Episod 38 & sedikit lagi luahan. T^T

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

Walau apa pun, saya akan sambung episod dulu.

 


“Min…” Minji mengetatkan pelukan pada lengan Myungsoo.

“Anni… Jin Oppa-…” sebelum sempat Minji menyambung kata-kata, Jin ketawa kecil, kecewa.

“Arro… Oppa tahu perkara ni akan berlaku.”

“Opp-…”

“Shh…” Jin menggeleng-gelengkan kepalanya, mengarahkan Minji menutup mulutnya. “Oppa harap Min hidup bahagia.” Jin memberikan senyuman kecil kepada Minji sebelum mengalihkan perhatian kepada Myungsoo yang dari tadinya berdiam diri sambil memerhatikan gerak geri Jin. “Jangan fikir saya lepaskan Minji macam ni je. Bila saya dapat tahu yang awak sakiti Minji, tahulah masa depan awak dan saya takkan teragak-agak untuk dapatkan Minji semula.” Ugut Jin.

“Takkan.” Balas Myungsoo.

“Hmm. Gurae… So,” Jin mengangguk lalu memandang Minji semula. “Mianhe sebab Oppa menyusahkan Min selama ni. Harap Min maafkan Oppa, eoh. Annyeong.” Minji dapat melihat air mata yang bertakung di kelopak mata Jin sebelum Jin melangkah pergi daripada mereka berdua. Myungsoo dan Minji berdiam diri untuk seketika.

“Masih tak terlambat untuk kembali pada di-…”

“Anni.” Minji memotong kata-kata Myungsoo lalu memandang wajah Myungsoo yang sedang memerhatikan wajahnya. “Saya dah buat keputusan yang terbaik melainkan…” Minji memandang ke arah pasir di bawah. “Awak yang nak saya kembali pada dia.” Myungsoo tersenyum.

“Tak mungkin saya akan lepaskan awak.” Mereka berdua berjalan di gigi pantai bersama sambil berkongsi cerita antara satu sama lain.

* * *

“Hyung… mana Min, L, Baek dengan Jae?” Kai bertanya kepada Kris yang sepertinya sedang termenung sendirian.

“Siapa tahu?” Kris ketawa kecil. Sepertinya hanya dia seorang yang memahami keadaan, meninggalkan sekumpulan besar itu tertanya-tanya keberadaan keempat-empatnya.

* * *

“Morning. Rise and shine, Jae-ah.” Ujar Baekhyun sebaik mata isteri kesayangan yang ditatapnya terbuka menandakan Jaekyung sudah sedar dari tidur. Selepas berdua-duaan tanpa pengetahuan lain, mereka masuk ke dalam bilik secara senyap. Kini, hanya Baekhyun dan Jaekyung yang masih tidak mengetahui hubungan Minji dan Myungsoo sudah lebih dari seorang kawan. Jaekyung senyum.

“Morning.” Baekhyun membalas senyumannya.

“Kaja. Kita pergi sebelum yang lain tahu.” Jaekyung mengangkat keningnya.

“Sekarang pukul berapa?”

“Tujuh.”

“Awalnya! Nak ke mana awal-awal pagi ni?” Baekhyun memuncungkan bibirnya. “A-arraso…” kata Jaekyung, gagap setelah melihat kecomelan suaminya. Baekhyun tahu kelemahannya kini. Baekhyun tersengih.

“Jae mandi dulu. Kita keluar lepas pukul 8. Eoh?” Baekhyun mengangkat kedua-dua belah keningnya kepada Jaekyung.

“Hmm.” Jaekyung menjawab sebaik dia bangun dari posisi baringnya.

“Jamkkan.”

“Wae?”

“Jae… nak menyorok lagi ke?” Jaekyung melihat suaminya yang berada dalam kegelisahan.

“Mungkin… untuk hari ni. Tak.” Jaekyung dapat melihat senyuman yang terbentuk pada wajah suaminya.

“Arraso.” Baekhyun menunjukkan senyuman kepada isterinya yang juga membalasnya.

* * *

“Jae, kaja?” Baekhyun mengajak isterinya untuk keluar dari bilik hotel mereka. Mereka telah pun bersiap untuk keluar bersiar-siar bersama.

“Ah!” Baekhyun memandang Jaekyung yang sedang sibuk menyelak rambutnya supaya menampakkan wajahnya kerana setelah sekian lama dia tidak keluar tanpa menyorokkan wajahnya. Baekhyun senyum kecil.

Sebaik mereka berdua melangkah keluar bilik, Jaekyung memandang kiri dan kanan sambil berharap tiada sesiapa dari XOXO High yang terlihat mereka keluar bersama dari satu bilik yang sama. Keluhan kecil dihela Jaekyung sebelum disedari Baekhyun. Dengan langkah yan berhati-hati, mereka berdua turun ke tingkat bawah dengan menggunakan lif. Mereka keluar dan sekali-lagi dengan langkah berhati-hati, keluar dari kawasan hotel menuju ke kereta persendirian milik keluarga Seo dan pemandunya yang baru sahaja Baekhyun hubungi sebentar tadi. Mereka masuk ke dalam kereta dan kedua-duanya menghela nafas yang berat setelah mendapat tahu yang mereka berdua telah selamat dari pandangan para pelajar XOXO High yang berkemungkinan besar akan menyebarkan hal tersebut. Apa yang mengecewakan, ada beberapa pasang mata yang telah menjadi saksi kejadian tersebut.

“Yah! Tak pernah dengar pun yag Seo Jaekyung bercuti kat sini? Lagi-lagi satu hotel dengan kita!” salah seorang yeoja dari kalangan tiga orang itu bersuara.

“Shhh! Wait… Byun Jaekyung lah!” satu-satunya namja pula berkata. Tiba-tiba, satu lagi yeoja mengeluarkan bunyi yang pelik. Namja dan yeoja tadi memandang yeoja tersebut.

“Ada sesuatu yang saya rasa aneh!” ujarnya.

“Huh? Apa?” namja itu bertanya.

“Kita perlu dapatkan kepastian!”

“Maksud?” yeoja yang satu lagi masih tidak memahami keadaan sebenar.

“Siapa yang rapat dengan Seo Jaekyung si Loner tu selain EXO dengan INFINITE?” yeoja yang telah sedar sedikit sebanyak tentang hal sebenar mengabaikan rakannya yang masih berfikir panjang.

“Apa kena mengena denga-… huh?!! Maksudnya-…?!!!” satu-satunya namja itu pula sedar perkara yang sebenar, meninggalkan seorang lagi rakan mereka ‘clueless’.

“Mwoh? Apa yang awak berdua cakapkan ni??”

“Ah! Saya tahu! Minji! Gong Minji. Somehow, dia dah bersama dengan Kim Myungsoo dari INFINITE.” Namja itu menyambung lagi, tidak menghiraukan rakannya yang ingin tahu.

“Gurae… Awak fikir apa yang saya fikir?” yeoja yang sedang memikirkan perkara yang namja tersebut juga terfikir.

“Hmm.” Namja itu menganggukkan kepalanya.

“Kaja.” Yeoja tersebut mengajak lalu mereka berdua berlalu pergi meninggalkan seorang lagi teman mereka di tempat kejadian.

“Yah! Saya pun nak fikir apa yang korang fikir!!” dengan itu, dia mengekori rakannya yang lain walaupun masih tidak memahami sepenuhnya. Lembap…

* * *

“Baek! Tengok tu!!” Jaekyung menjerit kecil kepada suaminya. Mereka berada di Taman Haiwan. Bagi Jaekyung, dia sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke tempat-tempat seperti itu. Baekhyun tersenyum dengan kerenah isterinya yang sedang menikmati saat bersama dengannya.

“Omo!” mereka berdua terdengar suara yang datang dari arah belakang mereka berdua. Dengan pergerakan yang lembut, mereka memandang ke belakang dan di sambut dengan beberapa orang pelajar dari XOXO High. “Dah agak dah!” salah seorag yeoja yang seperti sama seperti suara pertama yang mereka terdengar tadi. “Baek Oppa dengan isteri dia!” Dia menyatakan sesuatu hal yang sudah jelas.

“Err…” Baekhyun dan Jaekyung kematian akal. Mereka fikirkan yang merek sudah lari jauh dari hotel dan keadaan mereka selamat namun, mereka tidak menyangka ada yang berada di tempat yang sama mereka berada.

“Kan??!!”

“Ya.” Jaekyung menjawab, malu.

“Omo! Awak berdua pasangan yang sepadan! Memang sesuai awak berdua disatukan!” seorang lagi bersuara.

“Eh? Hurmmm…” sekali lagi, mereka kematian kata-kata. “G-gomawo?”

“Ne! Sebenarnya, boleh kami bergambar?? Susah kami nak jumpa awak berdua ketika luar sekolah!”

“N-ne…” mereka semua bergambar dengan pasangan suami isteri yang janggal itu. Sebaik mereka semua pergi meninggalkan mereka berdua, Baekhyun melihat isterinya yang kelihatannya sedang merehatkan ketegangan otot di dalam badannya.

“Jae-ah, gwenchana?”

“Eoh?” Jaekyung melihat Baekhyun dan kemudiannya tersenyum. “Hmm.” Anggukan kecil diberikannya kepada Baekhyun.

“M-mianhe sebab kita tak sepatutnya jadi tumpuan u-umum…” Baekhyun menundukkan kepalanya. Terasa bersalah kerana dia mahukan Jaekyung keluar sebagai isterinya dan bukan ‘The Loner’.

“Anni! Gwenchana!” senyuman ikhlas terbentuk di bibir Jaekyung “Jae rasa… dah tiba masa untuk kita dedahkan hubungan kita.”

“J-jinjja?!! Jeongmalyo??” mata Baekhyun membulat sambil melihat isterinya yang meganggukkan kepalanya, tanda mengiyakan segalanya. “G-gomawo!” Baekhyun dengan umumnya memeluk Jaekyung tanpa perasaan ragu-ragu. Wajah Jaekyung kemerahan.

“E-eoh…” walau apapun, Jaekyung menikmati dakapan yang selesa dari Baekhyun, suaminya.

* * *

“Yettera! Tengok ni!” Sunggyu menunjukkan sesuatu kepada sekumpulan besar yang sedang berada di café tidak jauh dari hotel yang mereka duduk.

“Mwoh?” Luhan mengambil lihat pada skrin telefon bimbit milik Sunggyu. “Ehh??!”

“Wae? Wae? Wae?” Xiumin pula melihatnya. “Woah?!” Dengan rasa ingin tahu, yang lain juga berebut untuk melihat sesuatu yang membuatkan mereka terkejut. Lidah mereka kelu. Gambar yang ditunjukkan oleh Sunggyu ialah gambar yang di hantar di dalam group SNS XOXO High di mana Jaekyung dan Baekhyun ada bersama di dalam gambar tersebut dan dikelilingi dengan beberapa orang pelajar daro XOXO High.

“Dia orang keluar sama-sama?” Lay bersuara setelah beberapa saat sekumpulan besar itu berdiam diri untuk menyerap berita yang mengejutkan itu di dalam kepala mereka.

“Hmm…” mereka yang lain mengangguk-anggukkan kepala mereka.

“Patutlah dia cakap nak berehat! Nak luangkan masa bersama rupanya! Aish…” Chanyeol mengomel.

“Erm… EXO-deul, INFINITE-deul, Minji-ssi.” Mereka yang disebut mengangkat pandangan mereka melihat ke arah di mana mereka dipanggil. Kelihatannya 2 orang yeoja dan seorang namja sedang berdiri berhampiran mereka semua.

“Ne?” Suho bertanya, ragu-ragu.

“Erm… K-kami nak tanya, mana S-Seo Jaekyung dan By-Byun Baekhyun?” salah seorang yeoja bertanya.

“Hmm? Wae? Ada masalah ke?” suara Myungsoo jelas menyatakan yang dia sedang risau pendedahan identiti Jaekyung.

“Anni… Somehow, kami dah tahu hal yang sebenar.” Namja pula bersuara. Sekumpulan besar itu berdiam diri. Terkedu.

“M-macam mana-…”

“Kami nampak mereka berdua keluar sama-sama pagi tadi. So… Kami terfikir yang Seo Jaekyung The Loner tu… ialah Seo-… Anni… Byun Jaekyung…” Kris dapat rasakan ketegangan di kawasan mereka.

“Jadi…?” Kris mencuba untuk bersuara tanpa gagap.

“Kami fikir yang kami dah buat banyak salah terhadap S-… Byun Jaekyung.” Yeoja tadi bersuara. Seorang lagi yeoja hanya berdiam diri. Dia juga terkejut dengan berita tersebut. Kenapa rakannya terfikir tentang perkara tersebut dan bukannya dia? Mereka diam untuk seketika. “Kami nak Jaekyung mengaku yang mereka adalah pasangan suami isteri dan identiti sebenarnya.”

“Apa yang awak rancang?” Suho berasa tertarik dengan idea tersebut.

“Kami akan-…”

* * *

“Uwah!! Baek! Tengok tu!!! Jom naik!” Jaekyung melihat ‘Viking’ di Taman Tema. Jaekyung menarik lengan Baekhyun yang dari tadinya tersenyum lebar. Mereka meluangkan masa bersama dengan penuh keseronokan. Mereka langsung tidak mengetahui yang mereka sedang menjadi topik untuk perbualan hangat bagi seluruh pelajar XOXO High di café hotel.

* * *

“Eotte?” yeoja itu menamatkan kata-katanya di hadapan pelajar-pelajar XOXO High.

“Heol! Daebak! Tapi… tak sangka kami dah pulaukan orang yang salah.” Kedengaran seorang namja bersuara.

“Keuchi? Aigoo… Ottohkaji?” lagi, bersuara.

“Molla… Kalau kami tahu, dah lama kami langkah ke depan sebelum Byun Baekhyun.” Lagi.

“Hmm…” kesunyian berlegar di café hotel memandang hanya pelajar-pelajar XOXO High sahaja yang ada di situ.

“So, setuju?”

“Ne!!!” kesemuanya menyahut. Dengan itu, EXO, INFINITE, Minji, Kyungmi, Haera dan Raena tersenyum.

“Yah… Saya ke tandas sekejap, eoh?” Haera mengangguk, dan Kyungmi terus pergi ke destinasi yang ingin di tuju. Sepanjang perjalanan untuk ke tandas, fikiran Kyungmi melayang sehinggakan dia tidak perasan bahawa ada seorang namja yang juga tidak menumpukan perhatian sambil mendengar lagu melalui MP3nya dan akhirnya mengakibatkan kedua-duanya bertembung antara satu sama lain. Kyungmi dan juga namja tersebut terjatuh. Kyungmi jatuh meniarap di atas namja tersebut. Wajah Kyungmi kemerahan apabila dia menyedari wajahnya betul-betul berhadapan dengan wajah namja yang kacak tersebut. “E-eoh… M-Mianheyo…” cepat-cepat Kyungmi bangun dan menstabilkan semula dirinya. Dia ternampak MP3 namja tersebut berada berdekatan dengan kakinya lalu menunduk dan mencapainya. Sebaik namja itu bangun dengan stabil, Kyungmi menghulurkan MP3 itu.

“Gwenchana… Gomawo.” Namja itu mencapai MP3nya.

“Ah! Awak ni… Jin? Jin Oppa?”

“Ehh? Macam mana-… Ahh… awak kawan Minji?”

“N-ne…” Kyunmi tidak tahu tetapi apabila berhadapan dengan Jin seperti ni, membuatkan hatinya berdegup kencang dan pertuturannya tidak lancar.

“Hmm… Saya fikir, kita tak berkenalan dengan baik lagi. Erm… Saya Jin, Kim Seokjin. Ex-namjachinggu Minji.” Entah kenapa, bagi Jin, dia perlu menyatakan yang dirinya ‘single’ kepada Kyungmi.

“E-eoh… K-Kyungmi imnida.”

“Single?” kini, wajah Jin pula yang kemerahan. Kenapa tanya macam ni?! Pabo, Jin!

“N-ne… chesonghamnida… tapi saya perlu pergi.” Sudah tidak dapat menahan kemerahan di wajahnya, Kyungmi mahu pergi. Selepas menunduk hormat, dia berlalu pergi tetapi tidak sebelum Jin mencapai pergelangan tangannya membuatkan dia menghadap Jin semula.

“Kita akan jumpa lagi… kan?”

* * *

“Ahh… penatnya~” Jaekyung dan Baekhyun sedang duduk di tepi tasik. Kepenatan setelah satu hari berjalan bersama-sama.

“Eoh?! Dah pukul 6.30!” Baekhyun berkata sambil melihat jam tangannya.

“Jinjja?!” Dengan itu, mereka kembali ke hotel dengan tergesa-gesa. Setelah tiba di hadapan pintu gerbang hotel, sekali lagi, dengan langkah yang berhati-hati, mereka berdua memasuki lif untuk ke tingkat atas agar dapat bersiap sebelum night prom tersebut bermula. Tepat jam 7.10 malam, mereka berdua telah pun bersiap dalam pakaian yang berkonsepkan ‘elegant’. Jaekyung melihat suamiya yang ber’suit’ putih. Senyuman terukir di bibir Jaekyung. “Baek… Awak Nampak kacak malam ni.”

“Gomawo. Tapi Jae, awak tak kurangnya.” Baekhyun melihat Jaekyung yang ber’dress’ putih, tepat dengan konsep ‘elegant’. Jaekyung masih berkeputusan untuk masih menyembunyikan wajahnya.

“Ehh? Saya kacak?”

“Anni! Aish…” mereka tertawa bersama. “Jae, dah siap?”

“Eoh…” mereka berdua keluar dari bilik bersama. Mereka tahu yang mereka tidak akan dilihat pelajar lain kerana mereka sudahpun berada di dewan untuk memulakan acara night prom sekali gus menyampaikan hadiah untuk pemenang.

“Dia orang dah sampai!” Jerit salah seorang yeoja yang berada di pintu dewan setelah terlihat Baekhyun dan Jaekyung sedang berjalan ke arah pintu dewan.

“Okay, guys!! 3, 2, 1, ACTION!” Jerit Suho.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong. ^.^

So, disini, saya nak cakap lagi.

Selain dia mengaku yang ff ni dia punya... dia ada cakap macam ni kat dalam FB:

WARNING!!

-Jangan Sesekali Buat FF Korang Menggunakan Konsep Yang Saya Buat ! Tahu Tak Bertapa SusahNyer Nak Cari Idea Mcm Ni And Then U Senang Senang Nak Tiru ! Sama Jugak Dengan Character Ff Korang ! Bila Saya Buat Baekhyun And Ulzzang Girl,Semua Sebok Nak Buat ! Sebelum Ni Tak De Pulak Korang Nak Buat Character Baekhyun And Ulzzang Girl! I'm Warning You! Don't You Dare To Copy My Concept Story Or Character!

Ada ke patut? Woi! Ni citer kau ke?? Kau jangan sampai aku cakap macam ni kat kau! kau tu sape nak warning2 orang?? Blahlah! ISH! Geram aku... Sabo jelah. BY THE WAY, GUYS.... SAYA TAK PERNAH POST CITER NI KAT MANA-MANA SELAIN AFF. JIKA TERJUMPA DI MANA-MANA, TOLONG BERITAHU SAYA DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN. 

Korang nak sangat perhatian kannnnn??? Dah dapat perhatian dah! Sekarang, tolong munculkan diri kau! Jgn sampai aku ckp yg bukan2 kat dalam group FB tuu!!!! 

So...

Ok, thanks kepd pembaca! :3

Thanks to;

Subscribers~ (650+ wuu~ Hello subs baru! ^^)

Upvoters~ (38! Thanks a lot~!)

Readers, Commenters and Everyone!

Thanks a lot!

Let's love~~ (/^_^)/ ~~<3 <3

Annyeong!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe