Bukan update tapi tolong baca...

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

Assalamualikum for Muslims and Hi to non-Muslims.

Di sini... saya ingin menyatakan bahawa saya sudah pun menjumpapenjenayah. Siapa? Kenapa dipanggil 'penjenayah'? Apa sebabnya? 

Tch... seperti yang awak semua maklum, cerita saya 'Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]' telah diciplak atau lebih tepat lagi 'COPY & PASTE' ke dalam salah satu group di dalam FACEBOOK.

Seperti yang saya kata, 'cerita saya' bermaksud cerita itu hak milik saya dan hasil daripada karya saya sendiri, dari buah fikiran saya sendiri. Tidak berasaskan daripada cerita milik orang lain. Fresh dari otak saya sendiri. Ya... saya nak highlightkan DARIPADA SAYA SENDIRI. 

Sebelum ni, kes-kes yang saya pernah jumpa, mereka menciplak cerita orang lain dengan meniru plot dan dapat dibezakan hanya dengan setting dan watak. Itupun, mereka post ke dalam site Asianfanfics ini juga. Tapi... kes yang sedang saya hadapi ni... dia betul-betul COPY dan kemudiannya PASTE ke dalam salah satu group di dalam FACEBOOK. Saya menerima bantuan daripada salah seorang pembaca setia saya, dia memberi mesej private kepada saya dan menyatakan dia terjumpa cerita yang sama, watak yang sama, setiap ayat yang sama, semua sebijik kecuali cuma poster yang berbeza di dalam FACEBOOK. Dia bertanya adakah nama username saya _______ dalam FB? Ternyatanya, bukan! Dia cakap, pemilik username tersebut post FF saya di dalam FB. 

Perkara ni sudah 3 kali berlaku. At first, saya berikan amaran dan meminta bantuan sesiapa sahaja yang boleh membantu saya. Tetapi, cubaan untuk menjejaki penjenayah tersebut telah gagal. Kini, saya sudah dapat menjejakinya dengan bantuan pembaca saya, dia menyatakan yang dia tidak mahu orang lain mencuri karya saya dan menyatakan yang karya saya adalah karya MEREKA SENDIRI. Saya amat terharu dengan cubaannya untuk membantu saya.

Apabila di lihat bahan bukti daripada pembantu saya yang 'penjenayah' tersebut menge'post' cerita saya ke dalam FB, saya rasa amat kecewa. Kecewa sebab awak langsung tak hargai karya saya. Yang paling saya sedih, awak langsung tak mention nama saya masa awak post dalam FB. Malah, awak menyatakan yang cerita tu milik awak. Apa salah saya pada awak sehinggakan awak tak menghargai hasil titik peluh saya sendiri? Saya tak faham. Seriously. Awak fikir, nak buat cerita, nak fikir plot, nak fikir setting, nak fikir watak, nak fikir pergerakan arus cerita, semua tu senang macam makan kacang depan laptop? 

Kalau awak tanya para penulis yang berjaya membuat cerita mereka mendapat perhatian dan sokongan semua tu, dia orang pun akan cakap benda yang sama. Kami takkan cakap 'susah' sebab kami hanya ingin memberikan pembaca untuk membaca cerita-cerita yang kami sediakan, yang kami buat khas untuk awak semua baca. Apa yang kami dapat? Tak ada. Tak ada apa yang awak semua dapat balas, dapat kembalikan semula titik peluh kami selama duduk depan laptop untuk meng'update' cerita-cerita kami untuk keseronokan semua. Kami hanya inginkan komen-komen yang awak semua yang dapat menyatakan pendapat awak terhadap cerita-cerita kami supaya kami dapat membaik pulih cara penulisan kami.

Salah ke? Okay... saya tahu, nak komen-komen daripada awak semua ni tak ada kena mengena dengan penjenayah ni tapi... heish... tak tahu nak cakap apa. Bagi saya, semua ni tak adil. Kenapa? Hasil kita, orang lain dapat nama. Macam peribahasa 'lembu punya susu, sapi dapat nama'. Kan? Ada kaitan? Dah jelas. Lembu yang hasilkan susu dan kemudiannya diproses dan mendapatkan minyak. Minyak tersebut dipanggil 'Minyak sapi'. Apa kena mengena dengan lembu? Macam kes ni. IzyAngel98 yang memerah otak untuk membuat cerita yang menarik, yang dapat sambutan hangat, yang dapat membuatkan pembaca rasa gembira dengan membaca cerita tersebut. Tapi, apabila di lihat di dalam FB, dalam proses COPY & PASTE, __________ yang mendapat nama. Kenapa? Kenapa jadi macam ni? 

Saya tak pernah sangka yang saya sendiri akan menghadapi kes-kes yang macam ni. Saya fikir, saya buat baik, saya nak semua orang baca karya saya, saya nak semua orang berikan pendapat yang baik terhadap karya saya, saya dapat teruskan cerita ni tanpa masalah. Tapi jauh dari apa yang saya nakkan. Jauh. Jauh sangat. 

Saya faham yang cerita saya ni dapat perhatian ramai. Memang pun. Saya pun tak dapat nafikan sebab saya tanya kawan saya sendiri, kawan sekelas, kawan satu sekolah, kawan yang dah 4@5 tahun bersama tu, dia orang pun cakap 'best'. Saya selalu merendah diri tapi tak bermaksud saya hidung tinggi dan sengaja melambat-lambatkan update. Saya nak 'improve' dan mambaik pulih penulisan saya dalam cerita tu. Saya nak menambah baik lagi cerita tersebut. Lagipun, saya seorang calon SPM untuk tahun ni. Apa yang awak sangka daripada seorang budak belasan tahun ni? Saya bukannya pakar, saya bukannya pro dan saya sendiri tak mahir dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Jadi, dengan berkongsi cerita-cerita daripada idea saya, kotak fikiran saya sendiri, saya harap saya dapat membaik pulih BM saya sendiri.

Sehingga sekarang, saya masih tak memberitahu siapakah 'penjenayah' tersebut. Saya tahu, awak mesti malu dengan perlakuan awak terhadap saya. Okay. Saya faham keadaan awak. Awak hanya mahukan perhatian. Awak nak diri awak dikenali ramai dengan karya 'awak'. Tapi, cara awak salah. Salah sama sekali. Kenapa? Dengan mencuri idea orang lain bukanlah jalan terbaik untuk dikenali ramai. Awak perlu berusaha sendiri. 

Sebenarnya, cerita tu, bukan niat saya untuk dikenali ramai malah, saya tak pernah terfikir yang idea saya dapat menjadi sambutan. Tak pernah terlintas dalam kepala saya yang cerita tu akan menjadi TOP3 subscribers paling ramai. Jujur, saya rasa bangga sebab ff saya menjadi pilihan ramai untuk dibaca di Malaysia @ di mana-mana (asalkan faham BM). Apa yang mengecewakan saya adalah ni... Kes yang macam ni lah. Saya nak mengelak daripada mintak reviewers untuk review cerita saya sebab saya tahu, cerita saya tak ada mutu yang berkualiti. Sebab itulah, sehingga sekarang, tiada seorang pun yang review cerita saya. 

Okay... saya tahu yang saya dah melalut jauh. Saya cuma sedih dengan apa yang perlu saya hadapi. T^T

Setakat ni, saya tahu yang 'penjenayah' ni adalah di kalangan 640+ subscribers cerita ni sebab dia takkan dapat 'COPY & PASTE' kalau dia bukan subscribers saya. Saya tak tahu username dia dalam AFF ni TAPI saya tahu username dia dalam FB malah saya tahu nama group di mana dia post cerita saya. Pembantu saya pernah komen di post dia dan katakan yang saya marah dengan perlakuan dia dan kini, pembantu saya di 'block' dari dia. Pembantu saya tak dapat nak komen apa-apa lagi pada post dia. Bagi saya, awak kejam. Itu pendapat saya. 

 

UNTUK PEMBACA-PEMBACA YANG SUDI MEMBACA LUAHAN HATI SAYA NI,

bagi sesiapa yang menyebelahi pihak saya, terlintas di fikiran saya untuk 'bash' dia secara 'berjemaah'. Saya nak dia rasa malu dengan perlakuan dia. Tapi... saya masih ada hati. Saya tak sanggup hanya kerana ni, kita 'bash' dia dan dia menderita. Saya tak nak. Apa yang saya nak, tolong... tolong munculkan diri awak. Saya nak awak mengaku dan minta maaf. Saya tak kisah, awak nak repost dalam FB ke... dalam mana-mana tapi tolong minta izin daripada tuan empunya cerita. Kami hanya nak awak mention nama kami dan katakan yang idea-idea tersebut daripada kami sendiri. Tolong berikan kredit kepada kami. Hasil kami, kami yang seharusnya mendapat nama. 

Bagi mereka yang bersetuju untuk 'bash' penjenayah ni, berikan private mesej kepada saya. Kita akan bertukar username FB, kita jadi kawan dalam FB dan kita sama-sama bash dia. Dalam masa yang sama, awak boleh mengenali saya, awak boleh tahu rupa sebenar saya. ^^

Kemudian,

Kepada 'penjenayah', sebelum kami semua, 'para-para penge'bash' penjenayah', datang menyerang awak dalam FB, baik awak mengaku dan munculkan diri awak kepada saya. Awak jangan fikir saya main-main. Saya betul-betul ada awak punya nama dalam FB. Hanya tunggu masa timeline awak penuh dengan perkataa-perkataan yang awak tak nak. Apa yang saya cakap, saya akan buat. Jangan sampai awak dapat malu. Kalau awak dah munculkan diri awak, kita bawa berbincang, dan saya akan pertimbangkan. Saya tak sejahat yang awak fikirkan. Kalau saya betul-betul jahat, awak punya timeline dalam FB dah penuh dengan kata-kata kesat daripada saya. Selagi saya rasa awak boleh di maafkan, saya akan fikirkan sedalam-dalamnya. Kalau awak masih tak muncul, awak tahulah apa yang akan jadi.

 

Terima kasih kepada yang sudi membaca sepenuhnya. Dan kepada yang 'skip' membaca pada pertengahan cerita, hope awak faham apa yang ingin saya sampaikan. ^^

#Hope dapat jadi kawan dalam FB~ :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe