Episod 39

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Okay, guys!! 3, 2, 1, ACTION!” Jerit Suho.

“Baek, awak masuk dulu, eoh?” Jaekyung berkata sebaik mereka berdua berada di pintu dewan. Baekhyun berasa sedih sedikit tetapi tetap memberikan senyuman kecil kepada isterinya.

“Gurae.” Baekhyun memegang tombol pintu dewan dan memusingkan tombol tersebut. Baekhyun dapat mendengar keluhan kecil yang dihela Jaekyung sebelum menapak masuk. Sebaik pintu ditutup dibelakangnya, meninggalkan isterinya keseorangan di luar, salah seorang yeoja menghampirinya.

“Omo! Baek Oppa. Jal saenggin! (So handsome)” yeoja itu menunjukkan kedua-dua ibu jarinya. Baekhyun hanya tersenyum ikhlas. Matanya meliar ke setiap sudut dewan tersebut untuk melihat kelibat ahli kumpulannya atau sesiapa yang dikenalinya. Pandangan matanya jatuh pada Minji yang sedang meminum jus oren bersebelahan dengan Myungsoo. Ianya tidak pelik untuk melihat mereka berdua-duaan tetapi, ianya pelik bagi Baekhyun kerana kelihatan mereka berdua berpegangan tangan. Dengan hati yang ingin tahu, Baekhyun melangkah menghampiri Minji dan Myungsoo meninggalkan yeoja yang terpinga-pinga dengan kelakuannya.

“Min…? L…?” sebutnya dengan rasa pelik.

“Omo! Baek Oppa dah sampai? Mana Jae Unnie?”

“Erm.. belum turun. Wait… Min dengan L…?” wajah Minji kemerahan. Kemudian, mereka berdua mengangguk. “Eoh?! Dan Minji tak beritahu Oppa?”

“Hmm. Dari semalam sampai sekarang, kita baru berjumpa. Macam mana Min nak beritahu Oppa?” Baekhyun terdiam.

“Gurae…?”

“Eoh…”

“Baek Oppa!!” yeoja lain memanggilnya. Baekhyun menolah ke arah di mana namanya dipanggil dan disambut dengan seorang yeoja melambaikan tangannya pada Baekhyun. Baekhyun membalas dengan senyuman lagi. Pelik yang dirasainya.

“Omo. Baek Oppa popular malam ni.” Minji mengangkat keningnya berkali-kali bagi menjengkelkan Baekhyun. Semakin pelik Baekhyun rasakan. Biasanya Mini akan memarahinya kerana melayan yeoja selain Jaekyung. Kenapa Minji hanya membiarkannya?

“Anni…” suaranya bagaikan bisikan dan hanya Minji dan Myungsoo dapat mendengarnya. Tanpa dirinya sedari, ada seorang lagi yeoja lain menghampirinya dari belakang. Yeoja tersebut menyentuh bahu Baekhyun membuatkan dirinya tersedar dari lamunan sementaranya. Dia memandang ke belakang dan membalas senyuman yeoja itu. “Ne?”

“Erm… Jom. Kita duduk sama-sama.” Ajak yeoja tersebut sambil menunjukkan arah satu kawasan meja di satu sudut dewan. Baekhyun melihatnya. Terdapat Suho dan Sunggyu yang berada di kawasan meja tersebut bersama-sama dengan tiga orang yeoja dan seorang namja yang tidak dikenalinya. Baginya, mungkin tidak salah untuk duduk bersama memandangkan Suho dan Sunggyu berada di kawasan tersebut.

“Eoh.” Baekhyun mengangguk setuju sambil mengekori yeoja tersebut. Sebaik tiba, Suho dan Sunggyu mengangkat pandangan mereka dan melihat Baekhyun dengan senyuman lebar yang penuh makna.

“Eoh! Baek-ah. Duduklah.” Ujar Suho sambil menepuk kerusi di sebelahnya. Baekhyun mengambil tempat duduknya dan pada masa yang sama, kedengaran pintu dewan dibuka dan kelibat Jaekyung berada di sebalik pintu tersebut bersama dengan seorang namja yang berpakaian hitam dan memakai topeng mata membuatkan Baekhyun tidak mengenalinya. Mereka yang berada di meja tersebut berbual-bual kecuali Baekhyun. Baekhyun memerhatikan Jaekyung dari jauh. Mereka berdua berbual-bual dan bergelak ketawa bersama. Baekhyun menggigit bibir bahagian bawahnya. Suho tersenyum kecil apabila melihat kelakuan Baekhyun. Baekhyun kemudiannya terasa ada seseorang sedang menyentuh tangannya di atas ribanya. Dia menundukkan kepalanya dan mendapati yeoja yang berada di sebelahnya menyentuh tangannya dan mengusapnya.

“A-apa yang awak buat ni…?” bisik Baekhyun, sedaya upaya memperlahankan nada suaranya agar Suho tidak mendengarnya tetapi, segalanya dalam plan mereka.

“Anni… Just… Saya tengok awak malam ni… sangat kacak.” Kata yeoja tersebut. “Ah…” yeoja itu mendekatkan wajahnya berhampiran dengan telinga Baekhyun dan kemudiannya berbisik dengan nada suara menggoda. “Nama saya Choi Soomin.” Badan Baekhyun menggigil dan dengan lembut, Baekhyun melepaskan tangan Soomin darinya.

“Maaf tapi, seperti yang awak maklum, saya dah berpunya.” Bisik Baekhyun lagi.

“Ah~ Gurae…? Tapi, dia tak ada kat sini malam ni jadi,… awak milik sesiapa pun.”

“A-anni… mian.” Baekhyun bangun dari kerusinya membuatkan mereka di meja tersebut melihat Baekhyun.

“Baek? Nak ke mana?” tanya Suho.

“Err…” sebelum Baekhyun dapat melangkah pergi, dengan beraninya, Soomin mencapai tangan Baekhyun.

“Janganlah pergi dulu. Duduk, kita berborak dulu.” Ajak Soomin. Baekhyun menelan air liurnya.

* * *

“Omo! Noona, tengok tu.” Kata Sehun sambil menundingkan jarinya ke arah satu sudut dewan. Jaekyung mengekori arah tersebut dan membuatkan senyuman di wajahnya hilang dengan serta merta. Suaminya, Byun Baekhyun, membiarkan yeoja yang tidak dikenali memegang tangannya. Sehun yang berpakaian serba hitam dan bertopeng mata memandang Jaekyung dengan senyuman kecil tanpa Jaekyung sedari. Jaekyung memerhatikan lagi gerak geri Baekhyun sehingga yeoja yang memegang tangan Baekhyun bangun dan mendekatkan dirinya pada Baekhyun. Yeoja itu mengangkat kedua-dua belah tangannya dan menempatkannya di atas bahu Baekhyun sambil tersenyum dan berbisik pada telinga Baekhyun. Apa yang lagi membuatkan Jaekyung berasa kecewa, Baekhyun kembali duduk bersebelahan di antara yeoja tersebut dan Suho. Mereka semua menyambung perbualan dan kali ini, Baekhyun menyertai perbualan tersebut dengan senyuman.

“S-Sehun-ah… Noona nak ke tandas dulu, eoh?” Sehun mengangguk, membiarkan Jaekyung pergi. Sebaik Jaekyung masuk ke dalam pintu tandas dan menghilang di sebaliknya, Baekhyun bangun dari tempat duduknya dan bergegas ke arah Sehun yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Tanpa Sehun sedar, Baekhyun sudah pun berada berdekatan dengannya dan dalam sekelip mata-…

“OUCH! HYUNG!” suara Sehun bergema di setiap sudut dewan. Sehun menggosok-gosok bahagian belakang kepalanya di mana Baekhyun menepuk dengan agak… kuat. Semua pelajar XOXO High di dalam dewan tersebut memberikan perhatian kepada maknae kumpulan EXO tersebut. Suho dan Sunggyu menahan tawanya.

“Aish… Hyung ingatkan siapa!” Baekhyun menyilangkan tangannya di dada.

“Aigoo… Mianheyo Hyung.” Sehun masih menggosok-gosok belakang kepalanya. “Jadi, Hyung dah tahu?”

“Macam mana dia orang semua tahu?”

“Molla. Ada orang nampak Hyung keluar dengan Jae Noona pagi tadi.”

“Tapi-…” Baekhyun teringat yang Jaekyung tidak menyembunyikan dirinya pada pagi tadi. “Ah…”

“Wae?”

“Jae ikat rambut masa keluar dengan Hyung pagi tadi.”

“Hmm… Gurae? Patutlah dia orang tahu.” Baekhyun mengangguk-anggukkan kepalanya. Sebaik dia memusingkan badannya untuk berjalan ke arah Suho dan Sunggyu semula, Jaekyung keluar dari tandas dan terus menuju ke arah Chanyeol yang sedang berbual-bual dengan Kai dan Kyungsoo. Jaekyung langsung tidak melihat suaminya walau sekilas dan membuatkan Baekhyun tidak senang hati. Sebelum dia mengambil setapak mendekati Suho dan Sunggyu, kakinya membawa dirinya ke arah meja yang penuh dengan pelbagai makanan dan minuman. Baekhyun berada di bahagian minuman sambil mencapai segelas jus oren. Sebelum dia meneguk, dia menghela nafas kecil.

“Apa yang diaorang rancangkan…?” fikir Baekhyun. Baginya, dia befikir tetapi, bagi orang disekelilingnya, dia bermonolog sendirian. Seorang lagi yeoja menghampirinya bersama dua orang pengikutnya. Dia menyentuh bahu Baekhyun dengan lembut membuatkan Baekhyun memusingkan badannya ke belakang.

“Jangan risau. Kami hanya separuh dari rancangan EXO dan INFINITE.” Baekhyun senyum kecil Dia mengangkat pandangan untuk melihat isterinya namun, isterinya masih berbual-bual dengan ahli kumpulannya. Sehinggalah Baekhyun dapat melihat Chanyeol memandang dirinya dan berkata sesuatu pada Jaekyung membuatkan Jaekyung memalingkan mukanya pada Baekhyun. Dengan cepat, Baekhyun memandang semula yeoja yang berada di hadapannya. “Awak hanya perlu mengangguk dan senyum.” Baekhyun menuruti permintaan yeoja tersebut. Dia mengangguk dan kemudiannya tersenyum dengan manis sehingga membuatkan yeoja dan pengikutnya cair dalam senyuman Baekhyun. Baekhyun dapat rasakan pandangan mata Jaekyung padanya namun, dia juga tidak dapat menafikan yang dia ingin isterinya mengaku yang dirinya adalah suami Seo Jaekyung.

*FLASHBACK*

“Sebenarnya, kami tahu yang Seo Jaekyung tu isteri awak.” Soomin berbisik pada telinga Baekhyun membuatkan Baekhyun terkejut.

“M-macam mana…?”

“Awak duduk dulu. Kami akan ceritakan sepenuhnya.” Soomin menekan bahu Baekhyun. Dengan itu, Baekhyun duduk semula dan memandang Suho.

“Hyung?” ujarnya agar Suho memberitahu hal yang sebenar.

“Semua orang dah tahu. Sekarang, kami hanya perlu pengakuan Jae untuk dedahkan identitinya.” Kata Suho membuatkan Baekhyun tersenyum kecil. Matanya meliar kembali melihat Jaekyung bergegas ke arah pintu tandas.

“Then… tu siapa?” tanya Baekhyun sambil memandang namja yang bertopeng mata.

“Aigoo… cemburu sampai tak kenal maknae kumpulan sendiri.” Sunggyu pula bersuara.

“Sehun?!”

*END OF THE FLASHBACK*

“Selamat malam pada semua yang berada di dalam dewan ni. Seperti yang awak semua maklum, kita akan tahu pemenang bagi aktiviti kita pada hari semalam.” Kesemuanya memberikan perhatian kepada Mr. Kang yang berada di atas pentas di dalam dewan tersebut. Terdapat skrin di belakangnya menunjukkan perkataan ‘Night Prom’. “Jadi, mari kita lihat dan ingat kembali apa yang awak semua lakukan ketika aktiviti dijalankan.” Mr. Kang turun daripada pentas dan terus menuju ke meja di mana semua guru pengiring berada. Skrin tersebut mula memaparkan gambar-gambar yang diambil pada hari semalam. Terdapat beberapa gambar pelajar yang diambil secara senyap kerana misi mereka tidak berkaitan dengan pengambilan gambar. Ada gambar-gambar yang lucu dan mencuit hati pelajar membuatkan dewan tersebut penuh dengan gelak tawa daripada pelajar XOXO High. “Macam mana?” kata Mr. Kang selepas dia naik semula ke atas pentas sebaik paparan gambar habis dan menunjukkan perkataan ‘Winner’.

“Ada yang tak muncul!” salah seorang namja bersuara.

“Ya. Sebab, yang tak muncul itu adalah pemenang bagi aktiviti berpasangan tu.” Semua pelajar mula bercakap-cakap. “Mari kita lihat pemenang bagi aktiviti pertama kita.” Mr. Kang turun semula dan skrin itu menunjukkan perkataan ‘LAKUKAN 3 AKTIVITI COMEL BERSAMA PASANGAN DAN AMBIL GAMBAR SEBAGAI BUKTI’. Jelasnya, perkataan tersebut menyatakan misi yang dilakukan oleh pemenang. Skrin tersebut mula menunjukkan wajah Baekhyun.

“Annyeonghaseyo! Byun Baekhyun imnida.” Baekhyun menunduk di dalam skrin. “Kami sedang menjalankan misi tetapi, tak ada yang dapat membantu kami dalam pengambilan gambar jadi, kami bercadang untuk ambil video.” Baekhyun tersenyum. Baekhyun kemudiannya memandang ke tempat lain. “Jae-ah!” Baekhyun memanggil.

“Eoh?” satu suara menyahut panggilannya.

“Sinilah!” ajak Baekhyun. Kemudiannya, Jaekyung muncul di sebelah Baekhyun. Wajahnya jelas. Identitinya sebagai anak presiden Seo Jisung, isteri Baekhyun, Byun Jaekyung. “Kami berdua akan jalankan misi kami dengan seronok.” Sekali lagi, Baekyun tersenyum. Baekhyun menempatkan kamera di satu kawasan yang rata lalu bermain di tepi pantai bersama Jaekyung. Mereka berdua kelihatan pasangan yang bahagia dan membuatkan EXO, INFINITE dan Minji sedar yang Baekhyun dan Jaekyung sudah berbaik. Selepas video tersebut, skrin itu memaparkan gambar-gambar Baekhyun dan Jaekyung yang sedang bermain-main dengan ikan lumba-lumba. Kemudiannya pula, gambar mereka berdua berada di kandang kuda. Gambar mereka berdua amat sempurna. Jaekyung tersenyum apabila dia teringat kembali memori mereka berdua bersama. Sebaik skrin tersebut berhenti memaparkan dengan lebih lanjut, terpapar perkataan ‘TAHNIAH’. Seluruh dewan bergema dengan bunyi tepukan yang gemuruh sehinggalah satu suara namja menghentikan segala-galanya.

“Mana Seo Jaekyung The Loner?! Bukan ke Byun Baekhyun berpasangan dengan Seo Jaekyung The Loner tu? Bukannya dengan Byun Jaekyung! Ini tak adil! Tapi… bila difikir balik, memang tak ada yang nak berpasangan dengan The Loner tu kan? Byun Baekhyun lebih rela panggil Byun Jaekyung daripada buat aktiviti dengan The Loner tu!” kata-kata namja itu membuatkan seluruh pelajar ketawa kecuali EXO, INFINITE, Minji, Kyungmi, Haera dan Raena. Mereka tahu, semuanya adalah sebahagian daripada perancangan mereka semua untuk membuatkan Jaekyung mengakui identitinya. Baekhyun mencuba untuk melihat wajah Jaekyung tetapi, Jaekyung yang menundukkan kepalanya dan rambut yang menyembunyikan wajah di sebaliknya membuatkan Baekhyun ingin tahu perasaan Jaekyung waktu itu. Dengan senyap, Baekhyun dapat melihat bahu Jaekyung yang bergerak dan tangan Jaekyung yang menggeletar. Pada waktu itu, Baekhyun tahu…. Jaekyung sedang menangis. Baekhyun mengatur langkah ke arah isterinya dengan langkah yang perlahan.

“Yah! Byun Baekhyun! Mana Byun Jaekyung?! Kami nak tengok dia! Bukan ke awak keluar dengan dia? Yah!” Baekhyun masih melangkah menuju ke arah Jaekyung.

“Yah! Baekhyun! Awak dah ada isteri! Kenapa pergi pada The Loner tu?!!” pelbagai kata-kata yang di keluarkan oleh pelajar-pelajar XOXO High. Baekhyun menempatkan Jaekyung di dalam pelukannya. Dia ingin meredakan isterinya. Separuh daripada dirinya berasa sedih dan ingin menghentikan semuanya tetapi separuhnya lagi, dia masih mahu isterinya mengaku.

“Yah! Seo Jaekyung, jangan-…”

“Sikkeunloeun!!/Sikkeuro!! (Diamlah!)” Jaekyung menolak badan Baekhyun yang memeluknya dengan lembut.

“Tch… setakat The Loner-…”

“Byun Baekhyun…” Jaekyung mengangkat pandangannya sekali gus membuatkan rambutnya terselak menampakkan wajahnya dan matanya yang berair. “Is My Husband.”

“Hmph…” salah seorang namja mengeluarkan suara dengan beraninya. “Take you long enough to admit it.” Dengan itu, tepukan yang gemuruh sekali lagi bergema di dalam dewan membuatkan Jaekyung mengerutkan dahinya.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!!! ^^

Sorry, lambat update dan chap yang pendek.

WOW!!!!!!!! 600++ subscribers and 600+ komen?????? Ini membuatkan cerita ni rank ke 3 untuk subscribers paling ramai 'malay tags' dan rank ke 3 untuk komen terbanyak 'malay tags'. OMG! Saya pun tak percaya. XD

By the way, kepada yang komen melibatkan identiti 'penciplak' tersebut, saya minta maaf sebab saya perlu delete komen tersebut. Saya tak nak malukan dia. Lagipun, dia dah mengaku. Saya betul-betul berterima kasih. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya rasa dah tak perlu risaukan lagi dan mungkin... saya takkan bangkitkan lagi isu ni. Mungkin... saya haraplah... :"( Kalau ada apa-apa pertanyaan, tolong PM saya dan jangan komen di sini. Saya harap sangat2.>.<

Okay, so... berbalik kepada cerita ni... apa pendapat awak semua? hanya tinggal satu episod dan boommmm!! habis! XD Jadi... komen?

Thanks, thank you, terima kasih, gomawo, kamsahamnida, arigatou kepada;

Subscribers; 680+ (hope boleh naik ke ranking ke 2. Hiks hiks Ah!! Hai subs baru!)

Upvoters; 39 (thanks! Bertambah lagi satu Upvoters! :3)

Commenters; (seriously... satu episod di update, + komen. XD x kesah. tapi mianhe sebb x dapat nak balas kesemuanya. >//////////< )

Viewers; (thanks kepada sesiapa yang mengulang baca cerita ni. ^^ oh! dan rank ke 4 untuk viewers paling banyak dalam 'malay tags'. ^^ )

Readers; (Hope awak semua enjoy membaca sehingga ke akhir. ^^)

Jangan lupa check out my others stories. :3 Hope so. ^.^v

So... wait for the epilog? Or more... like... 

well, kalau awak semua baca ruangan ni, ada yang setuju nak 'sequel'? kiranya macam 'after story'?

I'll wait for your feedbacks! ^^

Thank you again. 

Let's love. (/^_^)/ ~~<3<3 

Annyeong. See you next update. :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe