024

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

 

Eunji berasa agak kagum dengan rumah di tepi pantai milik keluarga Lay yang besar dan lawa itu. 

Eunji baru sahaja selesai mandi tatkala yang lain sibuk dengan parti kecil BBQ mereka yang diadakan di luar. Bau daging yang sedap itu membuatkan perutnya berkeroncong kuat. Oh, hentikan. Dia memeluk tubuh.

 

Apabila Eunji baru sahaja hendak keluar daripada biliknya, dia ternampak Sehun yang sedang basah untuk kali ke dua. Dia juga baru selesai mandi, dan dia hanya mengenakan seluar berserta tuala di leher.

 

Eunji menelan air liur perlahan seraya dia menutup matanya. Sehun memandang Eunji  seraya tangannya sibuk mengeringkan rambutnya dengan tuala. "Yo." sapa Sehun. 

 

Perlahan-lahan Eunji beredar pergi jauh daripadanya dengan tapak tangan yang masih menutup mata. "Kau boleh bukak mata, bodoh." ujarnya berserta tawa halus di hujung ucapannya. Adakah ianya selamat sekarang? Eunji mengintai sedikit melalui celah jarinya. 

 

Eunji menghela nafas lega apabila dia melihat Sehun sudahpun memakai bajunya. "Mana yang lain?" tanya Sehun dan Eunji menunjukkan ibu jarinya ke luar. "Ah, BBQ parti " dia mengangguk sebelum berjalan pergi ke arah yang bertentangan.

 

Dia tak ikut serta? Eunji menyoal dirinya sambil mengekori Sehun. 

 

Apa dia buat dekat sini? Eunji mengintai belakang Sehun daripada belakang pintu. Sehun sedang menghabiskan masanya bersendirian dekat balkoni. "Keluarlah sekarang." dia yang tiba-tiba bersuara membuatkan Eunji terlompat sedikit.

 

Dia memaling ke belakang dan matanya bertembung mata Eunji. Dengan senyuman manis dia menghulurkan tangannya kepada Eunji. Eunji memandang tangannya untuk beberapa saat sebelum dia menyambut huluran tangan Sehun itu. Kedua mereka berdiri bersebelahan, menikmati permandangan bulan penuh. 

 

"Bukan ke kau lapar? Kenapa kau datang sini?" dia mengalihkan pandangannya kepada Eunji. Eunji menepuk dahi apabila dia tersedar bahawa dia tidak membawa sketchbook atau telefon bersamanya. 

 

Sehun mengambil tangan Eunji lalu meletakkan telefonnya di atas telapak tangan itu. "Kau boleh gunakan ni." Eunji tersenyum lega dan dia segera menulis sesuatu lalu ditunjukkan kepada Sehun. 

 

Sebab kau ada kat sini. Keseorangan. 

 

Sehun tertawa kecil. "Tapi aku tak keseorangan sekarang. Kau ada kat sini." senyumannya membuatkan jantung Eunji berdegup laju. 

 

Jadi apa yang kau lakukan di sini? Bukan ke kau tengah lapar? 

 

Dia duduk di atas pagar (?) beranda dengan tangannya disilangkan ke dada. "Sebab bulan penuh." dia memandang ke langit dan Eunji melakukan apa yang dibuat Sehun, dia turut memandang ke arah bulan tersebut. "Ianya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon