018

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 18

 

 

“Nah.” Chanyeol memberi segelas air suam kepada Eunji. Eunji menyambut gelas itu lalu menghirup sedikit air itu. Chanyeol sudah memberi baju sparenya kepada Eunji, dan dia turut meletakkan jaketnya dibahu Eunji untuk  tidak membiarkan Eunji kesejukan.

 

Terima kasih. Eunji menggerakkan bibirnya kepada Chanyeol dengan sebuah senyuman. “Saya akan tutup kedai ini baru saya bawa awak balik rumah, okay?” Eunji mencapai lengan baju Chanyeol, memandangnya tepat didalam anak mata Chanyeol dan perlahan-lahan menggelengkan kepala.

 

“…Mungkin lebih baik jika awak duduk rumah saya malam ni.” Dia membelai rambut Eunji perlahan sebelum dia berlalu pergi untuk menutup kedai. Eunji menghela nafas lega, dia tidak bersedia untuk bertemu Luhan selepas apa yang berlaku tadi.

 

Eunji memandang ke luar tingkap, ianya masih hujan diluar. Selepas dia meletakkan cawan diatas meja, dia berjalan kearah pintu lalu membukanya sedikit. Angin sejuk terkena mukanya sebaik sahaja pintu dibuka. Eunji membiarkan titisan air hujan yang jatuh ditapak tangannya. Aku harap dia baik-baik sahaja. Sebuah keluhan kedengaran dari bibir Eunji.

 

“Kita dah boleh pergi, jom.” Tiba-tiba Chanyeol muncul disebelah Eunji. Dia meletakkan tangannya dibahu Eunji dan menarik Eunji dekat dengannya. Kedua-dua mereka berjalan dibawah payung yang sama tanpa bersuara.

 

Apabila Eunji melangkah masuk kedalam rumah Chanyeol, ianya sudah gelap. Ia menunjukkan bahawa ahli keluarga Chanyeol sudah tidur. “Awak lapar tak?” Eunji hanya menggelengkan kepala. Tetapi  kemudian, perutnya berkeroncong. Eunji cepat-cepat menundukkan kepalanya dengan perasaan malu.

 

“Saya akan masak sedikit makanan untuk awak.” Chanyeol menarik lengan Eunji dengan gentlenya keruang makan. Eunji duduk diam-diam disitu sementara menunggu Chanyeol memasak sedikit makanan untuknya. Aku tak tahu pula yang dia boleh memasak. Fikir Eunji apabila dia terhidu sesuatu yang sedap yang datangnya dari dapur.

 

Beberapa minit kemudian, Chanyeol datang menatang dulang yang berisi bubur didalam mangkuk yang besar beserta sedikit kimchi diatasnya. “Awak patut makan dengan banyak.” Chanyeol menarik sebuah kerusi yang berdekatan dengan Eunji.

 

Perlahan-lahan Eunji  mengambil sesudu bubur itu. Kelazatan bubur itu menghilangkan mood suramnya. Chanyeol mengukirkan sebuah senyuman tatkala dia melihat Eunji tersenyum. “Macam mana?” Eunji menunjukkan ibu jarinya tanda sedap. “Makan banyak-banyak kalau macamtu.”

 

Eunji menghabiskan bubur itu tidak sampai sepuluh minit. Chanyeol tersenyum sendirian, dia berasa gembira kerana Eunji menikmati makanan  hasil tangannya. “Uh” dia berkata seraya menunjuk kearah sudut bibir Eunji “…Ada sesuatu disini.”

 

“Here.”  Chanyeol  menggosok lembut hujung bibir  Eunji dengan ibu jarinya. “Awak makan macam kanak-kanak.” Dia mencubit pipi Eunji lembut sebelum dia berlalu ke dapur dengan pinggan yang kotor itu. Eunji menggosok pipinya dengan malu tatkala dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon