Episod 16

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Anni.” Jaekyung terkedu. Betul ke dengan apa yang didengarnya? Keadaan menjadi tegang.

“EXO, saya dah siap, jom kita makan kek!” ajak D.O sebaik sahaja muncul dari muka pintu dapur, tidak mengetahui keadaan sebenar. D.O mengelipkan matanya berkali-kali sehingga dia memahami keadaan yang sebenar namun, masih tidak memahaminya.

“Kaja, yettera.” Kata Kris, memecahkan kesunyian. Ketegangan yang dirasai mula hilang. Jaekyung mengelakkan diri dari memandang Baekhyun malah, sentiasa berada berdekatan dengan Kris. Baekhyun sebenarnya berasa bersalah setelah berkata yang dia tidak mencintai Jaekyung di hadapan EXO namun, jauh di sudut hati Baekhyun, dia ingin meminta maaf pada Jaekyung tetapi, disebabkan maruah dan egonya sebagai seorang namja, dia hanya mengekalkan pocker facenya.

“J-Jae?”

“Hmm?” Jaekyung menjawab kepada Suho yang memanggilnya. “Waeyo?”

“An-anni.” Suho berkata. Jaekyung mengekalkan wajahnya yang ‘innocent’. Jaekyung menyambung memakan kek selepas mengalihkan pandangan dari Suho.

“Baek, nanti hantar Jay balik eoh?” Kris mendapat perhatian. Dia ingin menyatukan Baekhyun bersama Jaekyung kerana dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua.

“…” Baekhyun hanya mengangguk namun, Jaekyung ingin mengelak daripada berdua dengan Baekhyun. Baginya, terlalu janggal untuk bersama dengan Baekhyun setelah mendapat tahu yang Baekhyun langsung tidak ada perasaan untuknya.

“Kris Oppa, Oppa yang hantar Jay balik, tak boleh ke?” Jaekyung memujuk Kris supaya mengalah namun…

“Andwae, Jay-ah, Baek hantar awak, eoh?” Jaekyung menunduk. Dia tidak mahu mencari gaduh hanya kerana masalah rumah tangganya. Kris melihat Baekhyun yang berada bertentangan dengannya kemudian, melihat Jaekyung yang berada di sebelah kanannya di meja makan. Keluhan kecil dikeluarkan selepas menggeleng-gelengkan kepalanya.

* * *

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Eomma semula hanyalah ditemani kesunyian. Masing-masing melayan minda sendiri. Selepas tiba, Jaekyung turun dari kereta, menuju terus ke dalam rumah. Kakinya membawa dirinya ke dalam bilik air di dalam bilik tidurnya.

‘Jadi… Dia tak kisah kalau saya tak ada apa-apa perasaan pada dia? Gurae… kalau itu, apa yang awak nak, saya turutkan…’ namun, apa yang tidak Baekhyun ketahui, Jaekyung sedang menangis teresak-esak di dalam bilik air tersebut.

‘Jadi… selama ni… memang betul lah awak hanya berlakon? Tch… Tak perlu nak bersungguh-sungguh katakan yang awak sayangkan saya dan rumah tangga kita tak bermasalah. Lakonan yang penuh dengan penipuan. Kalau betul awak tak sayangkan saya, saya rasa, permintaan awak yang perkahwinan kita akan berakhir selepas lapan bulan akan tercapai.’ Fikir Jaekyung sambil mengeluh sendirian. Petang itu, mereka pulang ke rumah mereka semula.

* * *

Selepas pulang ke rumah milik mereka berdua semula, mereka menjalani kehidupan seperti dua bulan lepas, tanpa berbual, tanpa berinteraksi, tanpa meluangkan masa bersama. Masing-masing melayan hati diri sendiri. Meluangkan masa untuk diri mereka sendiri di dalam bilik sehingga malam tiba. Apa yang perlu dibuat? Mereka sepertinya sudah mengalah dan berputus asa serta tidak mahu memaksa pasangan mereka menerima hati mereka. Kenapa? Jelasnya, mereka masih tidak mengetahui perasaan masing-masing.

Jaekyung menuruni anak tangga, memandang sekilas pada Baekhyun yang berada di ruang tamu sedang mengunyah roti, lapar kerana tidak makan sejak balik tadi. Jaekyung mula menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Masih tiada perkataan yang didengari di dalam rumah itu melainkan bunyi dari televisyen dan kerja yang dilakukan Jaekyung. Baekhyun memerhatikan setiap perlakuan Jaekyung. Setiap kali Jaekyung memusingkan badannya dan pandangannya pada Baekhyun, Baekhyun akan berpura-pura untuk menonton televisyen.

Selang enam puluh minit, Jaekyung sudah siap menyediakan masakan yang dimasaknya di atas meja makan. Jaekyung menunggu, mungkinkah Baekhyun ingin makan bersama dengannya? Setelah menunggu seminit, Baekhyun masih tidak muncul di ruang makan tersebut. Jaekyung mula berputus asa. Sebaik sahaja dia ingin bangun dan melangkah untuk ke tingkat atas, Baekhyun menggenggam lengannya dan menarik Jaekyung ke ruang makan semula.

“Duduk.” Jaekyung melihat Baekhyun, tak mempercayai yang Baekhyun sudah mengeluarkan suaranya. “Duduk.” Arah Baekhyun sekali lagi. Jaekyung akur. Mereka mula makan dan suyi menyelubungi rumah lagi sehinggalah Jaekyung bersuara.

“Siapa Minji?” Baekhyun mengangkat kepalanya dan mencari pandangan mata Jaekyung. “Walaupun awak tak nak tahu tentang kehidupan saya, saya fikir, saya berhak tahu kehidupan awak sebab…” Jaekyung menggigit bibir bawahnya sebelum menyambung “…awak suami saya.”

“Ex-yeojachinggu.” Sepatah Baekhyun menjawab. Jaekyung mengangguk, faham. Jadi, patutlah Minji kenal EXO. Baekhyun kembali menyambung apa yang dilakukan. Kini, tiba gilirannya untuk bertanya.

“Awak sukakan Kris Hyung?”

“…” Jaekyung beku. Lidahnya kelu. Kenapa Baekhyun bertanya soalan yang begitu? Di mata Baekhyun, Jaekyung dengan Kris nampak seperti menyukai satu sama lain ke? ‘Tak ada jawapan bermakna betullah, kan?’ fikir Baekhyun sebelum bangun dari tempat duduknya, belum sempat Jaekyung bersuara.

“Saya dah siap makan. Terima kasih.” Selepas berkata, Baekhyun terus naik ke tingkat atas. Pintu biliknya dihempas tutup dengan kuat selepas memasukinya. Ada sedikit… anni… dia betul-betul rasa cemburu. Perasaan Jaekyung mungkin sudah berubah selepas dapat tahu yang Kris ialah Kevin, Oppa yang Jaekyung rindui. Mungkin… tetapi… Kalaulah… Kalaulah Baekhyun menunggu jawapan Jaekyung dan masih berada di ruang makan tadi…

“Anniyo… Dalam hati saya masih ada awak. Kris Oppa hanyalah Oppa yang saya amat kagumi dan saya tak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap dia. Saya nak awak tahu yang, hati saya dimiliki oleh suami saya sahaja.” Jaekyung bersuara selepas Baekhyun menghempas tutup pintunya. Air matanya mula mengalir perlahan. Baekhyun semakin dingin terhadapnya. Apakah salah dirinya? Jaekyung mengesat air matanya dan mula mengemas.

* * *

“Yoboseyo?” Tanya Jaekyung sebaik sahaja dia menyambung talian di telefon bimbitnya. Selepas dia mengamas, dia menuju terus ke dalam bilik dan mendapati yang telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

“Yoboseyo, Jay-ah.”

“Eoh… Kris Oppa.”

“Waeire, urin dongsaeng?”

“Anniyo.”

“Jeongmal?”

“Em.”

“Gurae… Esok, Jay sibuk tak?” Jaekyung memikir sebentar. Kalau dia berada di rumah pada hari cuti, kehidupannya akan jadi membosankan tetapi, kalau dia keluar, macam mana dengan Baekhyun? Kemudian, Jaekyung dapat jawapannya.

“Anni. Oppa nak ajak Jay pergi mana-mana ke?”

“Hmm… EXO ajak pergi Lotte World. Kaja?”

‘EXO? Jadi, Baekhyun pun pergi?’ fikir Jaekyung sebelum bersuara.

“Jangan risau. Baek pun pergi. Oppa baru lepas tanya dia tadi. Kalau dia tak pergi, macam mana Oppa nak ajak isteri dia kalau suaminya ada kat rumah, kan?”

‘Ish… Oppa ni! Macam tukang pembaca minda!’ fikir Jaekyung lagi.

“Anni. Oppa bukan tukang tilik masa depan or pembaca minda. Oppa tahu apa yang Jay sedang fikirkan.” Kata Kris lagi selepas sekian lama Jaekyung berdiam diri.

‘Tengok! Samalah tu!’ Jaekyung fikir lagi sambil ketawa kecil.

“Tak sama, okay?”

“Aigoo. Oppa, macam mana Oppa boleh baca fikiran Jay?” Jaekyung ketawa lagi. Kris pandai membuat hari-harinya bahagia. Jaekyung dapat rasa yang Kris tersenyum di hujung talian.

“Jadi, Jay pergi tak?” Tanya Kris, tidak menghiraukan soalan Jaekyung tadi.

“Hmm… Tengoklah dulu, eoh? Tapi, pastikan Oppa yang jemput Jay.”

“Baek bawa Jay, eoh! Annyeong!” Kris menamatkan talian. Jaekyung geram dengan Kris. Kris semakin suka bergurau dengannya. Namun, gurauan Kris ada sebabnya.

“Ish! Baek bukannya nak bawa Jay!!” Jaekyung berkata lagi pada telefon bimbitnya, sepertinya berkata pada Kris tetapi talian telah lama diputuskan. Jaekyung memuncungkan bibirnya.

* * *

Pada keesokan paginya, Jaekyung bangun untuk menyediakan sarapan. Selang beberapa minit, Baekhyun menuruni anak tangga selepas bersiap. Jaekyung hanya melihat penampilan Baekhyun. Kacak adalah perkataan yang terlintas difikirannya. Selepas tersedar yang Baekhyun sedang menghala ke arah ruang makan, Jaekyung cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Baekhyun mengambil tempat duduk di meja dan mula makan. Ketika mereka sedang makan, Jaekyung memandang sekilas pada jam dinding di ruang makan.

’40 minit lagi sebelum pukul lapan.’ Fikirnya sebelum mengerutkan dahinya kerana dia masih keliru, siapa yang akan menemaninya untuk ke Lotte World. Baekhyun atau Kris? Selepas puas bergaduh dengan dirinya sendiri di dalam minda, suara Baekhyun membuatkan Jaekyung tersedar.

“Tiga puluh minit. Saya tunggu.” Kata Baekhyun sambil menyambung memakan sarapannya. Jaekyung bangun dari kerusi dan terus ke tingkat atas sambil merungut dalam senyap. Sebenarnya, selepas Jaekyung naik ke tingkat atas, Baekhyun mengeluh kecil. Terasa jengkel selepas mendapat ugutan dari Kris malam tadi.

*FLASHBACK*

“Yoboseyo.” Suara Baekhyun sudah tiada intonasi selepas perasaan cemburunya mengembil alih badannya.

“Yoboseyo, Baek-ah!” suara Kris bergema di kepala Baekhyun.

“Hyung… Saya tak pekak lagi. Tak perlu nak menjerit.” Masih tidak berintonasi.

“Aigoo, mian! Tadi, kanak-kanak riang (EXO) kat rumah ni pasang radio dengan kuat sebelum Baek jawab panggilan ni tapi, masa Hyung nak cakap, dia orang perlahankan pulak bunyinya. Mian!” Baekhyun mengeluh kecil tanpa Kris tahu.

“Jadi, kenapa Hyung call?”

“Esok! EXO pergi Lotte World. Baek pergi eoh?!” Kris berkata sepertinya bukan pertanyaan tetapi perintah. Baekhyun diam seketika sebelum menjawab.

“Eoh…”

“Gurae! Sekejap lagi hyung call.” Selepas itu, talian diputuskan. Baekhyun menunggu. Selang lima minit, Kris hubunginya lagi.

“Yobo-…” belum sempat Baekhyun menyempurnyakan perkataannya, Kris memotong.

“Nae… Yoboseyo! Esok, pukul lapan! Jumpa depan pintu utama Lotte World. Apa yang nak Hyung tahu ialah Baek datang dengan Jay. Kalau Hyung tak nampak Jay dengan Baek, Baek tahulah apa yang akan Baek hadapi nanti!” Baekhyun terkejut. Baek menelan air liurnya sebelum berkata apa-apa namun, sebelumnya lagi, Kris telah pun memutuskan talian.

“Aish! Jae bukannya nak pergi dengan Baek!!” Baekhyun berkata lagi pada telefon bimbitnya, sepertinya berkata pada Kris tetapi talian telah lama diputuskan. Baekhyun mengeluh, berat. Macam mana nak ajak Jaekyung untuk pergi bersama? Baekhyun menggaru kepalanya sehingga rambutnya berserabut sebelum pergi ke alam mimpi.

*END OF THE FLASHBACK*

Di sini… ruang tamu, Baekhyun sedang menunggu Jaekyung. Selepas Jaekyung turun, mereka berdua bertolak ke Lotte World, mengambil masa lima belas minit.

“Jae-ah~ Neon neomu yeppo!” kata Luhan selepas mendapatkan Jaekyung yang baru sahaja turun dari kereta Baekhyun. Jaekyung memakai baju yang normal dan dia berbeza sepenuhnya daripada penampilannya ke sekolah. Jadi, sesiapa sahaja yang melihatnya, sudah mengenali Seo… Byun Jaekyung, anak President Seo Jisung. Tipu jika berkata yang Baekhyun tidak melihat Jaekyung langsung di sepanjang perjalanan tadi. Hatinya tidak berhenti berdebar setiap kali matanya melihat Jaekyung yang sedang menikmati angin, di kereta tadi kerana bumbungnya terbuka. Jaekyung senyum lebarselepas berjumpa dengan EXO, yang sentiasa segak bergaya.

“Gomawoyo, Luhan Oppa.”

“Jae Noona! Hari ni kita naik semua yang ada kat dalam Lotte World ni, eoh?” Kai pula muncul. Jaekyung mengangguk kecil sambil tersenyum. Baekhyun sedikit sebanyak masih cemburu dengan EXO sebab dia tidak mendapat senyuman daripada Jaekyung sebagaimana Jaekyung memberikannya kepada EXO. Tanpa berkata, Baekhyun beredar dari situ, terus masuk ke dalam pintu utama Lotte World, mengabaikan panggilan dari EXO. Jaekyung merapatkan dirinya dengan Kris.

“Kris Oppa, kaja?” Kris mengangguk dan ahli yang lain juga bersetuju. Chanyeol dan Chen berlari untuk mendapatkan Baekhyun yang semakin menjauh. Selepas Chanyeol dan Chen menghampiri Baekhyun, mereka berdua mendapat satu ketukan di kepala setiap seorang kerana mengejutkan Baekhyun. Jaekyung ketawa melihat situasi tersebut. Kris menyedarinya dan memulakan perbualan.

“Baekhyun… sebenarnya seorang namja yang lembut hati.” Jaekyung terkejut dengan suara Kris yang tiba-tiba.

“Kenapa Oppa cakap macam tu?” Jaekyung sepertinya ingin menafikan kata-kata Kris. Bagi Jaekyung, dia tak pernah nampak Baekhyun yang berlembut hati seperti apa yang dikatakan Kris.

“Dia cuma tak tahu macam mana nak luahkan.” Jaekyung berfikir seketika.

‘Kalau betul, kenapa Baekhyun bersikap dingin terhadap saya?’

“Jay, tolonglah. Oppa tahu, Jay pun sebenarnya tak luahkan dengan betul.”

“…” Jaekyung menyerap kata-kata Kris ke dalam kepalanya. Kris tahu yang Jaekyung setia mendengarnya.

“Beri peluang pada Baek. Cari masa untuk berdua dan bawa berbincang.” Jaekyung dan Kris berjalan bersebelahan namun, jauh dari sekumpulan EXO. Segelintir ahli menyedari yang Kris dan Jaekyung sedang berbual tentang hal yang serius jadi, mereka memberi peluang untuk Kris dan Jaekyung berdua.

“Harap Jay dapat beri perhatian pada Baek.” Kris melihat Jaekyung.

“Oppa, Jay sentiasa berikan perhatian Jay pada Baek…hyun. Tapi, Jay rasa yang perasaan Jay keliru, setiap kali kami berdua bersama, perasaan janggal akan muncul dan Baekhyun akan bersikap dingin terhadap saya setiap kali kami bawa berbincang. Jadi, Jay fikir yang tiada gunanya lagi kalau Jay buat macam tu.”

“Baek Oppa!!!” suara tersebut mengejutkan EXO dan Jaekyung. Walaupun Kris dan Jaekyung jauh dari kumpulan EXO, suaranya tetap sampai hingga ke Jaekyung dan Kris.

“Min, awak buat apa kat sini?” Suho bertanya, intonasinya membuatkan orang lain faham yang dia sedang berasa jengkel terhadap Minji.

“Alah~ Min datang sini nak seronoklah. Takkan tak boleh?” Minji memuncungkan bibirnya, menunjukkan kecomelannya di hadapan EXO.

“Tch… boleh but, don’t show you face in front of me.” Baekhyun bersuara sebelum menyambung langkahnya. Namun, sebelumnya pula, Minji menyelitkan tangannya di lengan Baekhyun. Memeluk seerat-eratnya.

“Okay. I’ll not show my face in front of you but beside you.” Minji senyum sehingga menampakkan giginya. Baekhyun mengeluh, berat dan menyambung langkahnya lagi dan kini, lengannya sentiasa dipeluk oleh Minji. Perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan Jaekyung berasa tidak puas hati.

“Tch…” Kris mendengarnya dan tersenyum kecil kerana dia dapat merasakan yang Jaekyung sedang cemburu.

“Yettera! Jomlah makan dulu~” ajak Xiumin. Terkadang Jaekyung tertanya-tanya, macam mana Xiumin Oppa kekalkan berat badannya walaupun pipinya tembam? Jaekyung tersenyum kecil apabila memikirkan hal jika Xiumin tembam. Kris yang tersedar perkara tersebut terasa pelik.

‘Sepatutnya rasa cemburu… kenapa senyum?!’ fikir Kris. Mereka semua berhenti di sebuah restoran yang ada di dalam Lotte World. Seperti biasa, Jaekyung duduk di sebelah Kris. Minji duduk di sebelah Baekhyun, masih bergantung pada lengan Baekhyun. Baekhyun semakin bosan. Dia hanya berdiam diri dan mengabaikan segala yang Minji ceritakan padanya. Jaekyung dan Kris duduk bertentangan dengan Baekhyun dan Minji namun jauh kerana mejanya berbentuk segi empat tepat. EXO juga tidak senang dengan kehadiran Minji di hari yang mereka ingin menyatukan Baekhyun dengan Jaekyung.

“Stop that, Min.” Chen bersuara. Ketidak puasan hatinya dapat dirasakan melalui intonasi suaranya.

“What?” Minji bertanya, menunjukkan muka tidak bersalahnya.

“Your hands… Take your hands off from Baekhyun. He’s someone’s husband. Right?!” Chanyeol pula bersuara sambil menunjukkan wajah yang mengerikan pada Jaekyung. Terasa kecewa apabila Jaekyung tidak mempertahankan dirinya sebagai isteri Baekhyun. Baekhyun melihat Jaekyung untuk melihat reaksinya namun… Jaekyung mengalihkan pandangan dari Chanyeol pada Kris dan mula berbual. Baekhyun terasa yang hatinya terguris apabila mengetahui Jaekyung langsung tidak menghiraukan dirinya. Sebaliknya, dia melihat Jaekyung sedang memegang tangan Kris dan mula mengurutnya. Mereka berbual tetapi Baekhyun tidak dapat mendengar butirannya.

“Oppa, macam mana syarikat Appa Oppa kat Canada?”

“It’s okay. Jay, tak risau Minji kebas suami Jay ke?”

“Mesti Oppa penat, kan? Mana tangan Oppa?” Jaekyung mengabaikan pertanyaan Kris dan mula mencapai tangan Kris. “Oppa suka Jay urut kat tapak tangan, kan?” Jaekyung senyum, dia ingin mengalihkan perhatiannya daripada sakit hati apabila memikirkan hal Baekhyun dengan Minji.

“Jay…”

“Oppa, Oppa ingat tak? Setiap petang, lepas Oppa main bola keranjang dengan kawan-kawan lama kita, kita selalu lepak bawah sebatang pokok dan Jay akan urut tangan Oppa macam ni. Oppa ingat tak? Agak-agaknya, pokok tu ada lagi tak? Tak mungkinlah, kan? Dah lama dah kenangan kita tu…” Jaekyung ketawa kecil namun Kris masih dengan wajahnya yang tegas. Jaekyung melihat wajah Kris dan menundukkan kepalanya.

“Jay…” Kris berlembut hati kerana tersedar yang urutan Jaekyung semakin lemah. Kris melihat wajah Jaekyung yang hilang seri dari ketawa sebentar tadi. Matanya semakin berair. Kris sedar yang dirinya bersalah. Dia terlalu memaksa Jaekyung untuk berfikir tentang Baekhyun.

“Oppa… Jay nak… ke tandas dulu.” Suara Jaekyung menjadi serak. Bila-bila masa sahaja dia ingin mengalirkan air matanya.

“E-eoh…” Kris ingin meredakan Jaekyung namun jantinanya menghalang keinginan Kris. Jaekyung bangun dan terus menuju ke tandas milik yeoja. EXO tidak menyedari kehilangan Jaekyung kerana terlalu geram dengan perangai Minji. Hanya Minji yang menyedari kehilangan Jaekyung dan meminta diri untuk ke tandas juga.

‘That yeoja must learn a lesson.’ Fikir Minji.

“Oppadeul~ Minji ke tandas dulu, eoh?”

“Why ask us? Just go. And don’t come back.” Luhan berkata, mendapat persetujuan dari seluruh ahli.

“Aigoo… Lu ge~ Don’t be so mean~ I’ll be back, arraso?” Minji senyum kecil secara kejam dan melangkah untuk ke tandas.

“Akhirnya… Ahli sihir tu lepaskan lengan Baek Hyung.” Keluh Tao.

“Aish! Baek! Weren’t you worried about Jae’s heart?!” Lay bersuara. Selama ini, Lay hanya akan bersuara jika ada sesuatu yang mengganggu dirinya dan mungkin perkara ini ada mengganggu ketenteraman hatinya. Baekhyun hanya berdiam diri sambil bermain permainan di dalam telefon bimbitnya.

“Baekhyun Hyung… Please take care Jae’s heart and herself. Aren’t you worried if your marriage life will soon end?” D.O pula menyoal. Ketika ini, satu soalan mendapat perhatian seisi EXO.

“Kris Hyung, mana Jae Noona?” Kai bertanya. Baekhyun juga mengangkat kepalanya dan mendapati yang Jaekyung tiada di kerusinya.

“Erm… T-toilet?” Kris menjawab seperti bertanya.

“Wait… Where did that witch said she want to go?” Suho bertanya.

“T-toilet?” Kris bertanya kembali dan berbunyi seperti jawapan. Kris mendengar seluruh perbualan EXO sejak Minji dan Jaekyung pergi.

“Aish!” kedengaran Baekhyun mengeluh dan dengan segera, Baekhyun bangun dan bergegas ke tandas milik yeoja.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong~!!!

Long time no see! (teringat lagu T.O.P-Doom Da Da) Keke~

Saya dah sihat! Thanks kepada awak semua yang mendoakan saya.

Apa pendapat awak tentang Episod ni? Ada yang curious apa yang akan jadi lepas Baekhyun pergi?

:) Thanks kpd Subscribers(210+), Upvoters(18), Commenters, Readers,and Viewers!

Love you all~ ^^

Lagi satu... Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57!

Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta.

Annyeong guys~! *throw hearts* <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe