Episod 11 & POLL

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

Segala persoalan masih tidak terungkai.

* * *

Petang itu juga, Baekhyun terus pulang ke rumah. Dia tidak keluar seperti hari-hari sebelum. Memandangkan Jaekyung balik dengan berjalan kaki, Jaekyung tiba lewat sedikit berbanding Baekhyun ke rumah mereka berdua. Namun, apa yang mengejutkan Jaekyung setelah tiba di rumah, Baekhyun sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Baekhyun langsung tidak mengeluarkan suara walaupun melihat Jaekyung masuk ke dalam rumah. Kebiasaannya, jika dia berada di rumah, Baekhyun akan berada di dalam bilik, mengurung dirinya sendiri.

Jaekyung masuk ke dalam rumah, dia terus mengatur langkah untuk ke biliknya. Dia tidak mahu mempersoalkan mengapa. Selang beberapa minit berada d dalam bilik, Jaekyung mula rasa bersalah. Baginya, seorang isteri patut menghidangkan minuman atau makanan kepada suaminya jika suami ada di rumah. Jaekyung keluar dari bilik dan menuruni anak tangga, terus ke ruang dapur. Dia memandang sekilas pada Baekhyun yang masih tidak mengalihkan perhatiannya dari kaca televisyen. Jaekyung cuba untuk mendengar, rancangan apakah yang ditonton Baekhyun.

“Semalam berlangsungnya perkahwinan yang menyatukan dua buah keluarga ahli perniagaan. Seo Jaekyung, anak President Seo Jisung telah menamatkan zaman solonya bersama dengan seorang anak ahli perniagaan, Byun Baekhyun. Perkahwinan mereka telah berlangsung dengan meriahnya. Ramai yang dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka. Memang tidak disangkal lagi, pasangan tersebut menjadi perhatian ramai kerana kemajuan perniagaan kedua-dua buah keluarga tersebut. Gandingan pasangan ini amat sesuai. Majlis mereka berkonsepkan warna putih bercorak bunga ros merah. Dengarnya, perkahwinan mereka adalah perkahwinan yang dirancang ole-…” Sebelum sempat pemberita yang menyampaikan berita melengkapkan ayatnya, Jaekyung sudah tidak sanggup untuk mendengarnya. Dia terus menyambung kerjanya menyediakan minuman untuk Baekhyun. Jaekyung terlalu fokus untuk menyediakan minuman, tidak sedar yang Baekhyun sedang memerhatikannya dari ruang tamu.

‘Tch…’ fikir Baekhyun lalu menukar rancangan televisyen yang ditontonnya. Matanya memberikan perhatian pada kaca televisyen semula. Selang beberapa minit, Jaekyung muncul dari ruang dapur dan menghidangkan minuman yang disediakannya di atas meja depan Baekhyun. Baekhyun masih tidak mengalihkan pandangan matanya. Sebaik sahaja Jaekyung mahu berlalu pergi dari situ, Baekhyun mula bersuara.

“Awak sukalah kan sebab saya dah tak bertegur sapa dengan EXO. Dia orang bolehlah tumpukan perhatian yang sepenuhnya pada awak dan bukannya saya, kan?” Jaekyung terkedu.

“A-apa maksud awak…?”

“Hmph… pura-pura tak tahu pulak. Masa kat sekolah tadi, EXO langsung tak nak tegur saya sebab nak jaga awak. Sekarang ni, saya nak salahkan siapa? Awak? EXO? Or… Kris Hyung?”

“Apa yang awak cakapkan ni? Saya tak faham… Lagipun, sepatutnya awak yang jaga saya. Awak suami saya, kan? Walaupun perkahwinan kita ni hanya untuk sementara seperti apa yang awak pinta, tolonglah, saya nak hidup seperti kehidupan seorang isteri yang berhak menerima kasih sayang suaminya. Kenapa saya tak boleh dapatkan kasih sayang awak? Apa kekurangan saya? Kenapa saya tak layak untuk dipanggil isteri dari mulut awak? Saya tak faham!” Jaekyung lega. Segala persoalan dan perkataan yang dipendam selama ini telah diluahkan. Tanpa memberikan pandangan walaupun sekilas pada Baekhyun, Jaekyung pergi ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam biliknya. Kali ini, giliran Baekhyun pula terkedu. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Kenapa? Kenapa dia tidak dapat melawan semula kata-kata Jaekyung? Apa yang telah merasuk dirinya? Tetapi, Baekhyun juga terkejut kerana dia tidak pernah melihat Jaekyung berperangai sebegini. Setelah Jaekyung hilang dari pandangannya, Baekhyun mengeluh berat.

‘Saya dah keterlaluan ke?’ Baekhyun memandang satu cawan kopi dihadapnnya. Dengan perlahan, dia mencapai kopi tersebut dan meminumnya. ‘Mungkin, saya perlu berikan dia peluang?’ Keluhan yang kedua di keluarkan.

* * *

Pada waktu malam, Baekhyun berada di ruang tamu, tangannya masih memegang cawan yang diberikan oleh Jaekyung petang tadi. Jaekyung turun dari tingkat atas ke tingkat bawah. Dia memandang sekilas pada kelibat di atas sofa di ruang tamu. Mata mereka bertentangan. Namun, Baekhyun yang mengalihkan pandangan mereka dahulu dan memandang kaca televisyen semula. Jaekyung mengeluh kecil dan mengatur langkah ke ruang dapur. Dengan semangatnya untuk memikat Baekhyun, suaminya sendiri, dia ingin memasak untuk makan malam mereka berdua memandangkan Baekhyun juga berada di rumah.

Setelah selesai bertungkus lumus memasak di dapur, Jaekyung menghidangkannya di atas meja makan di ruang makan. Dia melihat sekilas lagi sekali pada Baekhyun, malangnya Baekhyun masih leka menonton televisyen. Dia duduk di meja makan. Sunyi. Jaekyung hanya mampu melihat masakan yang dimasaknya. Masih tidak disentuh. Dia menundukkan kepalanya, melawan diri dari menangis sendiri. Tiba-tiba dia terdengar yang kerusi yang bertentangan dengannya di tarik. Jaekyung mengangkat kepalanya dan terkejut dengan ‘siapa’ yang dilihatnya. Baekhyun duduk dan terus memakan masakan Jaekyung. Tanpa berkata apa-apa, Jaekyung juga turut makan bersama. Walaupun makan malam pada malam tersebut senyap sunyi, namun, hati Jaekyung tidak dapat berhenti dari bersorak gembira. Mungkin Baekhyun boleh menerimanya? Tetapi, kemungkinan juga, Baekhyun hanya lapar. Apabila kemungkinan tersebut menyerang kotak fikirannya, dia terus risau. Mungkin…

* * *

Pada keesokan paginya, seperti biasa, Baekhyun akan bangun awal untuk bersiap ke sekolah. Namun, apa yang luar biasa, dia menunggu ‘seseorang’. Setelah Jaekyung bersiap, dia keluar dari bilik. Dalam fikirannya, Baekhyun sudah bertolak ke sekolah lalu dia menuruni anak tangga dan terkejut dengan kehadiran seseorang di ruang tamu. Dengan serta merta, mulut Jaekyung mengukir senyuman walaupun Baekhyun tidak melihatnya di sebalik rambutnya. Jaekyung berlalu masuk ke dalam ruang dapur dan menyiapkan sarapan untuk ‘mereka berdua’. Setelah siap, sarapan dihidang di atas meja makan, dengan automatiknya, Baekhyun bangun dari sofa terus menuju ke maja makan, duduk dan menjamu selera. Jaekyung turut sama makan. Dalam perasaan pelik, Jaekyung tetap menghabiskan makanannya, begitu juga Baekhyun.

Baekhyun bangun, terus keluar dari rumah. Jaekyung mengeluh kecil. ‘Ahh~ dia masih tak berubah rupanya…’ fikir Jaekyung sebelum mengemas meja makan. Setelah selesai, Jaekyung mahu keluar dari rumah dan perasan ada beg dompet milik Baekhyun di atas sofa. Dia mencapai dan merancang untuk memberikannya di sekolah namun, sebaik sahaja dia menapak keluar dari rumah, kereta milik Baekhyun masih berada di halaman rumah. Baekhyun sepertinya sedang merehatkan minda sambil merehatkan kepalanya di penyandar kepala kerusi. Dia memakai cermin mata hitam yang sesuai padanya. Jaekyung mengagumi Baekhyun untuk seketika dan tersedar dari lamunannya lalu mengatur langkah untuk menghampiri Baekhyun. Memandangkan bumbung keretanya di buka, mudah untuk Jaekyung memanggilnya.

“Erm… Baekhyun-shi, ni…” Jaekyung menghulurkan beg dompet milik Baekhyun kepada pemiliknya. Baekhyun tersedar dan melihat Jaekyung yang sedang menghulurkan sesuatu. Dia mencapai dan menyedari yang itu adalah beg dompetnya lalu disimpannya.

“Jom.”

“Huh? Ke mana?”

“Sekolah.”

“Eoh? Naik kereta Baekhyun-shi? Anni… Saya boleh jalan kaki.”

“Suka hati awaklah.” Baekhyun mula memandu meninggalkan Jaekyung keseorangan. Jaekyung tersenyum kecil dan memulakan langkahnya ke sekolah. Apabila tiba di lobi sekolah, Jaekyung ada nampak satu kelibat yang amat dikenalinya, Baekhyun. Sepertinya, dia sedang menunggu seseorang? Jaekyung masih meneruskan langkahnya ke loker, mengabaikan kehadiran Baekhyun. Apa yang paliknya, Selepas Jaekyung melalui hadapan Baekhyun, Baekhyun mengekori Jaekyung dari belakang. Jaekyung mula berasa pelik lalu berhenti dan memandang ke belakang. Baekhyun turut berhenti dan memandang muka Jaekyung. Masih poker face dengan cermin mata hitamnya masih melekat diwajahnya. Susah untuk memahami Baekhyun. Jaekyung pura-pura untuk mengabaikan Baekhyun yang masih mengekorinya. Selepas tiba di lokernya, baekhyun juga membuka loker yang berada di sebelah loker Jaekyung.

‘Wait… Jae-ah… Awak pernah tahu tak di mana loker Baekhyun? Tak…?!!” Jaekyung cuba untuk tidak menghiraukan Baekhyun dan mempercepatkan pergerakannya supaya dapat lari dari menjadi bahan bualan sekolah yang melibatkan dirinya dengan Baekhyun. Selepas siap mengeluarkan buku yang diperlukan, Jaekyung cuba untuk berjalan dengan secepat yang mungkin namun, masih diekori Baekhyun.

‘Kenapa dengan dia ni?!! Kalau dah terpaksa nak berbaik dengan Jae pun, tak perlulah terlalu over. Aigoo…’ fikir Jaekyung sendirian ketika dia masuk ke dalam kelas. Jaekyug duduk di tempat duduknya dan melihat tempat duduk di sebelahnya, tempat Kris, kosong. Keluhan kecil dikeluarkan lalu meneruskan perhatiannya daripada mengelamun mengenai Kris. Selang beberapa minit, kerusi milik Kris ditarik dan Baekhyun duduk. Ahli EXO terkejut dengan perlakuan Baekhyun. Katanya dia bencikan Jaekyung tapi, kenapa dia duduk sebelah Jaekyung? Jaekyung melihat sebelah dan reaksinya sama dengan EXO.

“Hyung… Dia orang dah berbaik ke?” Sehun berbisik pada D.O.

“Molla… Kalau dia orang dah berbaik, kenapa Jae Noona terkejut masa dia tegok Baek Hyung duduk kat sebelah dia?” jelas D.O. Ahli EXO yang lain juga mula curiga.

* * *

Pada waktu makan tengah hari, Baekhyun masih mengekori Jaekyung hingga ke meja makan EXO di cafeteria. Dia akan duduk berhampiran dengan Jaekyung dan bermain dengan telefon bimbitnya. Ia sedikit sebanyak membuatkan EXO berasa janggal. Mereka membuat isyarat menggunakan reaksi muka untuk bertanya pada Jaekyung namun, Jaekyng membalasnya dengan mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Jaekyung pernah mencuba untuk lari dari pandangan Baekhyun seperti pergi ke tandas namun, Baekhyun masih mengekorinya. Semakin lama, ia menjadi bahan bualan sekolah.

* * *

Kini, sudah dua bulan berlalu. Baekhyun masih tidak memberitahu niat sebenar kepada Jaekyung dan melakukan perkara yang sama setiap hari. Apa yang membezakan dua bulan lepas dengan sekarang ialah, Baekhyun sudah berbaik semula dengan EXO dan hubungan mereka semua kembali pulih. Berita tersebut amat menggembirakan Jaekyung namun, Baekhyun masih tidak menerangkan hal yang sebenar kepadanya. Namun, apa yang tidak diketahui oleh Jaekyung, Baekhyun mula membuka hati untuknya.

Suatu petang selepas pulang dari sekolah, Jaekyung menapak masuk ke dalam rumah dan di sambut oleh kehadiran Baekhyun seperti biasa di ruang tamu. Jaekyung cuba untuk mengabaikannya dengan sedaya upaya tetapi, kehadiran Baekhyun seperti itu menjadikan hari-harinya ceria tetapi tidak di sekolah kerana mereka di sekolah mula mewujudkan berita yang menyakitkan hati. ‘Baekhyun main kayu tiga di sekolah.’ ‘ Baekhyun tidak menyayangi isterinya seperti di dalam berita.’ ‘Baekhyun tidak mempunyai citarasa terhadap yeoja.’ Semuanya membuatkan Jaekyung berasa sakit hati tetapi, apa yang harus dilakukan?

Selama dua bulan ni, walaupun Baekhyun sentiasa mengekori Jaekyung namun, Baekhyun langsung tidak berbual dengan Jaekyung. Jika barang-barang untuk memasak kehabisan, hanya Jaekyung yang bersuara dan Baekhyun akan membelinya tanpa mengeluh dan mengeluarkan alasan untuk mengelak daripada membelinya. Tetapi, Baekhyun akan mengelak untuk keluar bersama-sama kerana tidak mahu masuk berita sekali lagi.

Hari ni, barangan dapur kehabisan lagi dan Jaekyung ingin menyuruh Baekhyun membelinya. Selepas mandi dan bersiap, dia menuruni anak tangga dan di sambut dengan kelibat Baekhyun yang tidur di atas sofa. Jaekyung tidak mahu mengganggu dan menyusahkannya lalu menukar pakaiannya untuk ke pasar berdekatan.

* * *

Baekhyun bangun dari tidur lalu mengerling ke arah jam dinding di ruang tamu, 8.00 malam. Dia terdengar bunyi rintikan hujan yang lebat di luar rumah. Dia mengelamun untuk seketika dan tersedar yang tiada sebarang bunyi pun yang di dengarnya di dalam rumah. Ke mana perginya Jaekyung? Dia menggagahkan dirinya bangun dari mamainya untuk mencari isterinya. Di dapur, di dalam bilik, seluruh sudut dicarinya namun tidak nampak kelibat isterinya. Dia mula risau. Entah-entah telah meninggalkannya seperti Minji yang meninggalkannya dulu. Setelah dia memberikan kasih sayang, ditinggal seperti itu. Dalam keadaannya seperti itu, Baekhyun mula teringat kata-kata Kris. ‘Jangan cepat bersangka buruk terhadap Jaekyung tanpa usul periksa.’ Dengan itu, Baekhyun ingin mencuba untuk menunggu kepulangan Jaekyung.

Sudah setengah jam, Jaekyung masih tidak pulang ke rumah. Hujan pula semakin lebat membasahi bumi. Baekhyun bangun dari sofa, mencapai jaketnya dan terus keluar rumah, ingin mencari isterinya. Dia inginkan penjelasan daripada Jaekyung mengapa meninggalkan dirinya keseorangan di rumah. Tanpa memandu kereta, dia meninggalkan rumahnya terus mencari Jaekyung.

* * *

Jaekyung berada di taman berdekatan dengan sekolahnya. Hujan turun dengan lebat ketika dia dalam perjalanan pulang. Memandangkan Jaekyung tidak membawa payung untuk ke pasar tadi, dia cuba untuk berteduh di pondok yang berada di taman. Tidak sangka pula, semakin lama dia berada di pondok tersebut, hujan turun semakin lebat. Jaekyung cuba untuk bawa bersabar sehingga hujan reda, barulah pulang ke rumah namun, kini sudah jam 8.40 malam, hujan semakin lebat. Dia ingin menelefon Baekhyun tetapi, dia tidak mahu menganggu Baekhyun yang mungkin masih tidur. Dia ingin menelefon EXO tetapi, dia tidak mahu hubungan EXO dan Baekhyun kembali renggang akibat dirinya pergi ke pasar berseorangan. Tanpa pilihan, Jaekyung terpaksa menunggu hujan untuk reda.

Tiba-tiba, Jaekyung terdengar yang namaya dipanggil dengan suara yang lemah. Jaekyung mencari arah namanya dipanggil dan nampak satu tubuh yang sedang menuju ke arahnya. Pada mulanya, Jaekyung tidak mahu menghiraukannya tetapi, suara tersebut amat dia kenali. Dia melihat dengan jelas namja tersebut dan mendapati, suaminya yang memanggilnya.

“Omo!! Baekhyun-shi!” Jaekyung berlari dari pondok untuk mendapatkan Baekhyun yang sedang penat. Mungkin mencarinya didalam hujan. Jaekyung membantu Baekhyun ke pondok tadi dan mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi EXO agar dapat membantunya. Sebelum yang dihubunginya menyambung talian, Baekhyun mengeluarkan suara.

“Awak ke mana?”

“Err… Saya ke pasar. Saya nak minta tolong awak tadi, tapi awak dah tertidur atas sofa. Saya tak sanggup nak ganggu tidur awak jadi saya pergi sendiri. Saya lupa pula nak bawa payung.”

“Lain kali jangan buat macam tu.” Baekhyun batuk. Badannya menggigil akibat kesejukan meredah hujan. Sebelum Jaekyung dapat membalas kata-kata Baekhyun, talian disambungkan.

“Yobosaeyo?” Tanya dari hujung talian.

“Eoh.. Yobosaeyo, Suho Oppa-…” tidak sempat Baekhyun mendengar perbualan antara Jaekyung dengan Suho, dia melelapkan mata dan kepalanya jatuh di atas bahu Jaekyung.

* * *

Baekhyun membuka matanya walaupun terasa kelopak matanya berat. Orang pertama yang ditemuinya ialah Jaekyung. Jaekyung sedang memerah kain dari besen dan meletakkannya di atas dahi Baekhyun. Sebelum meletaknya, Jaekyung terkejut kerana mata Baekhyun melihat tepat padanya. Jaekyung mengabaikan mukanya yang menjadi merah, malu. Baekhyun mangalihkan pandangan dan melihat sekeliling. Dirinya sudah berada di dalam biliknya sendiri dan di atas katilnya.

“Dah pukul berapa?” Tanya Baekhyun.

“Sepuluh malam. Baekhyun-shi… awak berehat. Awak demam akibat redah hujan. Walaupun saya tak tahu sebabnya, jangan redah hujan sesuka hati. Hmm… Esok, awak tak perlu ke sekolah. Saya akan beritahu cikgu, eoh? Saya nak turun buatkan bubur. Awak berehatlah dulu.” Jaekyung bangun dari melutut dan ingin keluar dari bilik tetapi terhenti tindakannya apabila Baekhyun mencapai tangannya.

“Baek…”

“Eoh? Kenapa?”

“Panggil saya Baek. Jae-ah, jebal… duduk dengan saya sekejap.”

“A-anni… saya tak boleh. Saya perlu masakkan bubur untuk awak, B-Baek-shi…”

“Jebal.” Baekhyun batuk lagi. Jaekyung tak dapat nak menolak permintaan Baekhyun dan melutut semula.

“Kat sini…” Baekhyun menepuk kawasan di atas katil sebelahnya.

“A-anni… Jinjja. Awak rehat, saya temankan awak kat sini. Eoh?” Baekhyun menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia menepuk kawasan yang sama.

“S-saya tak bole-…”

“Boleh sebab awak isteri saya.”

“…”

“Kenapa?” Baekhyun batuk.

“Awak tak pernah nak mengaku yang saya ni iste-…”

“Sini…” Baekhyun masih menepuk kawasan yang sama.

“Maafkan saya, Baek-shi. S-saya…” Jaekyung bangun dan terus keluar dari bilik Baekhyun. Baekhyun hanya melihat kelibat Jaekyung yang menghilang dari pandangannya. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Dia tahu yang segalanya adalah salahnya sendiri.

‘Mungkin dia dah tak boleh nak terima saya lagi. Maaf Jae-ah… Sekarang baru saya sedar. Awak memang lain dari yang lain sama seperti apa yang Kris Hyung katakan selama ni. Sepanjang saya sentiasa mengekori awak, awak langsung tak serupa dengan Minji. Awak dah membuat saya sedar yang tidak semua yeoja sama macam Minji. Jae-ah… maafkan saya…’ fikir Baekhyun sambil memandang kosong ke kipas syiling yang berpusing ligat.

Selang beberapa minit, Jaekyung masuk tanpa bersuara dan meletakkan bubur yang disediakan di atas meja belajar milik Baekhyun. Baekhyun hanya memerhatikan kelakuan Jaekyung. Dia ingin bersuara tetapi sepertinya suaranya di kunci di dalam kotak suara. Jaekyung terus keluar tanpa memandang sekilas pada Baekhyun. Baekhyun terasa yang dirinya ditikam. Entah kenapa. Baekhyun cuba untuk bangun dari posisi baringnya untuk memakan makanan yang disediakan oleh Jaekyung. Baginya, segala masakan dari Jaekyung adalah masakan yang paling sedap. Sejak dia mula memakan makanan yang dimasak Jaekyung dua bulan lepas, dia rela tidak makan di luar mahupun sekolah hanya untuk makan makanan yang Jaekyung masak.

* * *

“Baekhyun-shi, saya rasa, saya lebih selesa dengan tindakan awak selama dua bulan ni. Ianya lebih bagus kerana kita akan tamatkan perkahwinan kita selepas lapan bulan. Kalau awak rasa terbeban dengan apa yang saya katakan dua bulan lepas, jangan terlalu memikirkannya. Saya sanggup begitu daripada kita telah menyayangi antara satu sama lain tetapi kita akan menamatkan perkahwinan kita. Saya minta maaf.” Pagi itu, Baekhyun terasa yang dirinya dipanah bertubi-tubi oleh beribu-ribu orang. Sakit… Dia tak sanggup untuk berkata apa-apa. Dia takut, dengan apa yang akan dikatakan, akan menyakitkan hati Jaekyung. Tetapi, hatinya yang sakit, siapa yang mahu merawatnya?

Selepas Jaekyung keluar dari bilik Baekhyun untuk ke sekolah, Baekhyun mengalirkan air matanya untuk kali pertama hanya kerana seorang yeoja. Ketika kesnya bersama Minji, dia tidak menangis walau setitik air mata. Kerana dia tahu, Minji tidak dijodohkan untuknya tetapi, Jaekyung, yeoja yang ditangisinya. Dia sedar segalanya salah dirinya sendiri dari awal lagi. Segala nasihat yang EXO berikan tidak diendahkannya. Kini Baekhyun menyalahkan dirinya sendiri. Dia ingin mendapatkan kepercayaan Jaekyung kepadanya. Dia ingin Jaekyung bersamanya selamanya. Tetapi bagaimana? Dia kebuntuan idea. Dalam tidak sedar, Baekhyun melelapkan matanya untuk merehatkan kepalanya.  Dia rasakan yang dirinya di hempap batu, badannya terasa berat untuk bangun.

* * *

Jaekyung pulang dari sekolah dan terus masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi. Ke mana Baekhyun? Dia masih tak bangun atau dia keluar? Tapi, kereta dia ada kat luar. Jaekyung cuba untuk mengetuk pintu bilik Baekhyun dan disambut oleh kedengaran Baekhyun batuk dengan teruk. Jaekyung semakin risau dan memulas tombol pintu untuk masuk. Dia melihat Baekhyun seperti tidak terurus. Rambutnya berserabut. Baekhyun memeluk badannya sendiri sambil terduduk di penjuru katil.

“E-eoh? J-Jae-ah… dah balik…? *batuk* Maaf, saya tak dapat bangun dari pagi tadi… Badan saya berat sangat… *batuk* M-mianhe…” Jaekyung terasa yang dirinya bersalah. Mungkin Baekhyun terlalu memikirkan fasal apa yang telah dikatakannya.

“Baekhyun-shi…”

“B-Baek… *batuk*”

“Baek, kalau tak mampu nak bangun, jangan bangun.”

“J-Jae-ah… panggil nama saya lagi sekali…”

“B-Baek…” Baekhyun tersenyum lebar.

“Gomawo…” Baekhyun terus terbaring di atas katilnya. Jaekyung mula cemas. Dia merapatkan jarinya ke hidung Baekhyun, masih bernafas. Kemudian, dia memegang dahi Baekhyun, terlalu panas. Dia meminta bantuan EXO dengan menghubungi Suho.

* * *

“Gomawoyo, Oppadeul, dongsaengdeul… dahi Baek terlalu panas tadi. Jae tak tahu nak buat apa…” Jelas Jaekyung selepas Baek dihantar ke wad biasa dari wad kecemasan sebentar tadi di hospital. EXO terkejut dengan nama panggilan yang diberikan oleh Jaekyung kepada Baekhyun.

“Jae-ah, awak dengan Baek dah berbaik ke?” Suho yang ingin tahu, bertanya.

“Err… anni.”

“Then, kenapa Jae panggil Baekhyun sebagai Baek?”

“Jae tersasul agaknya. Hehe..” Jaekyung tersenyum palsu.

“Err… Jae, apa kata, Jae jaga Baek untuk sementara waktu ni. Fasal hal sekolah, kami akan bantu Jae nanti. Boleh tak? Kami risau kalau-kalau tak ada orang yang jaga dia kalau kita pergi sekolah nanti.” Xiumin bersuara.

“K-kenapa Jae? Kenapa tak ahli EXO?”

“Jae kan isteri Baek.” jelas Luhan.

“E-eoh… arraso.” Jawab Jaekyung. Dia meragui, patut ke dia jaga Baekhyun? Hmm…

* * *

“Mianhe, Jaekyung-… M-mian-…” Baekhyun mengigau di dalam tidurnya. Jaekyung yang sedang mengelamun di sofa yang tersedia, kaku untuk seketika. Apa yang dia dengar… betul ke? Baekhyun minta maaf? Jaekyung bangun dari sofa, menuju ke arah tubuh Baekhyun yang terbaring di atas katil.

“Baek-ah, shhhh…. It’s ok. I’m here.” Pujuk Jaekyung. Baekhyun kembali tenang. Jaekyung tersenyum melihat suaminya yang sedang nyenyak tidur.

“Baek, Jae dah lama maafkan Baek.” Dengan senyuman yang diberikan, Jaekyung ke sofa semula. Tanpa pengetahuan Jaekyung, Baekhyun sebenarnya sudah tersedar dari tidurnya. Baekhyun melihat kelibat yang menjauh darinya ke sofa. Baekhyun berasa bersalah terhadap Jaekyung.

‘Mianhe Jaekyung-ah… Baek yang bersalah.’ Fikirnya sendiri setelah melelapkan matanya semula.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!!!

Keke~ 2 updates at once.

BTW, sorry sbb dh lama x update. >.< Mianhe...

This is the POLL:

Nak tanya, awak sume ni... nak HAPPY ENDING or... SAD ENDING??

Saya akan buat jalan cerita ke arah ENDING yang awak sume inginkan. :3

Lagi satu, saya nak pandangan awak sume terhadap citer ni, boleh?

Awak sume boleh komen imaginasi awak sume tntg apa yg bakal terjadi kpd Baek & Jae. Hehe~

Kalau ada yang dpt perhatian sye, sye nak guna idea awak.

Petunjuk: Terdapat banyak conflict dalam alam perkahwinan antara Baek dgn Jae.

Sye amat berterima kasih kpd mereka yg setia membaca citer ni, serta yg menunggu citer ni diupdate.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe