Episod 1

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

 

“Cik Muda, sekarang adalah waktu untuk bangun dan ke sekolah.” Jeon Jaera, 25, salah seorang orang gaji milik keluarga Seo mengejutkan Jaekyung di awal pagi. “Eoh… Gomawo, Eonni.” Jaekyung melihat jam dindingnya yang menunjukkan jam 5.45 pagi.

 

Jaekyung bangun dan menggeliat. Jaekyung fikir, hari ni adalah sama dengan hari semalam dan hari-hari sebelum. Dia mengeluh dan melangkah masuk ke bilik mandi untuk menyegarkan diri sebelum ke sekolah manakala orang gajinya tadi keluar dari biliknya.

 

Jaekyung hidup bersama-sama dengan orang gajinya memandangkan Eomma dan Appa Jaekyung sentiasa ke luar negara atas urusan kerja. Dia sudah menganggap orang gajinya sebagai ahli keluarganya sendiri. Jaekyung ialah anak tunggal kepada keluarga Seo dan tidak mengenali sesiapa pun yang menjadi saudara-maranya. Jaekyung seorang yang pendiam dan kurang bersosial kerana satu sebab. Dia menjalani kehidupannya seperti pelajar biasa. Jaekyung menghadiri ke sekolah yang ternama dan pelajar-pelajarnya adalah di kalangan anak-anak yang lahir dalam keluarga yang berada. Sekolah yang dihadirinya bekonsepkan muzik. Jaekyung belajar bidang nyanyian namun, tiada seorang pun yang pernah dengar suaranya kecuali para pengajar di sekolah tersebut melalui pemilihan untuk kemasukan ke sekolah tersebut. Tetapi kemudian, Jaekyung sangat menyesal kerana masuk ke sekolah tu… XOXO Art Highschool. Dia fikir, pelajar-pelajarnya seperti remaja-remaja lain yang normal tetapi tidak. Mereka gilakan kepopularan. Jadi, Jaekyung menjadikan dirinya sebagai halimunan supaya tidak dibuli oleh queenka dan kingka di sekolah tersebut. Pelajar sekolah itu langsung tidak mengetahui latar belakang kehidupannya sebab dia sentiasa berpakaian normal dan rambut panjangnya menutup sebahagian mukanya. Bagi mereka, Jaekyung ialah salah seorang pelajar yang diberi biasiswa untuk diterima ke sekolah tersebut melalui pemilihan kemasukan. Sebenarnya, dia adalah antara yang paling cantik di sekolah itu. Namun begitu,… seperti yang dikatakan, Jaekyung ialah pelajar halimunan di sekolah jadi, tiada seorang pun yang mengetahui kecantikannya.

 

Jaekyung menapak keluar dari bilik mandi dan menuju ke arah bilik persalinannya yang berada di dalam bilik tidurnya. Dia membelek-belek baju-baju yang ada di dalam almari. Jaekyung mencapai sepasang baju yang tidak terlalu menyerlah dan tidak terlalu seksi. Dia tersenyum dengan pakaian yang menjadi pilihannya hari ni:

 

 Jaekyung menyalin pakaian dan melepaskan ikatan rambutnya. Dia menyikat rambut hitam yang lurus itu menutupi hampir separuh dari wajahnya. Dia memandang sekilas ke arah cermin dan melihat pantulan dirinya dalam cermin dan tersenyum puas. Dia keluar dari bilik selepas mencapai beg sekolah yang berada di dalam bilik belajarnya yang juga berada di dalam bilik tidurnya. Jaekyung menuruni anak tangga ke tingkat bawah dan menyapa orang gajinya dengan sapaan yang ceria. Jaekyung langsung tidak membandingkan tarafnya dengan orang gaji-orang gaji yang berkhidmat di rumah tersebut. Jaekyung mengatur jalan ke ruang makan dan duduk di meja makan. Dengan sepantas kilat, dia dihidangkan dengan sarapan pagi kegemarannya, penkek. Dia tersenyum setelah melihat makanan kegemarannya yang disaluti dengan jem strawberi. Jaekyung mula makan sambil berbual-bual dengan orang gajinya yang sedang membersihkan kawasan dalam ruang makan.

 

“Eonni… Ada apa-apa pesanan daripada Eomma dan Appa?” Jaekyung bertanya kepda Lee Nara, 26, juga salah seorang orang gajinya. “Molla. Eonni tak tahu. Cuba Cik Muda tanya pada Ajumma.” Ajumma, Kim Hyunji, 50, ialah salah seorang gaji yang paling lama berkhidmat untuk keluarga Seo iaitu selama 24 tahun. Jadi, sejak Jaekyung lahir, Ajumma akan menjaganya sepanjang dia berada di rumah. “Gurae? Nanti saya tanya.” Jaekyung senyum ke arah Nara yang juga membalas senyumannya. Tiba-tiba Ajumma muncul dari muka pintu dapur rumah.

 

“Cik Muda, Puan dan Tuan ada hantar pesanan pada awal pagi tadi. Kata mereka, mereka akan pulang dari KLIA, Malaysia terus ke Incheon Airport dan mereka ingin Cik muda untuk menjemput mereka dari sana pada petang ini. Mereka juga ada katakan yang mereka mempunyai suatu berita yang perlu disampaikan kepada Cik Muda.” Ajumma sampaikan pada Jaekyung dan dia mengukir senyuman di wajah. Akhirnya, Eomma dan Appa akan pulang setelah pergi meninggalkan anak mereka untuk 2 bulan di Malaysia. Tetapi Jaekyung tertanya-tanya, apakah berita yang perlu disampaikan hingga perlu pulang dahulu? “Kamsahmnida, Ajumma. Saya baru saja mahu bertanya tetapi Ajumma dah beritahu.” Jaekyung senyum dengan ikhlas kepada wanita yang berumur itu. Jaekyung menyambung memakan sarapannya.

 

“Selamat pagi Cik Muda, kereta sudah disediakan.” Kata Jang Yoojeong, 30, pemandu kereta untuk keluarga Seo. “Selamat pagi.” Jaekyung mengangguk sambil senyum setelah menghabiskan sarapannya. Dia bangun dan menunduk hormat kepada Ajumma dan orang gaji yang lain. “Saya pergi dulu. Jaga rumah baik-baik. Annyeong!” “Cik Muda pun perlu jaga diri juga. Annyeonghaseyo.” Kesemua orang gaji membalas.

 

Jaekyung keluar dari rumahnya dengan hati yang tenang. Dia mempercayai orang gajinya. Dia menaiki kereta milik keluarganya. Yoojeong Oppa memandu kereta dan bertanya. “Cik Muda nak turun belakang sekolah atau tempat biasa?” Jaekyung mengerling ke arah jam tangannya yang menunjukkan jam 6.45 pagi. “Hmm… tempat biasa. Saya ada banyak masa lagi.” Dia menjawab dengan senyuman di wajahnya. Tempat biasa ialah taman yang berdekatan dengan XOXO Art Highschool. Jaekyung sentiasa berjalan kaki ke sekolah jika dia mempunyai ada banyak masa sebelum waktu persekolahan bermula. Lagi satu alasan ialah dia tidak mahu pelajar lain terlihat dirinya menaiki kereta yang mewah. Oleh sebab itu, Jaekyung sentiasa menyuruh Yoojeong Oppa menurunkannya sama ada di belakang sekolah atau di taman berdekatan. Setelah Jaekyung turun dari kereta dan kereta yang dipandu Yoojeong Oppa hilang dari pandangannya, dia terus mengubah reaksi wajahnya daripada wajah ceria kepada wajah yang tak ada perasaan, pocker face.

 

Jaekyung melihat sekeliling dan melihat jam tangannya, menunjukkan jam 6.50 pagi. Dia memulakan langkahnya ke sekolah sambil menyanyikan lagu yang digemari sepanjang perjalanan menggunakan suara yang perlahan namun, dia terus membisukan diri setelah dia menapak di hadapan pagar besar sekolah. Jaekyung hanya melihat kereta-kereta mewah yang masuk ke dalam pintu pagar sekolah untuk menurunkan pelajar. Dia teruskan perjalanannya masuk ke kawasan sekolah dan menuju ke lobi sekolah. Tiba-tiba ada seorang yeoja yang menjerit dan mengganggu ketenteraman yang dimiliki di lobi tersebut sekali gus memecahkan kesunyian pada 7.00 pagi.

 

“Guys!!! EXO dah sampai!! Cepat ke depan lobi!!!” yeoja tersebut menjerit berdekatan dengan telinga Jaekyung. Dalam sekelip mata, kesemua pelajar yeoja hilang dan hanya tinggal pelajar namja yang mungkin tidak berminat. ‘Aish… that yeoja. If my ears bleeding, I’ll sue her. Also those fangirls…’ Jaekyung mengeluh dan meneruskan perjalanan dari lobi ke loker buku miliknya. Jaekyung langsung tak hiraukan sama ada queenka atau kingka di sekolah. Dia hanya hiraukan tentang pembelajaran dan bidang nyanyian yang dia ceburi. Lokernya berada paling hujung dan dia tak pernah tahu siapa rakan lokernya walaupun sudah tiga bulan dia bersekolah di situ. Jaekyung meneruskan perjalanannya menuju ke kelas yang berada di tingkat dua. Dia mengatur langkah dan mengekalkan pocker face yang jelas tertera di wajahnya walaupun tiada seorang pun yang melihatnya.

 

‘Aish… terlupa pula nak ambil earphone dari loker tadi. Tch…’ Jaekyung memusingkan badannya dan tiba-tiba dia terlanggar seorang namja yang sedang berjalan berdekatan dengannya. Ia menyebabkan Jaekyung jatuh terduduk dan buku-buku yang dipegang jatuh berselerak di atas lantai. Dia cepat-cepat menyorokkan semula mukanya dengan rambutnya yang terselak akibat terjatuh tadi. Jaekyung menunduk dan mula mengutip semula buku-bukunya. Jaekyung mendapati yang namja tadi masih berdiri di mana dirinya dilanggar tadi. ‘Tch… Bukannya nak tolong…’ Jaekyung terdengar yang pelajar-pelajar lain mula bercakap-cakap.

“Berani dia melanggar Oppa.”

“Siapa dia? Kenapa saya tak pernah nampak dia sebelum ni?”

“Dia dari kelas mana?”

“Cuba tengok muka Oppa, dia tengah marah kan?”

“Habislah hidup yeoja tu nanti.”

Jaekyung bangun dengan sepantas kilat selepas mengemas buku yang berselerak tadi. Dia mengangkat kepalanya selepas membetulkan rambutnya yang kusut dan mendapati… dirinya sudah masuk ke dalam kesusahan yang akan mendatang. Byun Baekhyun… The Kingka, member of EXO. “M-mianhe.” Akhirnya, Jaekyung mengeluarkan suara buat pertama kali di hadapan umum selepas tiga bulan persekolahan. Jaekyung berjalan menuju ke lokernya semula, berusaha untuk mengelak daripada menunjukkan mukanya pada Baekhyun. “Tch… troublemaker.” Kata Baekhyun lalu meneruskan perjalanannya ke kelas.

 

Ada sesiapa cakap yang Jaekyung tak ambil kisah tentang kingka? Walau bagaimanapun, dia ada crush… Dan namja tersebut ialah sesorang yang dia terlanggar tadi. Apa yang telah dia buat? Apa yang patut dia buat? ‘Bersabar Jaekyung, it’s nothing to be scared of. He will not get revenge on me… right? It’s not a big deal.’ Jaekyung mengeluarkan keluhan yang berat. Dia takut kalau-kalau ada kingka atau queenka yang akan membulinya. Jaekyung risau kalau mereka takkan lepaskan dirinya dari seksaan membuli.

 

Jaekyung meneruskan perjalanan ke kelasnya sambil berjaga-jaga. Jaekyung mempercepatkan langkah ke kelas. Setelah dia tiba di dalam kelas, dia terus menuju  ke tempat duduk yang berada di belakang, penjuru kelas, sebelah tingkap. Jaekyung duduk dan menghela nafas lega. ‘Nasib baik Baekhyun tak belajar dalam kelas yang sama. Kalau tidak…’ Jaekyung mengeluarkan keluhan kecil.

 

Ya, Baekhyun di kelaskan dengan sebelas lagi pelajar lain yang hidup dalam kekayaan yang mungkin orang lain tidak percaya. Keduabelas-duabelas pelajar tersebut di tempatkan di dalam kelas yang istimewa kerana permintaan ibu bapa mereka. Ya… mereka menjadi rapat dan di situlah bermula popularnya kumpulan EXO. Buat pertama kali mereka terkenal di dalam sekolah, Jaekyung langsung tidak ambil kisah namun, kewujudan seseorang dalam kumpulan tersebut mengambil perhatian Jaekyung terhadapnya. Wajahnya yang kacak, matanya yang comel, mukanya yang manis, hidungnya yang mancung, rambutnya berwarna coklat gelap dan mulutnya, kesemuanya tak dapat dilupakan. Sejak tiga minggu yang lalu, Jaekyung mula menyimpan perasaan terhadap Byun Baekhyun. Namun begitu, Jaekyung tahu yang kumpulan EXO akan mempermainkannya jika mereka dapat tahu tentang perasaannya terhadap Baekhyun kerana mereka adalah pembuli yang kacak. Walaupun pelajar-pelajar di XOXO Art Highschool sentiasa dibuli dan menerima pelbagai layanan yang buruk dan teruk daripada EXO, mereka tetap menghormati EXO atas kekayaan yang mereka miliki. Patut ke? Sebab, kekayaan Jaekyung adalah lebih berbanding mereka. Jadi, Jaekyung hanya mendiamkan diri dan memendam perasaannya sendiri tanpa memberitahu sesiapapun. Baginya, lebih baik senyap daripada berfikiran terbuka.

 

Selang beberapa minit, Miss Kim, cikgu sejarah, masuk ke kelas dan seluruh isi kelas memberi hormat kepadanya.

 

“Annyeonghaseyo, Miss Kim.” “ Nae, Annyeong!” Miss Kim tersenyum. “Hari ni, saya ada berita yang mengejutkan buat awak semua. Awak semua boleh masuk…” Dengan itu, pintu kelas mereka terbuka dan ada dua belas namja pujaan ramai masuk ke kelas tersebut. ‘W-what?!’ Semua pelajar yeoja dalam kelas menjerit-jerit keriangan dengan kehadiran namja-namja tersebut… EXO.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! 

First chapter is updated! WOOHOO!!!

Please leave some comment and don't be a silent reader... T^T

Thanks for subscribers (10+), readers, viewer, upvoter and commenters (soon). Keke~

EXO, WE ARE ONE! EXO, SARANGHAJA!

Annyeong~! :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe