Episod 35

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“EXO-deul… INFINITE-deul… Jae Unnie… Heara… Raena… Kenalkan, Jin, Kim Seok Jin… namja chinggu Min.” Jin tersenyum lagi.

“Annyeonghaseyo.” Jin menundukkan badannya tanda hormat namun, tangannya tidak lepas dari Minji. “Kim Seokjin imnida. But I prefer Jin.” Jin senyum. Memang tidak dapat disangkal yang Jin kacak. Memang kacak juga lemah lembut. Tapi… mereka semua sepertinya tidak dapat menerima hubungan Minji dan Jin. Apabila mata Jin jatuh pada Baekhyun, matanya membulat. Nyatanya ada tanda-tanda yang dia sedang takut. Dia mencuba untuk melihat Minji. Ketika Minji hanya berdiam diri, memikirkan sesuatu, Jin menggigit bibir bawahnya. Minji yang dari tadinya berdiam diri, melihat wajah-wajah sekumpulan besar itu tetapi tidak pada Myungsoo. Jaekyung yang dapat rasakan ketegangan yang berlegar di kawasan mereka, bercadang untuk memecahkan kesunyian.

“H-hmm… So,… Min, you have a lot of explaination to me after this. Hmm… Katanya nak berjalan tepi pantai? Kaja?” Sebaik ayat tersebut keluar dari mulut Jaekyung, Sungyeol orang pertama yang bangun dari tempat duduknya.

“Tch… L-ah, kaja.” Myungsoo membuntuti Sungyeol yang terus berlalu pergi untuk ke laluan arah pantai tanpa memandang walau sekilas pada Minji. Minji melihat bahagian belakang Myungsoo yang semakin menjauh dari mereka semua.

“Yettera, kaja?” Sunggyu pula bersuara. Kumpulan INFINITE yang tidak mengetahui perkara silam mereka hanya berdiam diri dan mengekori ketuanya. Sebaik kumpulan INFINITE berlalu pergi, Xiumin dan Luhan bangun dari tempat duduknya dan melihat Jin dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Begitu juga Suho, Lay, Chen dan Chanyeol. Kyungsoo, Tao dan Kai langsung tidak melihat Minji dan Jin. Mereka kecewa dengan Minji.

“Noona, I can’t believe this.” Sehun juga bangun lalu mengekori yang lain. Minji dapat rasakan sindiran dari intonasi suara Sehun. Kyungmi, Raena dan Haera juga mengikuti langkah Sehun, tidak mahu masuk campur dengan urusan Minji bersama Jin.

“Hmph… Long time no see, Jin.” Sindir Baekhyun. Jaekyung sekali lagi dapat rasakan ketegangan di udara sekeliling mereka.

“W-wait… how come you’re with this Baekhyun guy, Min?” Jin tidak membalas Baekhyun, hanya menunggu jawapan Minji.

“Baek Oppa, Jae Unnie, I’ll tell you after this. But please, not now.” Minji menarik tangan Jin, berlalu pergi dari situ, meninggalkan Baekhyun dan Jaekyung berdua di tengah perhatian pelajar-pelajar yang berada di café tersebut. Jaekyung menjadi tidak selesa dengan perhatian yang diterimanya, terus pergi selepas berbisik sesuatu pada Baekhyun.

“Mian.” Baekhyun mengeluh kecil.

* * *

“Oppa, macam mana Oppa ada kat sini?” Minji bertanya ketika mereka berdua sedang duduk di atas pasir tepi pantai. Minji memeluk kakinya sambil merehatkan dagunya di atas lututnya, mengamati pemandangan indah di hadapan mereka. Jin melihat Minji lalu menempatkan kepala Minji di atas bahunya dengan lembut. Minji terkejut dengan aksi Jin namun, dibiarkan sahaja. Jin tersenyum kecil apabila Minji tidak menolak pelawaannya lalu merehatkan kepalanya di atas kepala Minji. Sesiapa yang melihat mereka, mereka bagaikan pasangan kekasih yang romantik dan comel.

“Min, Oppa penat.”

“Hmm? Maksud Oppa?”

“Oppa penat cari Min. Oppa perlukan masa untuk diri Oppa. Oppa datang sini sebab nak berehat. Oppa dah pergi mana-mana tempat kat Seoul, masih tak jumpa Min. Oppa tak pernah terlintas yang Min sekolah kat XOXO High, sekolah terkenal tu. Seriously, hampir Oppa putus asa. Walau macam mana Oppa fikir yang Min dah tak sayangkan Oppa, Oppa tetap nak Min kembali pada Oppa. Oppa tak dapat bayangkan hidup Oppa tanpa senyuman Min, tanpa sentuhan lembut Min, tanpa Min. Sebab tu, Oppa ada kat sini.” Minji menggigit lembut pipi bahagian dalam mulutnya. Perasaan bersalah menghantui mindanya.

“Mianheyo, Oppa. Disebabkan Min, Oppa menyusahkan diri Oppa.” Jin dapat rasakan baju bahagian bahunya sedikit basah.

“Anni! Min, it’s worth it. Sekarang Min dah ada dengan Oppa. Oppa gembira sangat. Ah! Macam mana dengan Eomma dan Appa Min? Sihat?” Minji mula menangis. “M-Min? W-waeire? Uljima…” Jin mengusap belakang Minji. “Wae? Apa dah jadi?”

“Dia-orang-dah-tak-ada.” Minji berkata dalam sedu-sedannya.

“M-Mwoh?!”

“A-accident…” tangisan Minji semakin menjadi-jadi.

“Shh… Mianhe… Oppa tak ada dengan Min untuk lalui semua tu. Mianhe.” Jin memeluk badan Minji untuk menenangkan Minji. Tanpa mereka berdua sedar, beberapa… anni, banyak pasang mata sedang memerhatikan pergerakan mereka berdua.

“Tch… I hate this sight.” Sungyeol menjelingkan matanya ke arah lain selepas melihat Minji dan Jin dari jauh. “Apa hubungan dia orang berdua?” Tanya Sungyeol dengan intonasi menjengkelkan. Semua ahli kumpulan INFINITE melihat ke arah EXO yang kemungkinan tahu apa yang terjadi sebenarnya. Suho mengeluh kecil.

“Kami tak tahu. Hanya Baek seorang yang tahu.” Kini, semua pasang mata melihat Baekhyun yang sepertinya tidak menghiraukan perkara tersebut. Jaekyung juga melihat suaminya dengan perasaan ingin tahu.

“Aish… panjang ceritanya…” suaranya bagaikan dia ingin Jaekyung tahu yang dia akan ceritakan semuanya pada Jaekyung nanti. “By the way, Min ialah bekas yeojachinggu saya.” Kesemua mata membulat, kecuali EXO dan Jaekyung. “Kami berpisah sebab dia curang dengan budak nama Jin tu… But… lepas tu, saya tak tahu cerita dia orang berdua.”

“Ah~~” mereka mengangguk-anggukkan kepala mereka, tanda faham.

“So… dia orang masih bersama?” Sungyeol menyuarakan persoalannya. Baekhyun mengangkat bahunya, menjawab pertanyaan Sungyeol. Tanpa di sedari, Myungsoo bangun dan berlalu pergi tanpa pengetahuan mereka yang lain. Selang beberapa minit berada dlm kesunyian, Kyungmi bersama Raena dan Haera bangun dan meminta diri untuk berjalan-jalan ke tempat lain. Bagi mereka bertiga, mereka tak patut memasuk campur dalam masalah mereka semua. Selepas ketiga-tiga yeoja sudah hilang dari pandangan sekumpulan besar tersebut, mereka bercadang untuk membiarkan sahaja perkara tentang Minji dan Jin berlalu. Mereka mula melakukan kerja-kerja sendiri.

* * *

Dalam mereka tidak sedar, hari sudah pun melabuhkan tirainya. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 8.00 malam. Mr. Kang memanggil mereka yang bersiar-siar di tepi pantai dan di tempat-tempat lain untuk makan malam bersama sebelum berehat untuk aktiviti pada esok hari. Sebaik mereka semua duduk dalam sekumpulan besar di café hotel, Minji duduk bersama setelah ditinggalkan Jin kerana Jin bukanlah sebahagian daripada sekolah tersebut. Sungyeol mula rasakan kehilangan seseorang.

“Err… mana L?” Minji yang terdengar nama Myungsoo dari mulut Sungyeol mula melihat sekeliling, mencari kelibat pemilik nama tersebut. Tiada seorang pun yang tahu keberadaan Myungsoo ketika itu.

“Wait… mungkin dia ada kat dalam bilik?” Chanyeol menyoal. “Biar saya telefon.” Chanyeol bangun dari tempat duduknya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Minji mengangkat pandangannya kepada Sungyeol namun, Sungyeol mengalihkan pandangannya ke tempat lain, mengelak dari memandang Minji. Minji mengeluh kecil. Jaekyung yang terdengar keluhan kecil Minji di sebelahnya, mengangkat tangannya dan mengusap lembut bahagian belakang Minji. Minji melihat Jaekyung yang tersenyum ikhlas kepadanya. Tanpa ingin menyakitkan hati Jaekyung, dia membalas senyuman Jaekyung. Apa yang hari dikatakan? Jelasnya tiada… mungkin.

“Ottae? (Macam mana?)” Sunggyu bertanya sebaik Chanyeol kembali duduk bersama.

“Dia ada dalam bilik. Katanya nak berehat.”

“Hmm… Gurae.” Dengan itu, suasana makan malam mereka ditemani sunyi walaupun bilangan mereka lebih daripada 10 orang. Tiada seorang pun yang mengeluarkan suara untuk memecahkan kesunyian. Pelajar-pelajar lain juga berasa janggal. Kebiasaannya mereka akan berborak dan meja mereka adalah kawasan yang paling kecoh daripada yang lain. Namun kini? Apa sudah jadi kepada mereka? Jelasnya kerana kehadiran Minji, keadaan menjadi janggal.

“Yettera!!! Dengar sini! Awak semua perlu bersiap dan berkumpul di lobi pada jam 7.00 pagi esok. Kita akan lakukan sedikit senaman dan pada jam 8.00 pagi, kita akan mulakan aktiviti pertama kita pada sepanjang 3 hari dan 2 malam di sini! Harap awak semua boleh enjoy percutian kita kat sini. Jangan risau, saya akan lepaskan awak semua untuk keluar berjalan-jalan sendiri tanpa aktiviti pada hari terakhir kita berada di sini. Di sini sahaja waktu kita bersama pada hari ni, jumpa esok pagi. Selamat malam.” Dengan berakhirnya ucapannya, Mr. Kang dan guru pemimpin yang lain berlalu pergi hilang dari pandangan. Tanpa membuang masa, Minji bangun dan terus pergi untuk masuk ke dalam bilik kongsinya bersama Kyungmi tanpa mengangkat pandangan matanya mahupun mengeluarkan suaranya.

“Jae rasa… kita tak patut layan Min macam tu. Kesian dia.” Jaekyung bersuara.

“Noona… Min Noona baru je bersama dengan namja yang tak sepatutnya! Noona boleh terima ke?”

“Huh? Maksud Sehun?” Jaekyung mengangkat kedua-dua belah keningnya.

“It’s obvious… L Hyung dengan Min Noona suka sam-…” kata-kata Sehun terhenti apabila pandangannya jatuh pada Jin yang sedang menuju ke lif di mana Min baru sahaja masuk. “Hmm… macam mana nak pisahkan dia orang berdua…?” Sehun berfikir sambil menggosokkan ibu jari dan jari telunjuknya di dagunya, gaya seorang detektif. Jaekyung yang kelihatannya sudah memahami keadaan sebenar antara Minji dan Myungsoo, mencuba untuk memikir caranya juga bersama mereka yang lain. Tiba-tiba, satu idea muncul di dalam fikiran Jaekyung.

Mungkin… dengan berbincang sedikit perkara bersama Mr. Kang, segala aktiviti yang akan dijalankan dapat merapatkan hubungan Minji bersama Myungsoo dan dapat meregangkan hubungan Minji bersama Jin… Mungkin…

* * *

“Jae-ah… awak pergi mana tadi?” Baekhyun bertanya apabila Jaekyung menapak masuk ke dalam bilik kongsi mereka setelah beberapa minit menghilang dari café sebentar tadi.

“Eoh? Anniyo.” Jaekyung tersenyum kecil. Baekhyun hanya membalas senyuman isterinya, tidak mahu bergaduh hanya kerana hal yang kecil. “Baek tak tidur lagi?”

“Tunggu Jae lah…”

“Ohhh… Sekejap. Jae basuh badan, tukar baju, then, kita tidur, eoh?” Baekhyun mengangguk kecil sebelum memerhatikan langkah Jaekyung yang menghilang di sebalik pintu bilik mandi. ‘Walau apapun yang awak rancangkan untuk Min dengan L, saya tetap sokong awak, Jae-ah…’ fikir Baekhyun sebelum mengatur langkah ke bilik tidur mereka.

* * *

“Min… Are you okay?” Tanya Kyungmi kepada rakan sebiliknya yang duduk, merapatkan lutut ke dada di atas katil sambil air matanya mengalir ke pipi.

“Kyungmi… eottohkae?” suara Minji perlahan. Matanya menatap mata Kyungmi dengan pandangan yang meminta, sedih dan risau. Kyungmi berfikir sejenak sebelum menyambung perbualan mereka.

“Boleh Min beritahu, apa yang Min sedang fikir?”

“…”

“Kalau Min sudi, mungkin saya boleh tolong?”

“…”

“Tak apalah, lain kali-…”

“Saya sukakan Myungsoo…”

“…” Kyungmi hanya berdiam diri, mendengar dan menyerap kata-kata Min ke dalam kepalanya.

“Tapi… saya tahu, dia sukakan yeoja lain. Jin Oppa… hanya masa silam saya.”

“Mana Min tahu yang L… sukakan yeoja lain?”

“Dia ada bercakap dengan Sungyeol Oppa.”

“Min pasti?”

“…” Minji mengeluh kecil sebelum menggeleng-gelengkan kepala.

“Jadi, Min tak tahu hal sebenar, kan? Mungkin, bukan seperti apa yang Min fikirkan.”

“T-tapi…”

“Min… Min perlu dengar dari tuan empunya badan sendiri sebelum melompat ke keputusan yang kurang jelas.” Minji mengalihkan pandangannya ke hadapan sekali lagi.

“Pandang muka Min pun… dia tak nak. Macam mana Min nak tanya?”

“Min perlu berusaha.” Minji berfikir lagi.

“Arraso… gomawo.” Kyungmi senyum kecil walaupun tidak dibalas.

“Walau apapun, Min ingat. Saya selalu sokong Min, eoh?” Minji mengangguk lemah. “Sudah, esok, Min cari masa untuk berbincang dengan L. Sekarang, Min tidur dulu.” Kyungmi membantu Minji baring dan menutup lampu bilik sebelum dirinya sendiri baring di atas katil berasingan dengan Minji lalu mengekori yang lain ke alam mimpi.

* * *

“Baik! Memandangkan semua dah ada di sini, saya akan umumkan aktiviti pertama kita pada hari ni.” Setiap pelajar yang sedang berborak-borak, berdiam diri dengan serta merta sebaik Mr. Kang mengeluarkan suaranya pada pagi itu. “Saya akan pecahkan awak semua kepada satu pasangan. Seorang namja dan seorang yeoja.” Kedengaran sorakan kecil daripada setiap pelajar tetapi tidak selepas Mr. Kang berdehem, mengarahkan mereka semua senyap. Sunyi sekali lagi berlegar di lobi hotel. “Setiap pasangan akan menyelesaikan satu misi yang dipanggil ‘Search for me.’”

“Huh? Maksudnya?” seorang namja bersuara.

“Awak semua perlu bekerjasama dengan pasangan awak untuk mencari sesuatu yang berkonsepkan couple. Sebentar lagi, saya akan memanggil satu demi satu pasangan untuk mencabut undi di hadapan ni. Berharap, awak semua dapat memberikan kerjasama yang baik dan tidak akan ada masalah berlaku selepas ini. Jelas?” semua pelajar mengangguk-angguk. “Baiklah, saya akan mulakan dengan… Kim Joonmyeon dan Choi Haera.” Ramai yang mengeluarkan bunyi ketidakpuasan kerana Suho berpasangan dengan yeoja. Apabila nama-nama dipanggil satu demi satu, sedar tidak sedar, hanya tinggal dua pasangan yang masih belum dipanggil; Baekhyun, Jaekyung, Myungsoo dan Minji.

“Jae, ni awak punya kerja, kan?” Baekhyun berbisik di telinga Jaekyung. Jaekyung mengangguk kecil. Jaekyung dapat mendengar yang Baekhyun ketawa kecil.

“Baiklah, Gong Minji, Kim Myungsoo, Byun Baekhyun dan B-… Seo Jaekyung, mari ke depan dan membuat undian.” Tanpa membuang masa, mereka berempat menapak ke hadapan. Baekhyun tersenyum lebar, Jaekyung masih bersembunyi di sebalik rambut panjangnya, Myungsoo dan Minji? Mereka langsung tidak memandang antara satu sama lain. “Kim Myungsoo bersama Gong Minji dan Byun Baekhyun bersama Seo Jaekyung. Sekarang, pilih kertas ni.” Mr. Kang menghulurkan tapak tangannya yang mempunyai dua kertas berlipat. Jaekyung dan Minji melihat antara satu sama lain lalu Minji mengarahkan Jaekyung agar memilihnya dahulu. Jaekyung mencapai salah satu kertas tersebut dan dengan pantas, dia membuka lipatan lalu menunjukkannya kepada Baekhyun. Sebaik melihat reaksi Baekhyun yang melihat kandungan surat itu, Minji juga mencapai satu lagi kertas.

“…” Minji membacanya berkali-kali namun… perkataan di dalamnya masih tidak bertukar.

‘AMBIL 8 GAMBAR BERSAMA PASANGAN DI BEBERAPA BUAH TEMPAT BERKONSEPKAN ROMANTIK.’

Minji menggigit bibir bawahnya. Bagaimana mahu mengambil gambar bersama Myungsoo sedangkan mereka berdua langsung tidak bertentangan mata. Memang banyak tempat-tempat romantik yang terdapat di Pulau Jeju tersebut tetapi… Minji mengeluh kecil.

 

-TBC-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! I'll fix tomorrow! bye~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe