Episod 2

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

 

“Mereka akan belajar di dalam kelas kita sementara kelas mereka dalam proses membaik pulih. Walaupun mereka ni berlainan umur tapi, mereka belajar dalam kelas yang sama, kan?” Kesemua namja tadi mengangguk setuju. “Boleh mereka belajar dalam kelas kita untuk sementara ni? Mereka akan berada dalam kelas kita untuk beberapa bulan.”

“Of course! Duhh~”

“KYAA!! Oppa, sit beside me okay?”

“No!!! Beside me!!!” Miss Kim mengeluh.

 

“Now please, introduce youself, guys.” arah Miss Kim.

 

“Hello, I’m Xiumin.” Salah seorang daripada mereka bersuara, Kim Minseok, 21. Dia ialah yang paling tua dalam kumpulan ni. Rupanya comel dan pipinya tembam. Ramai yang menggelarkannya Baozi Oppa. Walaupun comel, don’t judge a book by its cover sebab, dia ialah antara yang suka membuli.  Sepertinya dia berasa bosan untuk berada di dalam kelas tersebut? Mungkin…

 

“Hi, I’m Luhan.” Seorang lagi bersuara. Xi Luhan, 21, ialah seorang yang lemah lembut namun, dia tak pernah melayan para pelajar dengan baik. Well, just say, he’s the same with the others. Who knows their real attitude? Tch…

 

“Kris.” Another cold-hearted namja is talking. Wu Yi Fan, 21, juga seorang pembuli yang suka membuli pelajar yang lemah. Hmm… Siapa yang kisah?

 

“Suho imnida.” Namja tersebut memberi hormat. Kim Joonmyeon, 20, ketua kumpulan EXO, anak pengetua sekolah XOXO Art Highschool, tetapi perangainya tak dapat dipastikan kerana dia seorang yang baik walaupun tak membuli dan tidak melayan pelajar lain dengan baik namun, dia tetap setia berkawan dengan EXO. Ada apa-apa rahsia ke kumpulan EXO ni?

 

“Hey! I’m Lay.” This namja is quite cute… on the outside but… such a bullies… Tch… That Zhang Yixing guy, 20.

 

“Baekhyun.” Muka Jaekyung merah di sebalik rambut panjang yang menyembunyikan wajahnya sebaik saja Byun Baekhyun mengeluarkan suaranya. Baekhyun seorang yang Jaekyung kurang pasti personalitinya. Jaekyung selalu nampak dia menolak permintaan keramaian yeoja yang mengajaknya keluar. Baekhyun selalu menunjukkan tidak minatnya terhadap sesuatu melalui reaksi wajahnya ataupun… tidak… Jaekyung langsung tak pernah nampak dia tersenyum apa lagi pelajar lain? Always pocker face. Namun, Jaekyung sendiri kurang pasti tentang apakah tarikan daripada Baekhyun sehingga dia boleh terjatuh hati padanya?

 

“Annyeonghaseyo, Chen imnida.” Kim Jongdae, 19,  memberi tunduk hormat. Jaekyung dengar yang Chen ni seorang yang suka bergurau. Well… bullies are still bullies, right?

 

“Hello guys! I’m Chanyeol!” Park Chanyeol, 19,  melambaikan tangannya ke arah pelajar dalam kelas. Dia ialah yang paling ceria antara mereka. Suaranya yang garau dapat mencairkan hati ramai yeoja. But still… bullies.

 

“Annyeonghaseyo, Do Kyungsoo, D.O imnida.” Do Kyungsoo, 18, matanya kelihatan seperti burung hantu. Besar(!) Bibirnya berbentuk hati. D.O selalu tersenyum dan ia menampakkan dirinya yang paling baik. Walaupun Jaekyung tak pernah nampak D.O membuli, dia tetap tak nak memberi pendapat yang D.O baik. Still, they’re all friends, right?

 

“Hello, Tao imnida.” Huang Zitao, 18, this namja… quite good in wushu. He’s handsome and cute at the same time. He is a bully along with the others.

 

“Kai.” Namja ni memberi tunduk hormat sambil mengekalkan cold-hearted facenya. Kim Jongin, 17, Jaekyung tak faham, kenapa dia ni boleh belajar benda yang umur 19 tahun punya pembelajaran? Adakah dia ni seorang yang pintar? Hmm… sekarang Jaekyung rasa sangat curious terhadap kumpulan ni.

 

“Sehun imnida.” Oh Sehun, 17, the maknae. Cute though. But he’s the same with that Kai guy, are they really smart?

 

Senang kata, mereka semua ialah pembuli yang amat dikenali ramai dalam sekolah namun, tiada seorang pun yang berani untuk mengadu kepada para tenaga pengajar sekolah tersebut. Setiap hari, mereka rela dibuli daripada melihat namja kegilaan ramai itu dibuang sekolah.

 

“Baiklah, awak semua boleh duduk di mana-mana sahaja yang kosong. Saya akan memulakan pembelajaran sebentar lagi. Alright, class! Open text book Topic 5.” Miss Kim bersuara setelah dubelas namja tersebut memperkenalkan diri. Mata Jaekyung melihat seorang daripada mereka dan cepat-cepat menunduk apabila namja yang diperhatikan tadi melihatnya, Baekhyun.

 

‘Bukan ke tu yeoja yang langgar saya tadi? Hmph… siapa kisah?’ Baekhyun berfikir sendirian dan menuju terus ke tempat duduk kosong yang jauh daripada Jaekyung.

 

Kris melihat Jaekyung dan terasa sesuatu yang merasuk dirinya. Kris berjalan ke arah Jaekyung lalu terus duduk di tempat duduk kosong sebelahnya, manakala, member yang lain duduk di tempat kosong lain. Jaekyung mengangkat kepala dan mendapati yang Kris melihat dirinya dan tersenyum jahat kepadanya. Jaekyung terkejut dengan tidakan Kris. Mungkin dunia pembulian akan dimasuki… tak lama lagi…

 

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Tetapi Jaekyung dapat rasakan ada seseorang yang memerhatikan dirinya sepanjang sesi pembelajaran berlalu. Jaekyung melihat sekeliling memandangkan dia duduk di penjuru belakang kelas, baginya, senang untuk memerhatikan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut. Namun dia mendapati yang tiada seorang pun yang memandang ke arahnya. Tiba-tiba Jaekyung melihat ke sebelah kanannya dan Kris sedang melihatnya tanpa menumpukan perhatian kepada pembelajaran.

 

Jaekyung mengalihkan pandangannya ke depan semula selepas melihat muka Kris yang mengerikan tadi. Jaekyung mencuba untuk menumpukan perhatian namun, perasaan ni mengganggu tumpuannya. ‘Apa yang dia nak? Dia kenal saya ke? Apa yang saya dah lakukan pada dia? Apa masalah dia?’ Macam-macam persoalan yang muncul di dalam kepalanya yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.

 

Kini tiba waktu untuk keluar dari kelas, sesi makan pagi atau dikenali sebagai rehat untuk sebentar selama 20 minit dari jam 9 hingga 9.20 pagi. Jaekyung mengemas barang-barangnya tanpa menghiraukan mata Kris yang masih setia melihat dirinya. Jaekyung keluar dari kelas secepat yang mungkin sebelum sesiapa pun yang perasan tentang kehilangannya… kecuali Kris. Kris hanya mengekori pandangannya ke arah langkah Jaekyung yang menuju ke luar kelas.

 

Setelah Jaekyung hilang dari pandangan Kris, Tao mendekati Kris. “Hyung, tengok siapa tu?”

 

“Yelah… Dari tadi saya nampak hyung ada tengok seorang yeoja. Ada apa-apa yang hyung nak terangkan?” Kai juga mula bersuara. Mereka berasa pelik sebab hyung mereka berperangai pelik sejak masuk ke kelas tu.

 

“Anniya… Hyung rasa macam pernah nampak je yeoja tu. Macam kawan… tadika?” Kris ketawa kecil. Dongsaengnya juga ketawa. Anni… bagi Kris, dia betul-betul percaya dirinya bahawa dia amat mengenali Jaekyung. Tapi, apa hubungan mereka berdua? Hmm…

 

Setelah 20 minit Jaekyung berada di luar kelas, tidak mahu menimbulkan diri, Mr. Lee sedang dalam perjalanannya ke kelas mereka jadi, Jaekyung bergegas masuk semula ke dalam kelas. Namun, Kris yang perasan akan kehadiran Jaekyung semula memerhatikan langkah Jaekyung hinggalah dia duduk di tempat duduknya semula. Kris bangun dan ingin menghampiri Jaekyung tetapi Mr. Lee masuk dan membantutkan kemahuan Kris. 'Apa masalah Kris? Tch…' Jaekyung terlalu takut untuk memasuki alam pembulian yang dia sendiri akan laluinya tanpa sokongan rakan kerana dia ialah seorang 'The Loner'. Jadi, dia cuba untuk menjauhkan dirinya dari dunia pembulian di sekolah dengan sedaya upayanya.

 

Kini tiba waktu petang, 4.00 petang, waktu untuk balik!! Jaekyung bersorak keriangan sendirian dalam kepala. Betapa gembiranya dia. Dia fikir yang hari ni ialah hari seperti hari sebelum tetapi tidak. Kris tidak mengalihkan pandangan matanya pada Jaekyung dan membuatkan Jaekyung berasa tidak senang duduk pada sepanjang hari ni. Jaekyung selalu menghindari diri dari Kris. Selain itu, hari ni dia dapat memerhatikan crushnya dengan lebih lama. Mukanya akan menjadi merah di sebalik rambut setiap kali Baekhyun memandang ke arahnya walaupun Jaekyung tahu yang dia hanya mahu memandang Kris.

 

Jaekyung tersenyum sendirian di taman berdekatan dengan sekolahnya, menunggu Yoojeong Oppa untuk menjemput pulang ke rumah. Jaekyung berfikir sejenak agar dapat menentukan pakaiannya untuk menyambut kepulangan Eomma dan Appanya sebentar lagi di Incheon Airport. Selang beberapa saat, kelihatan kereta yang dipandu oleh Yoojeong Oppa menghampirinya. Jaekyung menaiki kereta tersebut dan bertolak pulang ke rumah.

 

“Oppa, Eomma dan Appa dah sampai Incheon Airport ke belum?” Jaekyung bertanya semasa dalam perjalanan balik.

 

“Anni… Kata Ajumma, dalam masa satu jam lagi. Jadi, dalam 10 minit sebelum pukul 5.00 petang, kita perlu tiba di sana, eoh?”

 

“Hmm… Nae! 30 minit nanti, Oppa panggil saya eoh?”

 

“Baiklah Cik Muda.” Yoojeong Oppa senyum.

 

Setelah tiba di rumah milik Keluarga Seo:

 

 

Jaekyung terus bergegas ke dalam bilik untuk bersiap. Dia rasa tidak sabar untuk menyambut kepulangan kedua orang tuanya. Dia menukar imejnya. Jaekyung memakai baju dress hitam dan memadankan dengan jaket kelabu labuh. Dia menyikat rambut ke belakang dan mengikatnya.:

 

 

Jaekyung berpuas hati setelah melihat pantulan dirinya di dalam cermin. Yoojeong Oppa telah pun memanggil dirinya untuk keluar dan bertolak ke Incheon Airport.

 

 

* * *

 

 

Setelah tiba di Incheon Airport, Jaekyung mengerling ke arah jam tangannya, jam 4.48 petang. Dia melihat sekeliling. Hmm… Eomma dan Appa belum sampai lagi. Jaekyung mengatur langkah ke Hello Kitty Café di dalam lapangan terbang tersebut. Dia memesan Americano untuk meluangkan masa menunggu Eomma dan Appa. Jaekyung berjalan ke tempat duduk di dalam café tersebut. Dia berasa menyesal pula kerana menolak pelawaan Yoojeong Oppa untuk menemaninya sementara menunggu Eomma dan Appa tetapi, dia tidak mahu menyusahkannya dan meninggalkan Yoojeong Oppa di dalam kereta serta menyuruhnya berehat. Jaekyung mengeluh. Bosan.

 

Tiba-tiba mata Jaekyung dapat melihat sesuatu atau seseorang yang dia amat kenali di dalam Charlie Brown Café. Charlie Brown Café tu tak jauh daripada Hello Kitty Café, di mana dirinya sedang berada sekarang. 'Bukan ke tu...' Jaekyung berfikir. Dia memerhatikan setiap pergerakan namja itu… Byun Baekhyun. ‘Apa yang dia buat kat sini? Kenapa dia asyik muncul di depan mata sepanjang hari ni? Apakah sebab disebalik setiap kebetulan pada hari ni?’ Jaekyung berfikir sendirian. Americano yang dipesan tadi, dihidangkan kepadanya. Jaekyung meminum Americano tersebut sambil pandangan matanya masih melekat pada Baekhyun.

 

Baekhyun ber t-shirt hitam dan berjaket hitam berlengan putih. Seluarnya juga hitam serta dilengkapkan dengan topi hitam dan cermin mata berbingkai hitam. Jaekyung mengakui bahawa Baekhyun amat kacak dan comel ketika itu. Kebiasaannya dia akan nampak yang Baekhyun mencacakkan rambut coklat gelapnya dan pakaiannya akan menarik perhatian pelajar di sekolah. Kini, dia dapat melihat Baekhyun yang luar biasa:

 

 

Jaekyung tersedak dan terbatuk kecil apabila Baekhyun bangun dari tempat duduknya dan membayar minuman yang diminumnya tadi. Baekhyun keluar dari Charlie Brown Café dan sepertinya menuju ke Hello Kitty Café. Jaekyung mula resah tetapi dia mengekalkan imej ‘cool’nya sambil minum Americanonya. Mata Baekhyun memerhatikan Jaekyung. Jaekyung mencuba untuk mengalih pandangannya ke tempat lain. Sebelum Baekhyun tiba di hadapan Hello Kitty Café, Baekhyun menukar arah dan masuk ke tandas lelaki berdekatan dengan café yang Jaekyung berada. Jaekyung mengeluarkan keluhan yang berat selepas Baekhyun hilang dari pandangannya. Dia bangun dan membayar Americano di kaunter.

 

Jaekyung keluar dari Hello Kitty Café secepat yang boleh sebelum Baekhyun keluar dari tandas tadi. Dia terus menuju ke tempat di mana penumpang akan lalu selepas penerbangan. Dia melihat jam tangannya, 4.58 petang. Jaekyung tersenyum sendirian di tempat menunggu tanpa menghiraukan para pengunjung lapangan terbang tersebut yang memuji kecantikannya. Dia sudah tidak sabar untuk menemui Eomma dan Appa yang sudah dua bulan tidak bersua.

 

Selepas beberapa minit, laluan di mana dia menunggu tadi mula bersesak dengan penumpang yang mungkin baru pulang dari luar negara ataupun baru pulang ke nagara mereka semula. Jaekyung setia menunggu Eomma dan Appa. Jaekyung nampak sepasang suami isteri tersebut berjalan bersama-sama dengan sepasang lagi suami isteri yang tidak dikenali. Jaekyung tidak mahu mengganggu perbualan mereka yang rancak. Dia menunggu masa yang sesuai untuk menerpa ke arah Eomma dan Appa. Selepas mereka menamatkan perbualan dan berpisah, Jaekyung menghampiri Eomma dan Appa lalu terus memeluk mereka. Jaekyung langsung tidak mengiraukan pandangan mata yang melihatnya dengan kehairanan.

 

“Eomma! Appa! Jaekyung rindu sangat dengan Eomma dan Appa! Selamat pulang dengan selamat!” Jaekyung berkata dan keriangan yang dirasai terserlah melalui nada suaranya.

 

“Eoh. Anak Appa apa khabar?”

 

“Of courselah sihat!”

 

“Sihat? Eomma nampak macam anak Eomma ni makin kurus. Jaekyung perlu makan banyak. Jangan jadi terlalu kurus sampai orang nampak yang anak Eomma ni tinggal kulit dan tulang je. Nanti, tak ada yang nak berkahwin dengan anak Eomma. Kesian Eomma dan Appa. Siapa yang nak uruskan syarikat kalau anak kami tidak berkahwin?” Hmm… Eomma mula berleter tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

 

“Arraso, arraso! Jom balik. Yoojeong Oppa dah tunggu lama kat kereta.” Jaekyung sudah tidak sanggup untuk menadah telinga dan menyerap segala kata yang dikeluarkan oleh Eomma ke dalam kepala. Dia cepat-cepat menarik tangan Eomma dan Appa keluar dari lapangan terbang dan menuju ke kereta milik keluarganya.

 

Dalam perjalanan ke rumah, Jaekyung, Eomma, Appa dan Yoojeong Oppa berbual tanpa henti dan suara gelak ketawa kedengaran sehingga ke luar dari kereta. Orang yang terdengar pasti akan memikir yang pelik-pelik. Hmm… Inilah kehidupannya jika Eomma dan Appa berada berdekatan dan sentiasa mendampinginya.

 

Apabila mereka semua sudah tiba di rumah, Jaekyung membantu Yoojeong Oppa membawa barangan milik Eomma dan Appa ke dalam rumah walaupun pertolongannya langsung tidak diperlukan oleh Yoojeong Oppa kerana dia ialah anak kepada majikannya. Jaekyung tetap berdegil untuk membantunya. Bagi Jaekyung, sesiapa sahaja yang hidup, pasti memerlukan pertolongan dan yang hidup juga perlu memberikan pertolongan dengan ikhlas, kan? Setelah siap mengangkat barang, Jaekyung duduk di atas sofa di ruang tamu sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen. Dia membelek-belek channel di kaca televisyen sehinggalah ada yang dapat menarik perhatian. Perhatiannya tertumpu di kaca televisyen apabila kartun Pororo disiarkan. Selepas satu jam, Eomma dan Appa turun dari tingkat atas dan menuju ke ruang tamu, dimana Jaekyung berada.

 

“Seo Jaekyung, we have something to tell you. Can you listen to us properly?” Eomma mengambil alih perhatian Jaekyung dari kaca televisyen. Dia tahu, kalau Eomma memanggilnya menggunakan nama penuh, pasti berita yang mahu disampaikan adalah suatu perkara yang penting.

 

“Nae.” Jaekyung menjawab.

 

“You will get married on the end of this month.” Appa bersuara.

 

“W-what?! But I’m just 19!” Jaekyung tahu yang Eomma dan Appa mengatur perkahwinan ini adalah untuk kebaikan jadi dia hanya mengalah.

 

“Yeah, we’ve arranged you a marriage. Can you accept it? It’s for our company’s goods.” Jaekyung mengeluh.

 

"Arraso… But, with whom?” Eomma dan Appa tersenyum gembira. Lalu Eomma menjawab.

 

"With our old friend’s son also our company partner, The Byun’s son, Byun Baekhyun.”

 

-To be continued.-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!

This is my present for you guys (Long chapter) for waiting me to update even if it is late. >.< I'm sorry.

And finally! 2ND Chapter is updated~ Yay~!

Thank you for the viewers, subscribers (30+ WOW!), readers, commenters and also upvoters!

Don't forget to leave some comments before leave this story. And also, don't be a silent readers.

T^T

Annyeong! *throw hearts* Love you all! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe