Episod 24

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Wait… Mungkin ke, Baekhyun, suami Jae?” Jaekyung terkedu. Myungsoo tersedak ketika meminum air. Persoalan Hoya membuatkan Minji mengukir senyuman di bibirnya. Minji mengangguk.

“Gurae! Jadi, jangan cuba-cuba nak memikat Jae Unnie!... Termasuk awak!” Minji melihat Myungsoo yang masih terbatuk akibat tersedak sebentar tadi. ‘Jadi, sebab tu lah dia tak sukakan saya?’ fikir Myungsoo.

“Arra! Lagipun, saya dah tahu sejak awal.”

“Mwoh?!!” Sunggyu bersuara. “L tahu tapi tak beritahu kita orang?”

“Mianhe.”

“Aigoo. Tak apalah… Benda dah lepas. Jadi, Jae, sebagai isteri Byun Baekhyun, Jae perlu beritahu Baekhyun, ke mana Jae pergi. Eoh?” Jaekyung hanya berdiam diri setelah mendengar pernyataan Woohyun. Memang benar kata-kata Woohyun tetapi, bagi Jaekyung, dia merasakan yang dirinya masih belum berkahwin. Tidak rasa yang dirinya adalah isteri orang.

“Hmm…” Jawabnya, teragak-agak.

“Takpelah Unnie, lain kali, Unnie kena beritahu Baek Oppa tau!” Jaekyung melihat wajah Minji yang tersenyum manis tersebut. ‘Apa masalah Minji? Kenapa dia macam nak rapatkan saya dengan Baek?’ fikir Jaekyung sendirian. “By the way, Unnie, saya akan follow Unnie ke sana, eoh? Hehe…” Minji senyum sambil menunjukkan giginya yang putih bersih.

“Mwoh??!” Tanya Myungsoo apabila terdengar pernyataan Minji.

“Wae?! Sirheo?!!” soal minji semula.

“Gurae! Kenapa awak nak pergi sana?! And buat apa?!” tengking Myungsoo.

“Aish!!! Saya ke sana sebagai pelangganlah! Saya tak ada niat nak tolong awak pun!!!”

“Siapa minta tolong awak?!”

“Yang awak tanya saya nak pergi sana ‘Buat apa?’ kenapa?!!”

“Tch!!! Nama je yeoja! Perangai macam namja!”

“YAH!!” wajah Minji kemerahan, menahan api kemarahan. ‘Kenapa dia selalu panggil saya, namja?! Jelas ternyata yang saya ni yeoja!!!’ jerit Minji di dalam fikirannya. Tiba-tiba Seungyeol bersuara.

“L-ah, sudahlah. Jangan cari gaduh dengan yeoja. Lagi-lagi, dengan Minji. Dia kan sakit? Jangan bergaduh dengan dia.”

“Tapi, Hyung….” Keluh Myungsoo. Sanggup Sungyeol menyebelahkan ‘namja’ tu daripada ahli kumpulannya sendiri.

“Hehe… Gomawoyo, Oppa.” Minji senyum. Dia rasa bangga apabila Sungyeol menyebelahi dirinya dan bukan Myungsoo. Entah kenapa, kehadiran Sungyeol membuatkan hatinya tenang. Sama macam kehadiran Baekhyun bersamanya. Dia memalingkan mukanya dan melihat Myungsoo yang sedang memuncungkan bibir kemudian, mata mereka berdua bertentangan antara satu sama lain. Tiba-tiba hati Minji berdetak dengan laju. Ada sesuatu dalam tatapan mata Myungsoo membuatkan hatinya berdebar-debar. Selang beberapa saat, Minji tersedar dari menatap mata Myungsoo dan berkata;

“Loser!” lalu menjelirkan lidahnya ke arah Myungsoo.

“YAH! Neo!!!”

“L-ah…” pujuk Sungyeol.

“Tch…” Myungsoo menjelingkan matanya ke arah lain. Selepas menatap mata Myungsoo sebentar tadi, Minji dapat rasakan yang hatinya masih berdebar. ‘Naega… wae ireolkka? (Kenapa… dengan saya?)’ tanyanya pada diri sendiri.

* * *

Selepas tamat sesi persekolahan, Baekhyun yang melalui hadapan kelas yang pernah dia masuk dahulu, melihat Minji yang masih senyum pada Jaekyung. Kemudian, Minji perasan kehadiran Baekhyun.

‘Oppa balik dulu, eoh?’ Minji menggerakkan bibirnya pada Baekhyun. Bibir Baekhyun mengukir senyuman yang kecil lalu menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi selepas memandang sekilas pada Jaekyung yang sedang mengemas mejanya. Dalam perjalanan ke lokernya, Baekhyun mengeluh kecil.

‘Min-ah… Oppa rasa, sia-sia je Min nak satukan Oppa dengan Jae…’ kata Baekhyun sendirian. Selepas memasukkan buku ke dalam loker dan mengeluarkan apa yang perlu di bawa balik, dia terus pulang ke rumah.

* * *

“Unnie tunggu Min, eoh?” Minji berkata sebelum berpisah daripada Jaekyung untuk ke loker masing-masing. Namun, sebelum Minji hendak melangkah pergi, suara Myungsoo menyakitkan hati Minji.

“Tak perlu… Kita pergi berdua je, eoh?” Myungsoo memandang Jaekyung. Minji mengetap bibirnya lalu memusingkan badannya dan menghadap Myungsoo yang lebih tinggi daripada dirinya.

“Apa… masalah… awak, huh?!” Tanya Minji, menahan kemarahannya.

“I have no problem, but you have.”

“What.Are.You.Talking.About?!” Minji menjengketkan kakinya dan wajah mereka berdua berdekatan. Tanpa di sedari, hati Minji berdebar dengan kuat lagi.

“Erm… Er…” Jaekyung hanya memerhatikan mereka berdua kerana tidak mampu untuk menahan mereka berdua daripada bergaduh.

“Tch… You’re annoying, you know?” Minji terasa ada sesuatu yang mencucuk jantungnya selepas Myungsoo berkata demikian.

“Whatever.” Minji berdengus sebelum melangkah pergi.

“Aish… What's wrong with her?” Myungsoo menggelengkan kepalanya dan melihat Jaekyung semula. “Wait for me, eoh?” Myungsoo menunjukkan senyuman manisnya lalu melangkah pergi. Jaekyung terkedu. ‘Apa masalah dia orang berdua? Aigoo…’ keluh Jaekyung lalu melangkah ke lokernya sendiri. Sebelum dia membuka pintu lokernya, dia melihat loker di sebelah lokernya. Ditatap lama… Lalu keluhan berat dikeluarkan.

* * *

Minji berjalan melalui hallway yang penuh dengan loker-loker pelajar sekolah dengan hati yang keliru. Hallway tersebut sudah kosong kerana semua pelajar telahpun pulang ke rumah memandangkan dirinya, Jaekyung dan Myungsoo keluar lambat dari kelas. ‘Apa yang tak kena?! Kenapa dengan hati ni…?’ fikir Minji. Tiba-tiba, dia merasakan ada seseorang yang mengekorinya dari belakang. Tanpa berfikir panjang, dia terus memalingkan mukanya dan memusingkan badannya menghadap sesiapa sahaja yang berada di belakangnya lalu dirinya membuat gaya silat, persediaan untuk 'menentang' sesiapa sahaja yang berada di belakangnya. Myungsoo ketawa kecil tetapi tidak di sedari Minji.

“Yah!!! Awak ikut saya kenapa?!” wajah Minji kemerahan, namun bukan kerana marah tetapi malu. Intonasi suara Minji membuatkan hati Myungsoo berasa marah.

“Siapa yang ikut awak?! Ini jalan untuk ke loker saya jugalah!” tengking Myungsoo.

“Tch! Whatever, stalker!” dengan itu, Minji terus berjalan ke lokernya tanpa sepatah kata dikeluarkan.

“What?!! Stalker?! Tch!” Myungsoo juga menyambung langkahnya ke loker.

 

* * *

“Erm… Min duduk sini, nanti kita balik sama-sama, eoh?” kata Jaekyung menyuruh Minji duduk di satu sudut café milik keluarga Myungsoo, HAPPY CAFÉ. Minji yang masih berasa teruja dengan keadaan café yang agak menarik hanya mengangguk, setuju. “Unnie nak pergi tolong Myungsoo dulu, eoh? Annyeong.” Jaekyung melambaikan tangannya dan disambut Minji dengan senyuman. Minji melihat sekeliling café, terasa keterujaannya masih ada dan membuatkannya rasa bahagia apabila berada di café tersebut. Selang beberapa minit, mata Minji mendarat pada Jaekyung yang baru keluar dari satu bilik dengan pakaian yang ditukar kepada pakaian pekerja. Minji mengeluh.

‘Oppa… Eottohkae? Kalau Jae Unnie sentiasa ada kat sini, macam mana nak buat Jae Unnie dengan Baek Oppa bersama?’ satu lagi keluhan yang dikeluarkan sebelum pandangan matanya mendarat pada Myungsoo yang sedang melayan tetamu dengan mesra. Hati Minji berdetak dengan laju lagi. ‘Waeire?! Aish!!’ Minji mengalihkan pandangannya ke tempat lain sebelum melihat Myungsoo semula yang sedang memerhatikan dirinya. Mata mereka berdua bertentangan dan hati Minji berdetak semakin laju.

Myungsoo memberikan senyuman kecil secara sengaja kemudian mengeluarkan “Tch…” dari mulutnya dan kemudiannya, menyambung kerjanya. Minji mengerutkan dahinya, geram dengan perangai Myungsoo. Tetapi… kenapa setiap kali dirinya bersama dengan Myungsoo, hatinya tidak berhenti dari berdetak dengan kuat? ‘Semestinya tak tahan dengan perangai dia yang menjengkelkan… rasa geram… agaknya…’ fikir Minji, masih meragui perasaan sebenarnya. Sepajang Minji berada di tempat yang sama dari tadi, keadaan café semakin sibuk. Ramai yang datang ke café tersebut apabila hari semakin ingin melabuhkan tirainya. Pekerja di café tersebut juga tidak cukup tangan untuk melayan tetamu termasuklah Jaekyung dan Myungsoo. Mereka berulang alik dari dapur ke luar berkali-kali. Minji berasa bersalah kerana dirinya hanya duduk dan tidak lakukan apa-apa. Ketika Minji bangun dari tempat duduknya, dengan serta merta, menarik perhatian Jaekyung yang sedang dalam perjalanan ke dapur semula.

“Minji-ah, mian. Kalau Min nak balik dulu, pergilah, eoh? Unnie ada banyak kerja lagi ni. Tapi, hati-hat-…”

“Ada baju pekerja yang lebih tak?” Minji memotong kata-kata Jaekyung.

“Eoh?”

“Unnie dengar, kan?” Minji mengangkat kedua-dua keningnya, menunggu jawapan Jaekyung.

“Erm… Ada agaknya. Kenapa?”

“Unnie rehat, biar Min yang sambung kerja, eoh?”

“A-apa-…”

“Sudah. Jom.” Minji mencapai beg sekolahnya yang berada di atas meja  dan menarik tangan Jaekyung untuk ke dapur. Di situ, dirinya di sambut dengan keadaan yang kelam kabut namun masih dapat menegur Eomma dan Appa Myungsoo dengan baik.

“Min… Macam mana dengan tanga-…”

“Dah ok. Unnie jangan risau, eoh?” Minji memujuk Jaekyung sebaik sahaja dia sudah menukar pakaiannya. "Unnie tolong tengok-tengokkan beg Min, eoh! Hwighting!” Minji terus keluar dan mula melayan tetamu. Pada mulanya, Myungsoo dan Minji bertentangan mata. Myungsoo menunjukkan pandangan mata yang pelik namun Minji hanya mengabaikannya dan mula bekerja. Sepanjang Minji menjalankan tugasnya, Myungsoo akan memerhatikannya dari jauh. Sedikit sebanyak, Myungsoo suka akan senyuman dan layanan mesra Minji terhadap pelanggan. Tanpa disedari, Myungsoo tersenyum kecil sendirian. Manakala, Jaekyung yang berada di kawasan dapur, sedang meneguk air. Keluhan kecil dikeluarkan. Tiba-tiba telefon bimbit Minji yang berada di dalam beg sekolahnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Separuh daripada diri Jaekyung ingin memanggil Minji untuk menerima panggilan tersebut namun, separuh lagi daripadanya ada rasa ingin tahu, siapakah yang menghubungi Minji? Jaekyung mencapai beg sekolah tersebut dan mengeluarkan telefon bimbit Minji. Dia melihat nama yang terpampang di skrin telefon tersebut dan dia terasa bagaikan nafasnya terhenti. ‘Baek Oppa…’

*NAMJAGA SARANGHAL TTEEN, KKOK HANGSANG GYOTE MOMULMYONSO NEUL* Jaekyung menerima panggilan tersebut dan mendekatkan telefon bimbit ke telinganya.

“Yobosaeyo? Minji-ah.” Baekhyun berkata di hujung talian.

“…” Jaekyung mendiamkan diri, menahan dirinya daripada mengalirkan air mata.

“Min-ah? Eodi?”

“…”

“Aigoo… Min-ah… Jae belum balik, Oppa risaulah. Min ada dengan Jae ke?” Jaekyung terkejut. ‘Risau?’

“…”

“Min-ah?”

“…” Jaekyung dapat dengar yang Baekhyun mengeluh di hujung talian. Air mata Jaekyung mula mengalir.

“Min, Oppa rasa… usaha Min sia-sia saja. Hubungan Oppa dengan Jae tak ada peningkatan. Oppa tahu yang Oppa sayangkan Jae tapi… *mengeluh* She doesn’t want to forget what I’d said that night. She always bring it up. So, Oppa tak nak susahkan Min untuk satukan Oppa dengan Jae. Biarlah-…”

“Maaf. Minji sibuk.” Jaekyung bersuara, sekaligus memotong kata-kata Baekhyun. Jaekyung dapat tahu yang Baekhyun terkejut sebelum memutuskan talian. Hati Jaekyung berdetak laju. ‘K-Kenapa?!’ Jaekyung mengesat air matanya sebelum Minji muncul secara tiba-tiba.

“Aigoo, Unnie… penatnya!” Minji duduk berdekatan dengan Jaekyung.

“…” Jaekyung hanya memerhatikan wajah Minji. ‘So… Min bekerjasama dengan Baek?’ tanyanya pada diri sendiri.

“Unnie? Kenapa senyap? Omo!” Minji melihat mata Jaekyung yang kemerahan. “Unnie menangis? Kenapa?” Minji melihat sesuatu di tangan Jaekyung. “Tu… telefon Min, kan? Ada orang telefon, ke?” Jaekyung mengangguk. “Siapa?”

“Baek Oppa.”

“…” Minji terkedu. Lidah kelu. ‘Kenapa Baek Oppa telefon?!! Apa yang Baek Oppa cakap pada Jae Unnie?!! Aish!!’ “Erm… Apa yang Oppa… cakap…?” Tiba-tiba, air mata Jaekyung mengalir lagi. “U-Unnie… M-mianhaeyo! Ia bukan seperti apa yang Unnie fikirka-…” Minji terdiam apabila Jaekyung memeluknya.

“M-Min… Mian. Unnie dah salah sangka selama ni…”

“Shh… Gwenchanayo.” Minji mengusap belakang Jaekyung sambil tersenyum. “Baek Oppa betul-betul sayangkan Unnie. Baek Oppa selalu cakap yang dia cintakan Unnie. Harap Unnie dapat fikirkan semula.” Jaekyung meleraikan pelukannya.

“Hmm… Mind to tell me, what happen?” suara Myungsoo membuatkan Jaekyung dan Minji terkejut.

“Just mind your own business.” Kata Minji, menjengkelkan.

“Tch… I’m not asking you. I’m asking Jae.” Jaekyung hanya senyum kecil sebelum berlalu pergi dan hilang di sebalik pintu tandas. Minji mengeluh kecil.

“Kenapa dengan mengeluh tu?” Tanya Myungsoo, mahu menolak rasa kurang sabarnya untuk membuka perbualan bersama Minji.

“Whatever…” Sebaik sahaja Minji ingin bangun dan menyambung kerjanya, Myungsoo memegang tangan Minji dan menyuruhnya duduk semula. Apabila sentuhan tangan Myungsoo pada lengan Minji, Minji dapat rasakan yang hatinya berdebar lagi.

“Café dah nak tutup, so, tak ada ramai pelanggan.” Kata Myungsoo sebelum melepaskan lengan Minji dan duduk di mana Jaekyung duduk tadi. Tanpa pilihan lain, Minji duduk semula.

“Kenapa?”

“Well… you see… they’re just blind.” Minji memulakan tajuk sambil menahan hatinya dari berdetak dengan laju. “Baek Oppa dengan Jae Unnie perlu bersama. Dia orang dah dijodohkan dan sudah ditakdirkan untuk bersama.”

“Then, that’s why you don’t like me?”

“Hmph… Bukan setakat tak suka, saya benci bila tengok awak dengan Jae Unnie bersama. Tch…” Minji menyilangkan tangannya di dadanya. Sedikit sebanyak, perkataan tersebut membuatkan Myungsoo sakit hati.

“Apa-apa jelah… Jadi, awak nak rapatkan Jae dengan Baekhyun?” Minji mengangguk sambil memuncungkan bibirnya. ‘Comel…’ fikir Myungsoo sambil tersenyum kecil tanpa Minji sedari. “I’ll help you.”

* * *

“Unnie, annyeong!” Minji melambaikan tangannya pada Jaekyung, yang berada tepat di hadapan halaman rumahnya bersama Baekhyun. Selepas teksi yang dinaiki Minji hilang dari pandangan Jaekyung, Jaekyung mula masuk ke dalam kawasan halaman rumah. Jaekyung rasa lega apabila melihat lampu rumahnya, semuanya tertutup, menandakan Baekhyun sudah tidur. Sebenarnya, Jaekyung masih tidak sanggup untuk berhadapan dengan Baekhyun. Malu. Jaekyung rasa gembira apabila mendapat tahu yang Baekhyun menyayanginya. Namun, sekarang bukan masanya untuk berseronok. Dia perlu memastikan perkara tersebut atau mungkin Baekhyun hanya berlakon… lagi.

Jaekyung menapak masuk ke dalam rumah sebelum menutup pintu di belakangnya. Kesunyian menyambutnya pulang. Jaekyung terus naik ke tingkat 2, mengelak daripada berjumpa atau berselisih dengan Baekhyun namun, bagaikan nasib tidak menyebelahi dirinya, sebaik sahaja tapak kaki Jaekyung tiba di tingkat dua, Jaekyung terdengar bunyi pintu bilik Baekhyun di buka dan di tutup semula. Jaekyung terkedu. Selang beberapa saat, Jaekyung dikejutkan dengan kemunculan Baekhyun yang sedang menggosok-gosok matanya, mengantuk. Sunyi… Tiba-tiba, wajah Baekhyun berubah warna menjadi merah apabila dia tersedar ada Jaekyung di hadapannya. Baekhyun mengelak daripada bertentangan mata dengan Jaekyung lalu menuruni anak tangga tanpa bersuara. Baekhyun terus ke dapur untuk minum susu namun tidak sempurna apabila tangannya menggeletar, gelabah. Ia sedikit sebanyak membuatkan Jaekyung senyum kecil sebelum masuk ke dalam biliknya.

 

-To Be Continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! :3

Long time no see~ (^.^)v

New chap!! Boring though... -.-"

Sorry.

Thanks to;

Upvoters...25

Subscribers...300+

Commenters...

Viewers...

And Readers~~

Wait for the next chap!

Annyeong!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe