Episod 18

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Oppa… Min tahu… Oppa sayangkan Jaekyung bukan seperti dongsaeng, kan?” kini giliran Kris terkedu.

“A-apa yang Min cakapkan… ni?” Kris betanya, gagap.

“Why don’t… we combine our power against their marriage?” Minji bercadang namun Kris tidak mahu melihat Jaekyung sengsara.

“Min, I don’t want to be involved in your cruel plan. Even though I love her, it doesn’t mean that I’ll break their marriage. If Jaekyung happy, then me too. Min, tolonglah. Hentikan segalanya sebelum terlambat. Eoh?”

“Oppa, I don’t want to let Baek Oppa go and I will not let him go again! Baek Oppa is my life! Kalau Baek tak ada di sisi Min, tak mungkin Min boleh hidup.”

“Kris Hyung!!!” jerit Sehun dari jarak yang jauh. Setelah Kris mengalih pandangan dari Minji ke Sehun, Sehun menyuruhnya untuk menghampiri EXO dan Kris menuruti sahaja permintaan maknae kumpulan tersebut. Setelah menghampiri mereka semua, Sehun menunjukkan suatu peristiwa yang membuatkan dirinya tersenyum kecil. Selang beberapa saat, Minji muncul di sebelahnya dan melihat peristiwa tersebut. Jaekyung, memeluk Baekhyun dengan wajah yang ceria sambil tersenyum melihat anak patung di dalam pelukannya. Mereka semua dapat melihat wajah ceria Jaekyung dan kemerahan yang terdapat di wajah Baekhyun. Mereka semua pasti yang Baekhyun gembira dalam pelukan Jaekyung. Tanpa sesiapa perasan kecuali Kris di sebelahnya, Minji menggenggam kedua-dua tangannya dengan perasaan yang geram dan cemburu. Kris terlihatnya dan mengeluh kecil.

“Min… you can see, they’re happy without no one knows it. Please Min… Leave them alone. Hope you can think rasionally.”

“Oppa-…”

“Min Noona! Jom pergi sana!!” Tao mengajak Minji sekali gus memotong kata-kata Minji terhadap Kris. Minji melihat arah di mana Tao tunjukkan dan wajahnya berubah pucat sebelum melangkah ke sana, rumah hantu. Mereka ingin mengalih perhatian Minji daripada Baekhyun dan Jaekyung.

“Kalau kita tak pergi sana, tak boleh ke?” Minji bertanya. Suaranya yang dingin terhadap Kris tadi berubah menjadi nada suara seseorang yang penakut.

“Andwae! Kaja!” Tao menarik tangan Tao dan tiba di hadapan pintu masuk rumah hantu tersebut dalam hanya beberapa saat. Ahli kumpulan EXO yang lain ketawa kecil apabila melihat kaki Tao menggigil. Tao tidak menyedari kesilapannya. Kenapa ajak Minji ke situ sedangkan dirinya sendiri penakut? Namun, demi Baekhyun dan Jaekyung, dia sanggup menarik tangan Minji dan masuk ke dalam seperti seorang namja yang gagah walaupun kakinya membelot dirinya sendiri. Yang lain juga mengekori mereka berdua ke dalam.

* * *

Sepanjang masa Jaekyung dan Baekhyun bersama, mereka berdua berinteraksi menggunakan kelakuan dan pergerakan badan tanpa mengeluarkan suara. Mustahil? Tidak untuk Jaekyung dan Baekhyun. Mereka lebih selesa tidak berbual daripada mengeluarkan suara. Manakala EXO pula menghabiskan masa bersama Minji hanya untuk mengelakkan daripada Minji menganggu waktu Baekhyun bersama Jaekyung. Selepas tiga jam berasingan dari EXO dan Minji, Baekhyun dan Jaekyung terlihat kelibat mereka di satu sudut di sebuah restoran. Mereka berdua memandang ke arah sesama sendiri dan mengangguk serentak menandakan setuju untuk menuju ke arah EXO dan Minji.

“Baek Oppa! Sini!” kata Minji setelah terlihat Baekhyun dan Jaekyung berjalan ke meja tersebut.

“Andwae!” dengan sepantas kilat, Chanyeol bangun dari tempat duduknya dan terus duduk di sebelah Minji yang ditinggalkan kosong untuk Baekhyun.

“Yah! Oppa! Ke tepilah! Baek Oppa nak duduk sini!” Minji menolak badan Chanyeol namun tidak terjejas. Badan Chanyeol masih kaku di sebelahnya. “Euuurghhh!!!” bentak Minji setelah melihat Baekhyun duduk di tempat duduk Chanyeol, di sebelah Kris. Tujuan Baekhyun hanyalah ingin mengelakkan Jaekyung daripada duduk di sebelah Kris. “Oppa… nan… nega sirheo!!” kata Minji pada Chanyeol yang lagaknya seperti tiada apa yang berlaku sambil tersenyum kecil melihat kelakuan Baekhyun yang jelasnya cemburu jika Jaekyung duduk di sebelah Kris. Jaekyung melihat sekeliling. Tiada tempat yang kosong selain di antara Baekhyun dan Chen. Dengan hati yang berat, dia duduk di tempat kosong tersebut. Minji hanya menggenggam tangannya dengan ketat setelah melihat pemandangan yang tidak diingininya.

“Ermm… so, kita makan ni… merangkap makan tengah hari, eoh? Lepas ni, kita balik dan berehat. Esok sekolah.” Suho berkata sambil menunjukkan senyuman yang janggal dengan ketegangan yang melanda suasana tersebut. Mereka yang berada di situ mengangguk setuju dengan keputusan Suho. Suasana yang sunyi menemani mereka semua walaupun mereka adalah kumpulan yang dikenali dengan perangai yang kecoh dan bising. Hanya mata mereka yang melihat sekeliling, menunggu untuk sesiapa sahaja yang membuka perbualan namun, harapan mereka musnah apabila tiada seorang pun yang membuka mulut untuk bersuara.

Setelah siap makan, mereka semua berjalan menuju ke pintu utama Lotte World. Jaekyung tidak dapat menafikan perasaan cemburunya apabila melihat suaminya sekali lagi dipaksa untuk berjalan dengan Minji. Kris yang sedari tadi berjalan bersebelahan dengan Jaekyung merasai perasaan cemburu milik Jaekyung yang sedang melihat Baekhyun dan Minji di hadapan mereka.

“Jay-ah, are you j.e.a.l.o.u.s?” Tanya Kris sambil mengeja satu per satu. Jaekyung mengangkat kepalanya untuk melihat wajah Kris yang sedang tersenyum sambil mengangkat naik keningnya, ternyata hanya mahu menjengkelkannya saja. Niat Kris hanya ingin membuat Jaekyung gembira semula, tidak lebih dari itu.

“Whatever.” Kata Jaekyung sambil mempercepatkan langkahnya.

“Yah! Yah! Yah! Jay-ah! Oppa tanya, Jay perlu jawab!” Kris juga mempercepatkan langkahnya untuk mendapatkan Jaekyung. Jaekyung memandang ke belakang hanya untuk mengeluarkan lidahnya. “Y-yah! Jay-ah!” perasaan geram menguasai diri Kris. Jaekyung mula berlari sambil senyuman terukir di wajahnya. Gembira kerana dapat membuatkan Kris berasa geram. Jaekyung berlari dan Kris mengejarnya. Perlakuan mereka berdua membuatkan orang lain salah faham. Sesiapa sahaja yang melihat peristiwa tersebut pasti akan berfikir yang Jaekyung dan Kris adalah pasangan kekasih yang sedang bergurau. Baekhyun yang terdengar suara Jaekyung ketawa di belakangnya melihat peristiwa tersebut. Perasaan cemburu menyerang diri dan minda Baekhyun.

“Tch.” Baekhyun menarik tangannya dari genggaman Minji. Minji yang terkejut hanya mengejar Baekhyun dan memeluk lengannya semula. Tiada guna Baekhyun mencuba untuk membebaskan dirinya dari Minji kerana dia tahu Minji takkan berputus asa. Dengan hati yang sakit setelah melihat Jaekyung senyum lebar sambil bergurau dengan Kris, Baekhyun hanya mengunci mulutnya daripada berkata-kata. Hatinya sedih kerana mendapat tahu yang isterinya senyum pada orang lain dan orang lain yang membuat isterinya senyum. EXO yang tersedar akan aura hitam akibat cemburu milik Baekhyun, mencari sebabnya dan melihat kelakuan comel milik Kris dan Jaekyung. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menggelengkan kepala mereka. Kris yang masih mengejar Jaekyung mencari akal untuk menipu Jaekyung.

“A-ah!! J-Jay-a-ah…” Kris berhenti dari berlari dan tangannya menuju ke dadanya, menggenggam kuat bajunya. Kris membongkokkan badannya. Caranya memang seperti seseorang yang sedang sakit. Jaekyung berhenti dan memandang ke belakang. Pada mulanya, Jaekyung tidak mempercayainya namun Kris masih tidak berhenti dari berkata yang dia sedang sakit.

“O-Oppa… gwenchana?”

“J-Jay-ah… appo…”

“Opp-Oppa… it’s not funny, you know…”

“Ja-Jay…” Jaekyung melangkah menghampiri Kris yang masih dengan lakonannya.

“Opp-… Ahhh!!!” Setelah Jaekyung menghampiri Kris, Kris terus menangkap Jaekyung dari melarikan dirinya lagi. Kris ketawa sambil memeluk Jaekyung. Jaekyung juga ketawa. Dia sendiri tidak menyangka yang Kris masih ingat yang dirinya akan risau kalau apa-apa yang terjadi pada Kris.

“Lain kali, bila Oppa tanya, jawab, eoh?” Kris melepaskan badan Jaekyung dan membantu Jaekyung untuk berdiri dengan stabil.

“…” Jaekyung hanya mengangguk sambil tatapan matanya melekat pada kasutnya. Kris sedar yang Jaekyung tiba-tiba menjadi senyap.

“Jay?”

“Oppa… jangan buat macam tu lagi.” Kris senyum kecil sambil memeluknya lagi.

“Hmm…” Jaekyung membalas pelukan Kris. Sedang mereka berdua selesa berada di dalam pelukan sesama sendiri, ada seseorang yang datang ke arah mereka berdua dan meleraikan pelukan tersebut.

“Tch…” Baekhyun berkata sebelum kembali menyambung langkahnya ke pintu utama. Kris dan Jaekyung yang terkejut dengan kelakuan Baekhyun juga menyambung langkah mereka berdua. Minji hanya membuat muka tidak puas hatinya sambil memeluk lengan Baekhyun lagi setelah di tolak dengan lembut oleh Baekhyun sebentar tadi.

* * *

Perjalanan pulang ke rumah semula masih ditemani sunyi sehingga Baekhyun memberhentikan keretanya di taman berdekatan dengan XOXO High dan rumah mereka berdua. Taman tersebut adalah di mana Jaekyung sentiasa turun dari kereta untuk mengelak dari orang lain melihat dirinya yang menaiki kereta besar sebelum berkahwin dengan Baekhyun.

“K-kenapa berhenti…?” Jaekyung memecahkan kesunyian.

“Anni.”

“Then… jom balik.” Jaekyung tidak mahu mengingati waktu Baekhyun keluar dari rumah walaupun hujan lebat hanya untuk mencarinya.

“Jae-ah…” Jaekyung memandang Baekhyun, terkejut apabila Baekhyun memanggil namanya. “Can we… forget about… our conversation that night?”

“…” Jaekyung tidak berkata apa-apa. Jaekyung membuka pintu kereta dan keluar, merancang untuk pulang dengan hanya berjalan kaki memandangkan rumah mereka berdekatan. Dia memerlukan ruang untuk berfikir. Perkataan yang dikatakan Baekhyun pada malam tersebut membuatkan dirinya berfikir tiada penghujungnya. Pelbagai pertanyaan yang melalui mindanya. Kalau lupakan fasal malam tu, mungkinkah Baekhyun sudah jatuh hati padanya? Atau… Mungkin dia tidak mahu menyalahkan dirinya sendiri setelah berkata yang dirinya tidak akan terjatuh hati pada Jaekyung? Jaekyung sudah memaksa dirinya agar tidak terlalu menyayangi Baekhyun namun sekarang… Baekhyun menyuruh dirinya untuk melupakan semua yang dikatakannya? Apa yang sedang Baekhyun fikirkan sebenarnya? Dia masih keliru dengan perasaannya sendiri.

* * *

Jaekyung bangun dari tidurnya pada jam 4.00 pagi walaupun dirinya tidak dapat tidur dengan lena kerana berfikir fasal apa yang Baekhyun katakan semalam. Semalam, selepas keluar dari kereta Baekhyun, Jaekyung terus ke rumah dan mengurung dirinya di dalam bilik. Dia tidak ada semangat untuk berhadapan dengan Baekhyu. Baekhyun juga tahu, apa yang dikatakannya adalah salah dan terlalu terburu-buru.

Setelah menyegarkan dirinya, Jaekyung ingin makan sarapan sebelum ke sekolah. Walaupun terlalu awal, dia tidak mahu bertembung dengan Baekhyun. Ketika dirinya sedang menyediakan sarapan, ada satu suara yang mengejutkannya.

“Omma… nak makan.” Baekhyun berkata sambil menggosok matanya, mengigau lagi. Baekhyun hanya akan mengigau apabila dia lapar. Jaekyung teringat ketika pertama kali dirinya dikejutkan dengan Baekhyun yang mengigau. Baekhyun tidak tersedar dari tidurnya walaupun sedang makan dan tidak ingat kejadian tersebut. Pada waktu inilah Jaekyung dapat menikmati wajah comel milik Baekhyun. Sesuatu yang Jaekyung terfikir. Kalau Baek lapar, maksudnya, malam tadi Baekhyun tak keluar untuk makan ke?

“Hmm..? Baek nak makan apa?”  Baekhyun berdiam diri untuk seketika. Kemudian menuju ke meja makan dan terus duduk. Jaekyung tidak mengetahui yang Baekhyun baru sahaja tersedar dari tidurnya jadi, dia hanya perlu melayan Baekhyun seperti anaknya.

“Apa-apa je.” Jawabnya singkat. Jaekyung memusingkan badannya dan melihat Baekhyun yang sedang duduk dan menunggu dengan sabar.

“Omma masakkan sup kimchi, eoh?” Jaekyung senyum. Hati Baekhyun berdetak kuat. Tiba-tiba dia tersedar. Mungkin ke sebelum ni Jaekyung pernah menghadapi keadaan macam ni? Sebab tu Jaekyung dapat berinteraksi dengannya seperti tiada apa yang berlaku? Jaekyung terus memasak tanpa menghiraukan Baekhyun yang sedang memerhatikan setiap pergerakannya. Apabila Jaekyung siap memasak, Baekhyun berlakon seperti dirinya sedang mengigau. Dia menggosok-gosok matanya. Jaekyung berjalan ke arahnya dan meletakkan semagkuk sup kimchi di hadapannya bersama secawan air di dalam dulang di hadapannya.

“Baek makan, eoh.” Baekhyun hanya mengabaikan jantungnya yang berdetak dengan laju. Dia tidak pernah melihat sifat penyayang milik Jaekyung. Kini, setiap apa yang dilakukan Jaekyung membuatkan dirinya semakin jatuh sayang pada Jaekyung. Jaekyung hanya duduk di hadapan, bertentangan dengan Baekhyun kerana dia tahu, walau macam mana pun, Baekhyun tak akan ingat setiap yang berlaku sekarang selepas ni. Jaekyung menongkat dagunya dengan tangan sambil memerhatikan Baekhyun.

“Baek-ah…” Baekhyun terkedu dengan suara lembut milik Jaekyung namun hanya masih meneruskan lakonannya. “Wae…?” Baekhyun masih berdiam diri. “Kenapa Baek selalu buat Jae keliru dengan perasaan Jae?” Baekhyun masih makan, berlakon yang dia tidak memberi perhatian pada setiap apa yang dikatakan Jaekyung. “Baek-ah, bila Jae rasa yang percintaan kita tidak tercapai oleh sebab apa yang Baek katakan pada Jae berbulan lepas, Baek mula membuatkan Jae pening dan keliru dengan perasaan Jae sendiri terhadap Baek. Bila Baek cakap yang kita perlu lupakan apa yang Baek katakan pada Jae, Baek tahu apa yang Jae fikir? Mungkin… Mungkin Jae ada peluang untuk menyayangi Baek dengan sepenuh hati Jae tapi… mungkin tidak?” Baekhyun dapat mendengar keluhan yang dikeluarkan oleh Jaekyung.

“Baek… Mungkin ke kita ada masa depan yang cerah? Mungkin ke kita akan menyayangi satu sama lain dan perasaan tidak mahu melepaskan orang yang kita sayangi akan muncul? Atau… Mungkin apa yang Baek katakan waktu dulu yang perkahwinan kita akan berakhir selepas lima bulan lagi mulai sekarang? Baek… tolong berikan jawapan pada Jae. Jae semakin buntu dan confuse dengan apa yang Baek lakukan pada Jae. Baek, tolong jangan buat Jae sakit, eoh?” Baekhyun mencuba untuk mengangkat pandangannya daripada mangkuk dihadapannya ke Jaekyung dan mendapati Jaekyung menitiskan air matanya dengan perlahan. Baekhyun tidak dapat menahan dirinya lagi lalu mencapai tangannya ke pipi Jaekyung dan mengesat air mata Jaekyung yang mengalir dengan lembut. Baekhyun dapat tahu yang Jaekyung sedang terkejut dengan apa yang dilakukannya namun kemudian Jaekyung kelihatannya reda. Tangan Jaekyung memegang tangan Baekhyun yang masih dipipinya. Jaekyung kelihatan seperti menikmati sentuhan tangan Baekhyun dipipinya.

“Baek… Kalaulah Baek sedar dari mengigau sekarang ni…” Sedikit sebanyak, Baekhyun berasa lega apabila mendapat tahu yang Jaekyung masih berfikir yang dirinya sedang mengigau lagi. Jaekyung menggenggam erat tangan Baekhyun dipipi kanannya dan menutup matanya. Betapa dia menikmati sentuhan milik Baekhyun. Kalaulah Jaekyung dapat sentuhan Baekhyun seperti sekarang untuk selama-lamanya, mungkin sahaja dia ingin membuat permintaan agar Baekhyun sentiasa dalam igauan. Selang beberapa minit, Jaekyung sedar semula dan melepaskan tangan Baekhyun lalu bangun dan menaiki tangga terus masuk ke dalam biliknya. Baekhyun terkedu. 

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! Hari Ahad datang lagi!!! WOOHOO!!! Keke~

Enjoy? Minta pandangan awak semua boleh? 

By the way, terima kasih lagi kepada subscribers(230+), upvoters(21), commenters, viewers, and readers!!!

:3 Thanks a lot!

MUNGKIN, musim cuti seminggu ni, saya nak update beberapa lagi chapter yang panjang~

Dan mungkin, ada yang fikir yang cerita akan menemui penghujungnya tak lama lagi tapi... mungkin tidak.~ *smirk*

Anyway, ada yang masih meng'enjoy' cerita ni so far? Kalau ada yang dah fed up dengan pelbagai conflict untuk kehidupan Jae dengan Baek, dipersilakan untuk 'Unsubscribe'.

Annyeong~~!!! *throw hearts*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe