006

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

Apabila aku sudah ada duit sendiri,aku akan pindah keluar.

Aku akan pindah keluar.

Aku akan pindah keluar.

Aku akan pindah keluar.

“Luhan!”

“Y-Ye??” Luhan kembali ke dunia realiti apabila Sunmi meninggikan suaranya. “Awak dengar tak?” Dia menyilangkan tangannya rapat ke dada. “Uh.. Maaf.”

“Kenapa dengan awak? Awak nampak pelik sejak kita habis kelas.” Sunmi berhenti di hadapan Luhan, membekam pipinya dengan lembut. “Awak tak sihat ke?” Luhan menggelengkan kepalanya, “Tak,Cuma lapar.” Tipunya.

Sebenarnya Luhan telah memikirkan keputusan Eunji tentang hal berpindah keluar sebentar tadi. Adakah dia akan okay tanpa Eunji di sisinya? Tanpa Eunji , maksudnya tiada makanan, tiada barang dapur, tiada kerja dobi, dia akan bersendirian.

“Um.. Jom makan dekat sana.” Sunmi menunding ke arah sebuah kafe dan mengheret Luhan bersamanya. “Lu,itu jiran awak,kan?”

Luhan mengalihkan pandangannya ke mana Sunmi telah tunjukkan. Dia mengerutkan dahinya apabila dia melihat Eunji berjalan bersama maskot kostum, bersama dengan kepala maskot di sekeliling tangan kanannya. Jadi betullah.. Eunji itu memang dia. Bagaimanapun Luhan berasa bersalah kerana membiarkan Eunji berkerja keras sementara dia tidak melakukan apa-apa sebagai pertolongan.

Luhan memerhatikan cara Eunji menarik nafas sedalam mungkin sebelum Eunji memakai kepala maskotnya semula. Dia mesti panas dekat dalam kostum itu.

Dia melihat bagaimana Eunji hampir terjatuh apabila orang lain asyik terlanggar Eunji. Tak guna punya manusia, dorang tu buta ke?!

Kejap,kenapa aku jadi macam ni?

Luhan menampar dirinya sendiri secara mental sementara dia berjalan masuk ke dalam kafe bersama Sunmi. Dia asyik ah—dan hm—kepada Sunmi sedangkan matanya masih menumpu ke arah Eunji. Bibirnya membentuk kepada senyuman kecil apabila dia melihat Eunji menari untuk kanak-kanak. Tetapi kemudian wajahnya berubah masam apabila dia melihat Eunji menanggalkan kepala maskotnya untuk mendapatkan udara.

Wajah Eunji merah, rambut Eunji kusut masai dan Eunji telah lencun dengan peluh.

“Lu, mak saya telefon dan dia suruh saya balik rumah sekarang.Tak apa ke?” Selalunya Luhan akan marah apabila Sunmi meninggalkan dia pada waktu dating tapi sekarang.. lain. “Okay” Dia mengangguk. Dia tidak tahu kenapa tetapi dia tidak berasa kecewa, dia berasa lega apabila Sunmi pergi.

--

Langit sudah mula gelap tetapi Luhan masih di dalam kafe, dia masih memerhatikan Eunji. Dia ponteng makan tengah hari dia. Luhan melepaskan keluhan kecil.

“Eunji, awak boleh balik sekarang!” Pengurus itu tersenyum ke arah Eunji. Luhan segera menyembunyikan mukanya dengan surat khabar apabila Eunji berjalan melintasi mejanya. Stelah Eunji pergi, Luhan membayar makanannya dan menunggu Eunji di luar.

Luhan melihat Eunji mengurut bahunya sendiri sambil berjalan keluar dari tempat kerja. Dia berjalan beberapa meter jauh dari belakang Eunji. Dia asyik mengekori Eunji ke mana sahaja yang Eunji pergi.

Dia mesti sangat lapar. Fikir Luhan apabila dia melihat Eunji sibuk memilih satu daripada perisa roti kegemarannya di pasar kecil. Akhirnya Wunji memilih perisa coklat dan pergi ke kaunter untuk membayarnya. Luhan menyorok di belakang rak minuman vitamin dengan hud di atas kepalanya.

“Saya tak nampak pun yang awak ada masuk!”

Luhan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon