Episod 19

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

Baekhyun terkedu. Selang beberapa minit, Baekhyun tersenyum kecil. Kini, dia dapat tahu perasaan sebenar Jaekyung padanya. Tanpa ragu, dia telah menetapkan keputusannya… yang dia tak mahu lepaskan Jaekyung walau apa pun.

* * *

Jaekyung telah tiba di lokernya untuk mengeluarkan buku bagi subjek pertama pada pagi tersebut. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang ada di sekolah tersebut kerana Jaekyung tiba di sekolah sebelum pukul 6.45 pagi. Tujuan dia hadir awal ke sekolah hanya untuk mengelak dari berjumpa atau bertembung dengan Baekhyun. Selepas Jaekyung menutup pintu lokernya, dia mengeluarkan keluhan yang berat. Fikirannya masih mengingati perkara semalam. Betul ke dengan apa yang Baekhyun katakan? Perlu ke dia melupakan apa yang Baekhyun katakan padanya tiga bulan lepas? Kalau betul, segalanya rumit. Susah baginya untuk melupakan sesuatu yang membuatkan hatinya sakit.

Jaekyung melangkah pergi selepas memandang sekilas pada loker milik Baekhyun di sebelah lokernya. Walaupun mungkin kebetulan, dia masih tidak menyangka yang loker suaminya bersebelahan dengannya. Jaekyung membuat keputusan untuk merehatkan mindanya di taman belakang sekolah sementara menunggu untuk sekolah bermula. Langkahnya membawa dirinya ke tempat yang dituju lalu duduk di bangku tersedia. Jaekyung bersandar dan melihat ke arah langit yang gelap, menunggu masa untuk cerah. Jaekyung mencuba untuk melelapkan matanya sebelum dia merasakan dirinya basah dicurah air. Dengan sekelip mata, Jaekyung sudah basah kuyup. Dengan cepat, Jaekyung membuka matanya semula dan mendapati ada sebuah baldi di atasnya, jelasnya dipegang oleh seseorang. Jaekyung bangun dari bangku dan melihat dirinya sendiri sebelum mencari wajah disebalik kejadian ini. Jaekyung terkedu apabila mendapati orang yang memegang baldi tersebut ialah… Gong Minji.

“Opps!! Mianhe~ Saya tak perasan awak ada kat sini. Saya ingatkan ada pokok bunga yang kering kat sini.” Kata Minji dengan selamba. Jaekyung menundukkan kepalanya, tak mahu memandang mata kejam milik Minji.

“W-wae…?”

“Kenapa? Awak pura-pura tak dengar or awak betul-betul pekak? Bukan ke saya cakap yang saya tak perasan awak ada kat sini?” Minji menjelingkan matanya. Jaekyung berasa geram namun ditahan dirinya sambil menggenggam erat tangannya disisinya.

“T-tak mungkin…”

“Hmm…Saya pun rasa tak masuk akal tapi nak buat macam mana? Saya tak suka pokok bunga yang kering so, saya tak ada pilihan selain siram.”

“…”

“Lagi satu… Awak jangan mimpi untuk dapatkan hati Byun Baekhyun. Kalau awak nak tahu, hati dia milik saya. Saya bekas-… anni… saya yeojachinggu dia! Saya tak suka dan benci bila dapat tahu namjachinggu saya dah kahwin. Saya tahu, dia tak sukakan awak dan awak sukakan dia. Ia hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan. Saya nak ingatkan awak sekali lagi, jauhkan diri awak dari Baek Oppa. Ini amaran saya pada awak.” Dengan itu, Minji berlalu pergi meninggalkan Jaekyung yang kebasahan. Air mata Jaekyung mengalir bersama air yang membasahi dirinya. Dengan tangan yang menggeletar akibat kesejukan, dia mengesat air mata sebelum mencapai beg sekolahnya dan berlalu dengan langkah yang perlahan. Langkahnya sama perlahan bersama air mata yang mengalir ke pipi.

‘Apa salah saya… Patut ke saya dilayan sebegini? Saya tak lakukan apa-apa tapi, apa yang saya dapat? Tch… inilah kehidupan, Jae-ah… Fighting!! Awak boleh, Jae!!’ fikir Jae sendirian. Ketika dalam perjalanan untuk ke tandas, ada seorang namja yang menghalang jalan Jaekyung. Jaekyung tidak mengetahui siapakah namja tersebut memandangkan dia hanya menundukkan kepalanya. Fikir Jaekyung, mungkin namja tersebut hanya berselisih jalan dengannya lalu Jaekyung mengelakkan dirinya ke kanan tetapi namja tersebut tetap menghalang jalannya. Tanpa berkata apa-apa, namja tersebut menghulurkan sehelai kain pada Jaekyung. Sebelum Jaekyung mengangkat kepalanya, namja tersebut mencapai tangan kanan Jaekyung dan meletakkan kain tersebut di tapak tangan Jaekyung. Jaekyung terkejut dengan sentuhan yang dibuat namun, sebelum Jaekyung berkata-kata, namja tersebut berlalu pergi ke arah bertentangan dengannya. Jaekyung mengangkat kepalanya lalu memandang ke belakang untuk mengetahui gerangan namja tersebut tetapi namja tu hilang tanpa jejak atau tanda-tanda ada seseorang yang melalui kawasan tersebut..

‘N-nugunde?’ Tanya Jaekyung sendirian. Pandangannya dialih dan melihat kain di tangannya, Kain tersebut dibelek beberapa kali dan hanya satu huruf yang dijahit di penjuru bawah sebelah kiri kain tersebut iaitu ‘L’.

“L?” Tanya Jaekyung lagi. Dengan perasaan ingin tahu, Jaekyung menggunakan kain tersebut untuk mengeringkan mukanya lalu menyambng langkahnya selepas bersin kerana kesejukan pada waktu pagi.

* * *

Kini jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kesemua pelajar sudah masuk ke dalam kelas masing-masing namun, hati Baekhyun tidak dapat bertenang. Dirinya sentiasa memandang tempat duduk Jaekyung walaupun dirinya sentiasa diganggu dengan suara Minji. Suho yang sedar akan kegelisahan Baekhyun mula menghampiri Baekhyun memandangkan cikgu masih belum muncul untuk mengajar.

“Baek? Waegeure?” Tanya Suho, pelik.

“A-anni…” Suho melihat ke arah pandangan mata Baekhyun yang masih memerhatikan tempat duduk kosong milik Jaekyung.

“Fasal Jae?”

“…”

“Baek tak datang dengan Jae ke? Jae ada kat rumah sebelum Baek keluar rumah tadi?”

“Tak… Jaekyung dah keluar sebelum Baek. Tapi… kenapa dia tak masuk kelas lagi?”

“Aigoo… Mungkin dia pergi tandas? Tunggu sajalah, eoh?” Baekhyun mengangguk kecil. Perbualan antara Baekhyun dan Suho sedikit sebanyak membuatkan Minji sakit hati. Mungkin dengan apa yang dilakukan tadi masih tidak dapat memuaskan hatinya. Selang beberapa minit, cikgu bagi masa pertama, Miss Soo, masuk ke dalam kelas. Miss Soo menyemak kehadiran dengan memanggil nama pelajar. Tiba nama Seo Jaekyung, hanya kesunyian yang menyambut panggilan Miss Soo.

“Seo Jaekyung?” Miss Soo melihat seluruh sudut kelas dan tiada tanda yang Jaekyung ada di dalam kelas tersebut. Selepas tamat menyemak, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Walaupun pandangan mata Baekhyun tertumpu pada Miss Soo, namun, mindanya melayang ke tempat lain hanya memikirkan keadaan Jaekyung. Baekhyun terfikir sesuatu yang terjadi pada Jaekyung mungkin adalah perbuatan Minji, lalu pandangannya dialih ke Minji di sebelahnya. Apa yang dapat dilihatnya ialah Minji menumpukan sepenuh perhatian pada pembelajaran. Keraguan Baekhyun pada Minji hilang serta merta. Baekhyun mengeluh kecil.

* * *

Kini, sudah tiba waktu makan tengah hari namun, kelibat Jaekyung masih tidak dapat dikesan. Pelbagai kemungkinan yang terlintas di kepala Baekhyun. Perasaannya semakin gelisah apabila memikirkan sesuatu yang buruk mungkin berlaku pada Jaekyung. Suara Kris mengejutkan Baekhyun ketika dalam perjalanan ke cafeteria.

“Baek, kenapa Jay tak datang?”

“Eoh?! Aigoo… kkamjagiya!”

“Eoh? Apa yang membuatkan Baek fikir mendalam ni?”

“A-anni… Apa yang Hyung tanya tadi?”

“Jay. Kenapa Jay tak datang?”

“M-mollayo…”

“Eh? Baek tak jumpa Jae lagi ke hari ni?”

“Baek rasa Jaekyung dah keluar rumah sebelum Baek tapi, Jaekyung tak muncul lagi kat sekolah.”

“Ahh~” Setelah tiba di cafeteria, mereka semua duduk dan berbual seperti tiada apa yang kekurangan. Namun, Baekhyun terasa kekurangan kerana ketiadaan Jaekyung. Baekhyun mengeluh lagi dan dia sendiri tidak tahu sudah keluhan yang ke berapa kali.

* * *

Sementara itu, Jaekyung berada di bilik jururawat sekolah, baring di atas katil, sedang bersin banyak kali. Dia demam akibat dirinya basah kuyup untuk jangka masa yang panjang pada awal pagi di luar bangunan. Jaekyung juga menukar baju yang disediakan oleh jururawat di dalam bilik tersebut. Dia mendapat kebenaran jururawat di dalam bilik tersebut untuk berehat dan surat kebenaran tidak masuk ke kelas pada hari tersebut. Fikirannya melayang, memikirkan fasal Baekhyun dan namja yang mungkin bernama ‘L’.

‘Aish!!! Buat pening kepala je!’ dengan itu, Jaekyung terus dibuai mimpi. Dia amat memerlukan tidur yang secukupnya untuk sembuh dari demam.

* * *

Kini, waktu pulang tiba, Jaekyung masih tidak muncul. Baekhyun semakin gelisah. Ke mana Jaekyung sebenarnya? Perasaannya tidak dapat membuatkannya duduk dengan tenang. Namun, bagi ahli EXO yang lain, mereka bertenang seperti tiada yang buruk berlaku. Sebelum sekolah bermula pada pagi tadi, Jaekyung sempat memberitahu Kris yang dia sedang berehat di bilik jururawat sekolah kerana demam melalui mesej pesanan ringkas yang dihantarnya. Kris, tanpa membuang masa, memberitahu semua ahli EXO sebaik sahaja pesanan tersebut dibacanya kecuali Baekhyun. Kerana itulah, EXO tidak risau walau sedikit namun, perkara tersebut membuatkan Baekhyun berasa pelik. Kebiasaannya EXO akan risau kalau Jaekyung tidak muncul tetapi kenapa tidak hari ini?

Ketika dalam perjalanan keluar dari kelas, Baekhyun berjalan bersama EXO, hanya mengekori ke mana sahaja EXO pergi sementara fikirannya tidak menghiraukan arah tuju EXO. Kakinya sentiasa mengekori langkah EXO dan langsung tidak menyedari yang langkahnya membawa dirinya ke bilik jururawat sekolah. Setelah tiba di pintu bilik tersebut, kesemuanya berhenti dan Baekhyun yang sedang mengelamun sambil berjalan, terlanggar Tao di hadapannya.

“Aishh!! Hyung. Tengok depanlah.”

“E-eoh… Mian. Tapi… kita kat mana ni?”

“Hyung?! Hyung langsung tak tengok jalan?”

“Eoh. Mian.” Baekhyun melihat di hadapan mereka dan ternampak satu plat nama yang terlekat di pintu bilik tertulis ‘Cure & Care’. “Kita buat apa kat sini…?”

“Baek… Cuba fikir baik-baik. Kenapa kita ada kat sini?” Baekhyun menunjukkan wajah yang pelik sambil melihat Luhan yang menyoalnya semula.

“Kenap-…” sebelum sempat Baekhyun bertanya kembali, nama Jaekyung terlintas di kepalanya. Dalam sekelip mata, Baekhyun telah pun memulas pintu bilik tersebut dan terus masuk ke dalam. Baekhyun disambut oleh Jaekyung yang sedang baring lemah di atas katil putih. Hati Baekhyun menjadi lemah sambil langkahnya membawa dirinya menghampiri tubuh Jaekyung. Baekhyun duduk di kerusi berhampiran katil. ‘Wait… maknanya EXO tahu yang Jae ada dalam bilik ni?! Selama saya gelisah, dia orang hanya buat tak tahu?’ fikirannya terganggu tentang EXO. “H-hyung…” Baekhyun bersuara.

“Hmm…?” Xiumin menyambut panggilan Baekhyun memandangkan dia paling dekat dengan Baekhyun.

“Wae…?”

“Molla… Kris kata yang Jae demam. Sebab tu Jae rehat kat sini.” Jawabnya.

“Jadi, semua orang dah tahu kecuali saya?” kesemua ahli terdiam. “Kenapa tak beritahu Baek sedangkan Baek suami Jae?”

“B-Baek.” Suara Chanyeol menunjukkan yang dia berasa bersalah.

“Anni… saya tak nak dengar apa-apa alasan. Baek tak faham… kenapa perlu sembunyikan fasal ni dari Baek? Lain kali… jangan buat macam ni.”

“Macam mana kami nak beritahu? Sedangkan kami tengok gaya Baek macam tak nak tahu fasal Jae. Cara Baek buat orang lain fikir yang Baek langsung tak hiraukan Jae. Kami tahu Jae ialah isteri Baek tapi kami risau, Baek buat tak tahu kalau kami cakap fasal keadaan Jae.” Baekhyun berdiam diri sapabila mendengar kata-kata Suho. Setelah beberapa saat, dia mula bersuara semula sambil matanya melihat Jaekyung dan tangannya mencapai tangan Jaekyung.

“Hmm… Mianhe. Baek sedar… Baek yang salah tapi sekarang, harap awak semua percaya yang Baek-…” tangan Baekhyun menggenggam erat tangan Jaekyung yang dicapainya tadi. “…akan beri perhatian sepenuhnya pada Jae. Baek tak akan abaikan Jae. Baek akan jaga Jae walau macam mana pun tapi… tolong berikan Baek masa untuk perbetulkan semuanya. Baek harap awak semua faham keadaan Baek.” Kris senyum. Dia dapat rasakan keikhlasan dalam suara Baekhyun.

‘Jay-ah… awak dah kahwin dengan orang yang sepatutnya. Tapi alangkah bagus kalau Jay sedar sekarang ni. Mungkin, kalau Jay dengar semua yang keluar dari mulut Baek, Jay akan rasakan keikhlasan dari hati Baek.’ Fikir Kris sendirian. Ahli yang lain juga tersenyum sambil melihat wajah Baekhyun yang lembut melihat Jaekyung.

“Arraso. Kami beri peluang pada Baek tapi ingat, kalau ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan Baek dan Jae berdua, jangan lupa dengan apa Baek katakan sekarang.” Sebaik sahaja Suho berkata, Jaekyung tersedar dari tidurnya lalu Baekhyun melepaskan tangannya sebelum Jaekyung perasan yang dia sedang memegangnya.

“E-eoh…? Kris Op-Oppa?” perkataan pertama yang keluar dari mulut Jaekyung sedikit sebanyak membuatkan Baekhyun terasa sakit. Orang pertama yang dilihat Jaekyung bukanlah Baekhyun, suaminya tetapi Kris. “EXO? Buat apa kat sini?” Jaekyung bangun dari posisi baringnya. Dia tidak mahu menatap mata Baekhyun sepertimana dia tidak mahu membuka perbualan tentang apa yang dikatakan semalam.

“Sekarang dah waktu balik, Noona.” D.O menjawab.

“Eoh… gurae? Kaja.” Jaekyung turun dari katil. Badannya semakin sembuh hanya kerana mendapat tidur yang lebih dari cukup. “Hmm… Kris Oppa, hantar Jae balik, eoh?”

“A-anni… Oppa ada hal lepas ni.”

“Hmm… Sehun?”

“Andwae.”

“D.O, jebal?”

“Mianhe.”

“Luhan Oppa?”

“Sorry.”

“Aigoo… mesti Xiumin Oppa, Suho Oppa, Lay oppa, Chen, Chanyeol, Tao dengan Kai pun ada hal? Tak ada yang tak ada hal ke?” keluh Jaekyung. Xiumin menyiku Baekhyun dan memahami keadaan sebenar. Mereka semua mengelak dari menghantar Jaekyung balik untuk beri peluang agar Baekhyun bawa pulang Jaekyung.

“Erm… Jae-ah, Baek tak sibuk so, balik dengan Baek, eoh?” Jaekyung memandang Baekhyun yang sedang memandang ke bawah.

“A-arraso…” Jaekyung setuju walaupun hatinya masih ragu-ragu.

“Okay! Jom balik~” mereka semua melangkah keluar dari bilik setelah di ajak Kai, meninggalkan Jaekyung dan Baekhyun berdua.

“Erm… Saya minta baju saya sekejap.” Baekhyun mengangguk walaupun pelbagai pertanyaan menyerang fikirannya. Kenapa dengan baju Jaekyung? Kenapa demam sedangkan pagi tadi dia okay je? Selepas mereka menaiki kereta untuk terus pulang, perjalanan mereka hanya ditemani kesunyian, seperti kebiasaannya. Apabila tiba di halaman rumah mereka, Baekhyun bersuara.

“K-kenapa dengan awak? Kenapa awak demam?”

“Anni. Saya terjatuh dalam lecak kat sekolah. Baju saya basah, then saya kena demam. That’s all.” Jaekyung keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah, menuju ke biliknya, meninggalkan Baekhyun yang kebingungan.

“Tu je…? Tapi… tak mungkin… Biasanya dia selalu berhati-hati. Mesti ada yang tak kena.” Baekhyun juga measuk ke dalam rumah, selain makan bersama selepas Jaekyung memasak tanpa bersuara, mereka berdua lakukan kerja masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran satu sama lain.

Jaekyung berada di dalam biliknya, sedang memerhatikan kain yang diperolehinya oleh seorang namja di sekolah pada pagi tadi. Hatinya masih ingin mengetahui, siapakah namja tu? Biasanya, tiada seorang pun yang akan menghiraukan kehadirannya di sekolah memandangkan dirinya tidak terlalu bersosial di sekolah, malah tiada seorang pun yang tahu bahawa Seo Jaekyung di sekolah ialah Byun Jaekyung, isteri Byun Baekhyun. Perkara tentang hal perkahwinan mereka masih disembunyikan. Mungkin, namja tadi ialah pelajar baru? Hmm… pelbagai yang difikirnya tentang namja tu namun, nama Baekhyun sentiasa berada di dalam fikirannya. Kenapa Baekhyun sentiasa difikirnya? Walau macam mana Jaekyung tidak mahu berfikir fasal Baekhyun, tetap sahaja nama Byun Baekhyun terlintas di dalam kepalanya. Segala kata-kata Baekhyun sentiasa berlegar-legar di dalam kepalanya. Jaekyung baring di atas katilnya. Kini, dirinya sudah sembuh sepenuhnya. Dia memandang kosong ke atas sehingga alam mimpi memanggilnya.

Baekhyun, berada di ruang tamu, menunggu untuk Jaekyung turun dan menyediakan makan malam namun, harapannya musnah apabila Jaekyung langsung tidak muncul. Baekhyun mengeluh kecil sebelum masuk ke dalam biliknya, memaksa dirinya masuk ke alam mimpi.

* * *

Kini, perkara sama yang berlaku seperti semalam. Baekhyun, berada di meja makan, menikmati bubur masakan Jaekyung pada jam 5.30 pagi. Baekhyun sedar sepenuhnya, bukan dalam igauan. Dia ingin melihat sisi lembut milik Jaekyung lagi.

“Baek makan, eoh? Mian… Jae tak masakkan untuk Baek malam tadi. Jae tertidur masa baring atas katil.” Jaekyung senyum sambil melihat suaminya makan bubur yang dimasaknya.

‘Oh… Ingatkan Jae masih sakit. Baek lega bila dapat tahu yang Jae dah sembuh.’ Baek berfikir sendirian, tidak mahu Jaekyung tahu yang dirinya sedar sepenuhnya.

“Mesti Baek tertanya-tanya kenapa Jae demam, kan?” Baekhyun mendengar segala yang keluar dari mulut Jaekyung, berharap agar dia dapat tahu alasannya. “Harap apa yang Jae katakan semalam, Baek percaya.” Jaekyung terkejut apabila terdengar yang Baekhyun mengeluarkan keluhan kecil sebelum memasukkan sesudu bubur ke dalam mulutnya. “Baek…”

‘Hmm…?’ Baekhyun menyambut panggilan Jaekyung walaupun Jaekyung tidak mendengarnya.

“Minji sayangkan Baek. Mungkin, betul apa yang Minji katakan pada Jae. Percintaan kita hanya bertepuk sebelah tangan.” Baekhyun terkedu.

‘Jadi… sebab Minji?!!’ jeritnya dalam fikirannya sendiri.

“Tapi Jae tak salahkan Minji… Segala yang Minji kata, semuanya betul. Hmm… Baek, Jae naik dulu, eoh? Nanti Jae pergi dulu. Jae tak dapat nak berdepan dengan Baek waktu Baek sedar. Annyeong.” Jaekyung menyentuh lembut pipi Baekhyun. Sentuhan dari tangan Jaekyung cukup untuk buat Baekhyun rasa disayangi.

* * *

Baekhyun melihat sekeliling. Terasa sesuatu yang mengganggu dirinya. Sesuatu yang baginya bagus. Sedang di dalam kelas, Baekhyun rasa tenang. Tiada apa yang menganggu paginya. Lalu, baru dia tersedar. Minji tak hadir. Senyuman diukir di wajahnya. Dia mencari kelibat isterinya, yang sedang berborak bersama EXO. Selang beberapa saat, Miss Kim masuk ke dalam kelas. Selepas menyemak kehadiran, ada sesuatu yang disampaikan oleh Miss Kim.

“Hari ni… awak semua perlu katakan selamat tinggal kepada EXO. Kelas mereka sudah siap diubahsuai. Mereka boleh kembali ke kelas mereka.”

“Andwae…”

“Ahh!!! Neomu sirheo…”

“Dia orang tak pergi, tak boleh ke?”

Kedengaran keluhan yang dikeluarkan oleh pelajar dalam kelas tersebut. Miss Kim mengeluh kecil kemudian tersenyum kembali.

“Arraso. Hari ni hari terakhir bagi EXO di dalam kelas ni. Tapi awak semua jangan risau. Ada satu lagi kumpulan yang akan masuk ke dalam kelas kita. Mereka adalah pelajar baru datang dari WOOLIM High. Awak semua boleh masuk.” Miss Kim mengajak masuk kumpulan yang dikatakannya. Terdengar bunyi pelajar yeoja bersorak kegembiraan setelah melihat tujuh orang namja yang kacak masuk ke dalam kelas. “Memandangkan awak semua pelajar baru, kamu sema perkenalkan diri.”

“Kamsahamnida, Seongsengnim. Hmm… Nan, Kim Sunggyu Imnida. Bangapsumnida.”

“Jang. Dong. Woo. Imnida.”

“Lee Sungyeol. Bangapsumnida.”

“Nam Woohyun.”

“Lee Howon. Ermm… Hoya.”

“Lee Sungjong! Maknae! Bangawoyo~!”

“Annyeonghaseyo. Nae ireum-eun Kim Myungsoo imnida. But I prefer L. Bangapsumnida.” 

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong! yehet~!

<3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe