Episod 34

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Minji!” jerit Myungsoo. Myungsoo yang sedang berlari untuk mendapatkan Minji dapat melihat riak wajah Minji yang sedang ketakutan. Apabila Myungsoo tiba di hadapan Minji, dia melindungi Minji di belakangnya dan menghadap ketiga-tiga yeoja tersebut. “Apa yang awak semua nak?” Myungsoo dapat rasa yang Minji menggenggam baju di bahagian belakangnya dengan erat.

“L-L-ssi…” Kyungmi bersuara, gagap. Myungsoo dapat melihat tiada tanda-tanda yang mereka ingin menyakitkan Minji dari pandangan mata mereka. Myungsoo masih menunggu jawapan mereka. Kyungmi menggigit bibir bawahnya dengan lembut, masih tidak tahu ayat yang ingin di katakannya kepada Myungsoo. Kaki Minji menggigil. Manakan tidak? Kyungmi dan Raena pernah membuatkan dirinya berada di hospital untuk beberapa hari.

“Buang masa bercakap dengan awak semua.”

“A-Anni! Kami… nak minta maaf… Kami tak tahu fasal keluarga Minji-ssi…”

“Tch… Apa yang boleh membuatkan saya percaya dengan awak?” genggaman tangan Minji pada baju Myungsoo menjadi lemah. Tidak seerat tadi.

“K-kami… tak tahu.” Kyungmi menundukkan kepalanya.

“Then… kenapa nak jumpa Minji?”

“Kami… anni. Saya tak ada rakan sebilik. Saya nak jadi teman sebilik dengan Minji-ssi sebab saya dengar dia nak sebilik dengan Sungyeol Oppa.”

“So… Lebih senang awak nak sakitkan Minji bila duduk sebilik tanpa pengetahuan orang lain?”

“B-Bukan! Bukan macam tu!” Minji yang dari tadinya mendengar perbualan mereka sambil menyorokkan dirinya di belakang Myungsoo, mula mengendap wajah Kyungmi dari belakang bahu Myungsoo.

“J-jinjja?” Minji bersuara. Kyungmi mengangkat pandangan matanya setaraf dengan Minji, mengangguk dengan sepenuh hati.

“Ne! Inilah waktunya saya nak buat baik dengan awak! Saya betul-betul minta maaf masa tu… Saya terkejut bila tengok… darah tu. S-saya nak minta maaf… Maafkan kami…” Kyungmi kembali menundukkan kepalanya.

“G-gurae…”

“Yah!! Michyeoso?!!” Myungsoo memusingkan badannya berhadapan dengan Minji pula. Jelasnya dia risaukan keselamatan Minji.

“Gwenchanayo, L-ssi. Kalau ada apa-apa, Sungyeol Oppa kan ada…” jawab Minji, masih meragui keputusannya.

“Jinjjayo, Minji-ssi?!! Saya janji! Saya akan layan awak dengan baik! Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk perbetulkan kesalahan saya!”

“Tengok… Semua orang patut menerima peluang kedua. Sama seperti saya. Saya diberi peluang untuk hidup lepas kemalangan yang menimpa saya. Saya juga diberi peluang untuk perbetulkan kesalahan saya pada Baek Oppa dengan Jae Unnie. Saya tahu, mereka perlu bahagia dengan perkahwinan-…” Kata-kata Minji terhenti setelah tersedar yang dia sedang bercakap tentang perkahwinan rahsia tersebut pada pelajar yang tidak sepatutnya. Wajah Myungsoo jelas yang menunjukkan dia juga sedang cemas.

“Jae Unnie… Seo Jaekyung yang awak selalu bersama tu ke?” Tanya Raena. Minji menggigit lembut bahagian bibir bawahnya. Bagaimana mereka perlu jelaskannya? Lagi-lagi pada Baekhyun dan Jaekyung. Raena memahami apabila tiada satu patah perkataan pun yang terkeluar dari mulut Myungsoo mahupun Minji. “S-So… pada hari lepas… K-Kyungmi tolak Seo Jaekyung… dan Baekhyun yang menangkap… marah…” Mata mereka bertiga membulat. Walau Haera yang tenang dari tadi, terkejut. So, selama ni… The Loner yang sentiasa mereka buat bahan ketawa dan bahan membuli ialah Seo Jaekyung, anak Presiden Seo Jisung?!!

“Serius?! Omo!! AISH!! Saya dah banyak buat salah!!” Kyungmi mengeluh berat.

“What if I want to test your sincerity? Saya nak buktikan yang awak ikhlas dengan kata-kata yang awak katakan.” Myungsoo mula bersuara setelah beberapa ketika berdiam diri sambil memandang semula pada mereka bertiga.

“M-macam mana?”

“Awak perlu rahsiakan perkara ni dari pelajar lain.”

“MWOH?!! Awak nak rahsiakan perkara yang besar ni? Dah ramai yang pulaukan Jaekyung-ssi. Dah ramai yang membuli Jaekyung-ssi. Awak semua masih nak rahsiakan?” Tanya Raena, pelik.

“Biar mereka yang tentukan sendiri sama ada nak beritahu perkara sebenar mahupun tidak. Kita tak ada hak untuk masuk campur. So, kalau saya dapat tahu yang pelajar lain tahu fasal identiti sebenar Seo-… Byun Jaekyung, saya tak akan segan silu buat hidup awak bertiga menderita.” Kata-kata Myungsoo bagaikan seseorang pahlawan yang sedang melindungi puteri daripada ancaman jahat bagi pandangan Minji.

“Arraseo…” mereka bertiga berkata serentak. Sunyi… Tiada siapa yang bersuara sehinggalah ada satu kelibat yang menghampiri mereka berlima.

“Ah! L-ah! Cikgu dah suruh berkumpul untuk dapatkan kunci bili-… Yah!! Apa yang dia orang bertiga buat kat sini?!!” Jelas suara Sungyeol yang menyatakan kegeramannya terhadap ketiga-tiga yeoja tersebut.

“Min, awak selesaikan masalah awak. Kalau ada apa-apa masalah, datanglah cari say-… Cari Sungyeol Hyung. Dia sentiasa ada masa untuk awak. Kami pergi dulu, eoh? Hyung…” Myungsoo mencapai lengan Sungyeol dan menariknya masuk ke lobi hotel semula. “Kaja.”

“L!! Jangan tinggalkan Min dengan yeoja-yeoja kejam tu!! Nanti Minji sakit!! Lepaslah!” Sungyeol meronta.

“AISH! Hyung!” Dengan itu, kelibat mereka hilang dari pandangan Kyungmi, Raena, Haera dan Minji.

“So… Chinggu?” Kyungmi menghulurkan tangannya pada Minji. Minji masih ragu-ragu dengan keputusan yang baru sahaja dibuat. Menarik nafas yang dalam, mencapai tangan Kyungmi.

“Chinggu.” Minji tersenyum. Dia dapat ramai kawan.

* * *

“Mian…” Jaekyung bersuara setelah beberapa ketika berada di dalam dakapan Baekhyun.

“Hmmm…” yang dibalas Baekhyun. Jaekyung meleraikan pelukan tangan Baekhyun dan memusingkan badannya pada Baekhyun. Dia mencapaikan tangannya pada kedua-dua pipi Baekhyun lalu menakupnya. Tersenyum kecil.

“Gwenchanayo?” Baekhyun mengangguk kecil. “Nak jalan-jalan?”

“Anni… Kita tidur je, tak boleh ke? Mengantuklah…” Baekhyun mencebikkan bibir bawahnya. Jaekyung ketawa kecil.

“Gurae.” Dengan itu, mereka masuk semula ke dalam bilik dan terus baring bersama.

* * *

*MALHAEYO MAMA~ MAMA~*

“Yobosaeyo?” suara Baekhyun jelas menyatakan yang dirinya baru bangun tidur.

“Baek~!! Mr. Kang suruh turun, minum petang.” Suara Chanyeol di hujung talian.

“Eoh?” Baekhyun menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga lalu melihat masa yang terpampang di skrin telefonnya. 4.30 petang. Keluhan kecil dikeluarkan. “Arraseo…”

“Baek… Kami tahu yang Baek tengah seronok duduk dalam satu bilik dengan Jae tapi tolonglah aktif sikit! Ajak Jae pergi jalan-jalan ke… Main tepi pantai ke…”

“Aigoo… Arraseo!” sebelum sempat Chanyeol melanjutkan ceramahnya, Baekhyun menamatkan panggilan telefonnya. Baekhyun menguap luas sebelum meletakkan semula telefon bimbinya di meja kecil sebelah katil mereka. Baekhyun baring semula lalu melihat sebelah kanannya. Jaekyung masih nyenyak tidur. Senyuman terukir di bibirnya. Betapa cantiknya isterinya. Kenapa dia tidak menyedari perasaannya sejak awal? Kalau tidak, semua orang sudah tahu yang Seo Jaekyung adalah isterinya. Dia patut berbangga. Tetapi… kisah silamnya membutakan matanya dan menutup hatinya pada semua yeoja. Dalam pergerakan yang berhati-hati, dia mencapai tangannya pada dahi Jaekyung. Membawa tangannya menyentuh batang hidung Jaekyung, sehingga ke dagu. Sempurna.

“Dah puas?” Jaekyung bersuara walaupun matanya masih terpejam. Baekhyun terkejut.

“Awak dah bangun?”

“Hmm…” mengangguk kecil, Jaekyung mencebikkan sedikit bibirnya.

“Mr. Kang ajak minum petang. Awak nak mandi dulu atau-…?”

“Awak dulu lah.” Selepas mengangguk sekali, Baekhyun bangun dengan sepantas kilat dan bersedia untuk mandi. Jaekyung membuka mata selepas kelibat Baekhyun hilang di sebalik pintu bilik mereka. Senyuman lebar terbentuk di wajahnya, teringat sentuhan tangan Baekhyun di wajahnya. Sentuhan penuh kasih sayang. Tak sangka… Baekhyun yang dulunya seorang yang berperasaan dingin, sekarang seorang yang manis orangnya. Lembut dan penuh dengan kasih sayang. Apa lagi yang Jaekyug perlukan dari Baekhyun? Jelasnya, dirinya sendiri yang perlu berubah. Mahu sahaja dia menjerit kepada semua orang yang Baekhyun adalah suaminya tapi, perasaan takutnya mengambil alih dirinya. Dia takut akan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi apabila dia mendedahkan identitinya sendiri. Dia takut akan apa reaksi mereka setelah mengetahui identitinya. Dia masih tidak bersedia untuk menghadapi segalanya. Sedikit sebanyak, Jaekyung tidak tahu akibatnya apabila terlambat untuk mendedahkannya.

“Jae? Jae…? Jae-ah? Jaekyung-ah! Seo Jaekyung! Yah! Byun Jaekyung!!” Baekhyun menjentik lembut di dahi Jaekyung.

“E-eoh?” terlalu dalam dunianya sendiri, dia tidak sedar yang Baekhyun sudah kembali ke dalam bilik mereka berdua, siap berpakaian.

“Aigoo… apa yang awak fikirkan?” senyuman kecil terukir di bibir Jaekyung setelah dia bangun dari posisi baring tadi.

“Anni. Saya bersiap dulu. Awak turun dulu, eoh?” Jaekyung tidak terlepas melihat wajah kecewa milik Baekhyun.

“Arraseo…” dengan langkah yang lemah, Baekhyun keluar dari bilik hotel mereka. Jaekyung terkedu seketika lalu mengeluh berat.

“Mianhe, Baek-ah… Mian…” dia berkata pada diri sendiri sebelum melangkah untuk bersiap sebelum turun untuk ke café hotel tersebut.

* * *

“AISH! Baek kejam! Ada ke patut dia putuskan talian?! Aigoo…” Chanyeol mengeluh.

“Sabarlah. Awak dah siap belum? Kaja?” Myungsoo, rakan sebiliknya mengajak untuk turun ke café. Akhirnya, EXO telah membuat keputusan tentang rakan sebilik setelah beberapa jam berada di dalam dilemma di lobi hotel tadi. XiuChen, HunHan, KaiSoo, Sulay dan TaoRis. Akhirnya… -.-“

“Hmm. Kaja.” Chanyeol mengangguk. Mereka berdua keluar dari bilik dan melangkah bersama ke lif. Mereka berada di tingkat tiga. Ketika berada di dalam lif, mereka terhenti di tingkat dua dan pintu lif terbuka. Ada empat orang yeoja sedang menunggu di pintu lif. Minji, Kyungmi, Haera dan Raena. Sedikit sebanyak, pemandangan tersebut mengejutkan Chanyeol tetapi tidak bagi Myungsoo. Myungsoo hanya mengikut keputusan Minji dan menghormatinya. Mereka berempat masuk ke dalam lif. Tiga orang yeoja, kawan baru Minji, tidak selesa dengan pandangan tajam milik Chanyeol kepada mereka. Chanyeol memerhatikan setiap pergerakan ketiga-tiga yeoja tersebut.

“Hmmm… Chanyeollie Oppa? Janganlah tengok orang macam nak makan je… Kesian dia orang.” Kata Minji. Chanyeol mengerutkan dahinya.

“Kesian?!! Minji? Are you okay?” Kyungmi, Haera dan Raena menundukkan kepala mereka. Terasa bersalah. “Dia orang tak pernah nak kesian kat Min, yang Min sibuk kesian kat orang yang pernah masukkan Minji ke dalam hospital tu kenapa?” ada tanda-tanda sindiran dalam kata-kata Chanyeol.

“Oppa, orang lain berhak mendapatkan peluang kedua. Sama jugak macam dia orang ni.” Minji memujuk Chanyeol. Myungsoo yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka, memerhatikan wajah ikhlas Minji. Mungkin sebab inilah Myungsoo jatuh pada Minji. Keikhlasan dan penuh lemah lembut walaupun ‘first impression’ mereka terhadap satu sama lain tidak baik. Tanpa disedari, Myungsoo tersenyum sendirian apabila teringat perjumpaan pertama mereka. Entah kenapa, hari demi hari, perasaan cinta Myungsoo terhadap Minji semakin bertambah.

“Tch… As if dia orang ni dah sedar. Boleh percaya ke?” Masih kata-kata sindiran dikeluarkan oleh Chanyeol. Walau macam mana Chanyeol menyindir, Myungsoo dan Minji tahu, ianya hanya sekadar lakonan. Chanyeol seorang yang lembut hati. Dia mahu menguji ketiga-tiga yeoja tersebut. “Min, Min kena hati-hati dengan yeoja-yeoja ni. Sekali terlepas pandang, dia orang pijak kepala Min. Min kena buka mata luas-luas.” Ketiga-tiga yeoja tersebut hanya berdiam diri. Apa yang patut mereka balas? Jelasnya tiada. Apa yang perlu dilakukan sekarang hanyalah berdiam diri sehinggalah mereka dapat diterima oleh EXO, INFINITE dan terutama sekali Jaekyung. Kaki mereka menggigil apabila terfikir bagaimana mahu berhadapan bersama Jaekyung, yeoja yang pernah mereka tolak.

Apabila mereka tiba di tingkat bawah, membuat laluan ke café bersama, Chanyeol tersenyum kecil kerana sindirannya dapat membuatkan yeoja-yeoja tersebut berdiam diri. Dia ingin membuatkan mereka sedar kesalahan mereka. Sebaik tiba di café, ahli EXO dan INFINITE yang lain sudah pun tiba dan sedang bersembang bersama kecuali Baekhyun dan Jaekyung.

“Err… M-Min, kami pergi dulu… Jumpa dalam bilik nanti, e-eoh?” Kyungmi tersenyum janggal. Bagaimana hendak berhadapan dengan kingka sekolah? Sebelum Minji melarag mereka daripada meninggalkannya, Myungsoo yang setapak ke hadapan dahulu.

“Ke mana awak semua nak pergi? Bukan ke awak kawan Minji?” mereka bertiga mengangguk, masih terasa janggal apabila semua mata memandang mereka. “Kalau awak kawan Minji, bermakna, awak pun kawan kami.” Kata Myungsoo selamba sebelum membuat laluan ke arah Sungyeol yang sedang mengangkat keningnya. Minji dan ketiga-tiga kawan barunya terkedu.

“Apa lagi yang awak semua tunggu berdiri kat situ? Marilah duduk.” Ajak Suho. Jika dulu, mereka dikenali sebagai pembuli yang amat digeruni, kini, mereka adalah ‘angel’ yang sentiasa tersenyum, membuatkan ramai yang cair dengan senyuman mereka. Lagi-lagi Byun Baekhyun. Mereka tidak tahu kenapa tetapi, sejak sebulan lepas, Baekhyun sentiasa bersifat terbuka terhadap yeoja. Baekhyun yang dulunya terlalu dingin, amat berbeza dengan Baekhyun yang kini. Selang beberapa minit, café kembali riuh setelah Kyungmi, Raena dan Haera duduk bersama mereka yang popular. Masih berasa janggal, mereka hanya berdiam diri, tidak berani untuk bersuara. Minji yang perasan akan perkara tersebut memulakan perbualan dengan mereka. Sedikit sebanyak, mereka mula berasa selesa.

“Annyeong, yeorobeun!” Suara Baekhyun memeriahkan lagi suasana di café yang penuh dengan pelajar XOXO High. Senyuman yang diberikan juga membuatkan hati yeoja-yeoja yang berada di tempat kejadian menjadi cair.

“Ah! Baek-ah! Wasseo?” Luhan menyambut kehadiran Baekhyun dengan ceria. Mata Baekhyun jatuh pada Kyungmi, Raena dan Haera. Sunyi…

“Apa yang-…” Pada mulanya, Baekhyun ingin menyentap tetapi, tanpa penjelasan yang disuarakan, Baekhyun melihat wajah-wajah yang berada di meja tersebut. “Ah! Annyeong!” Baekhyun tersenyum lagi sambil melambai-lambaikan tangannya. Okay.. Baekhyun yang kini amat kaya dengan senyuman. Manakan tidak? Dia ada seorang isteri yang amat disayanginya sentiasa berada di sampingnya. Hari-harinya tiada yang lebih ceria apabila setiap hari, setiap malam, dia dapat menatap wajah isterinya. Yang lain juga amat gembira dengan perubahan positif Baekhyun.

“Baek, mana Jae?”Tanya Xiumin. Senyuman ceria Baekhyun berubah sedikit kepada senyuman yang sedikit sedih namun, tiada siapa yang perasan kecuali seorang namja dari kumpulan EXO.

“Ah… Kejap lagi dia turun.” Baekhyun memberikan senyuman berbentuk empat segi tepatnya pada semua yang sedang memberikan perhatian pada dirinya.

“Gurae.” Selepas itu, semuanya menjadi bisu. Tiada sesiapapun yang bersuara. Mereka masih tidak mengetahui bahawa Baekhyun dan Jaekyung sudah berbaik dan bermanja antara satu sama lain.

“So… you three.” Sunggyu memandang ketiga-tiga wajah baru dalam kumpulan mereka. Tiga yeoja tersebut mengangkat pandangan pada Sunggyu. “Mind to introduce yourself?” Kyungmi memandang Raena dan kemudiannya Haera.

“S-Saya… Lee K-Kyungmi…”

“C-Choi Haer-ra…”

“Park… Raena.”

“Guys… jangan nak takut sangat. Dia orang baik lah.” Minji cuba untuk menenangkan ketiga-tiga kawan barunya. Mereka hanya mengangguk, tidak sanggup untuk memandang mata-mata yang sedang memerhatikan pergerakan mereka bertiga.

“Hmm. So, do we need to introduce ourselves? I know that we’re popular anyway. OUCH! Hyung! Appo!” Luhan memukul lembut kepala Sehun. Ada ke patut? Mereka tahu yang mereka semua popular tapi, janganlah macam tu.

“Aish! Jangan nak berlagak! Aigoo, uri maknae…” Luhan menggeleng-gelengkan kepalanya. Sehun hanya mencebik.

“A-anni. Gwenchana. Kami dah kenal awak semua.” Kyungmi bersuara selepas beberapa ketika berdiam diri. Mereka masih tidak percaya yang mereka sedang duduk di kalangan EXO  dan INFINITE.

“Eoh?! Jae-ah!” Chen mengangkat tangannya lalu melambai-lambai ke arah Jaekyung. Baekhyun mengangkat pandangannya di mana Chen melambaikan tangannya apabila nama isterinya di sebut manakala, Kyungmi, Raena dan Haera terkedu. Mereka masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan Jaekyung, seorang yang pintar dalam perniagaan juga anak Presiden Seo Jisung. Walaupun mereka perlu meminta maaf pada Jaekyung, mereka sanggup tetapi bukan sekarang. Bukan ketika mereka masih tidak bersedia dari segi mental. Jaekyung melihat ke arah suara Chen lalu tersenyum di sebalik rambutnya. Dia memerhatikan meja yang padat tersebut lalu terlihat satu tempat kosong, diantara Kris dan suaminya, Baekhyun. Tanpa berfikir panjang, menuju ke tempat duduk yang telah disediakan untuknya.

“Annyeong, yorobeun! So… Jae rasa macam padat sangat kat sin-… Wait… rasanya ada muka baru?” Jaekyung melihat Kyungmi, Raena dan Haera. “Someone? Mind to explain?”

“Unnie! Ni kawan-kawan baru Min! Kyungmi, Raena dengan Haera. Kyungmi teman sebilik Min.” Jaekyung mengerutkan dahinya. Mereka yang disebut menundukkan sedikit badan mereka, masih tidak mahu bertembung mata dengan Jaekyung.

“Wait… Muka-muka dia orang ni macam… pernah nampak je…”

“Aigoo, Jae Unnie, lupakan je. Tak ada masalah besar pun.” Jaekyung mengangguk, masih meragui perkara tersebut. Kyungmi dan Raena terkejut. Kenapa Minji suruh lupakan sedangkan merekalah sebabnya Minji masuk hospital? Minji melihat mereka lalu tersenyum ikhlas. Dengan itu, mereka semua mula berborak dengan mesra bersama-sama sambil meminum petang. “Ah! Min pergi tandas sekejap, eoh?” yang lain hanya mengangguk.

“Jangan lama sangat. Lepas ni kita nak pergi jalan-jalan tepi pantai.” Suho berkata dan mendapat anggukan kecil dari Minji.

“Arraso.” Minji bangun dan terus pergi ke destinasinya. Sepanjang perjalanan untuk ke tandas berdekatan, Minji diperhatikan seseorang. Walaupun Minji dapat rasakan yang dirinya kurang selesa, hanya diabaikan perkara tersebut dan fokus pada tujuannya ke tandas. Selang beberapa minit, Minji keluar dari tandas dan hanya disambut dengan dirinya ditolak ke dinding secara lembut, membuatkan Minji terkedu sebelum melihat wajah yang melakukan demikian. Apabila mata mereka bertentangan, Minji memerhatikan tepat pada matanya untuk memastikan antara realiti dan fantasi. Namja itu tersenyum kecil.

“Annyeong, Jagi-ah. Miss me?” suara yang keluar dari mulut namja itu membuatkan Minji sedar bahawa perkara tersebut bukanlah bayangan. Lidah Minji menjadi kelu. Dia tidak dapat menyatakan perasaannya ketika itu. Bagaimana dan apa yang harus dia katakan? Tak pernah terlintas yang mereka berdua akan bertemu kembali. “Min-ah… bogosipta.” Namja itu bersuara lagi tanpa menunggu jawapan Minji. Bermacam-macam yang menyerang ke dalam kotak fikirannya.

“J-Jin Oppa…”

 

 

-TBC 'JK'-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! Is it enough?!! Sorry... Got to go! 

Annyeong?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Scroll down a bit. ^^

 

 

 

 

 

 

JUST KIDDING*

tanpa berfikir panjang, namja yang bernama Jin tersebut memasukkan Minji ke dalam dakapannya.

“Ke mana Min pergi selama ni…? Puas Oppa cari. Nombor telefon Min pun Min tukar. Kenapa, Min? Kenapa Min tinggalkan Oppa? Min tak sayangkan Oppa ke?”

*Flashback*

“Jin Oppa… we’re over.”

“M-Mwoh?!! Minji! Benda-benda macam ni tak boleh dibuat main-main tau!” Minji mengeluarkan cincin yang tersarung dijarinya, mencapai tangan Jin lalu meletakkan cincin tersebut di tapak tangan Jin.

Sejak Minji dapat tahu yang Baekhyun sudah berkahwin melalui berita di kaca televisyen, Minji terus berubah fikiran. Hatinya masih menyintai Baekhyun. Tanpa berfikir panjang, dia mahu menamatkan hubungannya bersama Jin, Kim Seokjin, namja yang ingin dia bersama ketika dirinya diketahui curang pada Baekhyun. Dia sanggup menolak perasaan Baekhyun padanya hanya untuk bersama Jin. Minji ingin mencari semula cintanya dan ingin bersama Baekhyun. DIa tahu yang dirinya bersalah tetapi dengan tekadnya, dia akan bersama Baekhyun walau betapa banyak halangan yang mendatang. Dia sudah bernekad.

“Lepas ni, kita berdua dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Berhenti hubungi Min dan Min jugak tak akan ganggu hidup Jin Oppa.”

“T-Tapi Min…!”

“Annyeong, Oppa.” Dengan itu, Minji memusingkan badannya dan mula melangkah pergi meninggalkan Jin di taman permainan berdekatan kawasan perumahan mereka. Jin, dengan hati yang sedih, berlutut, mengalirkan air matanya.

“Why Min…? Wae?!!” Jin menjerit, memastikan Minji yang semakin menjauh mendengar suaranya.

Sejak hari itu, Jin tidak putus-putus menghubungi Minji setiap hari dan malam. Pesanan ringkas juga tidak pernah terlepas. Setiap hari, Jin akan pergi ke rumah Minji dan hanya disambut oleh Eomma Minji yang menyatakan Minji tidak mahu bertemu dengan Jin. Jin masih tidak dapat menerima kenyataan. Dia terlalu sayangkan Minji. Minji adalah segala-galanya bagi dia. Baginya, perpisahan tersebut masih tidak sah kerana dia tidak menerima permintaan perpisahan daripada Minji. Perpisahan tersebut tidak menerima persetujuan daripada kedua-dua pihak. Bermakna… mereka masih pasangan kekasih. Selepas seminggu perkara tersebut berulang-ulang, Jin menghubungi Minji pada hari ke tujuh selepas perpisahan yang tidak sah tersebut lalu hanya sistem komputer yang menjawabnya. Setiap pesanan ringkas juga masih tidak berbalas. Dengan pendirian teguhnya, dia pergi ke rumah Minji lagi dan disambut dengan rumah kosong, tidak berpenghuni.

“Anak muda? Cari siapa ya?” Seorang yeoja pertengahan umur 30-an bertanya dari rumah bersebelahan bekas rumah milik keluarga Minji.

“Erm… boleh tanya, ke mana keluarga yang duduk kat rumah ni pergi?”

“Ohh… Dengarnya mereka berpindah ke Seoul.” Jin terdiam. “Sudahlah, anak muda. Mak cik masuk dulu, ya?” Jin hanya mampu mengangguk tanda berterima kasih.

‘Min… ke mana Min pergi…?’ hidup Jin tidak tentu sejak perkara tersebut terjadi. Hatinya masih dimiliki Minji. Tiada seorang yeoja pun yang dapat memenangi hatinya lagi.

*End of the flashback*

Kini… Sudah 4 bulan berlalu. Jin masih tidak dapat melupakan Minji. Manakala Minji? Minji fikir yang dia tidak akan berjumpa dengan Jin lagi jadi, dia sudah ‘move on’ daripada kisah silam. Kini, hatinya dimiliki Myungsoo. Myungsoo yang bertahta dihatinya. Bukannya Baekhyun mahupun Jin. Tapi… Minji masih ragu-ragu, siapa yang bertahta dihati Myungsoo?

“Min?” Jin bertanya pada Minji yang masih berada di dalam dakapannya. “Cakaplah sesuatu…”

“Nado…” Minji bersuara sambil mengangkat tangannya yang tergantung secara perlahan. Tangannya yang masih janggal dari tadi.

“Mwoh…?” Jin menyoal.

“Bogoshipeo…” Minji membalas pelukan Jin. Tanpa diundang, air mata Jin mula mengalir. Senyuman kegembiraan terukir dibibirnya sambil mengeratkan lagi dakapannya disekeliling Minji.

“Min… Oppa masih sayangkan Min. Baliklah pada Oppa. Oppa rindu sangat pada Min.”

“Hmm…” yang terkeluar dari mulut Minji sambil membenamkan mukanya ke dada Jin.

“Jinjja?!! Kita masih bersama, kan?!! Kan?! Jebal, Minji. Jawab Oppa. Min masih sayangkan Oppa?”

“…” Minji sedang berfikir panjang. Patut ke terima balik kehadiran Jin ke dalam hidupnya? Patut ke dia lupakan perasaannya pada Myungsoo? Patut ke dia berikan harapan pada Jin? Kalau Jin boleh berikan kasih sayang padanya, mungkin… dia boleh lupakan perasaan bertepuk sebelah tangan terhadap Myungsoo. Mungkin…

“Min… jawablah.” Minji melonggarkan pelukannya dan mengangkat pandangannya pada Jin. Jin juga membalas pandangan mata Minji.

“Molla… Oppa, mungkin perasaan Min terhadap Oppa tak sekuat dulu tapi kalau Oppa sanggup buat Min jatuh cinta pada Oppa semula, Min akan terima Oppa seadanya. Eoh?” Jin tersenyum lagi lalu mengangguk.

“Oppa janji, Min! Oppa akan sentiasa buat Min sayangkan Oppa dan Oppa akan sentiasa menyintai Min. Min jangan risau, Oppa akan sentiasa ada untuk Min. Eoh?” Minji tersenyum kecil. Mungkin dia perlu lupakan Myungsoo. Apatah lagi dia sendiri tidak tahu siapa yang dapat mencuri hati Myungsoo. Sedikit sebanyak yang Minji mahupun Myungsoo tidak tahu, mereka hanya buta cinta antara satu sama lain.

“Gurae… berusahalah untuk dapatkan hati Min semula…”

* * *

“Mana Min?” Dongwoo bertanya. Mereka sedang menunggu ketibaan Minji untuk bersama-sama bermain di tepi pantai tetapi sudah sepuluh minit sejak Minji pergi, masih tidak muncul semula.

“Erm… biar saya yang pergi cari.” Ujar Kyungmi.

“Eoh. Cepat sikit, okay?” Kyungmi mengangguk kecil pada Luhan yang bertanya tadi lalu terus berlalu pergi untuk mencari Minji.

“L-ah… Hyung rasa lain macam…” Sungyeol berbisik di telinga Myungsoo yang sedang membelek-belek skrin telefonnya.

“Kenapa?” Myungsoo membalas. Sebenarnya, dirinya sendiri berasa lain. Bagaikan ada sesuatu yang sedang mengganggu perasaannya. Apa? Kenapa? Ada apa-apa terjadi pada Minji ke? Aish… namun, diabaikan sahaja perasaan itu. Tetapi, tidak tersangka pula yang Sungyeol juga dapat rasakan perasaan itu. Apa yang pelik? Sungyeol sudah menyayangi Minji sebagai adiknya sendiri. Dia juga selalu mengambil berat tentang adiknya itu.

“Entahlah. Apa agaknya?” Myungsoo mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

“Eoh! Tu Kyungmi dengan Min! Tapi… siapa namja tu?” persoalan Hoya membuatkan sekumpulan besar itu melihat ke arah yang ditunjukkan Hoya. Di saat Myungsoo melihat situasi tersebut, bagaikan beberapa anak panah ditusuk tepat ke hatinya. Jantungnya bagai gugur, tidak berfungsi lagi. Kenapa? Bagaimana mahu berikan reaksi apabila yeoja yang disukai sedang berpegangan tangan dengan namja yang dia sendiri tak kenal? Reaksi wajah namja tersebut bagaikan dialah orang yang paling gembira di alam semesta manakala reaksi wajah Minji? Myungsoo tidak dapat menerangkannya. Sedih? Bersalah? Kecewa? Entah… tetapi, apa yang pasti, tiada tanda-tanda yang Minji sedang gembira. Baekhyun yang sedang menyaksikan peristiwa tersebut juga terkedu. Bukan ke tu-…

“Min? Siapa tu?” Sungyeol bertanya sebaik Minji, Jin dan Kyungmi menghampiri meja yang padat tersebut. Intonasi suara Sungyeol jelas menyatakan yang dia sedang geram dengan pemandangan yang sedang mereka hadapi. Minji masih ragu-ragu tetapi setelah dia dapat rasakan yang tangannya digenggam erat oleh Jin. Dia mencuba untuk memandang sekilas pada jin lalu dibalas senyuman yang lebar oleh Jin.

“EXO-deul… INFINITE-deul… Jae Unnie… Heara… Raena… Kenalkan, Jin, Kim Seok Jin… namja chinggu Min.” Jin tersenyum lagi.

“Annyeonghaseyo.” Jin menundukkan badannya tanda hormat namun, tangannya tidak lepas dari Minji. “Kim Seokjin imnida. But I prefer Jin.” Jin senyum.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong, again? XD

This is the new update! panjang sikitlarh... kot.

WAIT A SECOND!!! Is my eyes right?!!

500++ SUBSCRIBERS?!! REALLY???

Okay... this is getting serious...

baru chap yg lepas ada 440+ subs... hari ni dah 510+... like... WHAT?!!!

By the way, thanks to;

subscribers (510+)

upvoters (34)

readers

commenters!!!

I love yah! 

Lets love (/^_^)/ ~~ <3

Annyeong!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe