Episod 36

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

‘AMBIL 8 GAMBAR BERSAMA PASANGAN DI BEBERAPA BUAH TEMPAT BERKONSEPKAN ROMANTIK.’

Minji menggigit bibir bawahnya. Bagaimana mahu mengambil gambar bersama Myungsoo sedangkan mereka berdua langsung tidak bertentangan mata. Memang banyak tempat-tempat romantik yang terdapat di Pulau Jeju tersebut tetapi… Minji mengeluh kecil. Tanpa memandang Myungsoo, Minji menghulurkan kertas tersebut kepada Myungsoo. Sebaik Myungsoo mencapainya, Minji berjalan ke arah Jaekyung dan Baekhyun.

“Unnie, Oppa, apa misinya?”

“Eoh? Min, tengok ni.” Baekhyun menunjukkan kandungan isi surat yang dipilih Jaekyung tadi. Minji melihatnya dan tersenyum.

‘LAKUKAN 3 AKTIVITI COMEL BERSAMA PASANGAN DAN AMBIL GAMBAR SEBAGAI BUKTI.’

“Baiklah! Sekarang, awak semua sudah tahu misi awak. Kita akan mulakan pada tepat jam 8 pagi nanti dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Sekarang, dalam masa 20 minit ni, kami akan agihkan peta Jeju Do ni, awak boleh berbincang dengan pasangan awak semua tentang misi awak. Harap, awak semua dapat bekerjasama dengan baik antara satu sama lain. Tiada kesalah fahaman yang akan berlaku.Faham?”

“Ne~” kesemua pelajar menyahut kecuali Minji dan Myungsoo. Jaekyung sedar akan perkara tersebut lalu menepuk lembut bahu Minji.

“Min… berbincanglah dengan Myungsoo, eoh?” Minji melihat wajah Jaekyung yang tersenyum ikhlas kepadanya.

“E-eoh…” Minji hanya mampu mengangguk kecil.

“Kalau ada apa-apa, pastikan Min telefon Unnie, EXO ataupun INFINITE, eoh?” sekali lagi, Minji hanya mengangguk.

“Jae, saya dah dapat peta. Jom?” Baekhyun mengajak Jaekyung untuk berbincang tempat-tempat yang bakal mereka berdua pergi untuk menjalankan misi mereka.

“Eoh…” dengan itu, Minji ditinggal berseorangan. Minji melihat Myungsoo yang sedang memerhatikan peta tersebut berseorangan tanpa mengajak Minji. Minji menggigit bibir bawahnya, berasa kecewa. Minji mengalihkan pandangan matanya ke bawah.

“Kaja.” Minji terkejut apabila Myungsoo mengeluarkan suara kepadanya. Myungsoo melangkah dahulu kemudiannya diekori Minji selepas beberapa langkah. Dalam dia sedang mengikuti Myungsoo, dia dihulur dengan sekeping kertas tepat di hadapan wajahnya. Akibat terkejut, Minji mengambil lajak ke belakang lalu memerhatikan kertas dari Myungsoo. “Peta.” Myungsoo masih tidak mahu berhadapan dengan Minji. “Awak pilihlah mana awak nak pergi.” Sekali lagi, Minji menggigit bibirnya, berasa sedih kerana Myungsoo menggunakan intonasi dingin kepadanya. Dengan keluhan kecil dihela, dia mencapai kertas tersebut sebelum megekori langkah Myungsoo lagi. Tanpa mereka berdua sedari, ada banyak pasang mata memerhatikan gerak geri mereka.

“Apa kita nak buat dengan dia orang berdua?” Jaekyung bersuara.

“Entahlah… kita harap sajelah yang misi diaorang dapat diselesaikan dengan tenang.”

“Setuju…” Sehun bersetuju dengan kata-kata Sungyeol. Ahli yang lain juga mengangguk-anggukkan kepala.

* * *

“Jom… kita pergi akuarium!” Jaekyung berkata kepada Baekhyun sebaik Mr. Kang membenarkan pelajar memulakan misi.

“Huh? Ada aktiviti ke?”

“Eoh!! Kita boleh masuk akuarium ikan lumba-lumba!” Jaekyung seronok. Bukan kerana kali pertama pergi ke sana tetapi ini kali pertama dia pergi bersama suaminya, Baekhyun.

“Gurae! Kaja!” Dengan itu, mereka berdua menghubungi pemandu peribadi mereka yang disediakan oleh Appa Jaekyung semalam kerana lokasinya paling jauh dari yang lain. Setelah tiba di destinasi yang dituju, Jaekyung menuruni kereta degan hati yang gembira. Dengan cepat, Jaekyung memeluk lengan Baekhyun. Baekhyun hanya tersenyum dengan gelagat isterinya. Mereka masuk dan disambut dengan jurulatih ikan lumba-lumba. Mereka diberi penerangan dalam aktiviti memberi makan kepada ikan lumba-lumba. Bagi mereka, Baekhyun dan Jaekyung sedang dalam percutian. Identiti Jaekyung terdedah di akuarium kerana dia perlu mengikat rambut panjangnya bagi mengelakkan kekusutan selepas bermain di dalam air.

Dalam mereka memberi makan, tanpa mereka sedar, jurulatih tadi mengambil gambar mereka dalam senyap menggunakan kamera yang dibawa oleh pasangan suami isteri tersebut. Baginya, gambaran yang dilihatnya bagaikan portrait yang paling comel. Baekhyun mencuba untuk menghulurkan tapak tangannya yang berisi makanan ikan kepada salah seekor ikan dalam keadaan yang takut dengan menjauhkan diri bagi melindungi mukanya. Jaekyung yang berada di sebelahnya ketawa dengan kerenah suaminya. Sebaik ikan lumba-lumba tersebut memakan yang dihulur Baekhyun, Baekhyun terus mencebikkan bibir bawahnya.

“Aish… kenapa Jae ketawa…? Kalau Jae tolong tadi kan bagus…” Jaekyung tersengih.

“Alah… Baek ni… Bagi makan kat ikan pun takut.” Jaekyung menahan dirinya lagi daripada ketawa. Baekhyun menyilangkan tangannya sambil memalingkan wajahnya ke tempat lain. “Baek…?” Jaekyung cuba memujuk.

“…” Baekhyun tidak membalas. Seketika kemudian, dia dapat mendengar Jaekyung mengeluh kecil. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Dia fikir yang Jaekyung akan terus memujuknya. Namun… senyumannya bertukar kepada sedih apabila Jaekyung mengalih perhatiannya kepada ikan lumba-lumba dan bukan dirinya.

“Omo! Comelnya~” Jaekyung berkata kepada seekor lagi ikan lumba-lumba.

“Jae…” Baekhyun memanggil dengan intonasi yang rendah tetapi Jaekyung tidak membalas malah lebih memberikan perhatiannya kepada ikan lumba-lumba. Baekhyun mengetap bibirnya sebelum memanggil Jaekyung lagi. “Jae-ah…” Baekhyun memandang Jaekyung yang langsung tidak memberi perhatian kepadanya. “Jae…” Baekhyun menghampiri Jaekyung. Tiba-tiba Jaekyung memalingkan badannya ke arah Baekhyun sambil tersenyum manis.

“Dah habis merajuk?” berkerut dahi Baekhyun. “Gurae.” Dengan itu, Jaekyung terus memeluk suaminya. Pada masa yang sama, jurulatih tadi pun menangkap gambar. Tiba-tiba Jaekyung teringat sesuatu. “Ah!”

“Wae?” Baekhyun terkejut.

“Lupalah suruh orang ambil gambar!”

“Tak perlu. Saya dah tolong dari awal lagi.” Jaekyung dan Baekhyun melihat ke arah di mana suara itu datang. Jurulatih tersebut tersenyum lebar.

“Jinjja?!” Jaekyung inginkan kepastian.

“Ne.” Jurulatih itu mengangguk. Dengan itu, Jaekyung dan Baekhyun menyambung aktiviti mereka.

Selang beberapa minit bermain di dalam air, mereka berancang untuk ke tepi pantai berdekatan akuarium tersebut. Bagi mereka, alang-alang basah, biarlah lakukan aktiviti lain berkait dengan air juga. Ketika mereka tiba di tepi pantai, mereka disambut dengan kawasan yang kosong. Tiada sesiapa yang berada di tepi pantai tersebut selain mereka berdua.

“Baek… macam mana nak ambil gambar ni?” Jaekyung melihat sekeliling. Dahi Baekhyun berkerut. Kemudian Baekhyun mendapat idea.

“Kita ambil video!”

“Huh?! Tapi…”

* * *

“…”

Kesunyian masih menyelubungi kawasan sekeliling Minji dan Myungsoo sepanjang perjalanan ke kawasan air terjun untuk memulakan misi mereka. Apabila tiba, Minji mengekori Myungsoo ke mana sahaja Myungsoo lalu sambil menundukkan kepalanya. Memang Minji yang memilih tempat tersebut tetapi dengan hanya gerakan badan. Minji menunjukkan tempat yang ingin di pergi menggunakan jarinya di atas peta dan dengan itu, Myungsoo menuruti sahaja kemahuan Minji. Jadi, sehingga sekarang tiada satu patah perkataan pun yang dikeluarkan Myungsoo mahupun Minji. Selang beberapa minit berjalan, Myungsoo memberhentikan langkahnya tanpa amaran dan membuatkan Minji melanggarnya dengan lembut dari belakang. Minji mengangkat pandangannya dan mengendap pemandangan di hadapan Myungsoo dari belakang namja tersebut. Pemandangan yang dilihat Myungsoo dan Minji adalah air terjun yang turun dari 7 kaki tingginya.

“Uwah!” Minji mengagumi pemandangan yang dilihatnya. Myungsoo terkejut kerana itulah perkataan pertama yang dikeluarkan Minji setelah berdua untuk menjalankan misi. Minji yang masih kagum, tidak sedar yang dia masih tidak sehaluan dengan Myungsoo. “Omo! Myungsoo-yah! Tengok tu! Yeppeuda! Cepat! Jom ambil gambar!” Myungsoo mengelipkan matanya berkali-kali. Tanpa berfikir panjang, Myungsoo sertai Minji untuk meminta bantuan pengunjung untuk mengambil gambar mereka berdua. Mungkin… saat-saat seperti ini, mereka perlu lupakan ketegangan antara mereka berdua. Mungkin…

Sebaik Myungsoo berada bersebelahan dengan Minji, Minji teringat akan ketegangan tersebut jadi, dengan serta merta dia berdiam diri. Kini giliran Myungsoo yang menggigit bibir bawahnya. Ingin mengubah topik, Myungsoo mencapai kamera yang dipegang Minji dan berlalu pergi. Myungsoo berjalan menuju ke satu pasangan yang sedang bermesra sambil menikmati pemandangan indah itu.

“Erm… maafkan saya.” Pasangan tersebut memalingkan mukanya kepada Myungsoo.

“Ya?” namja antara pasangan tersebut bertanya.

“Boleh tolong ambilkan gambar tak?”

“Boleh.” Namja itu menganggukkan kepalanya sambil senyum.

“Terima kasih.” Myungsoo juga turut senyum dan menghulurkan kamera. Dengan itu, Myungsoo berjalan semula ke arah Minji yang sedang memandang dirinya. Tanpa berkata apa-apa, Myungsoo berdiri di samping Minji dan menunjukkan wajah tiada perasaan sambil menyelitkan tangannya ke dalam poket. Namja yang sanggup membantu mereka tadi melihat dengan perasaan pelik.

“Awak berdua… couplekan?” namja itu bertanya membuatkan Minji menundukkan kepalanya.

“Kalau macam tu, awak berdua perlu buat aksi romantik!” yeoja pula bersuara. Minji dan Myungsoo masih tidak bergerak. “AIsh!” Yeaoja itu mengatur langkah menghampiri Myungsoo dan Minji, Tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak, yeoja itu mencapai kedua-dua tangan Minji dan menempatkannya sekeliling lengan kiri Myungsoo. Kemudian, kepala Minji pula ditempatkan di atas bahu Myungsoo. Kepala Myungsoo pula di atas kepala Minji. Akibat terkejut dengan kelakuan yeoja tersebut, Minji menahan nafasnya untuk seketika. “So… apa yang kurang sekarang ni… senyum!” Yeoja itu berlari semula ke arah namjachinggunya dan membuat gaya senyum kepada Myungsoo dan Minji. Tanpa banyak kata, mereka berdua pun senyum sambil menahan kemerahan pada wajah mereka. Dengan itu, gambar pun ditangkap dan dengan serta merta, Minji dan Myungsoo menjarakkan diri antara satu sama lain. Pasangan itu melihat semula gambar yang di ambil tadi lalu tersenyum lebar.

“Perfect!” namja itu berkata. Dengan pemandangan air terjun sebagai latar belakang, posisi yang ditetapkan yeojachinggunya juga menjadikan gambar tersebut cantik. Myugsoo menghampiri pasangan tersebut sambil menghulurkan tangannya. Pada masa yang sama, Minji mendapatkan semula udara yang kurang di dalam badannya.

“Terima kasih.” Ucap Myungsoo.

“Ah! Ne.” namja itu senyum lagi dan memberikan semula kamera tersebut. Minji menundukkan badannya dari jauh menandakan terima kasih juga kepada mereka berdua. Namja itu mencapai tangan yeojachinggunya dan berlalu pergi sambil melambaikan tangan kepada Myungsoo dan Minji.

* * *

“Tahniah kepada awak semua kerana dapat menyelesaikan misi ini dengan menggunakan masa yang telah diberikan dengan baik. Kini, kita akan berehat sehingga jam 3 petang nanti untuk satu lagi aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. Sekarang, bersurai.” Mr. Kang berkata sebaik pasangan terakhir; Oh Sehun dan Kwon Jaeri tiba di lobi hotel dan menyerahkan bahan misi kepada guru pengiring tepat jam 12.30 tengah hari. “Ah! Jangan lupa pakai baju yang selesa untuk aktiviti lasak selepas ini.” sambung Mr. Kang. 

“Hmm… Minji, eotte?” Jaekyung bertanya kepada Minji sebaik mereka berdua duduk di dalam satu kumpulan besar di café hotel. Minji melihat Jaekyung dan menunjukkan senyuman kecilnya.

“Gwenchana…” Jaekyung membalas senyuman Minji.

“Gurae.”

“Ah! Macam mana misi awak semua?!” Chanyeol bertanya, erti kata lain, menjerit kerana suaranya membuatkan mereka yang berada bersebelahannya terkejut.

“Hmm… biasa je.” Jawab Baekhyun.

“Gurae? Hmm…”

“Wae?”

“Agak-agaknya kan… siapa menang?”

“Molla. Tunggu ajelah.”

Mereka semua mula berborak sambil makan tengah hari untuk menunggu masa kembali ke bilik hotel masing-masing bagi menyegarkan diri. Jam 2.00 petang, mereka berada di dalam bilik hotel dan bersiap sedia untuk aktiviti 3.00 petang nanti.

“Baek, lepas ni, mungkin kita tak sekumpulan agaknya.” Jaekyung bersuara selepas menyertai suaminya di dalam bilik tidur selepas siap berpakaian sukan sama seperti Baekhyun.

“Eoh? Wae? Bukan ke awak dah berbincang dengan Mr. Kang?”

“Hmm… Mr. Kang cakap, kita tak boleh bersama selalu. So, dia dah arrange kumpulan.”

“Alah…” Baekhyun mencebikkan bibirnya. Jaekyung senyum melihat gelagat suaminya yag menghempas barang-barang yang dicapainya dengan lemah.

“Sudahlah… kaja.” Jaekyung menarik tangan suaminya keluar bilik hotel menuju ke lobi memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2.50 petang.

* * *

“Baiklah, kali ini, awak akan dibahagi kepada satu kumpulan 6 ahli. 3 namja dan 3 yeoja. Saya akan umum kan setiap kumpulan dan sila beratur mengikut kumpulan. Arraso?”

“Ne!” Dengan itu, Mr. Kang mula menyenaraikan nama ahli-ahli kumpulan.

“Kumpulan D; Byun Baekhyun, Oh Sehun, Kang Junsu, Choi Kyungri, Kim Gyurin dan Gong Minji.” Dengan itu, Baekhyun meninggalkan sisi isterinya untuk masuk ke dalam barisan kumpulan yang ditetapkan. “Kumpulan E; B-… Seo Jaekyung, Kim Myungsoo, Kim Joonmyeon, Choi Haera, Jang Nana dan Kim Wonshik.” Mereka menunggu hingga kumpulan terakhir di sebut; Kumpulan J. “Baik! Saya akan terangkan aktiviti kita lepas ni. Aktiviti kita adalah meredah hutan! Dalam hutan tu, ada 10 checkpoint. Setiap checkpoint, ada 2 misi. Jadi, dalam aktiviti kali ni, ada 20 misi yang perlu diselesaikan oleh awak semua. Peta akan diagihkan kepada setiap kumpulan. Dalam masa 3 jam 30 minit, setiap misi perlu diselesaikan dan tiba di sini tepat jam 7.00 malam bersama ahli kumpulan. Dalam masa 30 minit sebelum aktiviti ini, awak semua diberi peluang untuk mengumpul barang keperluan sebelum bertolak ke dalam hutan.” Dengan itu, 30 minit peluang yang diberikan digunakan dengan cermat. Mereka semua membawa bekalan air yang cukup serta beberapa keperluan yang lain.

Tepat jam 3.30 petang, setiap kumpulan perlu ke checkpoint yang telah ditetapkan. Iaitu; Kumpulan A perlu ke checkpoint 1, Kumpulan B perlu ke checkpoint 2 dan seterusnya. Jika 2 misi yang diberikan telah selesai, kumpulan tersebut perlu bergerak ke checkpoint yang seterusnya iaitu; Kumpulan A dari checkpoint 1 bergerak ke checkpoint 2 dan seterusnya. Begitulah perjalanan aktiviti ini bakal dijalankan. (faham tak? XD) Mereka semua menjalankan aktiviti dengan penuh semangat kecuali Baekhyun dan Minji. Baekhyun kerana dia tidak bersama dengan isterinya dan Minji kerana beban masalah yang terlalu difikirkannya. Sebaik aktiviti itu bermula, kedua-dua Baekhyun dan Minji langsung tidak memberikan perhatian kepada misi yang perlu dijalankan mengakibatkan kumpulan mereka ketinggalan satu checkpoint dan menjadi setaraf dengan kumpulan E.

“Hyung! Waegurae?” Sehun, sekumpulan dengan Baekhyun bertanya kepada Hyungnya. Mereka kini sedang dalam perjalanan ke checkpoint 7 dengan Kumpulan E yang mengejar tidak jauh di belakang. Bagi Sehun, Baekhyun sedang berada di alam fantasi.

“Anniyo.” Jawab Baekhyun ringkas.

“Ahh!” Suara minji membuatkan kelima-lima ahli Kumpulan D melihat ke arah suara tersebut. Minji tersandung pada sebuah batu kecil dan menyebabkan pergelangan kakinya terseliuh dan luka di bahagian lututnya. Baekhyun dan yang lain bergegas untuk mendapatkan Minji yang sedang mengaduh kesakitan

“Omo! Min-ah! Gwenchana?” Baekhyun membantu Minji bangun dan menyandarkannya di sebatang pokok.

“E-eoh…” Minji mengangguk kecil.

“Omo! Min!!” Suara Jaekyung juga mengejutkan mereka yang berada di sekeliling Minji. Jaekyung menghampiri Minji dan diikuti ahli Kumpulan E yang lain. Myungsoo juga turut terkejut dengan keadaan Minji. “Waegurae?!”

“A-anni… Just terjatuh je.” Minji mencuba untuk meredakan keadaan.

“Aish! Sudahlah. Awak semua teruskan misi. Saya temankan Min balik ke hotel, eoh?” Arah Jaekyung.

“Tapi…”

“Biar saya yang jaga dia.” Myungsoo memotong kata-kata Baekhyun.

“Huh?” Jaekyung melihat Myungsoo. Wajahnya jelas menyatakan yang dia sedang risau dengan keadaan Minji. “G-gurae… Jaga Minji. Eoh…?” Myungsoo mengangguk. Dengan itu, Kumpulan D dan E bergerak serentak meninggalkan Myungsoo dan Minji. Minji menjadi gelabah. Kenapa Myungsoo ingin menjaganya?! Aish…

“Gwenchana?” Minji terkejut dengan nada suara Myungsoo. Minji melihat Myungsoo yang sedang memerhatikan luka di bahagian lutut Minji. Wajah Minji kemerahan.

“E-eoh…” Minji mengangguk kecil.

“Eurm…kaja. Kita balik ke hotel.” Ajak Myungsoo.

“Hmm…”

“Boleh berjalan?” Minji cuba untuk bangun tanpa bantuan Myungsoo namun terduduk semula.

“Ouch!”

“Aigoo… Kaja.” Myungsoo menghulurkan bantuan. Myungsoo menolong Minji bangun. Myungsoo menempatkan tangan kanannya sekeliling pinggang Minji dan tangan Minji di sekeliling bahunya. Kemerahan mula ternampak di wajah Minji. Mereka berdua mula berjalan kembali ke hotel menggunakan laluan yang digunakan tadi. Mungkin… Ah! Mereka tiada peta.

* * *

“Erm… Myungsoo-ssi, kita kat mana ni…?” Minji bertanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.50 petang. Myungsoo dan Minji masih tidak tiba di hotel. Myungsoo melihat sekeliling. Begitu juga dengan Minji. “Rasanya… Kita dah lalu kat sini?” Minji bersuara lagi. Sebenarnya, mereka telah melalui jalan yang telah dilarang. Mereka tidak perasan ada tanda larangan yang di tempatkan di sebatang pokok sebelum mereka melalui jalan tersebut. Kini, selama 3 jam 30 minit, mereka berpusing di tempat yang sama. Myungsoo sedar yang Minji telah kepenatan lalu mengajak Minji untuk duduk di bawah sebatang pokok. Dia menyandarkan Minji dan mengeluarkan sebotol air dari begnya lalu diberikannya kepada Minji.

“Mian.”

“Eh! Anni! Gwenchana. Kita tak familiar dengan tempat ni so, mudahlah kita sesat. Sebenarnya, saya pun lupa jalan balik.” Minji meneguk air selepas memberikan senyuman kecil kepada Myungsoo.

“Sekejap, saya telefon yang lain.” Myungsoo mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya dan mendail nombor telefon Sungyeol. Myungsoo menunggu lama. Apabila dilihat semula skrin telefonnya, ternyata bar pada line telefonnya tiada. Keluhan berat dihela Myungsoo. “Line tak ada.”

“Ottohkae?”

“Molla.” Myungsoo duduk bersebelahan Minji. Mereka berdua menatap langit yang gelap menandakan hari sudah melabuhkan tirainya. “Kita tunggu… sampai ada orang selamatkan kita.”

“Hmm…”

Lama-kelamaan, kelopak mata Minji mula berat. Myungsoo sedar akan hal tersebut dan menempatkan kepala Minji di atas bahunya. Posisi yang sama seperti mereka mengambil gambar sepanjang pagi tadi. Pada mulanya, Minji terkejut dengan aksi Myungsoo namun dia terus menyelesakan dirinya walaupun hatinya berdetak lebih laju dari biasa. Myungsoo terasa yang badan Minji mengigil kesejukan lalu dia mengeluarkan jaket yang dibawanya di dalam beg dan terus menyelimutkan badan mereka berdua. Minji menutup matanya dan merehatkan mindanya. Dia ingin menikmati saat-saat tersebut. Minji menarik nafas yang dalam. Tiba-tiba, sesuatu menyebabkan dia membuka matanya dan bangun dari bahu Myungsoo membuatkan Myungsoo terkejut dengan aksinya. Mata Minji membulat sambil melihat Myungsoo.

“W-wae…?” Myungsoo bertanya, gagap, sambil mengelipkan matanya.

“M-Myungsoo-ssi… Awak guna minyak wangi… lavender?”

 

-TBC-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeng!~~ ^^

Hi! Dah lama tak update dan akhirnya..... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Ehem... ok. 

Sorry sebab dah lama tak update dan bila dah update, chapnya pendek. >.<" Mianhe.

Oh! Saya tengok... Subscribers semakin meningkat...

Saya terkejut! Seriously... 600++ Siapa sangka??

Saya pun x pernah sangka citer saya mendapat sambutan yang hangat.

Please... keep your expectation low, okay?

Now, as always, THANKS to;

Subscribers (610+ SERIOUSLY... O.O )

Upvoters (37, hope ada lagi yang upvote. ^^ )

Commenters... (I love to read ur comment~)

Readers

And You all! :3

Kalau sesiapa yang rasa citer ni semakin membosankan, diberi pilihan untuk unsubscribe. Di alu-alukan. ^^

Ah! Sesiapa yang dah tengok trailer untuk citer ni?

Boleh tengok kat foreword ataupun tekan perkataan ni ---> Trailer 

Thats all! Please keep supporting me!

Lets love~ (/^_^)/ ~~ <3 <3

Annyeong! See you next update! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe