Episod 14

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Anni.” Jaekyung senyum. Kini, dia berkeputusan untuk bermain dalam permainan Baekhyun. Dia juga akan berlakon. ‘Mungkin dengan ni, Baekhyun akan berpuas hati.’ Fikir Jaekyung. “Gomawo.” Dengan tiba-tiba, wajah Jaekyung menghampiri wajah Baekhyun dan… Jaekyung mencium pipi Baekhyun. Baekhyun terkedu dan tangannya menyentuh pipi di mana Jaekyung mencium tadi. ‘K-kenapa tiba-tiba?’ Baekhyun memikir sendirian sambil memandang tepat pada mata Jaekyung. Jaekyung memandang ke arah lain dan menyambung membantu Eommanya. Eomma menjadi saksi kejadian tersebut.

‘Tak ada salahnya dengan perkahwinan ni. Dia orang nampak bahagia.’ Eomma tersenyum sendirian. Namun, tanpa pengetahuan Eomma, mereka tidak dikatakan bahagia seperti apa yang diharapkan. Baekhyun masih terkedu dan membeku di tempat yang sama. Tidak bergerak walau seinci. Wajahnya berubah menjadi merah, semerah warna tomato. Setelah tersedar, Baekhyun berlalu, naik ke tingkat atas dan terus ke dalam bilik yang bakal dikongsinya bersama Jaekyung.

* * *

*TOK TOK TOK*

Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk oleh Jaekyung. Dia ingin memanggil Baekhyun untuk makan bersama atas arahan Eomma. Selang beberapa saat, Jaekyung tidak mendapat balasan dari sebelah dalam bilik.

‘Apa masalah Baekhyun? Bukan ke dia yang nak berlakon? Apasal jadi macam ni? Salah ke saya buat tadi?’ Jaekyung berasa serba salah. Sekali lagi Jaekyung mengetuk pintu dan Baekhyun membukanya.

“Jom, Eomma dah siap masak.”

“…” Baekhyun menjawab dengan mengangguk kecil kepada Jaekyung. Baekhyun mengekori langkah Jaekyung sehingga ke ruang makan. Sunyi menyelubungi ruang makan sehinggalah Appa bersuara.

“Esok kami akan ke luar negara lagi. Jadi, kamu berdua akan tinggal di sini hanya berdua. Kesemua orang gaji juga akan bercuti. Maafkan Appa dengan Eomma sebab tak dapat bersama untuk jangka masa yang lama.”

“Eoh? Tak apa.” Balas Jaekyung, ringkas. Fikirannya masih diselubungi dengan perangai Baekhyun yang masih tak dapat difahaminya. Baekhyun masih berdiam diri sejak kajadian tadi.

“Baek?”

“E-eoh? Ap-apa?” Tanya Baekhyun semula, gagap.

“Kamu tak dengar apa yang Appa cakap tadi?”

“M-maaf…”

“Baek, kenapa dengan kamu? Ada masalah?”

“A-anni…” menafikan pertanyaan Eomma, Baekhyun cuba untuk memandang sekilas pada Jaekyung yang sedang makan. Wajahnya kembali merah.

“Baek? Kenapa muka kamu merah? Tak sihat ke? Demam?” Tanya Appa.

“A-an-anni…” Baekhyun menyambung semula apa yang dilakukannya tadi, makan.

“Baek, malam ni Eomma nak luangkan masa bersama kamu. Eomma nak kamu kenali Jae dengan lebih dalam.”

“Hmm…” Baekhyun mengangguk sambil senyum pada Eomma namun, Jaekyung tidak mahu ianya berlaku kerana dia tidak mahu Baekhyun terasa menjengkelkan hanya kerana Baekhyun perlu tahu tentang dirinya dengan lebih lanjut.

“Eomma. Tak perlu kot. B-Baek tak perlu tahu banyak fasal saya, kan? B-Baek?” Baekhyun terasa sakit. Jaekyung masih fikir yang dirinya tidak berubah. Dia mahu mengenali Jaekyung dengan lebih mendalam. Dia mahu mengetahui sejarah silam milik Jaekyung. Tak boleh ke?

“Eh? Kenapa? Eomma nak ceritakan pada saya, tak salah, kan?” Baekhyun mencuba untuk tidak tergagap. Jaekyung terkejut dengan perangai Baekhyun. Bukan dia cakap tak nak tahu fasal dirinya ke? Kenapa Baekhyun jadi begini? Kenapa dia mahu mengetahui tentang dirinya? Kenapa? Pelbagai persoalan bermain difikiran Jaekyung.

“E-eoh…”

“Ya lah Jae! Baek suami kamu, kan? Kenapa dia tak perlu tahu tentang diri Jae?” Tanya Appa kehairanan.

“Amugotdo anniya. Geunyang…” Jaekyung melihat Baekhyun yang tersenyum dengan kemenangannya. ‘Apa masalah dia ni sebenarnya?!!’ fikir Jaekyung lagi.

* * *

“Baek, ni gambar Jae masa umur 2 tahun. Comel, kan?” Eomma menunjukkan gambar Jaekyung ketika umurnya 2 tahun. Jaekung memakai baju berwarna pink. Mukanya dipenuhi krim coklat kerana waktu itu adalah ketika menyambut hari lahirnya yang ke-2. Baekhyun tersenyum lebar. Betapa comel isterinya ketika kecil.

“Yang ni waktu Jae graduate dari sekolah rendah.” Eomma menunjukkan gambar Jaekyung sewaktu Jaekyung mengambil gambar bersama rakan sekelasnya pada hari teakhir waktu persekolahan di sekolah rendah. Ketika itu, riak wajah Jaekyung tidak seceria waktu berumur 2 tahun. Eomma melihat wajah Baekhyun yang sepertinya curious tentang wajah Jaekyung.

“Masa tu… Jae ada kenangan silam yang sedih bagi dia. Dia tak dapat terima kenyataan yang kawan karibnya tinggalkan dia tanpa khabar berita. Dia terlalu sayangkan kawan dia. Jae jadi pendiam, tak bersosial dan tak peramah seperti ketika kawannya masih ada di sisi dia. Dia menyembunyikan identiti sebenar kat sekolah sedangkan dia ialah seorang yang terkenal. Dirinya di rumah dengan sekolah sangat berbeza. Kekadang, Eomma tak kenal, siapa Seo Jaekyung sebenarnya kat sekolah? Dia dapat harungi hidupnya dengan baik ke? Jae ada kawan tak? Tapi, sejak kami bercadang nak kahwinkan kamu dengan Jae, ada sedikit perubahan yang terjadi pada Jae. Jae kini banyak berbual dan keluarkan pandangannya sendiri. Selama ni, ketika dalam perbincangan, Jae akan berdiam diri walaupun dia sedang menumpukan perhatian. Mungkin, ada hikmahnya Jae kahwin dengan Baek.” Eomma melihat wajah Baek dengan penuh kasih sayang. Baek membalas pandangan tersebut sambil tersenyum. Eomma menyambung menunjukkan gambar-gambar milik Jaekyung kepada Baekhyun. Dalam sekelip mata, hubungan Baek dengan Eomma menjadi rapat. Eomma akan menceritakan kenangan Jaekyung pada Baek dan Baek akan ketawa dengan segala lawak Eomma. Tanpa mereka berdua sedari, ada dua pasang telinga yang sedang mencuri dengar perbualan dari dalam bilik di luar bilik tersebut.

“Apa yang Eomma kamu ceritakan sampai Baek ketawa macam tu?” Appa dan Jaekyung tertanya-tanya memandangkan mereka berdua hanya dapat mendengar suara Baekhyun ketawa. Jaekyung hanya mengangkat bahunya.

‘Baek ketawa tu… ikhlas ke? Ataupun masih dengan lakonannya? Kalau betullah lakonan, daripada Minji, saya fikir, Baek yang dapat tempat pertama tu.’ Dengan tiba-tiba, Jaekyung teringat kata-kata Baekhyun pada Minji di sekolah tadi.

“Jomlah Appa… kita luangkan masa untuk kita berdua pulak.” Jaekyung mengajak Appa untuk menonton televisyen bersama. Dia sudah tidak sanggup untuk mendengar suara Baekhyun ketawa yang disangkanya ‘berpura-pura’.

”E-eoh…” Appa hanya menuruti kehendak anaknya. Sebaik sahaja Appa dan Jaekyung beredar dari situ, Baekhyun keluar dari bilik tersebut dan terus ke dalam bilik milik ‘mereka’. Baekhyun menutup pintu sebelum duduk di atas penjuru katil. Baekhyun mengeluh. Ada sedikit rasa cemburu ketika Eomma menceritakan fasal Kris dan Jaekyung. Baekhyun dapat tahu nama Kris, Kevin Wu.

‘Mungkin… saya masih tak kenal Jae dengan lebih lagi…’ fikir Baekhyun. Selepas itu, matanya meliar, melihat setiap sudut bilik tersebut. Baekhyun terpandang meja belajar milik Jaekyung di dalam bilik belajar. Dia menapak dengan perlahan ke dalam bilik tersebut. Baekhyun dapat menghidu bau lavender yang sentiasa dihidunya ketika berada dekat dengan Jaekyung. Apabila dia dah duduk di kerusi, tangannya menyentuh segalanya di atas meja sehinggalah di tersentuh satu buah buku berwarna ungu.

Buku tersebut dicapai dan mula membukanya. Baekhyun terus membaca di halaman pertama yang dibukanya.

“1 Jan 2012… Sekolah… Honestly, seriously. Tak nak pergi tapi atas permintaan Eomma dengan Appa… Kevin Oppa, where are you?” Baekhyun menyelak ke halaman lain.

“5 Jan 2012. Well, I quite like the school though. XOXO High…” ‘Jadi… ni buku diari milik Jae? Dia baru masuk sekolah tu?’ fikir baekhyun sambil menyelak ke halaman lain lagi.

“12 Jan 2012. Dengarnya… hari ni hari jadi D.O from EXO? Two more days.. Kai’s. Well… Happy birthday~! ^^ Berita ni pun dari ‘fangirl’ kat sekolah… Keke~

22 Jan 2012. Dah lama tak tulis kan? Tapi… nak tulis apa? Tak retilah nak tulis kat sini. By the way, it’s okay though.” Baekhyun ketawa kecil. Namun, dia masih menyambungnya.

“13 Feb 2012. Penat betul hari ni! Tapi… tu kan sekolah. Biasalah kan? Anyway… Eomma! Appa! Bogoshipeo~~!!!

28 Feb 2012. Sorry. Saya hanya tulis masa nampak awak je. Hari ni… kerja sekolah terlalu banyak. Lepas siap baru saya nampak awak. Tak biasalah nak tulis kat dalam buku ni. Tapi… kalau tak guna, kesian kat Eomma. Eomma beli tapi tak hargai. Thanks sebab ada dekat dengan saya~” ‘Jae tak berminat kat sesiapa kat sekolah ke? Biasanya yeoja akan luahkan perasaan kat dalam diari kan?’ Baekhyun menyoal dirinya sendiri. Selepas dia menyelak ke halaman lain lagi, di halaman tersebut, ada sesuatu yang dia mahu baca.

“2 Mar 2012. Hari ni… hati saya tak dapat nak berhenti berdebar. Ada seorang yang dapat tarik perhatian saya. Tapi… his attitude… By the way, saya tak mention lagi yang namja tu dari kumpulan pembuli tu, kan? EXO… The ‘kingka’. Tahulah dia orang kaya, tapi janganlah berperangai sebegitu. Dia orang ingat, dia orang kaya, dapat buat apa-apa dengan sesuka hati je? Tch. Tapi… that namja really…

15 Mar 2012. Namja tu semakin handsome. Makin kerap saya jumpa dengan dia. Muka dia tak berperasaan. Mungkin dia tak berminat dengan perempuan dan dia mungkin… Aigoo anniya… Takkan dia boleh jatuh pada seseorang yang sembunyikan muka? Macam mana dia nak jatuh pada saya? Stop fikir yang bukan-bukan Jae-ah! Takkan lah dia g-ga-… And one more… Jae-ah, stop fikir fasal Kevin.” ‘Siapa namja ni sebenarnya? Kalau dari kumpulan EXO… siapa yang dapat tarik perhatian Jae? Tapi… masa ni, dia tak tahu yang Kris tu Kevin?’ fikirnya lagi sambil menyelak ke halaman lain lagi.

“26 Mar 2012. Hari ni hari jadi Xiumin Oppa. Walaupun saya tak suka pada EXO pembuli tu… saya tak dapat nak lari dari gossip yang disebarkan kat sekolah. By the way, saya betul-betul tak tahu hari jadi dia orang. Saya tahu ni pun sebab gossip je. Mianhe EXO. >.< Happy birthday Xiumin Oppa! Walaupun benci pada pembuli, saya tak bermaksud nak membenci pada dia orang. Tapi… apa yang saya curious sekarang ni… bila hari jadi namja tu? Hmm…” Baekhyun jadi tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang dimaksudkan Jaekyung.

“3 Apr 2012. Omo!!! Hari ni terlanggar namja tulah! Lagi satu… Satu kumpulan tu pindah masuk kelas saya. Tapi… Kris Oppa sedikit sebanyak membuatkan saya teringat pada Kevin Oppa. Erm… namja tu… macam tak berminat pada saya je… Sedih. Lagi satu, masa nak jemput Eomma ngan Appa dari airport tadi, nyaris namja tu kenal saya. Nasib baik saya tukar imej yang berbeza dari penampilan ke sekolah. Namja tu… bakal jadi suami saya.” Baekhyun mencuba untuk mengingat kembali waktu dirinya berpindah kelas bersama dengan EXO. ‘Takkanlah…’ fikir Baekhyun ragu-ragu.

“4 Apr 2012. Hari ni… dia masih tak tahu fasal perkahwinan kami. Saya buat dia marah pada saya dan dia cakap tak nak jumpa saya lagi. Saya terlalu takut untuk berjumpa dengan dia malam ni. Apa reaksi dia? Saya sepatutnya happy sebab dapat kahwin dengan orang yang saya suka tapi… kenapa saya rasa tak sedap hati? Mungkin perkahwinan kami takkan kekal lama?” Baekhyun terlalu takut untuk menyelak ke halaman sebelah. Setelah dia menyelak…

“4 Apr 2012. Betul apa yang saya sangka. Dia nak perkahwinan kami hanya 8 bulan lamanya. Sedih. Tak tahu nak cakap apa. Banyak peringatan yang dia bagi tapi, dia tak nampak yang saya tengah menangis depan dia tadi. Tapi, kalau dia tahu saya menangis pun, dia kisah ke? Kenapa dia buat saya rasa bersalah? Kalau ini apa yang dia nak, saya sanggup. Hope we’ll get along soon, Byun… Baekhyun.” Baekhyun terkedu dan lidahnya kelu. ‘Jadi, selama ni, dia sukakan saya? Kenapa saya tak sedar? Sebab kenangan Minji mengaburi mata saya sehingga tak sedar yang ada yeoja lebih baik dari Minji di hadapan mata saya. Kenapa saya terlalu buta selama ni?’ fikir Baekhyun sambil melihat halaman yang tertulis namanya. Ada kesan air yang kering di halaman tersebut, mungkin Jaekyung menulisnya sambil menangis? Dalam Baekhyun menahan airmatanya dari mengalir ke pipi, dia tidak menyedari yang Jaekyung masuk ke dalam bilik tersebut.

“Wha… What are y-you doing ?” Jaekyung terkejut dengan apa yang dipegang oleh Baekhyun.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong~!!

Sorry lambat and chap yang pendek.

Saya nak announce yang saya akan update seminggu sekali.

Thanks kepada Subscribers (200+), Upvoters (17), Commenters, Viewers and Readers~~!

:3 Hope boleh tunggu minggu depan! Jumpa minggu depan~

Ada yang curious tentang apa yang bakal jadi di next chapter? 

Awak semua tak kisah kan kalau Episodnya panjang lebar? Keke~

Annyeong!! :3 (leave you with a cliffhanger story. Keke~ Such a tease!) *throw hearts* <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe