Episod 15

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Wha… What are y-you doing ?” Jaekyung terkejut dengan apa yang dipegang oleh Baekhyun.

“A-anni.” Baekhyun, dengan gelabahnya, meletakkan buku tersebut semula di atas meja namun buku itu terbuka di halaman di mana mukasurat terakhir yang dia buka. Baekhyun bangun, keluar dari bilik belajar milik Jaekyung dan terus ke dalam bilik air yang ada di dalam bilik Jaekyung. Sunyi menyelubungi ruang bilik tidur Jaekyung. Jaekyung masih terkejut kerana Baekhyun membaca buku diarinya. Dengan perlahan, Jaekyung menapak menghampiri meja belajarnya dan menutup kembali buku tersebut. Dia menyorokkannya di dalam laci meja belajarnya.

‘Yah! Jae-ah… kenapa cuai sangat sampai lupa nak sorokkan buku tu?!! Baekhyun dah baca sampai habis ke? Belum? Aish!!’ Sedang Jaekyung memarahi dirinya sendiri, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada seseorang menghubunginya.

*YOU’RE MY HEART HEART HEART HEART HEARTBREAKER!*

“Yoboseyo?” Jaekyung menjawabnya tanpa melihat caller ID.

“Yoboseyo! Jay-ah~!” dengan serta-merta, Jaekyung mengukir senyuman di bibirnya.

“Omo! Kris Oppa! Oppa sihat? Macam mana dengan Appa Oppa?” Jaekyung boleh tahu yang Kris tersenyum lebar di hujung talian.

“Sihat. Appa Oppa pun sihat. Jay macam mana?”

“Okay je~”

“Macam mana dengan kehidupan kamu berdua?” Jaekyung terdiam seketika.

“Ok.”

“Eoh? Tu je? Hmm… tak pelah. By the way, Oppa dah sampai kat Seoul.”

“Jinjja?!! Omo! Kenapa tak cakap awal-awal? Bolehlah Jay jemput Oppa kat airport tadi.”

“Tak perlu. Lagipun dah lewat malam ni. Oppa balik sendiri naik teksi. Oppa sampai kat rumah EXO ni pun tak ada orang tahu. Semuanya dah pergi alam mimpi.”

“So, Jay orang pertama yang tahu Oppa dah balik?” Jaekyung tahu yang Kris mengangguk di hujung talian walaupun tak nampak aksi tersebut namun, Jaekyung dapat merasakannya.

“Erm… Sudahlah. Jay tidurlah dulu. Esok kita sambung eoh?”

“Eoh~ Arraso~ Jaljjayo Oppa!”

“Jaljja.” Selepas itu, talianpun telah diputuskan. Jaekyung tersenyum lebar sambil membelek-belek skrin telefonnya. Tanpa Jaekyung sedar, Baekhyun mendengar segala perbualan antara Jaekyung dengan Kris. Baekhyun mengeluh kecil. Jaekyung bersiap untuk tidur, baring di atas katil bahagian sebelah kiri. Sebenarnya Jaekyung menunggu Baekhyun keluar dari bilik air namun Baekhyun masih tidak muncul. Jaekyung melelapkan matanya tetapi masih tidak masuk ke alam mimpi. Baekhyun keluar dari bilik air tersebut selepas 5 minit. Baekhyun melihat tubuh Jaekyung yang terbaring di atas kati.

‘Dia bagi ruang untuk saya… Patut ke saya tidur bersama dengan dia?’ Fikir Baekhyun seketika sebelum melangkah menghampiri Jaekyung. Baekhyun melutut dan wajahnya berdekatan dengan wajah Jaekyung. Hatinya berdebar-debar, sama seperti Jaekyung. Jaekyung dapat rasakan Baekhyun semakin hampir dengannya. Dia berpura-pura dengan sedaya upaya agar Baekhyun tidak menyedari yang dirinya masih sedar.

“Mian, Jae-ah… Saya tak sengaja baca buku awak.” Baekyun tersenyum kecil sebelum mencium dahi Jaekyung dengan lembut. Jaekyung terkedu sehingga dia tak sedar yang dirinya menahan nafas. Baekhyun membelai rambut Jaekyung dengan lembut agar Jaekyung tidak tersedar. Baekhyun bangun dan berlalu pergi, berada di sofa, baring dan terus tertidur. Jaekyung yang sedang menahan nafasnya dari tadi, mencuba untuk bernafas secara normal semula.

‘Baek… kenapa awak masih berlakon walaupun saya sedang tidur dan tak ada sesiapa yang melihat? Baek, saya masih tak memahami awak. Kenapa awak begini dan begitu…? Awak memeningkan kepala saya… Baek-ah, jangan hanya bersimpati pada saya hanya kerana mungkin awak sudah tahu perasaan saya terhadap awak melalui buku tu tapi saya nak awak tunjukkan perasaan awak yang sebenar dan bukannya berlakon. Saya nak awak luahkan dengan ikhlas.’ Tanpa disedari, airmata Jaekyung mangalir. Entah kenapa, terasa sakit apabila dia memikikan yang Baekhyun hanya berlakon selama ni.  

* * *

Pada keesokan paginya, Jaekyung bangun dan melihat ke arah sofa dan mendapati yang Baekhyun tidak ada di situ. Jaekyung bangun dan terus menyegarkan dirinya. Suasana di rumah tersebut sunyi sepi. Tiada seorang pun yang ada di dalam rumah tersebut kecuali Jaekyung dan Baekhyun. Baekhyun sedang berada di ruang dapur, menyediakan sarapan untuk dirinya dan isterinya. Dengan badannya yang kesakitan akibat tidur di atas sofa malam tadi, Baekhyun menyediakan sarapan dengan kekuatan yang dia ada. Dia mahu menunjukkan yang dirinya berubah untuk Jaekyung. Dia ingin Jaekyung mengetahui perasaannya pada hari ni. Dia mahu meluahkan segalanya.

“Morning.” Baekhyun menegur Jaekyung yang menuruni anak tangga lalu menuju terus ke dalam ruang dapur. Baekhyun senyum kecil namun, Jaekyung melihatnya.

“M-morning…” jawab Jaekyung. Dia masih rasa janggal. “Awak buat semua ni?” Jaekyung bertanya sebaik sahaja terlihat hidangan ‘sarapan’ di atas meja makan. Hidangan tersebut sepertinya untuk lebih dari dua orang makan. Baekhyun mengangguk. Jaekyung menarik kerusi dan duduk. “M-mian. Sepatutnya saya yang masakkan untuk awak.”

“Anni. Saya yang bangun terlalu awal jadi saya rancang nak masakkan untuk awak hari ni.” Jaekyung melihat hidangan tersebut dan terasa lapar hanya dengan melihat. Dengan senyap, Baekhyun mengurut bahu dan lehernya yang kekejangan. Dia tak pernah tidur di atas sofa selama ini dan pertama kali tidur di atas sofa, kesakitan yang di alaminya adalah teramat. Dia menumbuk bahunya untuk mengurangkan kekejangan urat sehinggalah Jaekyung bersuara.

“Awak tidur kat mana malam tadi?”

“…”

“Baekhyun?” Baekhyun mengeluh.

“Awak tak perlu risau.” Baekhyun senyum kecil. ‘Mian… tapi saya tak nak awak berlakon lagi…’ Jaekyung berfikir sebelum berkata…

“Saya tak cakap yang saya risaukan awak. Saya hanya tanya… awak tidur kat mana?” Baekhyun terkejut dengan kata-kata Jaekyung. ‘Dia tak risaukan saya? Jadi… perasaan dia pada saya sekarang dah kurang? Atau mungkin dah tak ada langsung perasaan dia pada saya…’ fikir Baekhyun. Riak wajah Baekhyun berubah menjadi sedih. Jaekyung nampak perubahan tersebut.

“Saya tidur atas sofa.”

“Kenapa tak tidur atas katil?”

“…” Baekhyun tidak menjawab. “Awak makanlah dulu… Saya nak mandi.” Baekhyun terus menuju ke tingkat atas. Jaekyung melihat kelibat Baekhyun yang semakin menghilang dari pandangannya. ‘Kenapa…? Kenapa Baek selalu buat saya rasa bersalah terhadap dia? Kenapa Baek selalu buat saya rasa yang saya seorang isteri tak beradab terhadap suaminya? Kenapa Baek? Apa salah saya? Atau mungkin memang betul ianya salah saya?’ fikirnya sendirian sambil memerhatikannya makanan yang disediakan oleh Baekhyun.

* * *

Sehingga Baekhyun turun ke tingkat bawah selepas bersiap, Jaekyung masih tidak menyentuh hidangan tadi kerana Jaekyung menunggu Baekhyun. Selepas Baekhyun turun, menuju ke pintu utama, buka pintu, menapak keluar dan menutup kembali pintu tersebut. Perbuatan tersebut hanya diperhatikan Jaekyung. Terkejut. Baekhyun keluar dari rumah dengan berpakaian kemas. Tanpa sepatah kata, Baekhyun keluar meninggalkan Jaekyung keseorangan. Jaekyung masih tercegat di mana dia berada sambil memerhatikan pintu utama. Mungkin… MUNGKIN Baekhyun akan masuk semula. Selang beberapa minit, tiada sebarang petanda yang Baekhyun akan masuk ke dalam rumah semula. Air mata mula bertakung di kelopak mata Jaekyung dan mengalir dengan perlahan ke pipi. ‘Kenapa perangai Baekhyun sentiasa berubah?’ Jaekyung menangis dengan sepuas hati sehingga telefon bimbitnya berbunyi.

* * *

Sementara itu, Baekhyun telah tiba di rumah EXO kerana dapat panggilan telefon dari Chanyeol untuk mengadakan majlis kepulangan Kris.

*FLASHBACK*

Selepas Baekhyun menaiki tangga ke tingkat atas, Baekhyun mengelamun sebentar sambil duduk di penjuru katil di dalam bilik.

‘Mungkin Jaekyung dah tak ada perasaan sedikit pun pada saya? Malah… mungkin Jaekyung langsung tidak mahu mempunyai perasaan pada saya? Patut ke kita berjauhan? Patut ke kita bersama? Patut ke kita kekalkan perjanjian kita? Patut ke? Jae-ah… please, give me the answer.’ Tiba-tiba telefon bimbit Baekhyun berbunyi.

*MALHAEYO MAMA~ MAMA~*

“Yoboseyo, Yeol-ah.”

“Baek! Kris Hyung dah balik dari Canada. Kita orang nak buat majlis untuk Kris Hyung. Datanglah! Jangan lupa bawa Jaekyung sekali.” Baekhyun teringat perbualan Jaekyung dengan Kris malam tadi.

“Saya datang tapi seorang.” Baekhyun terus menamatkan talian. Baekhyun sudah mengubah keputusannya dan ingin mengekalkan hubungan yang janggal bersama Jaekyung. Dia tidak mahu ada banyak lagi konflik yang akan dihadapi. Baekhyun tidak mahu Jaekyung mengetahui perasaannya pada Jaekyung kerana dia takut yang Jaekyung akan membenci dirinya hanya kerana mungkin dirinya berubah selepas membaca buku diari milik Jaekyung. Baekhyun tidak mahu ada kesalahfahaman yang berlaku kelak. Jadi, apa yang terbaik bagi Baekhyun adalah elakkan diri dari meluahkan perasaannya pada Jaekyung. Baekhyun sudah bertekad! Namun, dapatkah tekadnya berkekalan?

Baekhyun bersiap dan terus keluar dari bilik. Sebelum menuruni anak tangga, Baekhyun menarik nafas sedalam yang boleh dan menahannya. Baekhyun melangkah menuruni anak tangga dengan pantas. Dengan tak sengaja, Baekhyun terasa dirinya ingin mengalirkan air mata. Baekhyun mempercepatkan langkahnya terus ke pintu utama dan menguatkan dirinya agar tidak melihat kelibat Jaekyung. Selepas bertolak untuk ke rumah EXO, Baekhyun menangis. ‘Kalau ini yang terbaik, saya sanggup buat apa sahaja untuk awak, Jae.’ Fikirnya sebelum mengesat airmata yang mengalir ke pipi.

*END OF THE FLASHBACK*

“Baek? Mana Jae?” Tanya Suho sebaik sahaja Baekhyun menapak masuk ke dalam rumah tersebut tanpa sebarang patah kata.

“Baek kata dia datang seorang. So, maksudnya dia tak bawa Jae, kan?” Tanya Chanyeol selepas muncul dari muka pintu ruang dapur.

“Kenapa, Baek? Apa masalah awak?” Baekhyun menunjukkan muka pocker face sedaya upayanya. Tidak mahu diketahui oleh membernya yang dia baru sahaja lepas menangis. Chanyeol semakin curiga dengan perangai Baekhyun.

“Tak apalah, biar saya yang jemput Jay, eoh?” Kris berkata sebaik turun dari tingkat atas. Kris cuba untuk mencari alasan milik Baekhyun melalui riak wajah Baekhyun namun, wajah Baekhyun langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan. Selepas keluar dari rumah, Kris hubungi Jaekyung dan talian disambungkan.

“Y-yoboseyo?” suara Jaekyung sepertinya sedang menahan dari menangis.

“Yoboseyo, Jay-ah.”

“Eo-eoh… Kris O-Oppa.”

“Bersiap eoh? Nanti Oppa datang jemput.” Kris rancang agar tidak bertanya sekarang kerana masanya masih tidak sesuai. Dia akan menyimpan pelbagai soalan tersebut apabila bersua nanti.

“Eoh? N-nak ke mana?”

“EXO buat majlis sebab Oppa dah balik.”

“O-oh… Oppa ambil Jay kat r-rumah Eomma J-Jay tau.”

“Eoh, gurae.” Selepas talian diputuskan, Kris memandu keretanya untuk menjemput Jaekyung.

Apabila tiba di rumah Eomma Jaekyung, Jaekyung sudah pun muncul di pintu pagar utama. Jaekyung memakai baju yang normal tetapi sesuai pada dirinya. Kris senyum pada Jaekyung sebaik Jaekyung menaiki kereta tersebut. Ketika dalam perjalanan kembali ke rumah EXO semula, Kris memecahkan kesunyian.

“Boleh Oppa tanya?” Jaekyung menjawab dengan menganggukkan kepalanya. “Kenapa Jay menangis tadi? Ada masalah dengan Baek ke?” Jaekyung mengalih perhatian dari luar tingkap kepada Kris. Matanya penuh dengan kesedihan. Kris memandang sekilas pada Jaekyung dan kembali fokus pada jalan. “Kalau Jay tak bersedia nak bercerita lagi, Oppa sentiasa menunggu persediaan Jay, eoh?” Jaekyung senyum kecil dan kembali melihat ke arah luar tingkap. Betapa untungnya dia ada seorang kawan atau abang yang memahami keadaan dirinya.

* * *

Di rumah EXO, pelbagai soalan ditanya pada Baekhyun.

“Baek Hyung, kenapa Baek Hyung tinggalkan Jae Noona?” pertanyaan dari Sehun hanya dijawab oleh kesunyian.

“Baek, apa masalahnya?” Luhan juga sama.

“Baekhyun, tell us. Any problems?” Suho juga.

“Baek, kenapa awak selalu berubah? Hyung fikir yang awak dah berubah lepas hidup bersama dengan Jae selepas perkahwinan awak berdua?” Baekhyun masih berdiam diri selepas ditanya oleh Xiumin.

“Baek-ah, do you love her?” pertanyaan Chen mendapat perhatian Baekhyun. Baekhyun memerhatikan Chen. Matanya masih tidak menunjukkan apa-apa perasaan dan tiada jawapan melalui pandangan matanya.

“Kami dah sampai.” Kris berkata sebaik membuka pintu utama dan Jaekyung juga ada bersamanya. Namun, waktu yang tak tepat kerana pada masa yang sama, Baekhyun menjawab pertanyaan Chen.

“Anni.”

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! Present for you guys!!!

Atas permintaan ramai, saya update satu lagi chap walaupun saya tengah batuk... -.-" (demam)

By the way, saya betul-betul curious... betul ke cerita ni best? 

Saya sendiri pening dengan jalan cerita ni... (maklumlah, baru kali ke dua buat cerita dengan serious.)

Keke~ Anyway, wish me to get well soon. ^^

Walau apa pun, terima kasih pada readers, viewers, commenters, subscribers(200+), and upvoters (18)~

And, kepada pembaca baru, terima kasih sebab subscribe cerita ni dan sokong cerita saya. Saya harap awak semua masih enjoy baca cerita ni!

Annyeong! <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe