Episod 5

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

 

"Arraso?”

“…” Tiada satu patah perkataan pun yang dikeluarkan oleh Jaekyung. Apa yang patut dibalasnya? Cakap ‘Tak! Saya tak faham!’? Tapi nanti Baekhyun naik angin dan inginkan alasan ‘Mengapa?’… Cakap ‘Ya, saya faham.’? Tapi itu seperti menafikan perasaan dirinya sendiri… Kaki Jaekyung mula menggigil.

“Kebiasaannya, kalau senyap bermakna dia faham, kan?”

“…” Masih tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut Jaekyung. Airmata mula bertakung di kelopak matanya walaupun Baekhyun tidak melihatnya dan mustahil untuk Baekhyun melihatnya kerana jarak di antara mereka.

“One more, you’ve promised me that you’ll not show your face to me anymore, right? Saya tahu yang awak dah tahu tentang perkahwinan ni sejak semalam, kan?” Jaekyung sedikit terkedu. “Jadi, kenapa tak membantah rancangan Eomma dan Appa awak? Kenapa masih nak teruskan rancangan ni? Eoh?”

“…”

“Well, awak langsung tak mahu keluarkan suara. Gurae… You’ve agreed to it. Let’s get in now. You HAVE TO PRETEND!” Jaekyung terkejut dengan suara Baekhyun yang tiba-tiba nada suaranya tinggi. Baekhyun memulakan langkahnya untuk menapak masuk semula ke dalam restoran dan diikuti Jaekyung setelah dia mengesat airmatanya tanpa disedari Baekhyun. Apabila mereka berdua tiba di mana Eomma dan Appa mereka berada, mereka duduk namun, Jaekyung masih memandang ke bawah. Jaekyung tetap membisu sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berpisah.

“Terima kasih sebab sudi untuk adakan makan malam bersama ni. Kita bertemu lagi di lain hari, eoh? Jaekyung-ah, eoh?” Puan Byun mengejutkan Jaekyung dari mengelamun sendirian.

“E-eoh? Nae…” Hanya itu yang mampu dikeluarkan oleh Jaekyung. Baekhyun hanya menumpukan perhatian pada telefon bimbit, langsung tidak mempedulikan keluarga Seo serta Jaekyung.

Selepas kedua-dua keluarga tersebut berpisah, Eomma dan Appa melihat Jaekyung dengan pelik ketika mereka berada di dalam kereta.

“Jae-ah, kenapa ni?” Eomma rasa risau terhadap anak tunggalnya.

“Eoh? Anni…”

“Baekhyun ada cakap sesuatu yang kasar pada kamu ke? Cuba kamu beritahu pada kami.” Appa juga menunjukkan rasa risaunya.

“M-mana ada…” Jaekyung memandang ke bawah, tidak mahu melihat wajah Eomma dan Appa. Walau bagaimanapun, Eomma dan Appa mengetahui yang Jaekyung menipu, ibu bapa mana yang tidak mengenali anak mereka sendiri?

“Jae-ah, kalau ada apa-apa masalah, beritahu pada Eomma dengan Appa, eoh?”

“Eoh.” Jaekyung hanya senyum pada Eomma dan Appa, menandakan yang dia tidak apa-apa walaupun senyumannya tidak dilihat Eomma dan Appa.

* * *

“Cik Muda, sudah tiba masa untuk bangun.” Nara Eonni mengejutkan Jaekyung yang masih tidur kerana dia tidur lewat akibat sukar untuk melelapkan matanya pada malam tadi selepas menangis sepuas hati.

“E-eoh… Nanti saya turun. Thanks, Eonni.”

“Eoh.”

Jaekyung memaksa dirinya untuk bangun dari tidur. Airmata Jaekyung masih membasahi pipinya. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Baekhyun pada hari ni. Selepas bersiap, Jaekyung menuruni anak tangga.

Rambutnya menyembunyikan wajahnya serta matanya yang merah akibat kekurangan waktu tidur yang cukup namun, Eomma dan Appa tidak perasan.

“Omo! Anak Eomma dah bangun?”

“Morning, Eomma, Appa…” Jaekyung menarik kerusi di meja makan mereka dan duduk dengan lemah. Eomma mengeluh kecil sambil melihat suaminya lalu mengalihkan pandangannya semula pada anaknya.

“Jae-ah~ Petang ni, kamu perlu mengemas baju-baju kamu, eoh?” Eomma memulakan perbualan walaupun sedikit janggal.

“Eoh? Waeyo?”

“Kamu akan pindah keluar dan tinggal bersama-sama dengan Baekhyun, bakal suami kamu.”

“Mwoh?!”

* * *

“Mwoh?! Eomma…”

“Bolehlah, Baek. Kami lakukan ni supaya kamu dapat meluangkan masa dan membuka minda kamu antara satu sama lain. Kamu boleh mengnali antara satu sama lain sebelum berkahwin, eoh?” Eomma Baekhyun mencuba untuk memujuk anak tunggal namjanya.

“Tapi Eomma…”

“No but’s…. And, kami dah rancang untuk mempercepatkan perkahwinan kamu bedua. Ini keputusan kami dan semuanya adalah muktamat! Arraso?” Appa Baekhyun tidak mahu mengikut kehendak anaknya kerana dia tidak mahu kalau-kalau anaknya akan memijak kepala ibu bapanya pula kelak.

“Mwoh!!??” Baek melihat Eommanya. “Eomma…” Baekhyun cuba sekali lagi untuk menolak kehendak Eomma dan Appanya namun, Eommanya tidak menghiraukan anaknya.

“Ah! Satu lagi, kamu berdua akan keluar bersama-sama dengan Eomma dan Eomma Jaekyung untuk mencari baju pengantin milik kamu berdua hujung minggu ni, eoh? And! No bantahan! Arraso?” Baekhyun tidak menjawab dan hanya menyambung makan sarapannya sambil memuncungkan bibirnya. Eomma dan Appanya melihat dan ketawa kecil terhadap perangai kebudak-budakan milik anak mereka.

“Baek… Eomma tahu yang Baek tak mahu perkahwinan ni berlangsung but please… do it for us, eoh? Eomma dan Appa pasti yang hidup Baek akan menjadi bahagia selepas perkahwinan ni. Kalau tentang cinta pertama milik Baek yang lama dulu, tolonglah lupakannya. Eomma tahu yang yeoja tu tak sesuai untuk Baek tetapi Jaekyung adalah satu-satunya pilihan yang terbaik buat Baek. Eomma dan Appa pasti.”

“Arraso…” Baek tahu yang kehidupannya tidak akan berubah kerana dia tahu yang Jaekyung telah pun bersetuju dengan perjanjian yang dilakukan malam tadi. “Baek ke sekolah dulu.” Baek mencium pipi Eommanya dan keluar dari rumahnya, menaiki kereta peribadi miliknya lalu terus memandu ke sekolah. ‘Eomma, Appa, maafkan Baek tapi Baek tak suka dengan yeoja tu jadi, Baek akan hancurkan hidup dia. Baek tak mahu sejarah silam Baek berulang kembali.’ Fikir Baekhyun ketika dalam perjalanan ke sekolah. Setelah tiba di sekolah, Baek masuk terus ke loker bukunya. Laluan hallway tersebut kosong, masih tidak bersesak dengan pelajar sekolah kerana Baekhyun tiba terlalu awal ke sekolah. Baekhyun menuju ke lokernya yang terletak kedua daripada hujung. Baekhyun mengeluarkan buku yang diperlukan lalu terus ke kelas untuk menyambung tidurnya yang tidak cukup akibat memikirkan hal perkahwinannya bersama Jaekyung. Perlu ke dia memberitahu EXO tentang ni? Atau tidak? Aish!!! Buat pening kepala je. Tidak lama kemudian, sekolah mula bersesak dengan pelajar lalu matanya tertutup, membawanya ke alam mimpi.

* * *

Jaekyung berada di taman berdekatan dengan sekolah. Dia tidak mahu masuk ke sekolah lagi sebelum kelas bermula. Dia tidak mahu berhadapan dengan Baekhyun. Jadi, Jaekyung merancang yang dia akan masuk lewat walaupun dengan sengaja. Niatnya hanya ingin mengelak daripada Baekhyun. Apabila jam tangannya menunjukkan jam 7.10 pagi, Jaekyung bangun dari duduk di atas bangku. Dia meneruskan perjalanannya ke sekolah. Jaekyung tiba di pagar utama sekolah tepat jam 7.20 pagi. Dia berjalan masuk ke lobi dan terus ke lokernya. Jalan di hallway kosong kerana kesemua pelajar sudah pun masuk ke kelas masing-masing. Setelah tiba di pintu kelasnya, Jaekyung masih ragu-ragu untuk berhadapan dengan Baekhyun.

“Annyeong!! Jaekyung-ah!!” Jaekyung terkejut dengan nada suara tinggi yang memanggil namanya. Baekhyun juga terbangun dari tidurnya, terkejut. Jaekyung mengangkat kepalanya daripada menunduk dan terlihat Chen sedang menghampirinya. Jaekyung menundukkan semula kepalanya selepas pandangan matanya tertumpu pada Baekhyun yang sedang memerhatikan dirinya. Jaekyung mengangguk kecil apabila Chen berada tepat di hadapannya. Setiap pelajar di dalam kelas terkejut. Apa masalah Chen untuk menegur budak The Loner tu?

“Ermm… Seo Jaekyung-Shi, boleh tak awak lepak dengan kami waktu lunch nanti?” Chen bertanya. Sekali lagi, kedengaran pelajar yang terkejut sambil berkata-kata. Kenapa pula nak ajak yeoja yang hanya terima biasiswa sedangkan ramai lagi yeoja yang lebih kaya daripadanya?

“E-eoh? A-anni… Mianhe…” Jaekyung menundukkan sedikit kepalanya sambil berlalu pergi daripada Chen ke tempat duduknya. Chen mengikuti langkahnya.

“Bolehlah. Bolehlah. Eoh? Jaekyung-Shi! Bolehlah~” Pujuk Chen. Jaekyung duduk di tempat duduknya, masih tidak mengendahkan pujukan Chen. Chen berada di meja Jaekyung dan menundukkan badannya, matanya selaras dengan mata Jaekyung. Jaekyung yang terkejut menundukkan kepalanya, semakin ke bawah supaya rambutnya menghalang pandangan Chen daripada melihat tepat ke matanya.

“We knows everything about you, Jaekyung-Shi, so, better you hang out with us than ignoring me.” Chen berbisik pada Jaekyung dan memastikan hanya mereka berdua yang mendengarnya. Jaekyung mengangguk kecil. ‘Aish!!! Sedalam manalah yang akan saya masuk ke alam pembulian ni?’ Fikir Jaekyung sendirian setelah Chen bersorak keriangan dan pergi ke tempat duduknya. Jaekyung mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Kris, Kris menunjukkan senyuman yang lebih lembut berbanding pertama kali Jaekyung melihat senyumannya ketika pertemuan pertama dua hari lepas. Jaekyung merasakan yang ada sesuatu Kris ingin katakan padanya tetapi… apa dia? Wajah Jaekyung merah selepas mengalihkan pandangan daripada Kris. Kris ketawa kecil dan sambung berbual dengan EXO. Jaekyung menyentuh pipinya dan tersenyum kecil selepas Kris memandang EXO, membelakangi Jaekyung. Tanpa Jaekyung sedari, ada mata yang memerhatikan tindakan Jaekyung sepenuhnya. 'Tch...' dengus pemilik sepasang mata tersebut.

Selang beberapa minit, Miss Kim masuk dan waktu pembelajaran berjalan seperti biasa. Jaekyung berasa pelik, kenapa Baekhyun tak beritahu EXO tentang perkahwinan mereka berdua? Mungkin ingin menyembunyikannya sehingga waktu yang sesuai? ‘Aish! Pabo-yah, Jae! Bukan ke perkahwinan ni hanya 8 bulan? Apa yang awak inginkan melalui perkahwinan ni? Baekhyun bukannya ada menaruh perasaan pada awak. Awak hanya mengalami cinta bertepuk sebelah tangan, Jae-ah…’ Jaekyung mengeluh kecil sebaik sahaja loceng makan tengah hari berbunyi.Jaekyung merancang supaya dia mengemas bukunya dengan secepat mungkin agar dapat lari daripada EXO namun, hari ini bukan hari bertuahnya.

“Jaekyung-Shi! Jangan lari~ Kami tunggu kat atas bumbung tau!” Kai menjerit dari jauh ketika Jaekyung ingin keluar dari kelas secara senyap. Jaekyung sekali lagi, mengeluh tanpa EXO mengetahuinya. Jaekyung berjalan melalui hallway yang bersesak dengan pelajar untuk menuju ke lokernya. Setelah tiba di lokernya sendiri, sebelum membuka loker, Jaekyung memandang loker di sebelahnya. ‘Siapalah pemilik loker sebelah ni? Kenapa saya tak pernah nampak pemiliknya? Bukan ke bagus kalau saya dengan dia jadi k-kawan? Hehe… Jae-ah~ Apa yang kamu fikir ni? Aigoo…’ Jaekyung memasukkan bukunya ke dalam loker dan berlalu menuju ke cafeteria untuk membeli makanan sebelum naik ke atas bumbung.

* * *

Sementara itu, di dalam kelas, terdapat kumpulan EXO yang masih belum keluar dari kelas untuk makan tengah hari.

“Yah! Chen! Kenapa awak ajak si budak Loner tu makan dengan kita?” Baekhyun menyoal Chen yang sedang seronok berbual-bual dengan ahli EXO lain.

“Eoh? Loner? Aigoo… Baek, masih tak kenal dia ke? Dia agak terkenal tau! Kalau awak tengok muka dia, saya pasti yang awak akan jatuh cinta juga padanya. Percayalah!”

“Tch… Siapalah yang hidupnya tak bertuah, dapat si Jaekyung tu jadi yeojachinggu dia. Saya pasti yang sel-sel dalam kepala namja tu dah terputus. Siapa nak yeojachinggu yang kurang bercakap? Atau tak bersosial? Lagi-lag-…Hmph!!!” Kata-kata Baekhyun terhenti apabila tangan Chanyeol menutup mulutnya.

“Baek, jangan cakap macam tu! Sampai hati awak cakap yang Seo Jaekyung macam tu?! Kalau dia dengar, mesti sedih! Kalau dia sedih, mesti EXO sedih… kecuali awak!” Chanyeol melepaskan tangannya daripada mulut Baekhyun setelah mendapat pukulan yang bertubi-tubi daripada Baekhyun di belakang tapak tangannya.

“Yah!!! Aish… Apa istimewanya Jaekyung tu?! Apa yang awak semua nampak pada dia?”

“Semuanya! Dan kami sukakan dia~” Chen jawab. Semua ahli lain ketawa selepas melihat wajah Baekhyun yang menunjukkan dia tidak memperakui jawapan Chen. ‘Semua? Aish… Saya tak nampak apa-apa pun pada Seo Jae-… Si Loner tu. Tch...’ Fikir Baekhyun sendiri.

“Dah! Jom naik~ Kita nak jumpa Jaekyung Noona. Dan saya akan menjadi orang pertama yang menawan hatinya! Annyeong~!” Kai berkata sebelum hilang dari pandangan EXO. Kesemuanya memandang antara satu sama lain dan semangat untuk menang mula menguasai diri mereka lalu mereka keluar, berlari mengejar Kai sebelum tiba di atas bumbung, untuk berjumpa dengan cinta hati mereka kecuali… Baekhyun. Baekhyun yang ditinggalkan keseorangan di dalam kelas, mengeluh. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke lokernya sambil menahan telinganya daripada mendengar jeritan fangirl yang mengaguminya. Baekhyun tiba di lokernya dan memandang sekilas ke arah loker yang berda di sebelahnya, loker paling hujung dan jauh dari lobi. Mengeluh sekali lagi, memasukkan bukunya ke dalam loker, tutup kembali dan menyambung langkah ke atas bumbung. Baekhyun tidak mahu mengambil kisah tentang rakan lokernya walaupun tidak pernah melihat pemiliknya.

Baekhyun berjalan ke arah tangga yang menuju ke atas bumbung. Baekhyun menaiki anak tangga tersebut dan tiba di atas. Dia membuka puntu tangga tersebut dan mendapati yang ahli EXO sedang mengeluh di sana dan sini.

“Eoh? Kenapa pula awak semua ni?”

“Jaekyung Noona tak ada kat sini… Noona tak nak jumpa kami semu-…” Sebelum kata-kata Tao lengkap, pintu di belakang Baekhyun terbuka dan Jaekyung muncul di sebalik pintu tersebut.

“Noona!!” Tao berlari ke arah Jaekyung dan segera memeluknya. Ini membuatkan ahli EXO lain cemburu dengan Tao.

“Aish! Tao-ah! Jangan buat macam tu pada Jaekyung-Shi! Yah!!! Lepaskan dia!!” Kris pula yang naik darah. Jaekyung yang masih kaku dipeluk Tao, terkejut dengan nada suara Kris yang kedengaran seperti marah.

“T-tak apa… S-saya tak kisah.” Jaekyung berkata walaupun masih ragu-ragu. Baekhyun melihat kejadian tersebut. Dia rasa sesuatu menyerang hatinya. ‘Tch… Gatal! Entah dah berapa ramai namja yang dia dah peluk. Sebab tu dia tak kisah. Kenapalah saya diaturkan untuk berkahwin dengan si Loner yang gatal ni?’ Baekhyun berfikir sendiri lagi apabila melihat wajah Jaekyung yang seronok memeluk Tao.

‘Aigoo… dah lama saya tak peluk orang lain selain Eomma dengan Appa. Saya rindu dengan perasaan saya yang suka berkawan. Saya rindu untuk dipeluk sebagai kawan. Hmm… Boleh ke mereka semua ni jadi kawan saya? Tapi… bukan ke yang mereka ni pem… buli?’ Jaekyung berfikir sendirian sambil membalas pelukan Tao.

“Seo Jaekyung-Shi, kami fikir yang awak tak mahu jumpa dengan kami.”

“Anni. Saya pergi beli makanan kat cafeteria sebelum datang sini.” Jakeyung menunjukkan sebuku roti ditangannya kepada Suho, selepas meleraikan pelukannya dengan Tao, menafikan pernyataan Suho sebentar tadi. “Jadi… Err… boleh saya tahu, apa tujuan err… emm… EXO-Shi nak saya duduk makan bersama?” Jaekyung menggaru kepalanya yang tidak gatal, mencari perkataan yang sesuai. EXO ketawa, kecuali Baekhyun. ‘Aigoo… Jay-ah~ You’re cute as always.’ fikir Kris, tersenyum melihat Jaekyung yang tersipu malu.

“Kami nak Jaekyung-Shi duduk bersama kami. Dan kami mahu Jaekyung-Shi jadi kawan kami, ada masalah?” Xiumin melihat Jaekyung. Jaekyung menundukkan kepala, memikir. ‘Pembuli nak berkawan dengan The Loner? Saya tak suka pembuli… Patut ke saya menola-…’ fikiran Jaekyung terganggu apabila Luhan menghampiri dirinya.

“Jaekyung-Shi, awak tak perlu risau. Kami bukanlah sekejam pembuli jalanan. Kami bukannya pembuli sejati. Kami hanya sekumpulan budak-budak yang suka bergurau. Kalau Jaekyung-Shi tidak menyukai perangai kami, kami akan segera mengubahnya. Eoh? So, apa jawapan Jaekyung-Shi?” muka Jaekyung kemerahan. ‘Perlu ke saya terima tawaran mereka untuk menjadi kawan saya?’

“Jaekyung-Shi, kalau Jaekyung-Sh-…”

“Jae… Panggil saya Jae.” Jaekyung memotong kata-kata Lay.

“J-jadi??? Jaekyung-Shi terima kami sebagai kawan Jaekyu-…”

“Jae Noona for you. You have to call me Jae Noona because you’re younger than me, eoh?” Sekali lagi memotong kata-kata tetapi kali ni giliran Kai.

“Omo! Noona!!” Kai pula yang memeluk Jaekyung. Kai mendapat pandangan mata yang menyeramkan oleh hyungnya. Kai meleraikan pelukannya dengan segera. Tanpa mereka sedar, bunyi pintu di hempas tutup, mengejutkan mereka semua. Mereka mendapat tahu yang Baekhyun telahpun hilang daripada pandangan mereka.

“What’s wrong with him?” tanya Sehun.

 

-To Be Continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!!!

Back again~

Sorry late... (as always >.<)

Sekarang ni dah musim naik sekolah, jadi, saya akan update pada masa saya sempat siapkan satu episod.

Please understand me. I'm still a highschool student. :3

BTW, ada sesiapa boleh provide 'graphic' (poster) untuk ff tak? Kalau ada, please PM (private message) pada saya. Saya amat memerlukannya. Kita boleh buat perbincangan melalui PM. Jebal... T^T

And as always... Thank you to the viewers, subscribers (100+), readers, commenters, and upvoters (6)!

Love you all! Also, thanks for the subscriber of 'Only You! [Malay fanfiction]' cause it has reach 215 subscribers! And 7 upvoters! >.< Love it!

If anyone of you haven't read it, please do. Thank you~ (shameless promotion >.<)

That's all! Thank you again!

Annyeong! See you guys again! *throw hearts* Keke~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe