Episod 37

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“M-Myungsoo-ssi… Awak guna minyak wangi… lavender?”

“Hmm… ya. Kenapa?” soal Myungsoo. Minji terkedu. “Min… ji-ssi?”

“Min. Panggil Min je. Tak perlu formal.” Kata Minji. Dia mencuba sedaya upaya agar tidak tergagap. Myungsoo melihat wajah Minji dan kemudiannya senyum kecil.

“Saya pun.” Kemudian dia memandang ke hadapan, menghalang daripada Minji terlihat kemerahan di wajahnya.

“Hmm.”

“…”

“…”

“Kenapa awak tanya?” Myungsoo betul-betul lupa akan kata-kata Minji ketika dia memeluk Minji di hospital beberapa hari lepas.

“Anni… Saya cuma teringat sesuatu. Hmm… Selain awak… Ada lagi yang guna minyak wangi lavender?” Minji inginkan kepastian. Dia pasti yang Myungsoo menemaninya sepanjang malam ketika dirinya berada di hospital. Dia berharap dalam senyap. Berharap yang Myungsoo adalah satu-satunya yang menggunakan minyak wangi tersebut. Dia tidak pernah lupa bau tersebut. Bau itu membuatkan dirinya teringat kenangan indah bersama Eomma dan Appanya. Dia ingin mengingatinya kembali. Dia ingin Myungsoo mengaku. Minji masih menunggu jawapan Myungsoo yang dari tadinya memikir.

“Ah!” Myungsoo mendapat jawapan.

“So…?”

“Tak ada. Saya seorang je yang guna. Kenap-…” baru Myungsoo tersedar. Dia teringat yang Minji pernah berkata berkenaan minyak wangi ketika di hospital.  Myungsoo mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain selain Minji. Hatinya berdegup kencang. Minji memerhatikan Myungsoo yang sedang berada dalam keadaan gelisah. Dia kemudiannya senyum. Berasa lega.

“Baguslah.”

* * *

“Ottohkae?” Jaekyung bermundar-mandir di hadapan Sehun dan Sungjong. Jaekyung tidak lekang mengerling ke arah jam dinding di lobi hotel. Sudah jam 8.15 malam. Minji dan Myungsoo masih tidak kembali ke hotel.

“Noona, bawa bertenang.” Ujar Sehun.

“Hmm. Hyung-hyung lain pun risau. Tunggu dapat keputusan daripada mereka, eoh?” kata Sungjong pula. Ahli EXO dan INFINITE yang lain menyertai kumpulan pasukan penyelamat untuk mencari Myungsoo dan Minji. Sehun dan Sungjong di arah oleh Suho untuk menemani Jaekyung di hotel kerana Jaekyung memaksa yang lain untuk mengizinkan dirinya menyertai pasukan penyelamat. Yang lain melarangnya, menyatakan yang kerja-kerja tersebuut berbahaya untuk yeoja. Jaekyung mencuba untuk bertenang. Dia duduk di sebelah Sehun. Sehun mengusap-usap belakangnya agar dirinya reda. Selang beberapa minit, ada seorang yeoja berlari ke arah Mr. Kang untuk memberitahu sesuatu. Kemudiannya, Mr. Kang memandang ke arah di mana Jaekyung, Sehun dan Sungjong berada lalu mengangguk. Jaekyung bangun dan terus ke pintu gerbang utama hotel tersebut. Di situ, Jaekyung dapat melihat kelibat Minji yang berada dalam dukungan Myungsoo sambil memeluk leher Myungsoo. Baju mereka berdua kotor. Jaekyung tersenyum kecil dengan apa yang dilihat.

“Kyungmi, tunjukkan biik Minji.” Kyungmi mengangguk dengan arahan Sunggyu lalu mengarah Myungsoo untuk mengekorinya. Jaekyung kemudiannya mencari kelibat suaminya lalu tersenyum apabila meiihat Baekhyun sedang tersenyum dengan kata-kata Chanyeol.

“Jae-ah, suami awak terbaik.” Chen berbisik kepada Jaekyung.

“Huh? Waeyo?”

“Sebab dia, kami jumpa Min dengan Myungsoo.”

“Jinjja?” Jaekyung meihat lagi suaminya yang kini sedang berbual-bual dengan Hoya dan Dongwoo. Tanpa di sedari, Jaekyung tersenyum lebar, bangga kerana Baekhyun ialah suaminya.

“Baiklah! Semua dengar sini!” Kesemua pelajar mencari kelibat Mr. Kang. “Sebenarnya, malam ni, kita ada night prom dan mengisytiharkan pemenang untuk kedua-dua aktiviti kita pada hari ini. Tetapi, kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan ini aktiviti terakhir kita pada malam ni akan ditangguhkan pada malam esok. Jadi, Sepanjang hari esok, kami akan berikan kebebasan sehingga jam 7.00 malam. Tak kisah ke mana sahaja. Tidur di dalam bilik sepanjang hari sebab kepenatan, pergi ke akuarium, tepi pantai, ke mana-mana sahaja kecuali balik ke Seoul.” Semua pelajar tertawa. Mr. Kang tersenyum kecil kerana dia dapat melonggarkan ketegangan keadaan di lobi hotel kerana kejadian Minji dan Myungsoo. “Saya tak kisah asalkan awak semua tidak berada di dalam kesusahan. Saya mahu awak semua telah berpakaian sesuai untuk night prom kita malam esok berkonsepkan ‘elegant’ pada tepat 7.30 malam. Jelas?”

“Ne~~.” Kesemua pelajar menjawab.

“Hmm. Nampaknya dah tiada masalah. Selepas ini, awak semua bolah dapatkan makan malam di tepi pantai sebentar lagi.”

“Tepi pantai? Bukan café?” Salah seorang namja bertanya dengan suara yang kuat supaya Mr. Kang dapat mendengarnya.

“Ah! Saya terlupa nak beritahu. Memandangkan night prom ditangguhkan esok. Kita akan adakan barbeque di tepi pantai yang sepatutnya esok, pada hari ni.” Kedengaran pelajar bersorak. Mereka fikirkan yang malam ni tiada sebarang aktiviti dan akan menjadikan malam mereka amat membosankan. “Jadi, tolong hadirkan diri awak semua di sana dalam pukul 8.45 malam nanti. Faham?”

“Ne~~” sekali lagi membalas Mr. Kang.

“Ah! EXO, INFINITE!” mereka yang disebut memandang Mr. Kang dengan pandangan pelik. “Berikan tepukan kepada mereka sebab membantu pasukan penyelamat ke dalam hutan untuk menyelamat.” Tepukan yang gemuruh diberikan kepada EXO dan INFINITE yang sedang tersenyum lebar. “Baiklah. Bersurai.” Arah Mr. Kang lagi. Dengan itu, semua pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam lif untuk balik ke bilik sebelum makan malam bermula. Bagi EXO, INFINITE, Jaekyung , Kyungmi, Haera dan Raena, mereka menunggu di lobi agar lif lekang dari pelajar yang sedang menunggu giliran untuk ke tingkat atas.

* * *

“Baek, gomawo.” Jaekyung berkata sebaik mereka berdua baring bersama-sama di atas katil. Baekhyun tidak memahaminya tetapi hanya mengikut arus.

“Hmm.” Baekhyun mengangguk kecil.

“Mian.” dahi Baekhyun berkerut. Dia melihat wajah Jaekyung yang sedang memandang diriya dari sebelah kanannya.

“Wae?” Baekhyun mengangkat kedua-dua belah keningnya. Baekhyun dapat melihat kegelisahan isterinya yang menggigit bibir bawahnya. “Jae? Wae?”

“Anni…”

“Okay… Jae. Apa yang menganggu awak? Kenapa? Awak ada buat salah?” Jaekyung mengangguk kecil. “Awak boleh beritahu saya.”

“Mianhe… Sebab saya masih tak nak orang lain tahu hubungan kita.” Jaekyung memejamkan matanya. Kemudian, Jaekyung dapat mendengar Baekhyun ketawa kecil. Dia membuka matanya kembali, memandang suaminya yang memerhatikan siling sambil tersenyum sehingga ke telinga membuatkan matanya menjadi sepet.

“Apa yang Jae merepek?” kini giiran Jaekyung mengerutkan dahinya. “Baek tak kisah.” Baekhyun memandang Jaekyung sekali lagi. “Asalkan Baek tahu yang Jae sayangkan Baek… dah cukup. Eoh?” Jaekyung turut tersenyum sambil mengangguk.

* * *

“Awak semua boleh ambil angin sekitar kawasan tepi pantai ni. Tapi ingat! Jangan masuk ke dalam laut! Bahaya!”

“Ne~~” Dengan itu, parti barbeque pun bemula dengan meriahnya. Ada yang membuat keputusan untuk membuat api seperti ‘campfire’. Mereka ingin duduk mengelilingi api tersebut dalam sebuah bulatan yang besar. Dalam proses untuk menghidupkan api oleh para-para namja, Jaekyung dan Minji bersama-sama dengan para yeoja yang lain duduk di tepi pantai sambil berbual-bual.

“Min… macam mana dengan kaki Min?” Minji tersenyum kecil, tidak mengalihkan pandangannya dari laut di hadapan mereka.

“Ok.” Jaekyung mengangguk kecil.

“Macam mana dengan Myungsoo?” Minji memandang Jaekyung. Kemerahan mula ternampak di kedua-dua belah pipinya. Dia mengalihkan pandangannya ke bawah, bagaikan pasir lebih indah dari laut. Fikirannya melayang, teringat kejadian satu jam lepas.

*FLASHBACK*

“Baguslah.” Ujar Minji. Myungsoo mengetap bibirnya, dan melihat ke tempat lain selain Minji.

“…”

“Awak sepatutnya cakap dari awal.” Minji tidak mahu udara janggal berada mengelilingi mereka berdua.

“Huh?!” Myungsoo memandang Minji sambil mengangkat kening kanannya.

“Saya…” Minji mengeluh kecil. “Jin hanya kenangan silam saya.” Minji bermula.

“Saya-…”

“Dengar. Saya minta maaf kalau selama ni saya sakitkan hati awak atau ada rasa tak puas hati pada saya.” Minji mencuba untuk memberanikan diri agar dia dapat mengakui cintanya kepada Myungsoo. “Setiap kai awak alihkan pandangan daripada saya waktu saya perkenalkan Jin, saya rasa sakit. Sebenarnya… sebenarnya…”

“M-Min-…”

“Saya sukakan awak.” Myungsoo memandang ke bawah, mengelak daripada melihat Minji.

“…”

“Kalau awak tanya sejak bila… sejak saya jumpa awak pada kali pertama. Saya bukan nak regangkan hubungan awak dengan Jae Unnie tapi sebenarnya saya cemburu. Saya tak tahu tetapi saya hanya rasa macam tu. Setiap kali kita berjumpa, awak cakap yang saya ni namja. Saya tak kisah asalkan saya dapat perhatian awak. Waktu kat HAPPY CAFÉ, saya buat macam tu sebab saya cemburu. Then… waktu saya masuk hospital, saya selalu mengingatkan diri saya yang awak tak sukakan saya. Yang awak langsung tak kisah fasal saya. Saya selalu memujuk diri saya agar dapat menukar perasaan saya untuk Sungyeol Oppa sebab saya fikirkan yang Sungyeol Oppa menjaga saya sepanjang malam. Tetapi… bau minyak wangi lavender…” Minji mencuba untuk melihat Myungsoo. Myungsoo menggigit bibir bawahnya sambil termenung. “Saya sukakan bau tu. Saya masih dapat bau minyak wangi tu. Sekarang pun. Saya dapat bau minyak wangi tu. Tapi… bila saya terdengar perbualan awak dalam talian dengan Sungyeol Oppa, saya fikir yang saya dah tak ada peluang sebab awak berbual tentang perasaan awak. Saya tak pernah tahu, siapa yang awak berdua bualkan. Bukan niat untuk mendengar tetapi saya fikir yang… saya patut mendengar. Saya minta maaf sebab tu. Sejak tu, saya betul-betul fikir yang saya patut hentikan perasaan saya pada awak. Tiba-tiba… saya jumpa Jin. Ex-namjachingu saya. Sebenarnya, saya yang tinggalkan dia. Saya tak terfikir yang dia akan cari saya semula. Saya dah lupakan dia tapi… dia minta bersama semula. Bagi saya, mungkin… mungkin itulah masanya saya nak hentikan perasaan saya pada awak tapi… saya tak boleh. Saya tak boleh nak abaikan awak dalam fikiran saya.” Suara Minji semakin lama semakin serak dan akhirnya, air mata mula mengalir ke pipi Minji dalam senyap. Myungsoo masih berdiam diri. Sebaik Minji mahu bersuara lagi, ingin mengatakan yang dia faham jika Myungsoo tidak menerima perasaannya, Minji terasa dirinya berada di dalam dakapan Myungsoo yang ketat.

“Shh… Saya pun sukakan awak. Anni. Saya cintakan awak.” Dengan itu, Minji tertidur dalam dakapan Myungsoo akibat terlalu banyak perasaan yang dirasainya ketika itu. Selang sepuluh minit kemudian, ada lampu yang menyuluh ke arah mereka berdua.

“Min? L?”

“Ne.” Myungsoo menjawab pertanyaan Baekhyun. Pasukan penyelamat bersorak sebelum kembali ke hotel. Sebenarnya, separuh jalan sebelum tiba di hotel, Minji sudah pun tersedar dari tidurnya. Dia terasa yang dirinya sedang di bawa. Dia menghidu bau pembawanya dan mukanya kemerahan apabila mendapat tahu yang Myungsoo sedang membawanya. Terlalu malu untuk menyedarkan diri, dia hanya menutup mata sambil menikmati perasaan indah yang dirasainya ketika itu. Sebaik mereka tiba di dalam bilik kongsi Minji dan Kyungmi, Myungsoo menempatkan Minji di atas katil dan memandang Kyungmi.

“Tolong jaga Min baik-baik.”

“Eoh.” Kyungmi mengangguk dan menutup pintu bilik setelah Myungsoo keluar. Sebaik Kyungmi memusingkan badannya, bagaikan jantungnya hendak gugur apabila melihat Minji yang sudah bangun dari posisi baringnya dengan warna wajah tidak lain dan tidak bukan berwarna merah. “OMO! Aish! Min!” Minji mengangkat pandangannya dan melihat Kyungmi sambil mengelip-ngelipkan matanya.

“Mian?”

“Aigoo! Sudah. Mari saya rawat kaki awak tu.”

*ENG OF THE FLASHBACK*

Sehinggalah Minji sedang duduk bersama Jaekyung pada parti barbeque tersebut, Minji dan Myungsoo masih tidak bersua. Sepertinya Minji yang sentiasa mengelak daripada terserempak dengan Myungsoo.

“Min?” Jaekyung ingin mendapatkan perhatian Minji yang dari tadinya termenung untuk beberapa minit tanpa menjawab pertanyaan Jaekyung.

“Eoh?”

“Macam mana dengan Myungsoo?” Jaekyung mengulang pertanyaannya.

“Unnie…”

“Hmm?”

“Min dah mengaku perasaan Min pada Myungsoo…”

“Oh…” Jaekyung mengangguk-angguk sambil menikmati angin laut. Selang beberapa saat, “……EOH?!!” Jaekyung membulatkan matanya sambil melihat Minji yang berada dalam kegelisahan. Suara Jaekyung membuatkan beberapa pelajar yeoja yang berada berdekatan mereka berdua melihat Jaekyung dan Minji dengan pandangan mata yang menjengkelkan. “Apa yang Myungsoo cakap?”

“D-dia pun suk-suka-kan M-Min…?”

“Jinjja?!! Omo! Baguslah!” Minji kemerahan lagi. Sebelum Jaekyung dan Minji melanjutkan perbualan, kedengaran sorakan para namja. Semua yeoja melihat namja yang sedang ber ‘High-5’ antara satu sama lain sambil melihat api besar yang berjaya mereka hidupkan dalam masa 10 minit itu.

“Yettera! Kaja!” Suho mengajak para yeoja untuk menyertai mereka mengelilingi api besar tersebut dalam satu bulatan. Mereka semua mengatur langkah, menuruti arahan anak pengetua XOXO High tersebut. Sebaik mereka duduk dalam satu bulatan yang besar, mereka menikmati saat-saat tersebut dengan gembira. Ada beberapa pelajar (5 namja dan 5 yeoja) sukarela untuk menyediakan barbeque untuk mereka semua dengan ditemani irama lagu yang dimainkan oleh kumpulan EXO dan INFINITE. Chanyeol memetik gitar dan Baekhyun meyanyikan lagu berdasarkan lagu yang dimainkan Chanyeol. Jaekyung yang berada di antara Kyungmi dan Minji, memerhatikan suaminya dengan penuh lembut. Minji pula memerhatikan Myungsoo yang juga sedang memerhatikan dirinya. Myungsoo tersenyum kecil dan Minji membalas senyuman tersebut tanpa sesiapa yang tahu.

“BBQ siap~~~” ujar Kyungsoo dan Chen sambil membawa beberapa dulang berisi daging yang telah mereka bakar bersama dengan beberapa pelajar lain. Dengan itu, mereka makan dengan gembira.

* * *

“Kita nak ke mana esok?” tanya Baekhyun sebaik dirinya bersama Jaekyung berada di satu sudut tepi pantai. Memastikan tiada siapa yang dapat melihat mereka berdua bersama. Jaekyung juga tidak menyembunyikan wajahnya dan diikat di belakang.

“Mana-mana.”

“Ta-…”

“Asalkan Jae dengan Baek. Mana-mana pun boleh.” Sambung Jaekyung sebelum sempat Baekhyun membangkang. Senyuman mula terukir di bibir Baekhyun. Dia dapat rasakan kepala Jaekyung berehat di atas bahunya. Baekhyun juga merehatkan kepalanya di atas kepala Jaekyung dan menghayati saat berdua.

“Gurae…”

* * *

“Erm… So… Are we…?”

“Yeah.” Jawab Myungsoo. “Tapi macam mana dengan-…”

“Jin Oppa.” Minji bersuara sambil menghentikan langkahnya dan membuatkan Myungsoo juga terhenti kerana Minji sedang memeluk lengannya ketika berjalan sepanjang tepi pantai. Myungsoo melihat Minji dan kemudian melihat dimana Minji sedang melihat. Di hadapan mereka berdua, Kim Seokjin.

“Min..."

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! >////////////<

Sorry for late update. Kerja sekolah betul-betul boleh membuatkan tangan saya rasa macam nak tercabut.

>.<"

Harap awak semua berpuas hati dengan update kali ni. (Walaupun lambat)

So... Semakin hari... Saya fikir, kalau update lambat, ramai yang unsubscribe tapi makin ramai yang subscribe. Hi, Subscriber baru~ :3

Hope awak semua masih menunggu untuk pengakhiran cerita ni. Mungkin dalam 2-3 chap lagi? 

Boleh beri pendapat awak untuk citer ni? Memandangkan cerita ni akan tiba di penghujungnya, saya hanya ingin meminta pandangan awak semua terhadap cerita ni. ^^

As always...; Thanks to;

Subscribers (630+... O.O Thanks kepada subscriber baru dan lama kerana sudi membaca cerita yang tak seberapa ni dan menunggu cerita ni di update. Thanks a lot!)

Upvoters (37. Kalau ada sesiapa lagi yang menyukai cerita ni, ringan-ringankanlah tangan untuk mengupvote citer ni. XD Kalau ada yang tak suka, dipersilakan Unsubscribe. ~(T^T)~ )

Readers (Thanks sbb sudi membaca. ^.^v Hope awak semua enjoy~ )

Commenters (Thanks sebab sudi meninggalkan komen untuk citer ni. [Walaupun kebanyakannya meninggalkan komen 'Update soon' etc. XD ] It's okay. Asalkan komennya banyak. O.o )

Thanks~ A lot!

 

Ah! Ada sesiapa dah tengok teaser baru EXO?!!! OMGEEE!!! HENSEMNYE KAI!!! TAO pun!!!!! T^T

Belum? ---> Pathcode #Kai (18/3) Pathcode #Tao (19/3) Pathcode #Chanyeol (19/3)

Memang tak nak cakap ni tapi... SM seriously kreatif. >.<" 

Teasernya penuh mysterious. Tak sabar nak tunggu comeback EXO~ 

WooooHoooo XD

 

Let's love (/^_^)/ ~~ <3 <3

Annyeong! Jumpa di lain Update~ (^.^)//

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe