Episod 22

Byun Baekhyun... is My Husband. [Malay fanfiction]

“Oppa kan ada.”

“J-jinjja?!” Baekhyun senyum kecil dan mengangguk. “Min janji, lepas Min jumpa namja yang sesuai untuk Min, Min lepaskan Baek Oppa, eoh? Min tahu, Baek Oppa sayangkan Jaekyung, kan? Wait… Jae Unnie, kan?” Baekhyun senyum. Lega apabila mendapat tahu yang Minji sudah berubah namun dia tetap perlu berhati-hati dengan Minji.

“Tapi, Oppa masih tak boleh maafkan dengan apa yang Min buat pada Jae.” Minji memuncungkan bibirnya.

“Gurae… Minji buat apa-apa je. Mianhe.” Minji terdiam seketika. “Min tolong Oppa rapat dengan Jae Unnie? Eotte?” Baekhyun diam. Boleh ke? Jaekyung… Mungkin Jaekyung dah tetapkan yang dia mahu menamatkan perkahwinan tu sampai akhir tahun. Lagipun… Jaekyung… kelihatannya dia ada menunjukkan minatnya pada budak nama L tu. “Oppa?”

“E-eoh… tapi tunggu Min sembuh dulu.” Baekhyun senyum, cukup menunjukkan keikhlasannya. Minji senyum kecil.

“Arraso.” Dengan itu, Baekhyun menemani Minji sehingga hari melabuhkan tirainya. “Oppa, baliklah. Kesian Jae Unnie. Dia duduk sorang-sorang kat rumah. Mesti sunyi.”

“Hmm… Min macam mana?”

“Anni, gwenchanayo. Oppa kena balik. Min tak nak rasa bersalah lagi, eoh?” Baekhyun mengangguk dan memandang sekilas untuk kali terakhir dan senyum kecil sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. “Eomma… Appa… Min dah berubah. Tapi… ada ke orang perasan perubahan Min?” Minji memandang ke atas, air matanya mengalir dengan perlahan ke pipi.

* * *

Jaekyung sedang mengelamun di ruang makan. Baekhyun masih belum pulang. Dia sedang memikirkan tentang apa yang berlaku di HAPPY CAFÉ tadi.

*FLASHBACK*

“Erm… saya tahu. Awak… B-Byun Jaekyung, kan?”

“M-Macam mana-…” Myungsoo senyum, kecewa setelah andaiannya benar.

“Saya rasa ada sesuatu antara awak dengan Baekhyun…-ssi. Jadi, saya fikir yang awak isteri dia.”

“Hmm… Mian. Tapi, saya tak beritahu awak semua, ada sebab.”

“Saya faham. Penampilan awak ke sekolah jelas membuktikan yang awak masih menyembunyikan rahsia ni, kan?” Jaekyung mengangguk.

“Saya harap awak rahsiakan ni.” Myungsoo mengangguk.

“Jangan risau. Tapi, saya masih nak kenali awak dengan lebih dalam. Itupun kalau awak tak kisah. Lagipun, saya tengok, suami awak-…”

“Hmm. Saya tak kisah. Jadi, jom kita mula dari awal. Saya Byun Jaekyung. Isteri Byun Baekhyun.” Jaekyung menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Myungsoo.

“Kim Myungsoo, L.” mereka berdua senyum antara satu sama lain. Tak lama selepas mereka berbual-bual, Myungsoo menyambung kerjanya selepas mengucap selamat tinggal kepada Jaekyung yang bercadang untuk pulang.

*END OF THE FLASHBACK*

Jaekyung mengeluh. Selang beberapa minit, pintu utama rumah dibuka dan ditutup semula, menandakan Baekhyun sudah pulang. Separuh dari diri Jaekyung ingin bertanya, ke mana Baekhyun pergi namun, separuh darinya ingin mengabaikan Baekhyun. Jaekyung rasa yang dirinya bakal terbelah dua hanya kerana perasaannya yang berbelah bahagi. Apabila Baekhyun muncul di ruang makan yang menyambungkan ruang tamu dan ruang dapur, matanya mendarat pada Jaekyung. Berharap yang Jaekyung menanya sesuatu padanya namun, harapannya musnah apabila Jaekyung bangun dan menuju ke ruang dapur untuk memasak makan malam. Seluruh dirinya berharap yang Jaekyung berkata sesuatu padanya namun masih dibalas dengan kekecewaan. Baekhyun kini sudah tidak tahan, kemudiannya, dia mengeluarkan suaranya.

“Awak tak nak tanya ke mana suami awak pergi?” Baekhyun berkata sambil menarik kerusi di meja makan untuk duduk. Jaekyung yang sedang memotong sayur, terkedu. Tidak sangka yang Baekhyun berkata sedemikian.

“Kalau awak rasa perlu beritahu saya, beritahu jelah. Kalau awak rasa saya tak perlu tahu, jadi, diamkan sajalah.” Jaekyung terdengar keluhan yang berat dikeluarkan oleh Baekhyun.

“Awak isteri saya. Saya suami awak, jadi,-…”

“Saya tahu, tapi apa yang awak katakan pada saya waktu tu, buat saya fikir yang saya tak berhak untuk dipanggil isteri pada awak. Awak kata yang awak nak perkahwinan ni berakhir lepas 8 bula-…”

“Diam! Saya dah cakap, kita perlu lupakan tu! Saya tahu saya yang salah! Tapi saya dah jatuh cin-… ARRGHHH!!!” Baekhyun menjerit, tidak sempat menghabiskan ayatnya. Dengan itu, Baekhyun naik ke tingkat dua, terus masuk dan mengunci bilik tidurnya. Jaekyung yang terkejut dengan jeritan yang Baekhyun buat, terduduk di lantai. Air matanya mengalir tanpa disedari. Kenapa dia rasakan dirinya sakit? Kenapa dia rasa bersalah? Apa salah yang dia lakukan sehingga Baekhyun menjerit? Jaekyung masih tidak memahami Baekhyun malah dia langsung tidak memahami dirinya sendiri. Dengan keluhan yang dikeluarkan, Jaekyung menyambung untuk memasak walaupun air matanya berterusan mengalir.

* * *

Sejak itu, setiap pagi, Baekhyun akan keluar seawal pagi, terus ke hospital. Namun, Jaekyung langsung tidak mengetahui destinasi pertama Baekhyun setiap hari. Malahan, Jaekyung juga tidak tahu destinasi terakhir Baekhyun setiap hari ialah hospital. Selepas balik pada waktu malam, dia akan terus tidur, jelasnya makan di luar kerana sejak itu, dia langsung tidak mengigau. Baekhyun sentiasa menemani Minji di hospital, risau yang Minji akan keseorangan dan traumanya kembali. Walaubagaimanapun, perbualan mereka di hospital hanyalah berkenaan Jaekyung. Baekhyun menceritakan segalanya kepada Minji mengenai perkahwinan yang diaturkan oleh Eomma dan Appa mereka sehinggalah bagaimana hati Baekhyun jatuh pada Jaekyung. Minji mengatakan yang kisah cinta antara Baekhyun dan Jaekyung adalah cerita cinta yang comel. Minji sentiasa menasihati Baekhyun agar tidak terlalu dingin terhadap Jaekyung. Minji juga sentiasa mengingati dirinya sendiri dengan menyatakan janjinya untuk merapatkan hubungan Baekhyun dan Jaekyung setiap hari. Setiap kali Minji menyatakan hasratnya, Baekhyun tersenyum, lega. Baekhyun juga berharap agar Minji segera mendapatkan namjachingu agar Minji tidak kesunyian selepas kehilangan Eomma dan Appanya.

Manakala Jaekyung pula, setiap hari, tidak lain dan tidak bukan, sentiasa datang ke HAPPY CAFÉ selepas sesi pembelajaran tamat, dan membantu Myungsoo di café Eomma dan Appanya. Memandangkan Baekhyun juga tidak akan berada di rumah setiap kali waktu balik. Ketika waktu mereka berehat, mereka juga tidak lekang dari berbual mengenai suami Jaekyung, Baekhyun. Walaupun Jaekyung baru sahaja mengenali Myungsoo, namun Jaekyung sudah mempercayai Myungsoo sepenuhnya. Jaekyung menceritakan fasal dirinya jatuh cinta pandang pertama terhadap Baekhyun, diatur kahwin dengan Baekhyun oleh Eomma dan Appa mereka sehinggalah kini. Myungsoo juga dapat bayangkan kisah percintaan mereka dan mengatakan bahawa cinta itu buta. Cinta akan datang dan pergi tanpa disedari tetapi berdasarkan cerita yang diceritakan oleh Jaekyung, Myungsoo percaya yang Jaekyung masih menyayangi suaminya. Myungsoo juga memberikan langkah-langkah untuk mencairkan sifat dingin Baekhyun kepada Jaekyung namun, satu pun Jaekyung masih tidak menggunakannya.

Ketika waktu cuti persekolahan dua hari setiap minggu pula, hari sabtu, mereka akan menghabiskan masa di destinasi masing-masing. Jaekyung di HAPPY CAFÉ untuk membantu Myungsoo dan Baekhyun pula di hospital menemani Minji. Namun, pada hari ahad pula, mereka berdua akan menghabiskan masa dengan berkurung di dalam bilik tidur masing-masing kerana HAPPY CAFÉ akan tutup satu hari pada hari ahad dan Baekhyun pula kerana Minji memaksanya untuk duduk di rumah, menemani Jaekyung. Namun, dengan apa sahaja usaha, Jaekyung dan Baekhyun masih tidak bersua dan meminta maaf antara satu sama lain. Apa lagi Baekhyun sudah berpindah kelas bersama EXO dan Jaekyung sentiasa lepak bersama INFINITE pada waktu rehat. Apabila Jaekyung memberitahu Myungsoo, Baekhyun memberitahu Minji, bahawa mereka berdua masih tak berbaik, Myungsoo dan Minji hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala mereka. Mereka hanya tunggu masa untuk bertindak secara senyap.

* * *

Kini, sudah dua bulan berlalu. Minji sudah boleh keluar dari hospital dan tangan kanannya juga semakin sembuh tetapi masih terasa sakit. Minji berasa syukur kerana mempunyai Baekhyun yang sentiasa berada di sisinya walaupun jauh disudut hatinya berasa bersalah terhadap Jaekyung, isteri Baekhyun.

“Min, nak balik rumah?” Baekhyun bertanya ketika mereka berdua di dalam kereta Baekhyun, mahu keluar dari kawasan hospital. Minji mengangguk.

“Oppa, Oppa tak perlu risau. Min boleh jaga diri Min. Eoh?”

“Min… kalau ada apa-apa-…”

“Oppa, Oppa ada isteri yang Oppa perlu risaukan. Bukannya Min. Min boleh jaga diri Min. Oppa perlu tengok isteri Oppa dan bukannya Min.” Baekhyun mengeluh kecil. Macam mana? Macam mana nak risaukan Jaekyung sedangkan Jaekyung sendiri tidak mahu bersua dengannya?

‘Oppa, tunggulah Min bertindak tanpa Oppa sangka.’ Minji tersenyum kecil setelah mengatur strategi untuk merapatkan hubungan Baekhyun dan Jaekyung di dalam kepalanya.

* * *

Jaekyung bangun dari tidurnya, menutup jam locengnya. Bangun, menggeliat, terus menyegarkan dirinya. Dia menuruni anak tangga tetapi tidak sebelum memandang sekilas pada pintu bilik Baekhyun yang tertutup rapat. Sejak Baekhyun menjerit pada dua bulan lepas, mereka berdua langsung tidak bertemu muka ke muka. Jaekyung fikir yang Baekhyun sudah keluar seperti sepanjang dua bulan lepas. Walaupun dirinya terasa ingin bertanya ke manakah Baekhyun pergi, namun perasaannya tidak dihiraukannya. Ketika Jaekyung sedang menyediakan sarapan, tergerak hati untuk memasak lebih dari untuk seorang, badan Jaekyung menjadi beku apabila dia terdengar yang kerusi meja makan di ruang makan ditarik oleh seseorang. Dengan ragu-ragu, Jaekyung memalingkan mukanya dan dirinya disambut dengan kehadiran Baekhyun yang sedang menggosok-gosok matanya secara comel dan menguap dengan luas. Memandangkan Minji sudah keluar dari hospital, Baekhyun ingin bersarapan dirumah sebelum menjemput Minji di rumah untuk ke sekolah. Jaekyung masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan Baekhyun jadi dia mempercepatkan kelakuannya untuk menyediakan sarapan dan sediakannya di hadapan Baekhyun. Tanpa mengeluarkan sebarang suara, mereka berdua makan tanpa memandang antara satu sama lain. Selepas siap bersarapan, Jaekyung bangun untuk menukar bajunya tetapi selepas Baekhyun bersuara.

“Gomawo… Mian.”

“Hmm.” Itu yang Jaekyung jawab sebelum naik ke tingkat atas dengan jantungnya yang berdebar-debar. Jaekyung masuk ke dalam biliknya, tutup pintu, bersandar pada pintu dan tangannya berada di dadanya. Jantungnya berdebar dengan kencang. Kenapa? Hanya dua perkataan yang dikeluarkan Baekhyun, kenapa jantungnya berdebar dengan kuat? Mungkin dirinya bersalah sebab sentiasa bersama dengan Myungsoo setiap kali pulang dari sekolah. Tetapi Jaekyung sendiri tak tahu ke manakah Baekhyun pergi. Jaekyung mengeluh kecil sebelum bersiap untuk ke sekolah, berjalan kaki seperti biasa. Jaekyung fikir, lepas tiga bulan dari sekarang, mungkin… Mungkin dia dapat melupakan segalanya tentang Baekhyun selepas Baekhyun menceraikannya.

Baekhyun yang terkejut apabila Jaekyung meninggalkannya di ruang makan, mengeluh berat. Dia sudah lakukan apa yang Minji suruh, makan bersama, minta maaf. Mudah untuk katakan, susah untuk lakukan. Baekhyun bersandar pada kerusi dan menutup matanya. Dia sempat memandang sekilas pada jam dinding yang menunjukkan jam 6.15 pagi. Masih ada masa sebelum ke sekolah. Namun, apa yang Baekhyun tidak sangka, sepanjang dia menutup mata untuk menenangkan mindanya, bunyi pintu utama dibuka dan ditutup semula mengganggu ketenangannya. Jaekyung sudahpun keluar rumah untuk ke sekolah, tanpa memberitahu pada Baekhyun. Baekhyun hanya memerhatikan pintu utama, berharap agar Jaekyung akan muncul semula namun, seperti biasa, harapannya musnah.

* * *

Selepas tiba di sekolah, Jaekyung terus ke bilik muzik. Keluhan sentiasa terlepas dari mulutnya tiba-tiba pintu bilik muzik tersebut terbuka.

“Jae-ah.” Suho memanggil.

“Eoh? Oppa.”

“Buat apa kat sini awal pagi? Mana Baekhyun?” Ya… Suho malah EXO juga tidak tahu, ke mana Baekhyun pergi sebelum dan selepas sekolah. Baekhyun akan tiba lewat ke sekolah dan akan keluar awal dari sekolah. Sepertinya perlu lakukan kerja yang amat penting. EXO juga tidak tahu yang Minji masuk hospital. Apa yang mereka tahu, Minji sudah lama tidak hadir ke sekolah. Mereka pernah bertanya pada Baekhyun ketika waktu makan terngah hari, Baekhyun yang sedang mengelamun, hanya menggelengkan kepalanya, menjawab segala pertanyaan yang ditanya kepadanya. Ketika itu, kepalanya penuh dengan wajah Jaekyung. Walaupun dirinya memenuhkan masa bersama Minji, Minji tetap tidak dapat menambat hatinya lagi. Baekhyun sudah betul-betul jatuh cinta pada Jaekyung tetapi, kata-katanya yang dia ingin menamatkan perkahwinan tersebut sentiasa menganggu angan-angannya untuk bersama Jaekyung.

“Hmm… Mollayo…”

“Jae… Jae pernah tahu, ke mana Baek pergi selama dua bulan ni?” Jaekyung menggelengkan kepalanya. Suho mengeluh. “Oppa tak tahu, apa sebabnya yang Jae dengan Baek langsung tak bersua. Tetapi, apa yang Oppa harap, Jae dengan Baek bahagia.” Selain perkahwinan yang dirancang, Jaekyung dan Baekhyun tak pernah beritahu sesiapapun yang perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Tidak pada Myungsoo mahupun Minji. Tiada seorang pun yang tahu mengenai perkahwinan selama 8 bulan itu kecuali Baekhyun dan Jaekung sendiri.

“Mianhe…” Jaekyung masih tidak mahu menceritakan hal yang sebenar.

“Jae, Oppa teringin tengok Baek dengan Jae bersama setiap masa. Boleh tak kalau Jae ubah penampilan Jae ke sekolah? Boleh tak Jae tunaikan permintaan Oppa? Oppa tahu, ia amat susah bagi Jae tapi tolong berikan peluang pada Baekhyun untuk bersemuka dengan Jae. Oppa tengok, Jae dengan Baek langsung tak ada masa untuk berdua dan bawa berbincang. Boleh, Jae?” Jaekyung berfikir sebentar. Memang betul. Dirinya bersama Baekhyun langsung tidak bercakap muka ke muka. Berbincang kenapa Baekhyun mahu dirinya lupakan apa yang Baekhyun katakan padanya malam itu? Kenapa sudah tidak bersikap dingin walaupun masih ada rasa sikap dingin pada Baekhyun? “Jae… Boleh tak?” Suho bertanya, ingin mendapatkan persetujuan dari Jaekyung.

“Oppa… Gomawoyo. Kalau Oppa tak cakap macam ni pada Jae, Jae tak pernah terfikir fasal benda ni. Oppa buat Jae tersedar yang Jae tak pernah beri peluang pada B-Baek… untuk berkata yang sebenarnya.” Jaekyung mengangkat kepalanya dan memandang mata Suho. Kemudian, Jaekyung senyum. “Boleh Oppa. Jae rasa dah sampai masanya untuk Jae berterus terang dengan Baek. Jae sayangkan Baek. Dan Jae tak dapat nak menafikan perasaan Jae pada Baek. Thank you so much, Oppa.” Suho membalas senyuman Jaekyung. Selepas beberapa minit mereka berbual dan bermain alat muzik di dalam bilik tersebut, Jaekyung melihat jam di dalam telefon bimbitnya dan berancang untuk berjumpa Baekhyun sebaik sahaja Baekhyun tiba di sekolah dengan keretanya. Jaekyung meminta izin pada Suho untuk keluar dahulu dan Suho mengangguk tanda membenarkan Jaekyung pergi meninggalkannya. Jaekyung senyum kecil sebelum berlalu pergi untuk ke tempat letak kereta, mahu menunggu ketibaan Baekhyun.

Apabila penantiannya disambut dengan kemunculan kereta Baekhyun yang baru sahaja melalui pagar besar, memasuki kawasan sekolah, senyuman terukir di bibirnya. Dia ingin menamatkan penantiannya untuk mencintai Baekhyun dengan sepenuh hati. Setiap saat kereta Baekhyun semakin menghampiri Jaekyung, bibirnya akan menunjukkan yang dia sedang senyum dengan lebar. Apabila dia dapat melihat kelibat Baekhyun di dalam keretanya, suaminya sedang ketawa. Senyuman Baekhyun membuatkan hati Jaekyung berbunga namun, hati Jaekyung hancur setelah mendapati ada seseorang yang berada di sebelah suaminya yang juga ketawa bersama… Gong Minji.

 

-To be continued-

 

~~\\(^_^)//~~

Annyeong!! :3

Eotte? 

Saya dapat rasakan yang awak semua bencikan watak Minji sebelum ni. Tetapi sekarang?

'Apa dah jadi dengan jalan cerita ni?' saya fikir awak semua mesti fikir macam tu. -.-"

Serious saya cakap, saya pun tak tahu apa kena dengan kepala saya. 

By the way, masih enjoy? Seperti yang saya cakap, kalau dah fed up dengan cerita ni, dipersilakan untuk 'Unsubscribe' dan tinggalkan cerita ni. Sebelum tu, Annyeong!

Anyway, thanks kepada Subscribers(270+), Upvoters(22), Readers, Viewers dan Commenters!! ^^

Thanks juga kepada mereka yang add saya sebagai kawan~ Gladly accept your friend request~! :3

*throw hearts* Annyeong! <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
new chap was updated guys! ^^

Comments

You must be logged in to comment
Nurarsyah #1
Why i can't subscribe to read full story? I try many time but i can't
izy_angelic
#2
Chapter 24: Owkeeyyyy... I'll try...
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
RaviWifeu
#4
WAH!!!! JINJJA!!!! this ff is amizing... it's very interesting ff... you know... baru habis bace hari nie... -.-" tak sia2 bace sampai habis... hehe... mule2 mcm, 'that Baekhyun... aish!!!' but the last part... 'aw~~~ so sawit~~~' XD btw, good job~~ keep up the good job... oh! and... good luck for the exam~~~

-RaviWifeu \\^_^//
kiroroMirae #5
Chapter 26: OH MY, salah timing ah Jaekyung. Aduh, salah timing pulak......
kiroroMirae #6
Chapter 25: Heiiii, kenapa ah Baekhyun tu baik sangat . Kenapa ah dia tak call member-member yg lain.tak patut betul ah
kiroroMirae #7
Chapter 24: Aaaaaaahhhhhhh, kesiannya Bekhyun. kesian gak kat Myungsoo cuz dia tak tahu apa2. but, lagi kesian kat Baekhyun.....

Harap the (minji) tu, pindah luar negara or mampos.
girly_
#8
Chapter 1: oh my..bce byk kali pon best... ini kali kedua sy bce tau!!! hehe