapatkah kita bersama selamanya?’ soal Jaekyung pada dirinya sendirian. Selepas dia mendapati yang Baekhyun sudah siap makan, Jaekyung melihat Baekhyun yang sedang ingin menuruni katil. Dia melihat arah pandangan Baekhyun yang melihat kearah sofa. Di atas sofa terdapat sebotol air mineral. Dengan itu, Jaekyung bergegas masuk ke dalam bilik wad tersebut, terus menuju kearah Baekhyun. Dengan perlahan, Jaekyung menolak badan Baekhyun kembali baring di atas katil.

“Jamkkan…” ujar Jaekyung sebelum mendapatkan botol air mineral tersebut dan memberikannya kepada Baekhyun. Jaekyung tersenyum lebar selepas Baekhyun mencapainya.

“T-thanks…” kata Baekhyun, berbisik.

“Eoh. Erm… Baek, awak berehatlah dulu, eoh?” Jaekyung senyum ke arahnya. Baekhyun menunjukkan wajah yang terkejut. Jaekyung memanggilnya dengan panggilan ‘Baek’. Selepas meminum air, tanpa sebarang kata-kata, Baekhyun kembali baring dan menyembunyikan dirinya di sebalik selimut. Jaekyung terkedu.

‘Apa salah saya lagi?’ fikir Jaekyung, gelisah sedangkan, Baekhyun sedang menyembunyikan wajahnya yang kemerahan.

* * *

Sehingga petang, Jaekyung menemani Baekhyun. Mungkin ada apa-apa yang boleh membantunya. Namun, sejak dia menyembunyikan dirinya di sebalik selimut, Baekhyun langsung tidak menggerakkan badannya. Jaekyung berasa risau dan menghampirinya. Sebelum sempat Jaekyung menyentuh bahu Baekhyun, pintu bilik wad terbuka dan muncul 10 wajah namja yang kacak dari sebalik pintu.

“Annyeong.” Chanyeol berbisik sambil melambaikan tangannya. Jaekyung menarik semula tangannya dan senyum ke arah Chanyeol.

“Baek tidur ke?” Tanya Suho. Jaekyung mengangguk.

“Jae, awak boleh balik dan segarkan diri dulu. Nanti awak datang, Soo akan bantu awak belajar, eoh?” Xiumin bersuara. Jaekyung mengangguk sekali lagi sebelum menapak keluar, meninggalkan 11 orang namja di dalam bilik wad tersebut. Selang beberapa minit selepas Jaekyung pergi, Chen menghampiri tubuh Baekhyun.

“Yah! Jae dah pergi. Bangunlah. Kami tahu, awak tak akan tidur pada waktu petang melainkan kalau awak betul-betul penat.” Chen berkata. Baekhyun muncul di sebalik selimut. Wajahnya seperti baru lepas menahan nafas. Baekhyun mencuba untuk bernafas secara normal semula.

“Dah makan?” Tanya Luhan. Baekhyun mengangguk selepas dapat bernafas dengan baik.

“Kenapa menyorok?” Tanya D.O.

“A-anni…” Baekhyun menundukkan kepalanya. Mukanya kembali merah.

“Baek, awak boleh kongsi pada kami, eoh?” Baekhyun melihat Lay. Kesepuluh namja tersebut terkejut dengan wajah Baekhyun.

“Baek… awak… merah…?” gagap Chanyeol.

“Hyung! Hyung buang air atas katil ke???” Tanya Tao dan kesemuanya ketawa dengan warna wajah Baekhyun yang semakin merah.

“Betul ke, Baek?” Suho bertanya sambil ketawa.

“A-anni…. Mana ada saya buang air atas katil.” Jelas Baekhyun.

“Then… kenapa?”

“Anni.” Baekhyun menundukkan kepalanya semula.

“Okay… so, Baek. Apa kemajuan awak dengan Jae?” Wajah Baekhyun bertukar menjadi sedih setelah mendengar pertanyaan Xiumin.

“Hyung… Saya rasa saya dah buat kesalahan yang besar. Saya rasa saya tak layak jadi seorang suami. Saya rasa saya langsung tak bertanggungjawab. Saya rasa saya tak layak untuk terima kasih sayang.”

“Baek, kenapa Baek cakap macam tu? Apa yang Baek nak jelaskan sebenarnya?” Tanya Suho, pelik.

“Masa pertemuan kami berdua, saya katakana sesuatu yang mungkin menyakitkan hati.”

“Siapa yang Baek sedang cakapkan ni? Apa yang Baek cakap?”

“Baek cakap yang Baek tak nak kehidupan selepas kahwin menyeronokkan. Baek tak nak pengantin perempuan Baek, dia. Baek nak yang kami hanya berlakon yang kami gembira dengan perkahwinan ni. Jangan cakap dengan Baek kalau dia tak nak kehidupan dia sengsara. Jangan jatuh cinta pada Baek juga Baek takkan jatuh hati pada dia.”

“Maksud Baek, Baek cakap tu pada… Jae? Seo Jaekyung??” Baekhyun mengangguk dengan pertanyaan Luhan.

“Hyung… ottokae?? Baek rasa yang diri Baek sendiri sengasara. Baek yang jatuh pada dia. Baek tak berlakon yang Baek sayangkan dia. Baek tak nak perkahwinan ni berakhir. Hyung… jebal… tolong…” pinta Baekhyun sambil mengalirkan air matanya. Wait!!! Baek tak pernah menangis! Ini membuatkan EXO terkejut. Jadi, betullah yang Baek sayangkan Jae?

“Baek… buat masa sekarang ni, Baek ikut kata hati Baek. Kalau Baek rasa betul, Baek ikutkan je. Kalau Baek betul-betul buntu, Baek boleh cari kami, eoh?” ujar Xiumin.

“Hyung, walaupun saya pun sukakan Jae Noona, saya akan sokong Hyung seratus peratus! Hyung tak perlu risau!” kata Sehun. Baekhyun hanya tersenyum. Selepas mereka semua berbual sambil bergelak ketawa, Jaekyung masuk dengan membawa barang keperluan untuk Baekhyun.

Sehingga malam, Jaekyung di bantu EXO dengan pelajarannya. Begitu juga Baekhyun. Namun, mata Baekhyun akan memandang ke arah di mana Jaekyung berada. Jauh di sudut hatinya, dia ingin memenangi hati Jaekyung.

* * *

Selepas beberapa hari berada di hospital, kini Baekhyun boleh kembali ke sekolah. Namun begitu, hubungan Baekhyun dan Jaekyung masih lagi janggal. Pada hari Baekhyun mula kembali ke sekolah, ada suatu berita yang mengejutkannya dan EXO.

“So, hari ni kita ada pelajar baru yang akan bersama dengan kita. Minji, please introduce yourself.” Kata Miss Kim. Pelajar baru tersebut mengangguk kan kepalanya.

“Annyeonghaseyo! Nae ireumeun Gong Min Ji imnida! Bangapta!” Yeoja yang bernama Minji tersebut senyum ke seluruh isi kelas. Selepas melihat wajah setiap pelajar, dia dapat melihat wajah terkejut yang ditunjukkan oleh EXO termasuk Baekhyun. Selepas dia melihat Baekhyun, dia tersenyum kecil atau lebih dikenali dengan senyuman kejam.

“Alright Minji, awak boleh duduk dimana saja yang awak nak. Kita akan mulakan pelajaran, eoh?” Minji senyum lagi dan berjalan terus ke arah Jaekyung. Dia membuat reaksi wajah yang sepertinya menyuruh Jaekyung pergi dari tempat duduknya. Tanpa apa-apa petunjuk yang membuatkan dirinya berasa pelik, Jaekyung akur dan bangun dari tempat duduknya dan terus ke tempat duduk milik Baekhyun yang dahulu. Minji duduk di tempat duduk Jaekyung dan tersenyum kecil sambil melihat Baekhyun yang sepertinya langsung tidak mengendahkan dirinya.

* * *

Pada waktu makan tengah hari,…

“Oppa! Oppa tak ingat Minji ke?” Minji menyelitkan tangannya pada lengan Baekhyun ketika mereka masih berada di dalam kelas. Baekhyun menepisnya dengan sedaya upaya namun cubaannya gagal. Ia sedikit sebanyak menyakitkan hati Jaekyung.

‘Siapa yeoja tu?! Tch! Bukan Baekhyun dah kahwin ke-…’ fikirannya terganggu apabila dirinya teringat yang perkahwinan mereka akan berakhir. ‘Aigoo… Jae-ah, apa yang awak fikirkan ni? Awak fikir yang Baekhyun akan jatuh hati dengan serta merta pada awak ke? Mimpi jelah Jae…’ fikirnya lagi sambil mengemas mejanya. Jaekyung bangun dari tempat duduknya dan mendapat perhatian daripada EXO, Baekhyun dan Minji.

“Oppa, siapa yeoja tu? Nampak nerd je… Oppa tak sukakan dia, kan? Dia bukan citarasa Oppa, kan?” Tanya Minji sambil menggoncangkan tangan Baekhyun. Selepas Jaekyung tidak mendengar jawapan dari mulut Baekhyun, dia terus menapak keluar kelas, terus ke lokernya. Dia terasa yang dirinya-… anni… hatinya sakit. Mungkin betul… dirinya bukan seperti apa yang Baekhyun mahukan. Pada mulanya, Baekhyun hanya melihat langkah Jaekyung yang pergi jauh darinya dan kelibat Jaekyung semakin menghilang. Selepas Jaekyung hilang dari pandangan, Baekhyun melihat Minji. Serius… kalau pandangan mata boleh membunuh, sudah lama Minji terbunuh hanya dengan pandangan mata yang tajam dari Baekhyun.

“You… Don’t ever judge her! She is better than you! You are no good at all. You know what? I’m a married namja and don’t ever clinging on me like as if I’m your boyfriend or whatsoever. You’re no longer in my life. I don’t know you.” Kata Baekhyun dan mendapat senyuman daripada EXO yang menyaksikan drama yang mereka sendiri bencikan. Siapa yang sukakan seorang yeoja yang pernah memainkan perasaan seorang namja?

“Oppa…” Minji terkejut dengan kata-kata kasar Baekhyun.

“Let go of me. You don’t deserve to touch me.” Minji melepaskan lengan Baekhyun lalau Baekhyun berlalu pergi.

“Noona, I think, you shouldn’t disturb Baek Hyung’s life anymore.” Kai berkata. Minji mengalihkan pandangannya dari Baekhyun ke arah EXO.

“Min, enough… Oppa rasa Minji tak patut kacau hidup Baek lagi.” Suho menyokong kata Kai.

“Kenapa?” Tanya Minji.

“Min tahu yang Baekhyun dah berkahwin, kan? Dia dah gembira dengan hidupnya sekarang. Min tak perlu kacau dia.”

“Tipu… Min tengok berita. Ya, Min tahu yang Baekhyun Oppa dah kahwin tapi, Min tengok muka Oppa tak gembira. Min tahu yang Oppa tak gembira dengan kehidupan dia sekarang. Min lebih kenal Baek Oppa daripada yeoja yang bernama Seo Jaekyung tu. jadi, sekarang Min nak Oppa gembira semula. Min akan sedaya upaya buat Baek Oppa gembira walaupun…” Minji terhenti seketika. “Walaupun terpaksa buat Baek Oppa ceraikan Seo Jaekyung.”

“Min Noona, Noona sendiri yang buat Baek Hyung macam tu. Noona tak sedar ke? Noona yang buat hidup Baek Hyung kelam kabut. Sekarang, Hyung dah mampu untuk meneruskan hidup tanpa risaukan apa-apa lagi fasal Noona. Sudahlah Noona. Sehun rasa baik Noona lepaskan Baek Hyung dan kembali kepada namja yang Noona inginkan sehingga sanggup tinggalkan Baek Hyung demi namja tu. Noona, dulu, Sehun sokong Noona dengan hubungan Noona bersama Baek Hyung, sekarang tidak. Jadi, Sehun nak beri amaran pada Noona, kalau ada sesuatu yang terjadi dengan perkahwinan Baek Hyung disebabkan oleh Noona, Noona akan tahu akibatnya.”

* * *

“Good job, maknae.” Xiumin menepuk lembut bahu Sehun yang berada di sebelahnya di cafeteria.

“Yeoja tu patut diberi amaran. Kalau tidak, dia akan menjadi penghalang kepada perkahwinan milik Baek hyung.”

“Amaran apa yang awak bagi pada yeoja tu?” Tanya Baekhyun.

“Erm… lupakan je. Lagi pun, Baek Hyung dah cari Jae Noona?”

“Dah. Tak jumpa kat mana-mana pun. Ke mana agaknya dia pergi?”

“Dah cari kat tempat biasa kita?”

“Eoh...? Belum! Jamkkan!” Baekhyun bangun dan terus menuju k eats bumbung sekolah.

“Aigoo… Baek betul-betul dah jatuh pada Jae. Tapi, saya sokong dia orang dan akan haling tindakan Minji.” Suho senyum.

“Hmm. Saya pun!” EXO menganggukkan kepala mereka.

* * *

Sementara itu, Jaekyung yang berada di atas bumbung sekolah ditegur oleh seorang yeoja.

“Yah.” Jaekyung memalingkan mukanya pada yeoja tersebut.

“Neo… nugunya, eoh? Nugunyago?” Tanya Minji dengan menggunakan suara kasar.

“Byu-… Seo, Seo Jaekyung.” jawab Jaekyung teragak-agak.

“Eoh? Ireum… macam pernah dengar…” Minji memikir sejenak. “Ah mata! Neo… Anni. Awak berbeza dari dalam TV.” Minji mencuba untuk menghampiri Jaekyung namun dia menerima langkah ke belekang dari Jaekyung.

“K-kenapa awak cari saya?”

“Anni. Saya Cuma nak tahu kenapa Baek Oppa puji awak.”

“Hmm? Puji? Apa maksud awak? Anni, saya tak perlukan penjelasan. Izinkan saya pergi.” Sebaik sahaja Jaekyung mahu pergi dari situ, tangan Minji memegang tangannya… ketat.

“A-appo… L-lepaskan saya.” Jaekyung meronta.

“Saya nak tanya awak. Kenapa awak lari?” Suara Minji menjadi dingin.

“Lepaskan dia.” Ada satu suara yang muncul selepas pintu atas bumbung dibuka.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!!!

Sorry lambat update. >.<

Saya dah dapat kata sepakat dari awak semua dan dah bersetuju untuk buat HAPPY ENDING~!

Kepada kawan saya: Sorry, lepas balik dari sekolah tadi, terus berlingkar kat ruang tamu macam dugong terdampar.

Saye dah janji nak buat double update tapi tak sangka, lepas gotong-royong pengawas pusat sumber kat sekolah tadi, penat giler... =.="

Apa-apa pun, lepas saya baca awak sume punyer komen, hati saya berbunga-bunga. Tak sangka, selama ni, saya tunggu komen awak, rupanya awak memuji ff saye. 

Sekarang, ikut suka hati awaklah, nak komen atau tidak. Saya akan baca sesiapa yang komen dengan ikhlas.

BTW, thanks kepada subscribers (170+), upvoters (11) dan pembaca-pembaca sekalian~

Harap dapat baca komen-komen awak lagi~!

Annyeong! Jumpa di lain 'update'!~

*throws heart*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe