No Secrets Anymore. [Malay fanfiction]

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

Persahabatan? Apakah yang difahamkan dengan maksud perkataan tersebut? Adakah suatu hubungan yang rapat antara seseorang dengan seseorang yg lain? Adakah persahabatan merupakan sebuah kumpulan orang yang meluangkan masa bersama?

Persahabatan memerlukan kepercayaan antara satu sama lain. Persahabatan memerlukan kasih sayang. Persahabatan memerlukan pengorbanan. Persahabatan memerlukan sikap terbuka. Barulah ianya dapat dipanggil sebagai 'persahabatan'.

Namun begitu... Ianya amat berbeza dengan maksud persahabatan bagi Jung Naeun, Seol Hana, Lee Haerin, Park Hanbyul dan Kim Jihyun.

Mereka amat terkenal di Seoul Art High dengan panggilan A5 iaitu Ace 5. Mereka adalah pelajar-pelajar yang tidak pernah turun dari kedudukan 5 tempat pertama setiap peperiksaan. Mereka berlima sentiasa kelihatan bersama. Tanpa dibincang mahupun persetujuan mereka berlima, pelajar-pelajar Seoul Art High menggelar mereka sebagai A5.

Mereka menunjukkan persahabatan yang rapat namun, adakah mereka memahami maksud persahabatan yang sebenar?

Kim Jihyun,
18, mempunyai seorang kakak, Kim Jimi, 20. Mereka berdua merupakan anak perempuan keluarga Kim, pemilik Kim's Holding. Jihyun tinggal bersama kakaknya kerana Jimi mempunyai rumah sendiri. Jimi tidak mahu mengambil alih syarikat keluarga Kim dan membuatkan kehidupan keluarga mereka sedikit huru-hara.
Jihyun berperwatakan agak ganas dan rambutnya pendek. Gayanya ke sekolah langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya seorang wanita. Berpakaian normal, bertopi dan berkasut. Berbeza dengan pelajar-pelajar perempuan lain yang berpakaian blaus dan bertumit tinggi. Namun begitu, ia tidak menjadikan dirinya dingin malah, lebih peramah dan periang. Perwatakannya hanya memberi peluang kepadanya untuk menyorokkan rahsianya sendiri.

Park Hanbyul,
18. Seorang anak perempuan kepada keluarga Park, pemilik lima café terkenal Park House, bersama dengan abang kembarnya, Park Chanyeol, 18. Mereka berdua amat mesra antara satu sama lain ketika di rumah namun, atas permintaan Hanbyul, mereka berdua bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Di mana, pelajar-pelajar lain langsung tidak mempersoalkannya apabila wajah Hanbyul dan Chanyeol tidak seiras.
Personaliti Hanbyul tidak serupa dengan kembarnya. Chanyeol seorang yang bersifat terbuka, periang dan sentiasa tersenyum. Berbeza dengan Hanbyul, seorang yang pendiam, tidak mudah tersenyum dan pemalu sehingga membuatkan pelajar-pelajar lain menganggap dirinya sebagai sombong. Disebabkan personalitinya, Hanbyul berdepan dengan masalah.

Seol Hana,
18, seorang anak tunggal kepada keluarga Seol, pemilik syarikat Seol Co. Syarikat tersebut telah terkenal di persada dunia atas kecekapan mereka dalam pengurusan syarikat mereka yang tersusun dan teratur.
Hana seorang pelajar yang berlemah lembut dan bersopan santun namun, perwatakannya menunjukkan bahawa dirinya seorang yang bergaya. Dia adalah yang paling pintar dan langsung tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan pelajar lain. Atas sebab-sebab tertentu, hidupnya menjadi gundah gulana.

Lee Haerin,
18, seorang anak tunggal keluarga Lee yang mengambil alih tugas dalam melatih pelajar seni mempertahankan diri untuk disumbangkan kepada pihak polis dan mereka yang memerlukan khidmat pengawal peribadi serta pengawal keselamatan.
Oleh sebab tugas tersebut, penampilannya sama seperti Jihyun di sekolah. Namun, daripada berperwatakan periang dan peramah, sebaliknya. Dia sentiasa tidak bersependapat dengan orang di sekeliling dan sedikit tidak beradab. Sentiasa menyalahkan orang lain yang jelasnya salah dirinya sendiri.

Jung Naeun,
18, anak perempuan keluarga Jung, pemilik tiga Restoran Jjang berbintang lima di bandar Seoul. Naeun mempunyai adik perempuan berumur 10 tahun, Jung Nayoon. Naeun amat menyayangi Nayoon.
Naeun berpenampilan lebih kewanitaan dan amat peramah. Setiap pagi, Naeun akan melemparkan senyuman yang manis kepada pelajar-pelajar di sekolah membuatkan mereka semua turut sama senyum. Naeun mempunyai hasrat bahawa dia tidak mahu melihat sesiapa pun sedih dan meneruskan hidup mereka dengan murung. Tanpa dia sangka, sikapnya dan hasratnya telah menimbulkan masalah.

Do Kyungsoo,
18, lebih dikenali sebagai Pres. D.O. Seorang presiden pelajar bagi Seoul Art High. Seorang yang peramah dan bersifat terbuka... amat terbuka.

Cha Hakyeon,
18, lebih dikenali sebagai N. Dia mempunyai perasaan terhadap pelajar perempuan yang paling pintar di sekolah. Tanpa disedari, ada seseorang yang sedang terluka dengan perasaannya.

Jeon Jungkook,
18, seorang pelajar kelas belakang yang malas belajar. Prestasi pembelajarannya membuatkan pengetua mendapat idea untuk mendapatkannya seorang pengajar. Dengan peluang yang diberi, Jungkook tetap melengahkannya.

Kunpimook Bhuwakul,
18, dikenali sebagai Bambam. Seorang pelajar yang terlibat dengan pertukaran pelajar dari Thailand. Seorang yang berfikiran positif tetapi tidak akan melepaskan diri mereka yang tidak mahu mengalah.

Kim Taehyung,
18, dikenali sebagai V. Seorang yang tidak suka senyum dan tidak mahu bersuara melainkan ditanya dan ingin menyuarakan perkara yang penting. Selain perkara-perkara tersebut, tidak pernah dia ingin mengeluarkan suaranya mahupun tertawa.

Kim Jimi,
20, pekerja di salah satu café Park House. Tidak berminat untuk mengambil alih syarikat keluarga Kim. Menjalani kehidupan di rumah sendiri di pangsapuri berdekatan tempat dia bekerja besama dengan adiknya, Kim Jihyun atas sebab ibu bapa mereka tidak mahu menerima keputusan Jimi.

Kim Wonshik,
23, pekerja di syarikat Kim's Holding. Sentiasa singgah di café berdekatan pangsapurinya sebelum ke tempat kerja setiap pagi. Mengenali Jihyun sebagai anak kepada pemilik syarikat di mana dia bekerja.

Park Chanyeol,
18, kembar Park Hanbyul. Wajah langsung tidak seiras dengan kembarnya. Berhati lembut. Tidak suka mendengar perkara buruk tentang kembarnya namun, atas permintaan Hanbyul, dia terpaksa memekakkan telinganya di sekolah. Kawan rapat Kyungsoo dan merupakan pemain bola keranjang yang diminati ramai.

Jung Nayoon,
10, pelajar Seoul Middle school. Berperwatakan comel dan penyayang dan disayangi ramai. Amat menyayangi kakaknya, Naeun.

Kim Jihyun, Park Hanbyul, Seol Hana, Lee Haerin dan Jung Naeun telah berkawan sejak dua tahun yang lalu. Namun begitu, adakah persahabatan mereka selaras dengan maksud hubungan sahabat sejati?

Ikuti kisah mereka.

 

Foreword

 

Assalamualaikum to all Muslims and Hi to all non-Muslims.

First of all, thanks for willing to subscribing this story. It's such an honour.

Saya telah kembali selepas bertarung di medan perang. Ok... Tu dah hiperbola sangat. Saya telah kbali selepas berpenat lelah pada bulan SPM. Akhirnya, saya telah terputus ikatan dengan sekolah menengah. Sedih... T^T

By the way, dengan kembalinya saya di dunia AFF ni, saya akan tunaikan janji saya untuk menyambung cerita-cerita saya; Actually, I Love You Too. dan Long Lost Memories. Lagi satu, janji yang telah saya lakukan pada kawan-kawan batch 98 saya; nak buat cerita berdasarkan persahabatan kami. Dan inilah dia. ^.^

Cerita 'Byun Baekhyun... is My Husband' telah mendapat perhatian 1000+ subscribers dan 50+ voters walaupun ianya adalah pengalaman kedua saya untuk menulis cerita berchapter.

Kali ini, bukanlah sebab saya nak berlagak tapi, saya tidak mahu awak semua berharap dengan tinggi terhadap cerita ni. >//////< ini hanyalah cerita di mana saya nak bebaskan karya saya yang sentiasa berlegar di dalam kepala.

Walaupun apapun, berseronoklah membacanya. Feel free to upvote and comment. No rush. ^.^

 

POSTER DAN BACKGROUND DARI;

 

Click poster for the direct link to the shop. ^^

 

PERHATIAN; nama-nama watak utamanya hanyalah rekaan semata-mata.

Let's love. (/^_^)/~~ ♥♥

Comments

You must be logged in to comment
izy_angelic
#1
♡♡