Episod 27

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Tak mungkin awak cemburu dengan sepupu saya sendiri?”

“S-sepupu?” Jaekyung melihat Baekhyun yang mengangguk-anggukkan kepalanya, mengiakan kebenaran.

“Kami berdua macam Oppa dengan yeodongsaeng (adik perempuan). Dulu, waktu Eomma dan Appa selalu ke luar negara, saya selalu ke rumah dia dan main sama-sama. Seohyun hanyalah seorang yeodongsaeng yang comel dan nakal. Sekarang, dia belajar luar negara di Canada dan mungkin sekarang, dia hanya nak melawat keluarga saya. Saya rindukan dia sama seperti dia. Dah 7 tahun tak bersua, saya rasa seronok bila jumpa dengan dia semula.” Selepas penjelasan tersebut telah dikatakan, Jaekyung menyambung apa yang dilakukan, membuka pintu utama rumah mereka berdua. Baginya, dirinya masih tidak mengenali Baekhyun dengan mendalam. Dia masih tidak mengenali sepenuhnya, siapakan suaminya? Apakah kisah silam yang tidak diketahuinya? Apa lagi yang masih tidak diketahunya? “Wait!” sebelum Jaekyung menapak masuk ke dalam rumah, Baekhyun memanggilnya.

“Wae?” Jaekyung menunjukkan wajah pocker facenya, tidak mahu Baekhyun perasan yang dirinya sedang cemburu. ‘Seronok bila jumpa dengan dia semula.’ Perkataan tersebut masih terngiang-ngiang di kepala Jaekyung.

“Awak… cemburu ke?” sunyi menyelubungi kawasan halaman rumah tersebut. Wajah Jaekyung kemerahan namun, Baekhyun tidak menyedarinya akibat kegelapan malam yang mengaburi pandangannya.

“Anniyo.” Singkat perkataan Jaekyung, menjawab pertanyaan Baekhyun. Baekhyun terkedu. ‘Tak? Serius? Tak cemburu langsung? Sedikit pun tak?’ Baekhyun bertanya pada dirinya sendiri.

“G-gurae…?” tanpa menjawab untuk kali ke dua, Jaekyung menapak masuk ke dalam rumah dan bersiap untuk tidur, meninggalkan Baekhyun sendirian di luar rumah. Baekhyun berfikir sebentar sambil memerhatikan pintu utama rumah, berharap agar Jaekyung muncul semula dan menafikan kata-katanya namun, selang beberapa minit, tiada tanda-tanda yang Jaekyung akan muncul semula. Keluhan berat di keluarkan lalu masuk kedalam rumah selepas mengunci segala pintu utama dan menempatkan dirinya di atas sofa empuk di ruang tamu. Fikirannya melayang, mengingati peristiwa sebentar tadi.

*FLASHBACK*

Ketika mereka semua duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen bersama-sama, sebenarnya, perasaan Baekhyun kurang senang kerana kelakuan Seohyun sedikit melebihi had namun hanya diikuti sahaja kemahuan sepupunya. Sepanjang waktu Seohyun berada di sebelahnya sambil memeluk tangannya, mata Baekhyun langsung tidak lekang dari sentiasa memandang sekilas pada isterinya, takut-takut tahap maksimum isterinya meletus namun, dia tidak dapat rasakan aura cemburu dari isterinya. Perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan hati Baekhyun berasa sedih. Jadi, mungkin kelakuan Seohyun terhadapnya tidak terlalu keterlaluan jadi, hanya ditepisnya perasaan kerisauannya. Selepas beberapa minit, Baekhyun langsung tidak dapat teguran dari isterinya. Tanpa sesiapa sedari, Baekhyun mengeluh kecil. Tiba-tiba, Jaekyung bangun dan berlalu pergi. Baekhyun menyedari kepergian isterinya yang keluar dan pergi ke halaman rumah. Separuh dirinya mempercayai yang Jaekyung sedang cemburu namun, separuh lagi, menafikannya.

“Oppa! Dah berjaya!” Seohyun senyum sambil melepaskan lengan Baekhyun dan memperbetulkan kedudukannya.

“Hyunnie, apa yang dapat kita pastikan melalui lakonan Hyunnie ni?” Tanya Baekhyun, masih tidak menyedari misinya. Seohyun menepuk lembut dahinya sendiri dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Oppa! Oppa tetap lembab macam dulu. Tak berubah langsung!”

“Yah! Sampai hati Hyunnie cakap macam tu pada Oppa?! Tak nak kawan!” Baekhyun menyilang tangannya di dada dan memuncungkan bibirnya lalu pandangan matanya dialihkan ke televisyen.

“Aigoo… Maknanya, hanya Hyunnie seorang yang matang.” Seohyun senyum sendirian. “Tapikan, Oppa…” Suara milik Seohyun yang berubah menjadi serius, menarik perhatian Baekhyun dan dirinya dengan serta-merta, berubah menjadi serius dan mengalih semula pandangannya lalu fokus pada sepupunya. “Oppa memang tak tahu misi kita ke?” Baekhyun berfikir sejenak, lalu menggelengkan kepalanya.

“Mwoya?”

“Misi kita, buat Jaekyung Unnie cemburu!” Baekhyun mengelamun sebentar.

“Tapi… Oppa tak dapat rasakan yang Jae cemburu.”

“Aigoo… Oppa tak dapat rasa? Oppa, Jaekyung Unnie tak cakap apa-apa kan sejak dari tadi? Unnie langsung tak bersuara.  Maknanya, Jaekyung Unnie cemburulah tu!”

“Gurae?” Baekhyun menunjukkan wajah yang sedang keliru.

“Aish! Oppa memang tak faham hati yeoja!” Baekhyun sambung memikir mengenai apa yang dikatakan Seohyun. Appa Baekhyun yang dari tadinya mendengar segala perbualan Seohyun bersama Jaekung sambil membaca surat khabar, senyum sendirian. Eommanya yang juga berkelakuan sama sepanjang masa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melihat anak tunggalnya yang masih berada dalam kekeliruan. Eomma keluar dari rumah, untuk mendapatkan anak menantunya.

*END OF THE FLASHBACK*

‘Seohyun hanya buat andaian sendiri. Jae langsung tak cemburu…’ fikir Bakehyun sambil memerhatikan kipas yang berpusing ligat di syiling ruang tamu tersebut.

* * *

‘Walau apa yang berlaku, Jae perlu jujur dengan diri sendiri. Jangan buat orang lain tertunggu-tunggu jawapan Jae, eoh?’ perkataan Eomma sebentar tadi masih berlegar di kepala Jakeyung. Jaekyung yang sedang baring di katilnya hanya mengelamun. ‘Patut ke terus terang dengan Baek?’ fikiran Jaekyung tiada penghujungnya. ‘Eottohkae?! Aish!! Macam mana nak cakap yang saya cemburu? Perlu ke? Bukan sepatutnya dia sedar perkara ni sendiri ke? Dia tak dapat rasakan yang saya cemburu ke?’ Keluhan kecil keluar dari mulut Jaekyung.

‘Mungkin saya perlu jujur dengan Baek…’ Jaekyung bangun dari katilnya dan keluar dari biliknya. Fikirnya, Baekhyun mungkin sudah berada di dalam biliknya namun, sebelum dia tiba di hadapan pintu bilik Baekhyun, dia perasan yang lampu di tingkat bawah masih bernyala. ‘Baek masih tak naik lagi ke?’ tanyanya pada diri sendiri sebelum melangkah turun ke bawah. Situasi yang dilihat Jaekyung membuatkan hatinya lembut. Baekhyun sedang berada di sofa, bersandar, memandang ke atas namun, matanya terpejam.

Jaekyung menghampiri suaminya dan memerhatikan wajah Baekhyun secara teliti. Daripada hujung rambutnya yang tercacak hingga ke dagu. Tiba-tiba, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Ada setitis air mata yang mengalir melalui mata kanan Baekhyun yang terpejam ke pipi. Jaekyung mencapai tangannya pada pipi Baekhyun untuk mengesat air mata tersebut.

“Waeguraeyo, Baek-ah?” Jaekyung berkata namun, boleh di kategorikan sebagai bisikan. “Mianhe… Saya tak jujur pada awak… Sebenarnya saya cemburu sangat. Saya tak sanggup tengok awak dengan yeoja lain tapi, awak perasan ke perasaan saya? Saya langsung tak berniat nak buat awak sedih dengan kelakuan saya… Baek… saya masih tak kenal awak… saya tak kenal suami saya sendiri dengan sepenuhnya lagi. Saya nak tahu fasal awak. Saya nak tahu setiap detail fasal awak… Bila boleh kita fahami satu sama lain? Saya harap awak dengar permintaan saya…” Jaekyung mengeluh kecil kerana dia tahu yang Baekhyun sedang tidur dan tidak sedar sebelum wajahnya menghampiri wajah Baekhyun lalu mengucup pipi kanan Baekhyun. “Jaljja…” Namun, sebelum Jaekyung bangun dari sofa untuk tidur di dalam biliknya, Jaekyung terasa tangnnya di genggam erat oleh tangan Baekhyun. Jaekyung yang terkejut, memandang tepat pada wajah Baekhyun yang sudah sedar sepenuhnya.

Sebenarnya, sejak dia rasakan ada seseorang yang menyentuh pipinya untuk mengesat air matanya, Baekhyun sudahpun sedar dari tidurnya. Dia mendengar segala pengakuan Jaekyung yang dibuatnya. Sepanjang Jaekyung berkata-kata, Baekhyun terpaksa berlakon tidur sebentar untuk mengetahui kebenarannya dan lakonannya menjadi tidak sia-sia apabila dia sudah dapat tahu isi hati sebenar milik Jaekyung.

“Stay…” perkataan Baekhyun cuba Jaekyung serapkan ke kepalanya.

“A-awak sepatutnya m-mandi dulu…”

“Sirheo…” Baekhyun menarik tangan Jaekyung yang digenggam tadi lalu Jaekyung bersandar di dada Baekhyun. Wajah Jaekyung semerah warna kulit tomato. Telinga Jaekyung berada tepat di dada Baekhyun, dimana jantung Baekhyun berada. Degupan jantung Baekhyun yang laju tersebut menjadi bunyi yang harmoni bagi Jaekyung. “Saya akan beritahu setiap apa yang awak nak tahu fasal saya.” Baekhyun berbisik. Wajah Jaekyung kemerahan lagi apabila mendapat tahu yang Baekhyun mendengar pengakuannya yang dibuat tadi.

Tanpa dirinya sendiri sedar, tangan Jaekyung memeluk tubuh Baekhyun dan dia memperbetulkan kedudukannya supaya selesa berada di dalam dakapan Baekhyun yang juga sedang memeluknya. Kesunyian yang di alami amatlah mereka hargai. Sebelum ini, setiap kali mereka bersama dan kesunyian menyelubungi ruang, mereka dapat rasakan kejanggalan antara satu sama lain, berbeza dengan sekarang. Mereka kini menerima kehadiran antara satu sama lain dengan hati yang terbuka. Mereka merasakan sesuatu yang membuatkan hati mereka lengkap dengan hanya kehadiran pasangan mereka. Tidak lama selepas itu, mereka berdua masuk ke alam mimpi bersama dalam keadaan yang sama dan hanya membiarkan rumah mereka diterangi cahaya lampu yang masih terpasang di setiap sudut rumah.

* * *

Pada jam 5.00 pagi, Jaekyung tersedar dari tidurnya dan melihat keadaan dirinya masih sama seperti keadaan malam tadi. Dia mengangkat kepadanya dan disambut dengan wajah Baekhyun yang berdekatan dengan wajahnya. Wajah Baekhyun ditatap sekali lagi. Baginya, dia tidak akan muak dengan hanya memerhatikan wajah suaminya. Kekadang, pernah dia fikirkan, adakah mereka berdua memang sudah bersama? Ia bagaikan berlaku dalam waktu yang singkat. Ketika Jaekyung sedang melayang bersama fikirannya, dia tidak sedar yang Baekhyun sudah tersedar.

“Morning.” Suara Baekhyun mengejutkan Jaekyung dari lamunannya.

“E-eoh? H-hmmm…” Jaekyung mengangguk kecil sebelum keluar dari dakapan Baekhyun sambil dia juga melepaskan pelukannya pada Baekhyun. Dia ingin mengelak dari menunjukkan wajah kemerahannya pada Baekhyun. “N-nak sarapan apa?” tanyanya, gagap.

“Apa-apa yang awak masak, saya makan. Kecuali makanan berasaskan timun. Saya tak suka.” Jaekyung senyum kecil. “Buat nota. Dengan tu, awak boleh kenali saya dengan lebih dalam.” Baekhyun ketawa kecil.

“Nappeun… (Jahat…)” Jaekyung berkata dengan nada suara yang rendah, namun Bakehyun tetap mendengarnya dengan jelas. Lalu ketawanya semakin menjadi. Dengan rasa menjengkelkan, Jaekyung melangkah ke dapur untuk membuat sarapan.

* * *

“Jae-ah…” suara Baekhyun menarik perhatian Jaekyung yang sedang bersiap di dalam biliknya untuk ke sekolah. Jaekyung melihat kelibat Baekhyun yang berada di muka pintu bilik.

“Hmm? Wae?”

“Sampai bila?”

“Mwo?”

“Bila saya boleh beritahu satu sekolah yang awak ni isteri saya? Kalau macam tu, tak adalah namja yang boleh hampiri isteri saya.” Wajah Jaekyung merah lagi.

“B-Baek… please. Bukan sekarang.” Baekhyun senyum kecil.

“Aigoo… arra. Jangan risau. Saya tak akan beritahu dia orang kalau awak tunaikan permintaan saya.”

“A-apa dia?” risau kalau-kalau permintaan Baekhyun tidak dapat ditunaikannya.

“Pindah keluar dari bilik awak ni.”

“M-mwoh?! Then… Saya nak tidur kat mana?”

“Pindah masuk bilik saya.”

* * *

“Annyeong! Baik-baik jalan, Jae-ah!” Baekhyun senyum lebar sebelum bertolak ke sekolah. Hanya di rumah, mereka boleh berkelakuan intin namun, di sekolah, mereka perlu berkelakuan seperti ‘stranger’. Jaekyung melambaikan tangannya pada Baekhyun dan mengetap giginya sambil tersenyum, hanya menahan kegeramannya terhadap Baekhyun.

*FLASHBACK*

“MWOH?!!”

“Tak apalah kalau awak tak nak pindah. Tapi jangan terkejut kalau pelajar sekolah layan awak dengan baik lepas ni…” baru sahaja Baekhyun mahu pergi dari tempat dia berdiri tadi, Jaekyung menjadi panik seketika.

“J-jakkanman!”

“Ne~?” pertanyaan Baekhyun sepertinya berlagu. Jaekyung mengerutkan keningnya sambil memejamkan matanya. Dia berfikir seketika lalu terus menjawabnya.

“Gurae. Nanti saya bawa masuk barang saya ke bilik awak.” Jaekyung mengeluarkan keluhan kecil. Hanya pindah masuk bilik Baekhyun je, tak menyakitkan,… kan? Baekhyun tersengih.

“Ne!”

*END OF THE FLASHBACK*

Tanpa pilihan lain, Jaekyung terpaksa menunaikan permintaan Baekhyun. Kekadang, satu fikiran singgah di kepalanya, betul ke Baekhyun tu suaminya? Selang beberapa minit selepas kereta Baekhyun hilang dari pandangan, Jaekyung juga bertolak ke sekolah selepas memastikan semua pintu di kunci.

* * *

“Unnie~” kemunculan secara tiba-tiba Minji tidak mengejutkan Jaekyung namun sudah menjadi kebiasaannya.

“Eoh, Min-ah. Morning!” Jaekyung menyambut panggilan Minji sambil mencapai buku dari lokernya.

“Jom, pergi kelas.” Ajak Minji.

“Eoh. Jamkkan.”

Selepas Jaekyung siap dan menutup pintu lokernya, mereka berdua bertolak bersama ke kelas dan terserempak dengan tiga orang yeoja, sepertinya sedang menahan geram.

“Annyeong. Miss us?” Perkataan tersebut seperti ditujukan kepada Minji.

“Mianhajiman,… nuguseyo? (Maaf tapi,… siapa awak ni?)” Jaekyung memberanikan diri untuk bertanya. Memang benar, dia seorang anak President Seo Jisung tetapi, jangan pernah lupa akan penampilannya di sekolah. Masih tiada sesiapa yang tahu mahupun kenal, siapakah Seo Jaekyung yang berada di sekolah tersebut.

“Awak, siapa untuk pertahankan dia? Dia dah malukan saya depan umum tapi awak nak pertahankan dia?” Jaekyung menunjukkan wajah kelirunya namun, tiada yang perasan akan perkara tersebut. Jaekyung mengalihkan pandangannya pada Minji yang sedang menundukkan kepalanya seperti mengaku yang dirinya bersalah namun, riak wajahnya mengatakan sebaliknya. Riak wajah Minji menyatakan yang dia sedang menahan diri dari melawan yeoja-yeoja tersebut.

“Kalau awak tak nak terlibat dalam perkara ni, tolong ke tepi. Perkara ni hanya antara kami dengan yeoja yang tak beradab ni.” Walaupun sudah mendapat amaran, Jaekyung masih tidak beralih dari tempat di mana dia berdiri. Dia lebih mempercayai Minji dan inginkan penjelasan yang jelas daripada lompat terus ke keputusan tanpa berfikir. “Saya cakap ke tepi, kan?!” Tanpa ragu-ragu, salah seorang yeoja tersebut menghampiri Jaekyung dan menolaknya ke tepi secara kasar.

“Unnie!” jerit Minji. Jaekyung yang tidak sempat untuk melawan semula hanya memejamkan matanya, menunggu dirinya menghempas ke bumi namun, tiada yang membuatkan dirinya merasakan demikian.

“Apa masalah korang?! Huh?! KA!!” Jaekyung terdengar suara milik seseorang yang sedang memeluknya dan mungkin pemilik suara tersebut sudah menangkap dirinya dari terjatuh ke bawah.

“Tapi, B-baekhyun Oppa…”

“KARAGO!! (Saya cakap pergi!!)” Baekhyun sudah tidak tahan, kenapa ada yang mahu mencederakan isterinya?! Ketiga-tiga yeoja tersebut memberikan pandangan mata yang tajam pada Minji sebelum berlalu pergi dengan hati yang tidak puas.

“Neo…” Baekhyun memanggil Minji. Minji mengangkat pandangan matanya dan disambut dengan pandangan mata yang lembut oleh Baekhyun. “Ikut Oppa.” Minji memberikan anggukan kecil sebelum membuntuti Baekhyun yang sedang memegang dan menarik tangan Jaekyung dan menuju ke satu tempat.

* * *

 

“Min, cuba Min beritahu Unnie. Apa jadi sebenarnya?” Minji melihat wajah Jaekyung lalu melihat Baekhyun yang sedang berdiri di hadapan mereka berdua yang duduk sambil menyilangkan tangannya di dadanya. Mereka bertiga sedang berada di atas bumbung sekolah. Mereka tidak menghiraukan loceng yang berbunyi, menandakan waktu pembelajaran sudah pun bermula. “Min..? Jebal.” Pujuk Jaekyung lagi.

“Sebenarnya… dia orang yang salah. Semalam…;

*FLASHBACK*

‘Mana Jae Unnie? Dah balik ke?’ fikir Minji ketika waktu persekolahan sudah tamat. Minji masih berada di dalam kelas. Hanya tinggal dirinya bersama,… Myungsoo. Mereka berdua langsung tidak berbual. Sesiapa yang nampak situasi tersebut akan mengatakan yang Minji dan Myungsoo tidak mengenali antara satu sama lain. Apabila kejanggalan menyelubungi ruang kelas tersebut, Minji memecahkan kesunyian.

“Erm… boleh saya pergi HAPPY CAFÉ lagi?” Myungsoo yang terkejut, hanya memberikan pandangan yang pelik pada Minji. “Kalau tak boleh, tak apa. Lagipun bukannya apa, saya tak ada benda nak buat kat rumah sorang-sorang. Saya pun suka café tu. Saya suka berinteraksi dnegan Eomma dan Appa awak.” Minji terhenti seketika dan mengeluh kecil dan kemudiannya menunjukkan riak wajah yang kecewa. “Kalau tak ada Jae Unnie, takkan awak nak ajak ‘namja’ ni kan? Nanti, saya menyusahkan awak sekeluarga pulak. Tak apalah. Sibuk je saya. Mian.” Sebaik Minji menyandang beg ke bahunya dan ingin keluar dari kelas tersebut, Myungsoo bersuara.

“Jom. Eomma saya pun sukakan awak.” Langkah Minji terhenti lalu menoleh ke belakang.

“Jinjja?!!” Myungsoo mengangguk. “Gomawo!!!” Myungsoo dapat melihat wajah ceria Minji. Pada waktu yang sama, dia dapat rasakan perangai yeoja melalui Minji.

* * *

Ketika tiba di HAPPY CAFÉ (sepanjang perjalanan, sunyi dan jarak yang cukup jauh antara Minji dan Myungsoo), Minji terus berjumpa dengan Eomma Myungsoo dan situasi tersebut sepertinya perjumpaan semula Eomma bersama anaknya sedangkan anaknya ialah Myungsoo. Minji sekali lagi menawarkan khidmatnya untuk membantu keluarga Myungsoo di café tersebut. Sepanjang tugasnya, segalanya berjalan lancar sehinggalah kemunculan tiga orang yeoja dari sekolah mereka.

“Apa pesanan awak semua?” Myungsoo ditugaskan untuk mengambil pesanan yeoja-yeoja tersebut. Minji yang sedang mengelap meja, tidak jauh dari mereka hanya memerhatikan setiap gerak geri yeoja-yeoja itu. Salah seorang yeoja tersebut mencapai tangan Myungsoo dan menyentuhnya dengan lembut.

“Kami nak L-ssi yang temankan kami, boleh?” kawannya yang lain turut sama ketawa. Minji dapat melihat ketidakselesaan Myungsoo melalui riak wajahnya namun, dirinya perlu ditahan kerana polisi café mereka adalah layanan yang istimewa terhadap pelanggan. Bermakna, pelanggan adalah yang pertama dan mereka boleh lakukan apa yang mereka mahu.

“E-err… Boleh saya amik pesanan awak semua?” Myungsoo mencuba untuk menukar topik tetapi sentuhan di tangannya masih berterusan dan tidak ada tanda-tanda untuk melepaskannya.

“Anniya… Kami datang untuk L-ssi je. Duduklah sekejap.” Yeoja yang memegang tangan Myungsoo menarik Myungsoo untuk duduk tetapi Myungsoo menolak pelawaan mereka. Ada sesuatu di dalam diri Minji, menganggu dirinya. Dia tidak suka melihat yeoja tersebut memegang Myungsoo dan memaksa Myungsoo. Entah kenapa, perasaan tersebut membawa dirinya mencapai satu cawan yang berisi separuh air kosong dan menghampiri meja di mana tiga yeoja dan Myungsoo berada. Dalam sekelip mata, Yeoja yang sedang memegang tangan Myungsoo tersebut kebasahan akibat air dari cawan yang di pegang Minji.

“Gatal.”

*END OF THE FLASHBACK*

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!!

New chap updated~~

Thanks to;

Subscribers. (340+)

Upvoters. (27)

Commenters.

Readers.

all of you!!

I love your comment but does not have the time for replying all of it. >.< mian.

Annyeong! See you next update~

<3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe